CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 2-1-2013 11:16 AM | Show all posts
redsentra posted on 2-1-2013 09:56 AM
berharap sangat yg farah hadir masa hari pertunangan yg bakal x jadi tu......biarlah dia tau apa y ...

kalo farah pergi kompem bersorak gembiralah dia kalo tngok aliff x datang bertunang... mkin gedik minah tu nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2013 11:17 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 1-1-2013 06:48 PM
nak lagi.....selamat tahun baru....

sat sakura smbung ye cik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 11:21 AM | Show all posts
Segala dulang hantaran di atur elok satu persatu di ruang tamu rumah Shazrina. Sebanyak 7 dulang hantaran dihias mengikut tema warna merah digabungkan dengan perak. Shazrina didalam bilik sedang didandan Mimi yang sememangnya pandai menyolek. Wajah Shazrina yang ayu dengan busana merah hati dipandang Mimi.

“sekejap je kan Shaz...” tutur Mimi memecahkan kesunyian antara dia dan Shazrina.. puan Rogayah dan encik Tarmizi sedang sibuk dibawah menguruskan makanan dan tetamu. Shazrina memandang Mimi dengan ekor mata. Sedikit berkerut dahinya dengan ayat tergantung dari Mimi.

“apa yang sekejap?” Tanya Shazrina. Sempat lagi matanya mengerling jam didinding bilik tidurnya. Sudah pukul 10 pagi.. lagi sejam majlis pertunangannya akan dijalankan. Ada rasa debar menghiasi sekeping hatinya.

“kau dengan Aliff la... baru 3 bulan korang bercinta.. sekarang dah nak bertunang..entah-entah kau kawin sekali dengan dengan aku.” Terang Mimi dengan senyuman kecil. Tak sangka begitu cepat perjalanan jodoh Shazrina. Tidak seperti dirinya yang mengambil masa 2 tahun untuk mengikat tali pertunangan dan setahun untuk majlis penikahan... insyaAllah, lagi hujung bulan nanti dia akan bergelar isteri Izham..

“kalau ikutkan memang cepat Mimi... tapi, bila fikir kitorang memang dah start bercinta dari zaman sekolah lagi rasanya memang patut dicepat-cepatkan...ikutkan Aliff, dia mahu kami kahwin cepat-cepat sikit. Aku tak kisah... suka lagi lah..” Shazrina menjawab dengan ketawa kecil. Tak sabar-sabar dia mahu ke peringkat seterusnya. Bagi Shazrina tiada guna dilambat-lambatkan perkahwinan antara dia dan Aliff sedangkan mereka berdua sudah bersedia dari segi ekonomi, mental dan fizikal walaupun bukanlah seratus peratus. Nak tunggu bertahun-tahun untuk sesi mengenali hati budi rasanya tidak perlu. Baginya, selagi tidak berkahwin selagi itulah perangai sebenar sang kekasih hati tidak akan diketahui sepenuhnya. Jadi tiada beza untuk dia kawin awal atau lambat dengan alasan untuk mengenal hati budi.

“gatalyer.. tak menyempat-nyempat kau ni kan... jangan kau langkah bendul aku sudah. Kawin sekali dengan aku tak pe.” Giat Mimi bersama cubitan manja pada pinggang Shazrina. Shazrina menggeliat geli dengan cubitan temannya. Ditepuk lembut tangan temannya.

“itulah kau... abang sayang nak sponsor kawin tak nak... nak jugak tangguh-tangguh majlisnya.” Sela Shazrina... sekadar bergurau dan dia tahu Mimi tidak akan ambil hati dengan kata-katanya.

“ala biarlah... kalo aku dah kawin agaknya mampu ke aku datang hari ni nak menyolek muka kau ni.. entah-entah sibuk dukung anak je lebih.”

“iye la kan... nasib baik jugak kau tak kawin lagi. boleh jugak aku dapat khimat mak andam free... jimat bajet.” Balas Shazrina sambil ketawa kecil. Mimi turut ketawa riang...

“aik bila masa aku kata free nih... bayar la.. kurang-kurang tolong top up majlis aku nanti.” Gurau Mimi.. memang mereka berdua begitu. Sering sahaja usik mengusik antara satu sama lain.

“manyak cantik.... majlis aku sendiri pon tak larat nak menanggung nak top up untuk majlis kau pulak...” bidas Shazrina.

“aku memang cantik pon... kalo tak takkan lah abang Izham boleh jatuh hati...” ujar Mimi selamba badak sumbunya. Shazrina mengekek mendengar jawapan dari mulut Mimi. Menggeleng-geleng kepalanya dengan perangai gila-gila sahabat baiknya yang sorang ni.

