|
Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)
[Copy link]
|
|
Omg..innocentnya aku..dildo ke?? gila punya orang buat gitu kat budak2
|
|
|
|
|
|
|
|
Errkk..makhluk berkepala lembu tu kiranya pakai topeng ke actually?? Ala2 kinky style tu ke?? ampunnnn..just curious |
|
|
|
|
|
|
|
kira costume la gaknye nok.. haha
|
|
|
|
|
|
|
|
I pun rasa tu magic shrooms..pastu mcm tertanya kenapa kawan2 Nurul tu ok je pagi esok nya tu..tak sakit ke? or dorang dh kena drug tu skali?
|
|
|
|
|
|
|
|
Boeeekkk punya setup Damm.. Dia start dgn cerita Ghostbusters si Syam pastu baru masuk cerita Bang Ramin.. Plot twist ko setup three stories ahead to lull us readers, sama ada ko sedar atau tak.. syabbas bette.. ko sorang je boleh buat macam tu dkt sini weii! Aku soka! |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat hari raya maaf zahir dan batin damm.. nk tny bile ad cite baru? |
|
|
|
|
|
|
|
Baru perasan ada cter baru..slamat hati raya damm..mmaaf zahir dan batin |
|
|
|
|
|
|
|
Baru perasan ada cter baru..slamat hati raya damm..mmaaf zahir dan batin
Allahu..luluh hati..apa bang ramin buat..
Kalau cter ni bukan rekaan...pedo dah wujud berzaman dahulu since kita kecik2 lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
lejen2 ni mmg stok2 peram citer lama2 ker? |
|
|
|
|
|
|
|
klu arwah si pedo gila tu x terjebak aktiviti gayah,masih hidup rasanya dia mungkin dah jadi KSU. sebab nafsu,rosak binasa. kesian mak ayah dia. mujur jugak nurul tu x pape. |
|
|
|
|
|
|
|
yup, kalau ikut kefahaman cerita mcm kena drug juga
|
|
|
|
|
|
|
|
suka sgt cite2 dammerung ... lain dr yg lain...weird , twisted tapi sbb penceritaan tu best, jadi ceritanya pun jd best..excited nak baca ayat demi ayat...interested nak tahu lagi what happen next
kalau di bukukan mesti boleh hits.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pai Zhu Zhu & Co teringat pulak ke Zuzu Amelia |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak masuk Cari. Tetiba melekat kat Dammerung punya cerita. Terbaiklah..
Tak sabar tunggu cerita baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la..masuk sini semata2 nak baca cerita2 dammerung je. Mmg rare. Dah lama follow cerita dammerung ni..kalau ada buku best ni damm |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 17-6-2020 05:03 PM
Kes 5/2020: Ibu Zen - Bahagian I
Setelah tamat pengajian di Toronto, Canada, Kai Feng mengambil keputusan berhijrah ke San Francisco pada musim panas 2002. Memegang ijazah dalam bidang sains komputer, dia berazam untuk menjadi sebahagian dari gelombang teknopreneur yang sedang berkembang pesat di Amerika Syarikat dimana California menjadi hub kepada industri tersebut. San Francisco menjadi pilihan kerana imej jambatan Golden Gate dilihat semasa kecil telah menjadi ikon mewakili negara kegemarannya.
Mengambil nama Kurt, sempena Kurt Cobain, Kai Feng mula menjaja ijazah dari satu syarikat kecil ke syarikat besar dan akhirnya diterima oleh sebuah syarikat e-commerce menjual lampin secara online. Pejabat syarikat tersebut hanya di garaj rumah ibubapa pengasasnya dengan lima orang pekerja. Sebagai anak muda beraspirasi tinggi, dia tak kisah kerja 12 jam sehari dari menjadi web programmer kepada tukang penghantar lampin dengan gaji hanya USD 400 sebulan.
Lama-kelamaan, realiti menghimpit cita-cita Kai Feng. Setahun berlalu dan dia terpaksa mencari wang sebagai pencuci pinggan di restoran makanan cina. Dia amat kecewa tetapi tidak sanggup untuk minta tolong keluarga, apatah lagi bapanya yang menentang niat hijrah si Kai Feng.
