|
|
[Tempatan]
KELATE SEMAKIN PARAH : Penduduk Manek urai terpaksa panjat bukit untuk selamat.
[Copy link]
|
|
|
eyansss posted on 24-12-2014 03:45 PM 
sape boleh sahihkan info ni? please... sebab mak bapak nenek sedara mara semua kat gerik...
gerik pekan belum kena lagi...tapi kampung2 ada sesetengah dah mula air tinggi...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Banjir makin serius hampir 60,000 mangsa dipindah
BERNAMA | 24 Disember 2014.
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir bertambah serius menyebabkan 58,705 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Sabah terpaksa berpindah.
Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 24,765 orang, diikuti Terengganu (21,606), Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143).
Di KELANTAN jumlah mangsa meningkat kepada 3,164 orang sebelah pagi berbanding 21,601 orang malam tadi.
Sebanyak 18 pusat pemindahan baharu dibuka kepada 96 buah semalam.
Peningkatan jumlah mangsa melibatkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Baharu.
Jumlah mangsa tertinggi dicatat di Pasir Mas iaitu 8,754 orang, diikuti Gua Musang (5,259) dan Kuala Krai (4,608).
Sebanyak 23 laluan turut ditutup yang 17 daripadanya laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala enam ditutup kepada kenderaan ringan.
Di TERENGGANU, 8,977 lagi penduduk terpaksa dipindahkan dengan Kemaman merupakan daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa mencecah 12,699 orang.
Punca utama mangsa terpaksa berpindah adalah disebabkan fenomena air pasang terutama di kawasan pantai, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.
Setakat pukul 9 pagi, Dungun mencatat jumlah mangsa 4,591 orang, Hulu Terengganu (685), Kuala Terengganu (3,086), Besut (426), Marang (11) dan Setiu (8) di keseluruhan 107 pusat pemindahan.
Paras air di beberapa batang sungai utama di Terengganu dilapor melepasi tahap bahaya antaranya Sungai Dungun di Jambatan Jerangau setinggi 14.21 meter (bahaya 12.50 meter), di Kuala Jengai 26.33 meter (bahaya 21 meter) dan Pasir Raja 38.62 meter (bahaya 37.50 meter).
Di PAHANG, 2,768 keluarga di lapan daerah terpaksa dipindahkan pagi ini menjadikan keseluruhan jumlah mangsa di negeri ini 10,825 orang berbanding 6,286 malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa paling tinggi iaitu 6,231 orang diikuti Maran (2,542).
Katanya beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan antaranya Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan-Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), Jalan Jerantut-Lipis, Jerantut-Kuala Tahan dan Kilometer 42 Jalan Kuantan-Segamat.
Di PERAK, daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar antara yang terjejas teruk menyebabkan 1,030 penduduk daripada 252 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamat Negara (MKN) Negeri Perak, jumlah mangsa di Kuala Kangsar meningkat kepada 823 orang berbanding 142 orang malam tadi.
Bagaimanapun katanya, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Tasek sudah ditutup dan kesemua 23 mangsa dari Kampung Tasek Hulu Seberang telah dibenarkan pulang.
Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris mengesahkan laluan Timur Barat dari arah Gerik ke Jeli masih ditutup bagi semua kenderaan ekoran kejadian tanah runtuh di Kilometer 63, berhampiran Hentian Rehat Titiwangsa malam tadi.
Di SABAH, jumlah mangsa di Beaufort meningkat kepada 336 orang berbanding 268 orang malam tadi dengan banjir yang melanda beberapa kampung di Tenom kembali pulih.
Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Beaufort berkata kesemua mangsa di Beaufort yang melibatkan 128 keluarga dari sembilan buah kampung ditempatkan di Dewan Masyarakat Baru.
Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Tenom berkata kesemua mangsa di daerah ini dijangka dibenarkan pulang pagi ini.
Di PERLIS, 143 penduduk antaranya dari kawasan Beseri, Padang Melangit dan Tasoh telah dipindahkan sehingga pukul 7.30 pagi tadi, berbanding 104 mangsa malam tadi.