“perasan...”Shazrina menjelir lidahnya.

“aku lega sekarang Shaz.....” kata-kata Mimi yang lembut mengubah mood suasana perbualan mereka. Shazrina mengerutkan dahi.. terangkat-angkat keningnya untuk mengetahui bicara seterusnya dari Mimi.

“Aku bersyukur sangat bila tahu kau dah start bercinta dan sekarang nak bertunang...dulu aku selalu je risau kalau aku kawin dulu sape nak jaga kau lepas ni. Siapa yang nak ganti aku teman kau untuk ke mana-mana? Untuk lepak bersama-sama? Untuk dengar masalah-masalah kau?... memanglah aku masih ada tetapi mesti keadaan dah tak sama macam waktu aku bujang. Nak-nak bila aku dah mengandung dah beranak pinak nanti... lagi la tak ada masa untuk diluangkan bersama kau.. tapi sekarang aku dah tak payah pening-pening.. kau pon akan dapat kebahagian macam yang aku rasa sekarang.. aku gembira sangat. Aliff akan ambil alih tugas aku untuk berada disisi kau... aku harap korang bahagia sampai ke syurga lah.” Luah Mimi sambil memaut lembut bahu teman baiknya. Dia ikhlas dalam menuturkan kata-kata tersebut. Ada rasa sebak mula menjenguk kamar hatinya. Pengenalan antara dia dan Shazrina walaupun hanya sekadar 3 tahun cukup kuat ikatan tali persahabatan mereka. Mungkin berkat kerana mereka satu kepala malah umur mereka yang sebaya memudahkan lagi tali persahabatan bertaut erat.

“thank Mimi.... kau pon aku doakan supaya berbahagia dengan Izham sampai ke syurga.. aku harap sangat persahabatan kita tak putus walaupun dah beranak pinak nanti...boleh kan?” minta Shazrina... dia tahu suasana sebuah persahabatan akan berubah selepas salah seorang atau kedua-kedua mereka sudah berkahwin. tetapi dia masih berharap persahabatan antara dia dan Mimi terus berkekalan. Mimi orang yang mengajar dia erti persahabatan sebenar. dia pernah hilang kepercayaan terhadap seorang kawan kerana Farah. Dan Mimilah yang membuka luas matanya semula. Mengajar erti sebenar seorang rakan yang sentiasa ada disamping disaat susah dan senang. Walaupun gadis itu tidak sekaya dan sehebat Farah namun dia tahu keikhlasan Mimi lebih suci berbanding bekas sahabatnya. Dia bersyukur memiliki seorang sahabat sebaik Mimi.

“InsyaAllah Shaz... kita akan sama-sama usahakan hubungan kita sentiasa kekal.. kalo kau risau sangat apa kata nanti dah ada anak kita jodohkan mereka... boleh jugak kita berbesan.” Mimi memasang angan yang masih jauh untuk dicapai. Shazrina tergelak mendengar angan-angan Mimi yang dirasakan terlalu awal untuk dibincangkan.

“kalo anak-anak kita semua perempuan atau lelaki macam mana nak jodohkan?” usik Shazrina sambil menghemburkan ketawa senang. Mimi turut sama ketawa... mereka meneruskan perbualan untuk mengisi masa yang terluang.

Last edited by misssakura on 2-1-2013 11:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 11:28 AM | Show all posts
misssakura posted on 2-1-2013 11:12 AM
amboi2 k.ana.... jauh berangan tuh.. x lrt kot sakura nk mengarang penuh onak duri gtu:lol ...

akak mmg kuat berangan
buat ler mana yg termampu
cumanya klu ada idea lebih boleh ler touch up mana2
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 11:29 AM | Show all posts
misssakura posted on 2-1-2013 11:21 AM
Segaladulang hantaran di atur elok satu persatu di ruang tamu rumah Shazrina. Sebanyak7 dulang hanta ...

nie jer ke?
alah naper sikit benor
x sabar nak tahu bab yg sungguh tragis itew
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 11:30 AM | Show all posts
Encik Tarmizi ke hulu ke hilir di ruang tamu... jam pada dinding sudah menginjak ke 2 petang. Aliff sekeluarga masih belum tiba sedangkan masa dijanji telah lama berlalu. Kalau diikutkan, majlis pertunangan antara Aliff dan Shazrina akan berlangsung jam 11 pagi tadi tetapi sehingga kini langsung tiada bayangan Aliff mahupun rombongan keluarganya. Tak salah sekiranya kalau mereka lewat tapi sekurang-kurangnya beritahu. Bukan diam begini. Beberapa orang jiran yang dijemput hadir mula berbisik-bisik sesama sendiri. ada yang berfikiran positif  dan ada juga sudah mengesyaki yang tidak enak. Mula timbul isu Aliff tidakingin bertunang dengan anaknya. Encik Tarmizi merengus kasar. Dikepal jari jemari membentuk penumbuk. Malu berinci-inci apabila mendengar kata-kata nista mula dilemparkan kepada dia sekeluarga.