Tidak lagi mampu membayar sewa dan hampir kebuluran, Kai Feng terpaksa menebal muka beratur di pusat-pusat bantuan pengemis untuk mendapat makanan. Tidak mempunyai pekerjaan, duit, makanan dan juga tempat tinggal, November 2003 menjadi titik paling rendah dalam hidup.
Suatu hari ketika dia sedang membelek papan kenyataan di sebuah pusat sukarelawan untuk peluang pekerjaan, dia ternampak risalah mengenai 'Gereja Cahaya Bulan' atau Church of the Moonlight. Apa membuatkan Kai Feng tertarik adalah di risalah terdapat bendera Malaysia dan menawarkan makanan tradisi Malaysia kepada mereka yang hadir ke sesi kumpulan. Tanpa berfikir panjang Kai Feng menuju ke tempat dimana sesi gereja tersebut diadakan.
Alamat diberikan adalah sebuah bilik kuliah di salah satu universiti tempatan. Memang biasa pihak universiti menyewa fasiliti kepada orang luar, lebih-lebih lagi dengan kebanjiran anak-anak muda dari seluruh pelusuk Amerika dan juga dunia berhijrah ke San Francisco untuk idea-idea baru, permintaan untuk ruang diskusi sentiasa tinggi. Selain dari kadar sewa berpatutan, ia juga platform strategik untuk menarik perhatian pelajar-pelajar universiti yang sentiasa mencari identiti dan makna kehidupan. Sejak dari era 70an lagi, banyak pergerakan spiritual dan kultus lahir di San Francisco bermula dari sesi kumpulan di universiti-universiti.
Setelah memperkenalkan dirinya sebagai warga Malaysia, Kai Feng dibawa bertemu pengasas gereja, seorang lelaki Melayu yang memperkenalkan diri sebagai Father Ishmael. Lupakan persoalan kenapa lelaki Melayu ini menjadi pengasas gereja, apa yang membuatkan Kai Feng lebih terkejut adalah Father Ishamel memakai baju kurung. Sebagai seorang Cina Malaysia, dia tak adalah jahil sangat sampai tak tahu bagaimana rupa pakaian tradisi wanita Melayu itu dan tak pasti samada nak garu kepala atau ketawa melihat susuk lelaki Melayu berusia 40an dengan misai dan jambang segak berbaju kurung.
Kedua anak Malaysia itu begitu teruja bertemu dan Kai Feng di pelawa untuk menikmati juadah sebelum waktu makan lagi. Mungkin riak kelaparan terpancar di wajah membuatkan pengasas gereja berasal dari Kajang itu memberi keistimewaan kepada Kai Feng.
Sebagai membalas budi, Kai Feng menyertai sesi kumpulan dikelola Father Ishmael. Kai Feng dimaklumkan, Gereja Cahaya Bulan baru ditubuhkan beberapa bulan oleh Father Ishmael setelah meninggalkan paroki atau parish di New York. Father Ishmael mendakwa gerejanya bukan sebahagian dari pemahaman Kristian dan juga mengaku bukan lagi seorang Kristian walaupun meminjam elemen-elemen agama tersebut. Dia menyifatkan Gereja Cahaya Bulan lebih kepada filosifikal kehidupan seperti Buddhism atau Confucionism. Gereja Cahaya Bulan menerapkan cinta sebagai entiti agung atau Supreme Entity dan keras menafikan diskriminasi hak. Ini membuatkan majoriti hadir di sesi Father Ishmael adalah dari golongan LGBT.
Walaupun menolak sebarang label kepada pergerakannya, Father Ishmael dalam dakwah menyatakan kewujudan Makhluk Tertinggi atau Supreme Being bernama Ibu Zen. Dalam salah satu slaid, Ibu Zen digambarkan seperti penari Mak Yong malah sesi pun ditamatkan dengan meditasi selama sepuluh minat diiringi muzik Mak Yong.
