samalah...iols pun tunggu lagu baru, konsert slam dan bila aa keluar tv je....
kalau boleh malas nak ambil tahu hal management,fan club & awek dia....
pasal insta tu, kalau aa tak berapa suka ambil gambar, i nak suggest dia upload lagu2 yg dia nyanyi....
mcm abg lili upload lauk2 yg dia masak....
abg zamani uploadla lagu2 yg dia nyanyi....
sbb majoriti nak dgr suara dia je...suara emas tu
Post time 25-11-2018 02:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
catalynaa replied at 25-11-2018 12:59 PM
Klu drpd dulu masa zaman muda pun dia mmg sejenis xtegas. Da tua2 ni lg lah dia hati selembut sute ...
Susah nk ckp bab2 tegas ne ..sebb hakak pun jenis x tegas klu dhg org terutama di opis .. semua kije buat sendiri sampai bos ckp suruh si polan n sipolan buat kije tu n u buat yg mna peting.. tp tula x terkluar kt mulut maybe pikir nk jjaga hati org keliling.. tp mkn hati jugak..
Post time 25-11-2018 03:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
From
kayoo soogi
*YANG NOMBOR TIGA*
Keputusan termaktub sudah. Tapi orang tetap bercakap tentang dia.
Dari mula sampai hujung, namanya saja yang disebut-sebut. Yang juara tenggelam, yang nombor tiga pula jadi tajuk utama.
Yang menyanjung dikata taksub, yang membenci dituduh dengki. Tapi fakta tak dinafi, auranya jelas tak bertepi.
Susuknya bukan bertubuh kekar, jauh sekali gagah perkasa. Nipis saja dan jalannya pun macam mahu rebah. Tutup muka dengan rambut panjang, selindung mata dengan cermin mata hitam. Cengkung wajah, tapi bila senyum ada manisnya.
Orang kata dia lagenda. Biarpun sejarah silamnya ada noda hitam. Peliknya manusia, yang berlumpur itu yang nampak walhal dia permata berkilau dalam seni suara tanah air.
Dia tak pernah tunjuk alim. Jauh sekali berlagak hebat. Apabila ditemubicara, dia menunduk tak suka mendongak. Butir bahasa berhati-hati, malah tak pula malu mengaku silap diri sendiri. Jujur.
Betullah kata orang, dia memang istimewa. Lagu yang tak sedap dilantun penyanyi asal, jika terluncur dari lenggoknya pesona memukau sehingga kita terdiam. Malah, tak keterlaluan jika ada yang berair mata.
Nyanyiannya dari tubir bibir meluncur macam air, lalu terus melekat ke hati. Tanpa perlu berlebih-lebih dengan tari, cukup denga gaya senget berdiri, tapi boleh buat jiwa kita bergetar-getar sendiri.
Bagi orang yang tengah bercinta lagunya boleh bikin hari kita berbunga-bunga, tapi lagi syahdu kalau orang putus kasih, rentaknya mahu buat hati sedih lagi merintih-rintih.
Tuhan kurniakan suara lunak. Satu dalam sejuta dan dipuja-puja. Tuhan juga uji dia dengan langkah berduri, dan luka berdarahnya menjadi rahsia dalam sanubari. Sehingga tiada siapa pun mampu menggali bibit kisah apa berlaku. Redup matanya seolah-olah menghalang, biarlah dia seorang mengusung walang.
Cukuplah sampai di sini, tak perlu sebut siapa namanya. Semua orang sudah tahu belaka. Doa saya, semoga dia sihat sentiasa, sakitnya pulih dan zaman kelamnya bertukar gemilang.
Semoga dalam usianya kini, dia beroleh lebih bahagia dan terus kekal dalam hati rakyat Malaysia. Suka atau tidak, namanya pasti terpahat dalam sejarah sebagai legenda yang bersuara emas.
Post time 25-11-2018 03:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
NurUltraman replied at 25-11-2018 03:06 PM
From
kayoo soogi
*YANG NOMBOR TIGA*
Hurnmm...sedihnyaaa nukilan dr mana ni...agak2nye abam2 slam lg byk tau pasl perjlnn hdp zamani kan..terutama ms cintan cintun...itupn abam slam ckp zamani ni perahsia orgnya..