|
“Aku nikahkan dikau, dengan Nur Adalea Binti Muhammad Latif dengan mas kahwinnya dua ratus dua puluh dua ringgit tunai”
“………..”
“Masya Allah.. Bawa bertenang ya, pengantin lelaki” Kata Imam Ali, sambil tersenyum.
Faiz memejamkan mata, mengigit bibir. Senyuman dan ketawa kecil daripada tetamu menambahkan lagi debarannya.
“Tarik nafas” Imam Ali memberitahu.
“Baca Al-Fatihah, Selawat 3 kali” Faiz menurut.
“Boleh kita mula sekali lagi?” Faiz mengangguk lalu menarik nafas lagi. Berdoa agar gugupnya hilang buat sekali ini.
“Aku nikahkan dikau, dengan Nur Adalea Binti Muhammad Latif dengan mas kahwinnya dua ratus dua puluh dua ringgit tunai”
“Aku terima nikahnya Nur Adalea Binti Muhammad Latif dengan mas kahwinnya dua ratus dua puluh dua ringgit tunai”
“Sah”
“Sah”
“Sah”
“Alhamdulillah”
Doa di baca, memohon agar kedua mempelai dan para tetamu dirahmati yang maha Esa.
Usai berdoa, perlahan-lahan Faiz bangun, lalu duduk di pelamin. Upacara menyarungkan cincin di mulakan. Beberapa kali dia menarik nafas, menenangkan diri. Lea yang kini duduk berhadapan dengannya, masih menunduk malu. Dengan lembut, Faiz menyarungkan cincin koleksi pengantin Bvlgari ke jari manis Lea. Lea menghulurkan tangan, lalu tangan suaminya di cium.
Ya Allah…
Sekiranya telah kau takdirkan dia milikku
Dekatkanlah dia padaku
Titipkanlah kemesraan antara dirinya dan diriku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Agar kebahagiaan ini kekal dan abadi
Dan sentiasa di dalam rahmat-Mu….
*********************************************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
“Okay, one more… good” Dani yang bertindak sebagai jurugambar untuk Faiz dan Lea pastinya, memberi arahan.
“Turn around now. Faiz, belakang sikit.. Lea, look at the camera. Good”
“Now, get closer, both of you” Mereka menurut.
“Ad, I want you to put your hand on his chest” Dani memberi arahan lagi. Lea teragak-agak. Memandang muka Faiz yang sedang tersenyum kacak, dia terasa mukanya merona merah. Apatah lagi, tangan Faiz kini melingkari pinggangnya.
“ Ad, sportinglah sikit” Dani berkata lagi. Lea menarik nafas, arahan Dani di turuti jua.
“I can feel your heartbeat” Faiz berbisik, menyebabkan Lea muka semakin merah. Gambar di ambil lagi.
“Good. Now, look into each others eyes” Pandangan pasangan pengantin baru itu bertaut.
I Love you…
I Love you more….
*************************************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
“Assalamualaikum” Lea memberi salam, berdiri di depan pintu bilik. Selepas solat Isyak, sengaja dia menolong ibunya di dapur lama-lama. Dah kena piat telinga dengan ibu, baru dia naik ke atas.
Faiz yang sedang duduk di atas katil bermain gitar, memandang sambil tersenyum.
“Waalaikumussalam” Faiz menjawab.
Di setiap ada kamu mengapa jantung ku berdetak
Berdetak dengan lebih kencang
Seperti genderang mahu perang
“Lea... ?”
“Ya?”
“Err... kenapa... tercegat... depan... pintu?”
“Tak ada apa-apa...”
Faiz terdiam.
Lea juga diam, tak tahu nak buat apa. Dia rasa berdebar. Sekian lama tidur seorang diri, kini dia bakal berkongsi katil dengan suaminya. Dengan Faiz…
“Errr...duduklah” Faiz berkata. Tilam ditepuk, menyuruh Lea duduk. Ada sedikit getaran dalam suaranya. Dalam keadaan serba tak kena, Lea menurut juga.
Faiz masih dengan gitarnya, mengalunkan nada berirama lembut. Tapi, tiada kata-kata yang keluar dari mulut Faiz dan Lea.
