CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 21-4-2011 04:17 PM | Show all posts
mmg hari2 saya bwk kamera ke dalam masjidilharam.. x pernah pulak kena tahan dgn guard. tapi kal ...
balqishku Post at 21-4-2011 15:46


Sungguh... tau takpe!  hehee... kat Masjid Nabawi mak2 guard dia memang strict, abis sema 1 badan ni dia nak check, tapi biasanya kalau dia tau kita ni dari Malaysia, dia tak la check kasar2 sgt... kalau orang2 luar jer dia kasar semacam... ada sorang gang umrah akak tu, dia putih merah idung mancung, badan pun tinggi lampai cam minah salleh... mak2 guard tu dok tanya2 dia..'america? america?..hehee... kawan akak jawab la...no..no...malaysia..malaysia... sian kawan tu...
sabo ajelah...  
ish..ish...bila dikenang2kan balik terasa rindunya nak berada di dlm Masjid Nabawi tu semula... ya Allah, murahkan la rezeki kami semua ini ya Allah... berilah kesempatan pada kami semua supaya dpt ke sana lagi... amin ya rabbal alamin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2011 04:44 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua..
Saya baru dapat call dari TA andalusia...., 31/5 kami kena masuk Makkah dulu baru Madinah sebab time ti Madinah penuh(hotel depa kot yg penuh tu).
Berdebar. Tahun lepas pergi naik kapal terbang charted terus ke Madinah, urusan kat airport sekejap je dalam 1 jam dah selesai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 04:45 PM | Show all posts
Reply 415# chit_ana


    Thanks ana, saya tak reti nak tempek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 06:11 PM | Show all posts
Senarai Jemputan Umrah tahun 2011.

BilJemaah
TarikhHari

1haziq_97
21.02.11
Isnin

2 Innova77
26.02.11
Sabtu

3
ainunaina
01.03.11
Selasa
4
ilacantik
11.03.11
Jumaat

5
cmf_gremlins
13.03.11
Ahad

6
LeyyaHanna
14.03.11
Isnin
7
jinak_merpati
14.03.11
Isnin
8
me_shhiza
16.03.11
Rabu
9
Nara_Gara
18.03.11
Jumaat
10
takumi_ae11
23.03.11
Rabu
11
mama_damia
23.03.11
Rabu
12
nurul_akmar
26.03.11
Sabtu
13
sabriina
27.03.11
Ahad
14
elle1011
30.03.11
Rabu
15
Zamnie
18.04.11
Isnin
16
aily
23.04.11
Sabtu

17
kopmerah
28.04.11
Khamis

18
babasai
Awal Mei


19
nurulqisztyna
29.05.11
Ahad

20
suriaa
31.05.11
Selasa

21
carold
31.05.11
Selasa
22
mautau
06.06.11
Isnin

23
izrine
13.06.11
Isnin

24
green~tea
30.06.11
Khamis

25
nuris
Julai 2011


26
raze86
Akhir Ramadan


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:44 PM | Show all posts
Salam,
sorry lah nak tanya, di masjidil haram tu saf lelaki n perempuan masa sembahyang fardhu macammana ya, halang/hadang dengan apa? mcmamana nak kenalpasti, then masa sembahyang2 sunat, perempuan boleh sembahyang dimana? kalau nak sembahyang kat hijir ismail tu, ada lelaki solat time tu, boleh ke selit sekali? maaf lah zrine x pernah sampai ke sana lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 01:52 AM | Show all posts
Kerinduan yg teramat sngt tuk kembali ke Makkah+Madinah..11thn yg lalu kesana..
mse tu g 49hari..seminggu sblm ramadhan..3ari g iran..6,7ari kt madinah dan selebihnye d makkah..smpt puase sebulan+hari raye+puase 6+raya puase 6 kt sane..hari raye tu g jln2 kt bukit jiad..tgk org2 arab smbt raya..best sngt..
ramadan di makkah sngt indah.sngt istimewa..best tgk suasana semasa buka puasa n terawih.. pd mlm ke-27 mmg sngt2 rmai org..sngt2 syahdu mlm tu..semua rjin sngt beribadat..
mmg suatu pengalaman yg sngt berharga..moga Allah murahkn rezki dan pnjgkan umur untuk kembali lg kesana..inshaAllah..amin~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2011 06:49 AM | Show all posts
mickey ada sedikit pertanyaan...
apa beza umrah ke mekah dahulu dan ke madinah kemudian....
sbb banyak mickey baca kat sini...
pegi madinah dahulu...baru ke mekah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 08:39 AM | Show all posts
assalamualaikum mickey

Saya dulu pun ke mekah terus baru ke madinah...beza nya kita dah berpakaian ihram dr rumah / airport and akan miqat di dlm kapal..kalau ke madinah dulu..kita cuma berpakaian biasa dan selepas 3 atau 4 hari baru bertolak ke mekah dan akan berihram di bir ali..