Menurut Sistem Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, paras air di Empangan Timah Tasoh kini mencatat bacaan 29.78 meter, melebihi paras bahaya 29.60 meter. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku yg kt guchil tu pindah akhirnya, sbb rumah dia dah kena banjir, kira air makin naik sekat kuala krai |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia posted on 24-12-2014 03:50 PM 
cer tgk ni
http://peraktoday.com.my/2014/12/tiga-empangan-mulai-dibuka-pada-paras-tiga-kaki/
tq tq... info penting ni... pada masa yang sama nak call majlis keselamatan negara...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
harini iols kejap2 tgk fb nk buat keje pun xsenang...asal tgk gambar je mata berair..
haihh semoga keadaan kembali seperti biasa...mohon bertabahlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ciklipoo posted on 24-12-2014 04:08 PM 
harini iols kejap2 tgk fb nk buat keje pun xsenang...asal tgk gambar je mata berair..
haihh semoga ...
tulaa..nak tahu sangat apa-apa info terkini mangsa2 di sekolah manek urai tu.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ciklipoo posted on 24-12-2014 03:57 PM 
gerik pekan belum kena lagi...tapi kampung2 ada sesetengah dah mula air tinggi...
sepupu kata lenggong dah banjir... adeh... riso ni... mak bapak n anak buah aku kat tg rambai... sedara mara kat pekan gerik... nenek n sedara mara lain kat felda bersia... kami kat kl ni semua dah riso...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dkt smk manik urai setakat nie masih belum dapat diselamatkan -update dari fesbuk kawan dia- |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
biggirlduncry posted on 24-12-2014 02:49 PM 
1.30pm tadik belah pengatin jatey gerok doh...hau la ikuk jaley mano..
ikut demo la usaha gak.. k ...
moge2 selamat adek demo nikoh la...doakan moge2 banjir surut la sie ko mangse2 xdok bantuan pn sapa..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
soalan sama aku last year...
kenapa MKN amek masa lama utk declare Darurat..? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
k.krai still ujan lg ker?sy kat machang ni br stop..dah nmpak cerah..air yg byk melimpah pg td pun da surut..harap k.krai pun bertambah baik..pray for them. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
myst_leen posted on 24-12-2014 03:03 PM 
Kat tanah merah ni hjn dah berhenti tp air makin naik..risau sbb katanya air dari gua musang dan kua ...
haah umah mentua aku pn dekat bandar tanah merah tu da naik air..sian dorg adeh..kolam ikan pak mentua aku habis da la...sebab nk masuk ke sana air da tinggi xleh lalu..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nesta13 posted on 24-12-2014 04:13 PM 
soalan sama aku last year...
kenapa MKN amek masa lama utk declare Darurat..?
bila isytihar darurat
banjir boleh turun ka
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
JALAN RAYA KUALA KRAI GUA MUSANG

 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dzaraa posted on 24-12-2014 04:10 PM 
tulaa..nak tahu sangat apa-apa info terkini mangsa2 di sekolah manek urai tu.....
paling latest air masih tinggi lg ke...mcm blom ada latest update...tambah tgk vdeo budak tu...
kalau semua teggelam mcm mana...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kota Bharu: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keadaan banjir di negeri itu masih terkawal dan tidak memerlukan perintah darurat dikeluarkan.
Beliau berkata, ketika ini pasukan menyelamat masih mampu menjalankan tugas dengan baik dan sedaya upaya membantu mangsa banjir di semua sembilan jajahan terbabit.
"Cuma ada kawasan yang kritikal iaitu di Manek Urai, Lalok dan Karangan yang semuanya di jajahan Kuala Krai kerana untuk sampai ke sana, sukar buat masa ini disebabkan arus deras.
"Bagaimanapun, mereka berusaha sedaya upaya dan melakukan pelbagai cara supaya mangsa dapat diselamatkan dan bantuan keperluan serta makanan dapat dihantar.
"Banjir ini ketentuan Allah. Keadaan tidak teruk lagi berlaku pada 1967 dan 2004 tetapi tiada perintah darurat dikeluarkan kerana masih terkawal," katanya ketika dihubungi di sini, tadi.
Mohd Amar juga berkata, darurat tidak boleh diumumkan sewenang-wenangnya dan perlu mengambil kira pandangan semua agensi yang terbabit dengan bencana.
Katanya, turut berharap semua pihak bertenang dan tidak menyebar maklumat yang salah mengenai situasi banjir di Kelantan.
Maklumat tepat boleh diperolehi menerusi bilik gerakan banjir Kelantan dan portal eBanjir yang sentiasa dikemaskini setiap satu jam.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Disember 2014 @ 3:38 PM
«»

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss posted on 24-12-2014 04:10 PM 
sepupu kata lenggong dah banjir... adeh... riso ni... mak bapak n anak buah aku kat tg rambai... s ...
sama la kita..aku kt kl gak...parent dekat pekan gerik...td call parent aku dorg ckp dekat pekan
xde naik air lg...belah2 kampung padang yg dekat dengan sungai perak tu dah naik air...
kawan aku kt kuala kangsar pulak ckp air belum surut2 lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
WEBSITE ebanjir kelantan dah down ke sis?
Maybe office masuk dah air |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|