Seperti kebanyakkan pergerakan spiritual, Gereja Cahaya Bulan juga mempunyai eksentrik tersendiri. Tidak seperti meditasi yang biasa dilihat, iaitu dalam keadaan bersila, meditasi Gereja Cahaya Bulan adalah dalam posisi bersujud. Father Ishamel mendakwa setiap dari mereka akan 'dicium' Ibu Zen sebaik selesai meditasi. Mana taknya, sepuluh minat bersujud, mahu tak berpinar mata.
Pada mulanya, Kai Feng menganggap itu adalah 'one-off deal'. Dia tak bersusah payah berpindah ke San Francisco semata-mata mahu menyertai kultus. Namun dia ditawarkan Father Ishamel untuk menjadi pembantu, ditambah pula dibayar gaji dan disediakan tempat tinggal dan makan. Sekiranya di Malaysia, jangan mimpi Kai Feng mahu mendekati orang seperti Father Ishamel. Orang-orang sebegini kalau di Malaysia memang memenuhi kriteria untuk ditangkap pihak berkuasa tetapi ini San Francisco, dan Kai Feng sudah lama mengimpikan tidur di tilam empuk jauh dari hiruk pikuk dan bau-bau hapak pengemis.
Keesokan harinya, Kai Feng mula dikenali sebagai Brother Kurt dan tidak, Kai Feng tidak perlu memakai baju kurung. Tugasnya lebih kepada pemasaran. Berbekalkan ilmu sains komputer, Kai Feng diminta untuk merekabentuk semula risalah dan slaid dakwah untuk tampak lebih 'cool' bagi menarik minat anak-anak muda. Kai Feng juga dipertanggungjawabkan mereka logo Gereja Cahaya Bulan. Menurut Kai Feng, tak adalah susah mana cipta logo kerana apa yang dia buat adalah meletakkan imej bulan sabit dan kubah seperti masjid sebagai logo. Apa yang peliknya, Father Ishmael begitu teruja dan kagum dengan 'kreativiti' Kai Feng, seolah-olah tak pernah melihat masjid sebelum ini.
Demografik utama sasaran Gereja Cahaya Bulan adalah pelajar universiti berkulit putih dari fakulti seni atau falsafah. Kerana kebanyakkan mereka ini berasal dari golongan menengah atas dan pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh ibubapa. Ini adalah golongan yang tidak mempunyai masalah duit, kerana jika kewangan adalah isu, mereka tak akan mengikut kursus tidak berfaedah seperti ijazah pengkhususan sejarah seni (Art History Major). Gereja Cahaya Bulan bergantung kepada sumbangan dan menurut Kai Feng, dalam satu sesi, paling sedikit mereka dapat kutip adalah sekitar USD 2,000. Dalam seminggu biasanya Father Ishamel akan menganjurkan tiga atau empat sesi.
Selain dari mengepalai unit pemasaran gereja, Kai Feng juga menguruskan hal-hal pentadbiran termasuk pengurusan kewangan. Setiap kali membuat akaun mingguan, Kai Feng perasan ada pembelian daging lembu mentah sehingga 10kg. Setahu Kai Feng, Father Ishmael adalah seorang vegan, atau sekurang-kurangnya mengaku sebagai vegetarian. Dia juga menginap di garaj rumah Father Ishmael, dan sewaktu berpindah masuk, Kai Feng diberi amaran untuk tidak sekali-kali masuk ke rumah. Di dalam garaj, semua kelengkapan dan fasiliti lengkap maka tidak ada sebab untuk dia masuk dan bak kata tuan rumah, 'melanggar ruang privasi'.
Hampir setiap malam, Kai Feng akan terdengar ketawa manja wanita dari rumah Father Ishmael. Suara ketawa itu hanya akan kedengaran selepas pukul 10 malam. Dia tak berminat nak busybody dan faham sekiranya tuan rumah mempunyai teman wanita istimewa, samada berbayar ataupun tidak. Walaupun tidak pernah dimaklumkan, Kai Feng pasti Father Ishmael masih bujang, malah mengetahui boss nya itu bernafsu terhadap wanita adalah agak mengejutkan.
