Santeira posted on 21-10-2014 04:10 PM 
LOL, aku tanya mana dalil, bermaksud firman dan hadith yg kata sentuh anjing haram. Mana? I don't ...
Pendapat pertama dan dalil-dalilnya: Pendapat pertama menyatakan bahawa seluruh anjing sama adakecil atau besar adalah najis. Ini adalah pendapat Mazhabal-Syafi‘iy dan Hambali.[6]Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertamaini.
Dalil pertamaadalah berdasarkan kaedah qiyas. Suruhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk membasuh bekas yangdiminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnyalidah, air liur dan mulut anjing. Memandangkan lidah danmulut adalah anggota utama haiwan dan ia dikategorikansebagai najis maka sudah tentu lain-lain anggotanya - yakniseluruh badannya – adalah najis juga. Lebih dari itu airliur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jikapeluh yang keluar dari mulut (yakni air liur) adalah najismaka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannyaadalah najis juga. Maka dengan itu seluruh badan anjingadalah najis.
Dalil keduaadalah berdasarkan sebuah hadis:
Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diundangke rumah satu kaum lalu baginda memenuhi undangan tersebut,kemudian baginda diundang ke rumah satu kaum yang lain namuntidak baginda memenuhinya. Lalu ditanya kepada bagindakenapa? Baginda menjawab: “Sesungguhnya pada rumah si fulanitu ada anjing.” Lalu dikatakan kepada baginda: “Dalam rumahsi fulan (undangan pertama) ada kucing. Baginda menjawab:“Sesungguhnya kucing bukan najis.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Hakim.Berdasarkan hadis ini difahami bahawa anjing adalah najis(berbeza dengan kucing yang bukan najis).
sbab Malaysia & Asia Tenggara guna Mazhab Safiee
|