“saya balik dululah abang Mizi....” Maimun jiran tetangganya meminta diri. Makin menebal rasa malu terpalit pada diri papa Shazrina.

“dah nak balik?”

“a’ah bang Mizi... ada hal kat rumah tu.” Maimun beralasan. Sedaya upaya tidak mahu mengecilkan hati jirannya meski pun hatinya cukup tidak betah untuk berlama-lama dirumah besar ini. Dia bukan apa, malas membazir masa menunggu buah yang tidak gugur. Jauh di hatinya yakin bakal menantu encik Tarmizi tidak akan datang majlis pertunangannya hari ini.

“hmm kalau macam tu tak apalah....... pergi la makan dulu sebelum balik. Kalau tak nak makan sini ambil buat bungkus.” Pesan encik Tarmizi. Makanan yang ditempah untuk 50 orang tetamu nampaknya akan dibazirkan sekiranya tidak diagih-agihkan. Maimun sekadar mengangguk dan beredar ke dapur untuk mengambil makanan yang disebut-sebutkan encik Tarmizi. Beberapa orang jiran lain mengikut jejak langkahnya. Begitu juga saudara-mara belah encik Tarmizi dan puan Rogayah.

Last edited by misssakura on 2-1-2013 11:33 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-1-2013 11:34 AM | Show all posts
Mekap yang dipakai Shazrina mula tercemar. Air mata bagaikan air terjun menuruni pipinya. lemah urat sendinya menghadapi cabaran untuk kali ini. Aliff... mana awak pergi? Kenapa tak datang majlis pertunangan kita? Awak ada masalah ke? Shazrina berdialog sendiri.

“Shaz...cuba telefon lagi.” arah puan Rogayah sambil memegang lembut lengan anak daranya.. memujuk hati Shazrina yang remuk bagaikan dilanda garuda. Shazrina menekan telefonnya untuk menghubungi Aliff. Masuk kali ini hampir 20 panggilan dibuat namun tidak berjawab. Apa yang dirisaukan keselamatan lelaki itu dan keluarganya.. manalah tahu ada musibah menimpa dalam perjalanan ke rumahnya.

“dia tak angkat mama... mana Aliff mama...” jerit Shazrina dengan sedu sedan..ke mana Aliff menghilang.. takkan lah tiada langsung panggilan dari lelaki itu atau wakil keluarganya mahu menelefon dia. Puan Rogayah sendiri tidak tahu apa yang harus dijawab. Rasa simpati melonjak-lonjak terhadap anaknya.

“cuba telefon rumah dia pulak...” cadang puan Rogayah lagi.

“Shaz dah call mama... tapi tak ada orang angkat....” balas Shazrina dengan suara serak-serak basahnya. Mimi yang tadi berdiri memerhati perbualan Shazrina dan mamanya menghampiri sahabat baiknya itu..

“aku try call Izham macam mana... kot-kot dia tahu Aliff kat mana.” Aju Mimi cuba membantu. Digosok belakang Shazrina supaya gadis itu banyakkan bersabar.Mungkin ini cubaan dari Allah untuk menguatkan hati hambaNya. Shazrina sekadar mengangguk sambil matanya mengerling kearah Mimi yang sedang menelefon tunang tersayang. Hampir 5 minit gadis itu berbual dengan orang tersayang sebelum memutuskan talian.

“Izham tahu tak kat mana Aliff?” Shazrina bertanya pantas.. hatinya ingin meletup dengan perasaan ingin tahu. Puan Rogayah turut menghalakan pandangan ke arah Mimi yang kelihatan tenang.

“Izham tak tahu... aku suruh dia try call Aliff atau orang yang rapat dengan keluarganya. Apa-apa hal dia inform kat kita nanti.” Terang Mimi. Walaupun dia tahu jawapannya itu tidak membantu tetapi sekurang-kurangnya dia cuba berusaha untuk Shazrina. Shazrina mengangguk faham... dia tahu Mimi cuba yang terbaik untuk membantunya dalam mengesan Aliff..