Kalau ke mekah dulu..kita dah selesai umrah kita and di madinah tumpukan pada ibadat dan ziarah ditempat2 yg di bwa oleh TA..mana2 pun sama je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2011 10:40 AM | Show all posts
Senarai Jemputan Umrah tahun 2011.
transporter Post at 21-4-2011 18:11



   
15
Zamnie
18.04.11
Isnin

16
aily
23.04.11
Sabtu


Assalamamualaikum..
Ikut senarai diatas..Insyaallah Kak Aily bertolak esok..
Masyallah...Alhamdulillah..
Selamat berangkat Mengerjakan Umrah..
Dipermudahkan Allah segala urusan Ibadah Umrah dan mendapat Umrah yg makbul..
Amin..
Doakan Azie dan kawan kawan yg lain dpt sampai kesana..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 05:25 PM | Show all posts
Hari ni seronok sangat pergi solat Jumaat...

Saya, Hussain & Adikzarif dapat duduk betul2 kat bawah mimbar mendengar khutbah disampaikan oleh Syeikh AbdurRahman As-Sudais. Lepas tu dia imamkan solat Jumaat pula.

Suasa pun dah akan2 kat Masjidilharam pada hari Jumaat.  Saya duduk 4 saf belakang imam. Jadi semua orang tumpu kat situ. Jadi solatnya dalam keadaan berhimpit, dengan bau2an minyak atarnya, orang arab keliling... dan alunan bacaan Imam Besar Masjidilharam. Apabila imam baca al-fatihah pertama, saya pejam mata dan bayangkan di Masjidilharam... terus meremang bulu roma. Ternyata... saya amat merindui Masjidilharam...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 07:12 PM | Show all posts
Hari ni seronok sangat pergi solat Jumaat...

Saya, Hussain & Adikzarif dapat duduk betul2 kat baw ...
ustaz Post at 22-4-2011 17:25


Assalamualikum Ustaz dan rakan-rakan semua,

Memang kita semua amat-amat rindukan Masjidi Haram....

Kakak menonton siaran langsung di tv dari mula hingga akhir. Walaupun tak faham khutbah dalam bahasa Arab, namun tetap nak dengar jugak hingga selesai...

Betul kata ustaz, melihat suasana jemaah berhimpit-himpit teringat suasana di Masjidil Haram ...
para VIP yang duduk  di saf  depan sekali  tu berhimpit-himpit, tak dapat duduk selesa seperti yang selalu kita lihat...

Kakak perhati jugak kot-kot ternampak atau tv terfokus kat ustaz, hussain atau adikzarif tadi..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 08:07 PM | Show all posts
Hajat di hati nak solat maghrib berimamkan sheikh sudais di masjid kampung baru, tapi tiada rezeki ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 08:59 PM | Show all posts
Hari ni seronok sangat pergi solat Jumaat...

Saya, Hussain & Adikzarif dapat duduk betul2 kat baw ...
ustaz Post at 22-4-2011 17:25


Assalamualikum ustaz,dan semua akak pun macam kak
ros jugak tengok live kt tv1 aje. Masa imam bukak mulut
bg salam dan baca khutbah aje bulu roma dah meremang.
Sambil baring atas katil siap pejam2 mata lagi amik feel sprt kat
Masjidil Haram pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 09:50 PM | Show all posts
Salam,

Sabtu 22april. Kak Aily akan berangkat ke tanah suci
utk melakukkan ibadah umrah. Selamat berangkat
kami geng porum mendoakan semoga kak aily mendpt
umrah yang mabrur dan dipermudahkan Allah akan
segala urusan dan mendapat umrah yg mabrur. Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 10:51 PM | Show all posts
Assalamualaikum Semua

Alhamdulillah urusan untuk menunaikan Umrah berjalan seperti di rancang. Penerbangan esok akan bertolak lebih kurang pukul 3.30ptg. Semoga perjalanan rombongan umrah kami diberkati Allah swt.

