|
Sepet gondol anugerah utama Festival Filem Crteil
----------------------------------------------------------------------
Oleh: KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR 20 Mac - Filem arahan Yasmin Ahmad, Sepet yang menceritakan kasih sayang tanpa mengira batas kaum berjaya menggondol anugerah utama Filem Terbaik di Festival Filem Wanita Antarabangsa Crteil yang berlangsung di Perancis semalam.
Menurut wakil juri festival, terdapat perdebatan hangat bagi menentukan filem mana yang dapat memenangi anugerah filem terbaik kerana setiap filem menawarkan tema serta perspektif yang berbeza.
``Walau bagaimanapun, para juri telah jatuh cinta dengan filem Sepet yang penuh dengan ketulusan, humor dan terjemahan menakjubkan daripada pelakon-pelakonnya,'' katanya.
Dalam festival yang bertemakan `Perbezaan' itu, Sepet menewaskan lapan buah filem antarabangsa lain yang turut bertanding.
Antara filem-filem tersebut adalah All Hell Let Loose (Brazil/Perancis), Almost Brothers (Brazil/Perancis), Butterfly (China/Hong Kong), Brother (Denmark), Los Nombres De Alicia (Sepanyol), Frozen (British), Harvest Time (Rusia) dan Waiting For The Clouds (Turki, Jerman, Greece & Perancis).
Turut memenangi anugerah dalam festival tersebut adalah filem Frozen dan Waiting For The Clouds yang memenangi anugerah khas juri.
---------------------------------------------------------------------------------------------
:: diamik dari utusan.com.my
:: tahniah sepet... !! aku bangga gile dengan sepet kerana yasmin ahmad !!
:: dalam iklan petronas di mana 'jason' melambai awek arab, then dikejar oleh arabian dengan unta... sweeet gile muka jason... lepas rindu sket... |
|
|
|
|
|
|
|
SEPET - Menang hadiah tertinggi di Perancis
Respek la kat filem SEPET ni,,,:clap:
aku rasa filem2 seperti ini perlu di perbanyakkan lagi,,,
tak la kita hanya tertumpu kepada citer "MISTIK", Aksi, Drama yg selalu ada cerita sorang ibu tunggal, dua bradik perempuan pas tu gaduh,( hak hak hak),,, Cerita2 yg ada intonasi sensitif ini jugak perlu untuk pelbagaikan wajah filem kita... Cerita2 Mistik, Aksi, dan Drama atau komedi jugak penting, tapi jgn lah sampai ketandusan idea, pastu untuk kasi gempak, ambik BINTANG yg dah FOFULAR jd pelakon,,, kalau ok tak per gak,,, ni kalau mat saleh tengok citer tu,,, ketawa 14 tahun diorang gelakkan :dia:kita,,,:cak:
hak hak hak
p/s : Aku ni Komen ajer,,, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by imf at 20-3-2005 12:46 AM:
hari ni dah masuk 4 kali saya masuk panggung tengok filem ni... 3 kali kat mid valley, sekali kat tgv klcc... yang bestnya... 4 kali tengok dengan orang yang berlainan... 1st tengok seorang diri... ...
wah imf, nampaknya ko lah pemegang rekod tgk sepet terbanyak. anyone oredi beat the record he made. anyway, yeah, yeah sepet menang.. yeahho... alangkah bagus kalo kutipan sepet juta2. baru si prof, aziz ngan yusoff terbukak mata.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah sumer tenaga kerja sepet....ni baru boleh dikatakan mengangkat martabat malaysia coz filem nih byk bawak imej malaysia sbg negara berbilang kaum....bukan takat nyanyi pastu menari irama mesia dah kata bawak imej mesia..... |
|
|
|
|
|
|
|
hadiah ketegori ape dorang menang? stori ler pjg sket...
wat ber pong..CONgRATS to the team! hopefully after thiz kuar lagi criter yg lebeh umphh!!:tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Hadiah Utama Juri di International Festival of Women抯 Films 2005, Perancis...
