Elle_mujigae posted on 28-10-2014 09:10 PM
N buat rayuan tu sbb nak teman parents ke?
i guess itu dinamanya panggilan Haji.... INsyallah ...
parents dulu2 mmg da pegi..
yg ni n pegi dgn kakak dan abg..
tp tu la.. mungkin nk suh blaja lagi n rasa tu..
lagi pown kan kat mekah sedang renovation..
mereka sedang membesarkan masjidil haram..
tempat pown da kecil.. lepas tu kuota ntuk menunaikan haji
di kurangkan pada tahun ni.. setiap negara pown kena benda yg sama..
tp Insya Allah.. taun dpn n dgn kakak akan cuba buat rayuan lagi..
ustaz pown kata.. kita nk pegi mekah.. sekurang2nya kena kursus 3 tahun
baru kita btl2 faham..
n rasa penulis tu pegi bulan 11 or 12 kowt.. masa tu kat sana mmg sejuk..
sb ustaz yg mengajar haji tmpat n blaja tu kata.. dia pown penah kena
pegi ke sana ntuk bertugas masa musim sejuk.. dia kata mmg sejuk sgt..
tambahan dorg pakai ihram.. btl2 sejuk mengiggil.. bila berihram dorg kan
x boleh pakai pakaian berjahit..
Dosa Yang Tidak Diampunkan Allah SWT Walaupun Bertaubat
Semua manusia membawa dosa-dosanya sendiri. Tiada seorangpun tidak berdosa melainkan Nabi Muhammad SAW kerana baginda bersih daripada sebarang dosa. Pelbagai jenis perlakuan yang boleh mendatangkan dosa sepanjang kehidupan kita di dunia ini. Namun begitu, ada 6 dosa yang tidak diampunkan oleh Allah SWT tetapi hanya boleh diampunkan olehNya apabila dimaafkan oleh manusia.
Baiklah, mari kita hayati sejenak apakah jenis dosa-dosa yang dimaksudkan itu. 1. Makan harta anak yatim secara haram.
Bab memakan harta anak yatim atau mengambil hak-hak anak-anak yatim sangatlah besar dosanya. Bagi si pelaku yang telah memakan harta anak yatim akan terhapus dosanya jika si pemakan harta anak yatim membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut.
Hanya sekiranya anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah si pelaku boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak akan terhapus. 2. Menuduh wanita solehah melakukan zina.
Seterusnya, bagi orang yang menuduh wanita solehah melakukan perzinaan, maka hendaklah dia memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. Sebaliknya, jika wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allaah SWT . 3. Lari dari medan jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki syurga Allah, dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan jihad sangat besar sehinggalah Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan Allah SWT untuk mengampunkan kesalahan tersebut. 4. Melakukan sihir.
Bagi orang-orang yang melakukan perbuatan sihir, tidak akan diampunkan dosanya oleh Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah syahadah. 5. Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakanNya. 6. Membunuh para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Dosa yang keenam ini pula bagi mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka kelak. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan negara Islam di Madinah.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama muhasabah diri akan hal ini jika sekiranya kita tergolong dalam mana-mana daripada enam jenis dosa yang disebutkan di atas. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun dan hanya Dia yang akan mengampuni dosa-dosa kita yang diibaratkan seperti buih-buih dilautan. Wallahhua’lam…
Elle_mujigae posted on 28-10-2014 08:34 PM
Biang rasa begitu ye....bagi kita pula, I pun tak tahu apa nak buat....susahnya... mcm sebelum ni ...
hehe. perempuan kalau tak cemburu, bukan perempuan namanya. mm.. kalau cemburu, mesti sedaya upaya nak sorokkan cemburu tu.
so itu yg i dapat conclusion,yg i mmg tak tahu apa nak buat kalau given a scenario..mmg kena berada di situasi itu then only i will know what to do
susah nak cakap kan elle, sebab kita tak berada dalam situasi tu. hanya yang mengalami je yang memahami. soal hati ni tak mudah. macam kes yang bf dia pernah terlanjur tu, kadang sebab kita sayangkan seseorang tu, kita boleh je terima dia seadanya. past is past. apapun, mintak dijauhkanlah dilema macam tu.
Elle_mujigae posted on 28-10-2014 08:37 PM
yes..setuju mmg ada banyak kisah kat cari ni yg boleh dijadikan teladan... dah macam ruangan artik ...
realiti hidup kan. memang kadang ada masanya kita pusing-pusing jugak bod Personal Problem tu.. Family Discussion ke.. ralit kadang tu baca masalah orang. ada sesetengah masalah tu, memang buat kita tertarik nak tau kesudahannya kan. selalunya lepas masuk bod sana.. terus macam ni.. hehehe. buat hati rasa seriau pun ada.
Elle_mujigae posted on 28-10-2014 08:48 PM
Thank you sudi tunjuk...
ohh tu yg fruit sticker biang kata tu..hehe...bestnya buku ni ...
banyak lagi tak siap buku Wreck The Journal tu.. kena tengok mood jugak.. bila takd emood nak layan art, memang terabai la jadinya. tapi kalau prefectionist susah sikit nak layan buku tu.. sebab tujuan utamanya adalah untuk WRECK journal tu.. hehe.. bukan nak buat kemas-kemas.. cantik-cantik.
Elle_mujigae posted on 28-10-2014 08:58 PM
dah melekat dlm fikiran I panggilan baju abang sayang tu.. romantik betul nama baju yg ada zip ...
ada pergi kelas jugak ya. baguslah elle ni.. elle rasa kalau nak menjahit ni kena ada passion jugak ke atau macam mana...boleh ke passion tu datang kemudian? rasanya nak menjahit ni kena sabar jugak kan, lagilah pulak kalau baru nak cuba buat sepasang baju. bagus elle pandai menjahit... kategori rare tau zaman sekarang ni. ada orang cakap, nak cari perempuan rajin masak tu ramai je, tapi yang pandai menjahit susah jugak.
dapat hadiah mesin jahit tu mestilah lagi semangat. kiranya buat baju kurung johor tu tahap "petik jari" je la. tu kira baju kurung paling basic.. nanti boleh try kurung pahang jugak..