Sepuluh minit… dua puluh minit…
Faiz menarik nafas.
“Eh, lupa” Faiz berkata tiba-tiba. Dia segera bangun nak menyeluk beg galasnya mengeluarkan sesuatu.
“Nah..” Hulur Faiz, kembali duduk di atas katil.
“Apa ni?”
“Bukalah”
Seutas rantai tangan emas berada didalam kotak. Lea tersenyum
“Sini tangan” Pinta Faiz. Lea menghulurkan tangan.
Faiz memakaikan gelang tangan itu ke pergelangan tangan isterinya
“Suka?”
“Suka. Cantik. Pandai pulak kau pilih barang kemas ni kan...” Lea berkata sambil membelek-belek rantai tangan hadiah dari Faiz. Faiz mengangkat kening.
“ ‘Aku’ ‘kau’ je? Tak romantik langsung” Faiz menegur.
“Apa yang tak romantik?”
“Cik Lea, dah kahwin ni, takkan nak ber ‘aku’ ‘kau’ lagi?”
“Oppss. Sorrylah Encik Faiz, dah terbiasa” Lea termalu sendiri.
Senyap. Tiga minit... lima minit...
“Habis, nak panggil apa?”
Faiz mengangkat kening.
“Panggil Abang…”
“Eeee.. taknaklah panggil abang...macam kelakar sangat”
“La.. okaylah tu. Kalau tak, nak panggil apa?”
“Entah” Lea mengaru-garu kepala.
“Panggil sayang?”
“Jiwang sangat. Tak nak” Faiz memutarkan matanya ke atas.
“Baby?”
“Isk... gedik”
“Kanda dinda?”
“Macam zaman Hang Tuah je...”
“Habis tu? Kalau dah semua tak nak, nak panggil apa?”
“Tak tahu. Ala.. macam...tak bestlah. Rasa kelakar je nak panggil abang la, sayang la, baby la... taknaklah. Lagipun, kita kan dah...”
“Sshhhhh.....”
Bibir Lea di kucup lembut oleh Faiz. |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats to Faiz & Lea..... |
|
|
|
|
|
|
|
kawin la jugak...
emalin tk meroyan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
alolololoo...sooo sweeettt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeayyy.dia kahwin.api diaorang nak panggil apa ek?ahahh.mesti kekok kalau nak panggil "baby".ahhahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
haa..kn senang terus ajk kawin..ni korner sn sni..
pgil B dgn dear..sweet kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 429# awanjingga
Awan dear okey lagi B macam tak sesuai pulak.hehehee.tapi tak tahu la kalau lea dan faiz suka.hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 430# freddianza
faiz kata ok jer B.. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya kawen gak si faiz dgn lea, tp bagus tul si lea confront si faiz camtue, agresif gitu pasal panggilan pun leh jadi isu, so sweet |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats to Faiz & Lea.....
auntieagony Post at 15-5-2012 23:06
Thanks Auntie (on behalf Faiz & Lea )
Tetibaaaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Auntie (on behalf Faiz & Lea )
Tetibaaaaa....
Nicki_Meow Post at 17-5-2012 10:24
Sambung ler lagi....
Sure lepas adegan suka-ria, mesti adegan konflik pulak.... Dgn penyakit halusinasi si Emalin tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 432# fatehana
Dah boyfriendnya spesis slow. Haruslah agresif gitu...
Ahahahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Part 2 - Episode 54
Dari dalam chalet, Faiz memerhatikan Lea yang leka memerhatikan keindahan alam yang terbentang luas di hadapannya. Rambutnya terbuai-buai di tiup angin. Bulan terang hari ini, menambahkan suasana damai di Cyberview Lodge Resort.
“Sayang” Faiz mencium bahu Lea yang terdedah, lalu diselimutkan dengan sehelai selendang.
“Tak sejuk ke berdiri kat luar ni?” Faiz bertanya lembut.
“Tak...” Lea menjawab. Matanya masih memandang ke hadapan, namun bibirnya menguntum senyum. Faiz memeluk pinggang Lea.
“I love you” Lea tersenyum lagi.