Terima kasih pada teman2 yang mendoakan perjalanan umrah akak. Semoga teman teman juga dijemput kesana dalam masa terdekat insyaallah.



“Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2011 11:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum Semua

Alhamdulillah urusan untuk menunaikan Umrah berjalan seperti di rancang. Pe ...
aily Post at 22-4-2011 22:51



Waalaikumusalam,

Alhamdullillah...
Semoga perjalanan umrah aily dan ahli rombongan dipermudahkan dan dalam peliharaan Allah SWT, selamat pergi dan kembali dengan umrah maqbullah..

Aily,
InsyaAllah, adik akak, Gee  juga akan berangkat mengerjakan pada 8 Mei ni....
mungkin masa tu Aily dah kembali ke tanahair.
..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2011 09:26 AM | Show all posts


Rakaat pertama Sheikh membaca Surah al-A'laa.

1. Sucikanlah nama Rabbmu Yang Paling Tinggi,

2. yang menciptakan,dan menyempurnakan (penciptaan-Nya).

3. dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk.

4. dan yang menumbuhkan rumput-rumputan.

5. lalu dijadikan-Nya rumput-rumputan itu kering kehitam-hitaman.

6. Kami akan membacakan (Al-Qur’an) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa,

7. kecuali kalau Allah menghendaki. Sesungguhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi,

8. Dan Kami akan memberimu taufik kepada jalan yang mudah 1572,

9. oleh sebab itu berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfa’at,

10. orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran,

11. orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya.

12. (Yaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka).

13. Kemudian dia tidak mati dialamnya dan tidak (pula) hidup.

14. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman),

15. dan dia ingat nama Rabbnya, lalu dia shalat.

16. Tetapi kamu (orang-orang) kafir memilih kehidupan dunia.

17. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.

18. Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab terdahulu,

19. (yaitu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa.




Rakaat kedua pula Sheikh As-Sudais membaca Surah Al-Ghaasyiyah.

1. Sudah datangkah kepadamu (tentang) hari pembalasan

2. Banyak muka pada hari itu tunduk terhina,

3. bekerja keras lagi kepayahan,

4. memasuki api yang sangat panas (neraka),

5. diberi minum dengan air dari sumber yang sangat panas.

6. Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri,

7. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar.

8. Banyak muka pada hari itu berseri-seri,

9. merasa senang karena usahanya,

10. dalam surga yang tinggi,

11. tidak kamu dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna.

12. Di dalamnya ada mata air yang mengalir.

13. Di dalamnya ada takhta-takhta yang ditinggikan,

14. dan gelas-gelas yang terletak (didekatnya),

15. dan bantal-bantal sandaran yang tersusun,

16. dan permadani-permadani yang terhampar.

17. Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan,

18. Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?

19. Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan

20. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan

21. Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang memberi peringatan.

22. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mererka,

23. tetapi orang yang berpaling dan kafir,

24. maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar.

25. Sesungguhnya kepada Kami-lah kembali mereka,

26. kemudian sesungguhnya kewajiban Kami-lah menghisab mereka.


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 09:32 AM | Show all posts


Intipati Khutbah: Bersyukur kerana diberi nikmat Islam, orang yang menerima Islam perlu menerima tuntutan Islam iaitu bersatu padu. Perlaksanaan dapat dicapai dengan amalkan Islam, menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh hingga akhir hayat. Tuhan yang kita sembah satu, nabi kita Muhammad SAW satu, kiblat kita satu maka seharusnya tiada khilaf antara kita.

Sheikh juga menekankan pentingnya memahami bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab.

Sheikh Dr Abdul Rahman juga ingatkan tamadun Islam bergantung kpd ilmu, seperti surah Al-Alaq. Ilmu sangat penting bagi pembinaan tamadun.

Sheikh juga ingatkan kita perlu ingat kita umat bersederhana dan jangan jadi extremist. Beriman dan amal dengan Islam sepenuhnya. Umat Islam perlu meningkatkan ilmu. Kita tak seharusnya khilaf dlm cabang fikah dan jangan sampai khilaf sehingga menghalang untuk bersatu.

Sheikh juga ingatkan supaya semua yang hadir haruslah berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 11:22 AM | Show all posts


Para jemaah berebut2 nak salam dgn Sheikh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 12:15 PM | Show all posts
Reply 439# ustaz


   
Para jemaah berebut2 nak salam dgn Sheikh...


Masyallah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.051203 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list