Pada satu awal pagi, Kai Feng terbangun dan tekak terasa kering. Bekas air dari dispenser sudah kosong dan kesibukan menguruskan pentadbiran gereja yang semakin ramai pengikut membuatkan dia terlupa untuk memesan tong air. Mungkin sudah terbenam dalam DNA orang Malaysia, Kai Feng tak minum air paip, tak kisahlah orang kata air paip di Amerika selamat untuk diminum. Gara-gara tidak mahu minum air panas, Kai Feng akhirnya ambil keputusan untuk curi-curi masuk ke rumah Father Ishmael demi mendapatkan segelas air sejuk.
Garaj itu bersambung dengan bahagian dobi dan terus menuju ke dapur. Pertama kali masuk ke rumah Father Ishmael, Kai Feng mendapati dapur agak kosong, seperti tidak berpenghuni. Di sinki terdapat rak pinggan yang hanya ada sekeping pinggan dan cawan. Satu-satunya benda yang mengesahkan bahawa dapur itu masih digunakan adalah peti ais.
Pintu peti ais dibuka perlahan dan cahaya dari ruang dalam menerangi sebahagian dapur. Segala jenis makanan ada dalam peti ais Father Ishmael sehingga Kai Feng merasa kalau mahu buka kedai runcit pun cukup dengan barang-barang dalam peti sejuk tersebut.
Sedang dia membelek-belek isi peti, terdengar bunyi gerincing dari ruang tamu. Bunyi seperti loceng kecil di gelang kaki dan berbunyi setiap kali pemiliknya berjalan.
Kai Feng pantas menoleh dan mendapati wanita berpakaian penari Mak Yong berdiri di muka pintu dapur. Bedak tebal jelas kelihatan bertepek di seluruh muka dan gincu merah menyala dikenakan pada bibir nipis.
Apa membuatkan Kai Feng kaku adalah sepasang mata buntang merenung tepat kearahnya. Titisan air mata darah mengalir di pipi dan senyuman lebar terkuak menampakkan gigi-gigi runcing seperti paku.
Wanita itu kemudiannya merapatkan kedua tapak tangan dan menampakkan kuku-kuku panjang sejengkal. Dengan gemalai menunduk hormat kepada Kai Feng yang sudah terduduk di lantai.
Derapan pantas tapak kaki di permukaan lantai membuatkan anak mata wanita itu menjeling ke arah lain. Father Ishamel muncul dan segera menarik kain kuning tersangkut di perhiasan kepala menutupi wajah wanita Mak Yong.
Sekelip mata penari Mak Yong bertukar menjadi patung kayu.
"Okay, what the hell is that all about!" tegas Kai Feng kepada Father Ishmael.
"You don't tell me what to do in my own house. Pack your things and leave when the sun comes up. Consider yourself fired" balas Father Ishmael jelas kecewa dengan tindakan pembantunya. Kai Feng tidak membalas, dia hanya melihat Father Ishmael mendukung patung kayu kembali ke ruang tamu.
Tiada masalah buat Kai Feng. Malah sekiranya tidak dihalau, dia juga dengan senang hati keluar dari rumah Father Ishmael. Dia tiada masalah dengan kepelikan Father Ishmael tetapi kalau sudah sampai membela hantu, lebih baik jangan cari pasal. Sekurang-kurangnya terjawab satu persoalan tentang kewujudan hantu selama ini disangkal sebagai hiburan semata-mata.
Hanya dengan keperluan minimalis, tak sampai setengah jam Kai Feng sudah siap mengemas dan tanpa menunggu matahari terbit, dia sudah meninggalkan rumah Father Ishmael.
Hampir sebulan bergelandangan, Kai Feng perlahan-lahan kembali membina kehidupan baru, bermula semula sebagai pekerja dapur di sebuah restoran itali. Enam bulan berlalu dan kehidupan Kai Feng bertambah baik. Dia diterima bekerja di sebuah syarikat logistik dan membina karier di syarikat tersebut. Pada hari pertama dia menerima SUV baru, Kai Feng bersiar-siar di sekeliling San Francisco, terutama sekali tempat-tempat dimana dia pernah hidup melarat.