“Shaz rehat la yer... mama nak pergi tengok jiran-jiran dan saudara mara kita ka tbawah... mungkin, hari ni bukan hari yang sesuai untuk Shaz dan Aliff bertunang. Shaz jangan fikir bukan-bukan ye nak.. mungkin ada musibah yang berlaku  yang kita tak tahu..banyak-banyakkan berdoa supaya semuanya baik-baik aje.” Pujuk puan Rogayah lembut. diusap tangan anaknya lembut. cuba memberi sokongan dan dorongan kepada Shazrina yang sudah kelihatan putus harapan. siapa tidak sedih apabila bakal tunang tidak datang dihari pertunangan.. dia tahu Shazrina kuat untuk menghadapinya.

“thank mama...” ucap Shazrina perlahan.. senyuman manis cuba diukir walaupun jelas kepahitannya. Namun dia tidak boleh menipu diri lagi apabila takung matanya tidak berhenti-henti mengalirkan air mata. Puan Rogayah menghantar isyarat mata kepada Mimi supaya menjaga Shazrina sementara dia mahu beredar untuk menguruskan hal dengan jiran dah saudara mara yang lain. Mimi membalas dengan isyarat yang dia faham hasrat ibu kepada temannya itu.

Last edited by misssakura on 2-1-2013 11:38 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 11:39 AM | Show all posts
Mimi menghampiri Shazrina yang kelihatan sugul merenung langit ditepi tingkap biliknya. Ada rasa serba salah untuk dia mulakan bicara. Namun, baginya berkata benar lebih baik meskipun pahit supaya Shazrina tidak terus diperbodohkan dengan kekasih sendiri.

“Shaz...”panggil Mimi lembut sambil mencuit bahu temannya. Mahukan perhatian dari gadis itu selain menghentikan menungan Shazrina.

“hmm?”balas Shazrina dengan senyuman nipis. Memaksa bibirnya melontarkan senyuman buat sahabat yang sentiasa ada disisinya disaat senang dan susah. Shazrina menghampiri Mimi lalu melabuhkan diri diatas katil. Mimi mengetap bibir melihat senyuman pahit dari wajah keruh Shazrina. Dia kesiankan Shazrina dengan musibah yang melanda. Aliff memang jantan tak guna. Itu sahaja makian yang terlontar jauh disudut hatinya.

“kenapa Mimi...” tegur Shazrina apabila melihat Mimi sekadar diam membukam. Shazrina cuba untuk tersenyum lagi. cuba berlagak kuat dihadapan Mimi supaya gadis itu tidak terlalu menaruh rasa simpati buatnya.

“tadi Izham call aku...............” Mimi mengeluarkan topik. Matanya menangkap reaksi Shazrina yang mengubah kedudukan untuk lebih selesa. Gadis itu seolah-olah sangat berminat untuk tahu kisah selanjutnya.

“lepas tu?” Shazrina sedikit mendesak. Tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya... kini sudah jam 5 petang. Sehingga ke saat ini satu panggilan dari Aliff mahupun wakil keluarganya belum diterima. Dia sendiri sudah tidak tahu apa yang perlu difikirkan.. sama ada mereka benar-benar di timpa musibah atau pun Aliff tidak jadi bertunang dengannya. Itu sahaja pilihan yang ada untuk difikirkan.

“dia call restoren Aliff dan tanya staff Aliff ke mana Aliff.. dan staff dia cakap..........” Mimi menghentikan kata-katanya. Tidak sampai hati untuk meneruskan kata-kata yang bakal menghancur luluhkan hati temannya.

“staff dia cakap apa Mimi...” kuat suara Shazrina bertanya. hatinya sudah tidak sabar-sabar untuk tahu faktor ketidak hadiran Aliff sekeluarga dihari pertunangan mereka.. matanya merenung ke wajah temannya yang kelihatan serba salah. Shazrina mula rasa tidak enak apabila melihat reaksi wajah Mimi.

“kau sabar ye Shaz... mungkin ni ujian untuk kau...” pesan Mimi sebelum memulakan bicara seterusnya.. Shazrina sudah tidak dapat menahan rasa gelisah dihati..digenggam tangan Mimi kuat.

“beritahu aku Mimi... apa yang staff tu beritahu Izham...” gesa Shazrina lagi. Kolam matanya sudah dipenuhi air meski pon berita yang ditunggu belum pon mencecah ke telinga... dia yakin ada perkara tidak baik berlaku dengan gaya lenggok percakapan dan raut wajah Mimi.