“Kenapa ni? Macam tak ada mood je”
“You know we don’t have to do this right?”
“Do what?”
“This, majlis besar-besar macam ni…” Faiz tersenyum.
“Tak suka?”
“Suka memanglah suka, tapi macam membazir je”
Bukan sekali dua hal ini diperkatakan, malah sebelum majlis akad nikah lagi. Tapi Faiz tetap dengan keputusannya.
“Sayang, kalau boleh, wedding atas bulan pun Faiz sanggup”
“Tapi…”
“Lea…”
“I’m doing this because I want it to be special. For you, for us. It will be once in your lifetime and I want to remember this moment”
“Lagi pun, as an owner of travel agent, I can easily get a special rate with a very good discount”
“Iya?”
“Plus, I am a blogger. This can give them free promotion as something in return”
“Oh... So now we are talking business” Faiz ketawa.
“My turn to ask”
“Hhmmm”
“Why me?”
“Why not?”
“Yelah… mesti ada sebabkan, kenapa Faiz pilih Lea?”
“Perlu ke ada sebab untuk mencintai seseorang?” Lea mengangkat bahu.
“Faiz tak ada sebab kenapa Faiz sayangkan Lea, dan Faiz tak perlukan sebab untuk mencintai Lea”
“Faiz sayangkan Lea seikhlas hati, tak ada sebab. Perasaan tu datang tiba-tiba, dari hari pertama Faiz jumpa Lea, sampailah sekarang. Insya Allah, I will love you until the day I…”
“Jangan sebut mati, Lea tak suka” Faiz menarik nafas.
“What about you?” Lea tersenyum.
“To love someone deeply gives you strength. Being loved by someone deeply gives you courage, and I am happy to be loved by you” Faiz mengeratkan pelukannya. Mereka kemudiam diam, melayani bahasa cinta mereka yang tersendiri.
“Lea, would you do me a favor?”
“Anything”
“I want your beauty to be mine, and mine alone. I don’t like to share it with someone else” Lea diam.
“Faiz tahu, Faiz pun banyak kekurangan. Tapi bila dah kahwin ni, Lea dah jadi tanggungjawab Faiz, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kita berubahlah sikit demi sikit. Learn together, complete each other” Lea yang masih dalam pelukan Faiz, berpaling.
“I’ll do anything for you…”
“Not for me, tapi dengan ikhlas sebab Allah” Lea mengangguk sambil tersenyum.
“That’s my girl” Bibirnya cuba menangkap bibir Lea tapi dengan cepat, Lea menutupnya dengan tangan.
“Jomlah masuk. Dah malam. Esok banyak benda nak buat”
“Buat banyak benda sekarang boleh tak?”
“Gatal”
“I like it when you’re blushing. Nampak cute”
“Sudahlah, jom masuk”
“Jom” Faiz mencempung tubuh isterinya secara tiba-tiba, membuatkan Lea terjerit kecil.
“Terkejut tau. Nasib tak jatuh”
“I’ll catch you, if you fall”
“Faiz..”
“Ya?”
“I Love you too” |
|
|
|
|
|
|
|
Reply fatehana
Dah boyfriendnya spesis slow. Haruslah agresif gitu...
Ahahahaha...
Nicki_Meow Post at 17-5-2012 10:37
and tt reminds me to my BFF yg begitu agresif dan buat laki dia cam terkedu, alasan BFF akak adalah klu dia x mulakan tindakan agresif dia tue sure laki dia xdenya nak propse kat dia camtue so dia kena wat gak dan I really like cara Lea tue, so sweet esp dtg umah Faiz tetengah malam
so sambunglah lagi yea |
|
|
|
|
|
|
|
“Jomlah masuk. Dah malam. Esok banyak benda nak buat”
“Buat banyak benda sekarang boleh tak?”
alah cutenya dialog si faiz dgn lea nasib baik xde dialog lanjut
"antaranya kita wat anak"
atau
"jom kita bunuh syaitan" |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa...napa panggil Faiz je...x romantik la...
baru2 bljr eh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 439# sarizu
Malulah kak....
Ahahahha...
They started as a friend. So baru-baru kawen ni, of coz lah malu-malu nak beromantika di amour... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|