kalau dulu, aku minat jalan cerita "Dari Jemapoh ke Manchestee" tapi bagi aku pengarahan nya terlalu longgar,,,
skang dgn filem SEPET, aku rasa filem kita dah ada wajah baru,,, |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tgk lagi SEPET ni. Apa2 pun TAHNIAH untuk Sepet.:clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Hadiah Utama Juri di International Festival of Women’s Films 2005, Perancis...Yasmin Ahmad..Hmmmmm :hmm: :stp: :cak:
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pun lum tgk citer Sepet nie lagik..mintak-mintak akan ditayangkan kat Astro chnl 21 lepas nie. |
|
|
|
|
|
|
|
ala.. blom tengok lagi.. tahniah SEPET.... aku tumpang bangga.. VCD ori dah kuar lum? aku nak beli la.. |
|
|
|
|
|
|
Balqish This user has been deleted
|
ishhh.. nak kena beli vcd nih... aku tak tengok lagi. Tp member aku cakap best giler citer nih... dia sampai gi tengok wayang 3 kali... |
|
|
|
|
|
|
LeemahLemang This user has been deleted
|
Originally posted by harkktuih at 2005-3-21 09:30:
tahniah sumer tenaga kerja sepet....ni baru boleh dikatakan mengangkat martabat malaysia coz filem nih byk bawak imej malaysia sbg negara berbilang kaum....bukan takat nyanyi pastu menari irama mes ...
sepet angkat martabat mesia? :no: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanalisa at 21-3-2005 10:02 AM:
ala.. blom tengok lagi.. tahniah SEPET.... aku tumpang bangga.. VCD ori dah kuar lum? aku nak beli la..
hari tu kat SPEEDY dah jual dah yg ORI punya... |
|
|
|
|
|
|
|
dah ader ori ke?! ish...! rugi beli yg pirate..... :malu::malu::malu::nyorok: |
|
|
|
|
|
|
LeemahLemang This user has been deleted
|
tang mana yg angkat martabat filem kita?
tang anak yg berkemban n peluk bapak kat tangga tu kah? atau tang filem ni yg dpt award kat perancis? aku keliru sikit..
kelainan mmg ada kalau nak dibandingkan dgn filem2 melayu hampes yg ada sekarang...
mana der filem yg berani paparkan adegan bilik tidor (antara mak pak orked) cam dlm sepet..aku bangga melayu dah maju dlm bab ni..hehehehhehe
tapi sebab tu ker filem ni dikata angkat martabat mesia? huh!
atau sebab ending yg beri kita peluang tuk pilih camana yg kita nak? sebab tu ker dikira memartabat kan filem melayu?
apa yg melayu dlm filem tu? watak orked? watak mak pak orked?? watak yam? arghhhh!! kene tgk lagi ler gamaknya pasni...heheheh
atau aku yg dah tak melayu lagik??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by LeemahLemang at 21-3-2005 10:11:
sepet angkat martabat mesia? :no:
yup....byk filem2 pendek dr mesia yg berjaya di luar negara....diterima di luar negara...dapat pengiktirafan diluar negara....dan sepet sebahagian daripada nya.....anugerah utama kat perancis tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats Yasmin Ahmad - Ronnie tengok SEPET hari tu dan rasanya ianya one of the best filem Malaysia ever!!:clap::clap: |
|
|
|
|
|
|
cavil This user has been deleted
|
hmmm..betul2 best..
satu citer yg aku takyah nak pk bile org tanye..best ke??
mesti terus aku jwb best!!! |
|
|
|
|
|
|
|
part paling best aku rasa..
1. adegan si jason menari lagu dia datang
2. adegan si harist ngan ida nerina menari sambil berkemban tp pelik sikit aku nengok bila si harith berbogel hanya guna spender ...teruk betul tp lawak.
3 part si Oked nak pegi airport lam keta baca surat jason ..sedih siot |
|
|
|
|
|
|
| |
|