“kata pekerja kat situ, Aliff ambil cuti 3 hari... mulai semalam sampai esok sebab dia pergi bercuti dengan family di pulau Redang.” Luah Mimi sambil menutup matanya... tidak sanggup melihat wajah temannya yang bakal merana dengan jawapan jujurnya. Shazrina terkesima dengan jawapan dari Mimi... badannya yang tadi kukuh disisi Mimi terkulai layu.. tidak percaya dengan apa yang dia dengar...

“kau tipu Mimi... kau tipu aku... tak kan Aliff buat macam tu kat aku....” jerit Shazrina sambil menutup telinganya.. dia tidak percaya dengan jawapan yang diterima dari Mimi. Kenapa mesti Aliff sekeluarga ke pulau Redang disaat mereka bakal ditunangkan? Tak mungkin!!! Shazrina melawan bisikan hatinya..

“kau tipu aku kan Mimi..cakap Mimi. Beritahu aku yang kau bohong jer... mustahil Aliff buat macam tu... Aliff sayangkan aku... dia cintakan aku... dia tak akan buat aku macam ni... bagitahu aku perkara sebenar Mimi... jangan buat aku macam ni.” Rayu Shazrina sambil tertunduk memegang tangan sahabat baiknya.. air mata kian rancak membasuh pipinya. Mimi menutup mulutnya menahan tangis... dia sendiri sedih melihat keadaan Shazrina yang seolah-olah tidak dapat menerima berita yang dibawa. Dia pantas memeluk erat sahabatnya untuk ditenangkan gadis itu.Dia tahu tidak mudah untuk Shazrina menerima kenyataan itu kerana sayangnya terhadap Aliff yang begitu menebal. Perasaan gadis itu dari dulu hingga kini tidak pernah berubah untuk Aliff.

Last edited by misssakura on 2-1-2013 11:46 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2013 11:42 AM | Show all posts
kejam sungguh aliff ni. buka na siasat....kawan yg baik takka burukkan kwn pada org lain....tu pun x leh pikir aliff ni...sengal bertingkat tingkat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2013 11:48 AM | Show all posts
redsentra posted on 2-1-2013 11:42 AM
kejam sungguh aliff ni. buka na siasat....kawan yg baik takka burukkan kwn pada org lain....tu pun x ...

kannn... kat situ pon bleh nampak perangai Farah cam ne.. kwn baik x kan busukkan kawan sendiri biarlah jahat macam mne pon kan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 11:56 AM | Show all posts
misssakura posted on 2-1-2013 11:48 AM
kannn... kat situ pon bleh nampak perangai Farah cam ne.. kwn baik x kan busukkan kawan sendiri bi ...

kan org dulu dulu dah kata...nak tau keburukan tanya ka musuh, nak tau kebaikan tanya ka sahabat....dan sahaba yg bak takkan burukkan sahabat depan org lain tapi dia akan nasihakan sahabat bila sahaba buat silap

utk alif
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 11:57 AM | Show all posts
banyaklak typo error..biarlah..malas nak edit huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aliff mmg jahat dan x berhati perut
Dendam terlaksana tp tenteram ke jiwa dia
Walau pahit sekurang2nya shaz tahu yg aliff sprt x memain2kannya cuma shaz x taw yg aliffsdg balas dendam
Semoga luka di hati shaz akan diubati aqil, bg aliff sakit hati sepenuhnya, jgn bg muka




Wah emonya ana nie................hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2013 01:59 PM | Show all posts
Emmm.....kalau aliff tak wat camtu..x adventure la cite nih...

nak taw jugak ape yang akan jadi lepas ni..aliff kena makan ngn jerung kt pulau redang tu..
hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 11:30 AM | Show all posts
waaaaaa sedihnya....mmg tergamak alif buat begitu kan...puaslah hati dia sekarang nih...semoga hati dia tenang selepas ini, harap shaz x layan lagi mangkuk nih....geram sungguhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2013 11:57 AM | Show all posts
misssakura posted on 2-1-2013 11:39 AM
Mimi menghampiri Shazrina yang kelihatan sugul merenung langit ditepi tingkap biliknya. Ada rasa ser ...

...sian shaz,

Takpe ler jodoh dah takde...cikgu aqil kan ada...muleh aje jd pengganti...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2013 03:19 PM | Show all posts
Cikgu Aqil...cepatlah selamatkan Shaz...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohtippp sakura x buh entry lg
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 02:03 AM | Show all posts
jahat ye alif, kan dah agak, mesti dia tak datang masa bertunang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2013 09:56 AM | Show all posts
kejam betul alif...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.057924 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list