Ini termasuklah rumah Father Ishmael.
Sewaktu melewati rumah yang pernah menjadi tempat tinggalnya selama beberapa bulan, Kai Feng mendapati persekitaran laman tidak terurus. Tingkap-tingkap ditutup dengan papan lapis, menandakan rumah tersebut telah dikosongkan. Kai Feng mengenali salah seorang jiran yang sedang memotong rumput. Setelah bertanya khabar lebih kurang, bekas jiran memaklumkan Father Ishmael tiba-tiba hilang tanpa khabar berita. Kejiranan hanya mengetahui 'kehilangan' Father Ishmael apabila tuan rumah datang untuk menghalau kerana sewa dan utiliti tidak berbayar lebih dari dua bulan.
"I think it must sumthin to do with that weird lady that circlin his home every night!" bisik bekas jiran dikenali sebagai Mama Jo kepada Kai Feng. Mama Jo yang bekerja sebagai operator 911 beberapa kali terserempak dengan wanita berpakaian pelik mengelilingi rumah Father Ishmael apabila pulang dari shif malam.
Pernah dia menegur, tetapi kelam-kabut masuk rumah apabila dibalas dengan renungan seram dan menyeringai. Mama Jo mengatakan itulah peristiwa paling menyeramkan pernah dialami sepanjang 27 tahun menetap di kawasan kejiranan itu. Menurutnya lagi, kejadian itu terjadi sekitar seminggu sebelum tuan rumah Father Ishmael datang menyerang.
"Do you still think that creepy lady still hang around that home?" tanya Kai Feng.
"Of course she is, everyone here has at least once, came across that spooky bitch!"
Satu-satunya sebab kenapa semua sepakat untuk tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu polis berkampung. Sebagai kawasan perumahan majoriti penduduk adalah bangsa kulit hitam, perkara terakhir mereka mahu adalah kehadiran polis di laman rumah mereka. Lagipun wanita berpakaian pelik itu tidak menganggu siapa-siapa pun.
Kai Feng yakin bahawa wanita berpakaian pelik dimaksudkan adalah hantu penari Mak Yong yang menyebabkan dia dihalau Father Ishmael dahulu.
Pelawaan Mama Jo untuk makan malam di rumah tidak ditolak Kai Feng. Bukan kerana dia mahu menikmati masakan Mama Jo yang terkenal lazat itu tetapi untuk melihat sendiri penampakkan penunggu rumah Father Ishmael.
Malam itu Kai Feng menemani Mama Jo dan suami makan malam di rumah mereka. Ketiga-tiga anak Mama Jo sudah dewasa dan berpindah keluar dan kawasan kejiranan itu rata-rata didiami pasangan kulit hitam di usia persaraan. Sedang mereka rancan berborak, deringan telefon bimbit membuatkan Mama Jo memeriksa dari tingkap dapur.
"Yeap, she's here"
Kai Feng menyertai Mama Jo mengintai dari sebalik tirai dapur, melihat susuk wanita bertanjak Mak Yong perlahan mengelilingi rumah Father Ishamel.
"She's part of your cult? you know, Ishmael's moon church or sumthin'?" tanya suami Mama Jo.
"First of all, I am not a follower of Father Ish.." tak sempat mempertahankan diri, Kai Feng tiba-tiba teringat kepada satu slaid Power Point pernah dilihatnya sewaktu manjadi pembantu Father Ishmael.
Penari Mak Yong wanita diberi nama Ibu Zen, atau Makhluk Tertinggi. Dia cuba mengimbas kembali informasi tentang 'dewi' kepada Gereja Cahaya Bulan itu.
(Bersambung)
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah kali ni sangat menarik
misteri pun ada
father ishmael ni mesti ada menuntut ilmu atau buat apa-apa perjanjian dengan 'ibu Zen'
|
|
|
|
|
|
|
|
dayum curiousnye nk tggu next part ni.xpe iol setia mnanti karya bam dam
|
|
|
|
|
|
|
| |
|