|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
Amir menghirup Milo dan meletakkan cawan kosong di sinki. Dahlia menemaninya ke pintu depan. “ Goodnight Abang. See you tomorrow“
“ Boleh tak abang tidur sini? Rasa malas nak drive” Amir meraup rambutnya yang menutup dahi.
“ Mana boleh. Mummy mesti marah kalau Abang tak balik. Tak manislah kalau abang tidur sini. Kita kena ikut adat.”
Amir menarik hidung Dahlia” Okay, okay Usu junior. Besok malam jangan lupa pakai baju tidur sexy untuk siaran ulangan malam pertama !”
“ Malam pertama apa benda pula? Mana boleh ulang? Dah tak sama” tutur Dahlia dengan nada perlahan
“ Memanglah tak sama. You are much sexier now. Lagi pandai menggoda. I liiikkkee” Amir mengenyit mata. Muka Dahlia serta merta merona. Lengan Amir menjadi sasaran tamparannya.
“ Ala .. takyah nak pukul pukul Abang. I know you like it too”
“ Menyampah lah. Pergi lah balik” desis Dahlia. Tubuh Amir di tolak
Telefon bimbit Amir berdering sebelum dia sempat masuk dalam kereta. Nombor yang tidak di kenali terpampang di skrin. Janganlah staff Perkasa yang cari aku malam malam buta begini. Bekerja dengan syarikat milik keluarga bukannya mudah macam makan gaji. Habis waktu pejabat tak bermakna boleh tinggalkan semua urusan syarikat. Masaalah syarikat jadi masaalah keluarga juga. Makan malam bersama ahli keluarga tak banyak beza dengan mesyuarat lembaga pengarah.
“ Kenapa Abang tak nak jawab? Girlfriend call ek?” usik Dahlia dalam cuak. Janganlah masin mulut aku.
“ Ya lah kot. Kalau bukan Megan Fox, mungkin J Lo" balas Amir selamba. Telefon di lekap ke telinga. Dahlia menjelir lidah.
“ Hello” Minta mintalah nombor salah. Aku nak balik tidur.
“ Assalamualaikum. Amir, ni Sarah” Muka Amir berubah. Apahal makcik ni call aku? Macam mana dia dapat nombor telefon bimbit aku? Oops lupa.. ada atas kad nama aku. Polisi syarikat membolehkan pelanggan dan segala pengacau menelefon kami bila bila masa. Dahlia masih tercegat di sisi. Aku lebih rela kalau akauntan syarikat yang cari aku.
“ Am I disturbing you? You dah tidur kah?” Suara Sarah teragak agak.
“ Belum. I ada kat Kuala Kangsar. Besok majlis bersanding di rumah bapa Dahlia. How can I help you ?” Amir menggunakan tone suara seperti bercakap dengan klien.
“ Amboi, formal nya. I minta maaf sebab mengganggu. Tak apa lah. Lain kali saja kita berbual. Ada benda penting yang I nak bagi tahu. I need a favour from you”
“ Ok” Amir terus mematikan telefon. Wajah Dahlia di pandang sekilas. Pandainya cik adik ni berlakun. Dahlia sedang tekun memerhati pasukan tukang masak di khemah belakang rumah. Tapi spesis wanita ada antenna yang boleh menangkap signal kalau ex girlfriend suaminya menelefon. Aku tak nak ambil risiko bercakap bohong. Komunikasi dan kejujuran amat penting dalam perkahwinan.
“ Sarah yang call tadi”
Betul tekaan aku. Dahlia cuba menidakkan perasaan cemburu yang timbul. Dia senyum kecil sambil menjungkit bahu. Mesti jaga gengsi. Takkan nak melenting sebab kekasih lama Amir telefon lewat malam walaupun aku memang geram. Nampak gayanya Sarah Marzuki sudah masuk jarum. Sekarang isteri orang pun bukan boleh percaya. Bukan aku tak tahu mereka pernah keluar makan bersama. Terimakasih Nia!
“ Okay”
“ Okay jer? Tak de apa komen lain? Tak marah?” Pipi Dahlia di sentuh
“ Kenapa nak marah? Dia isteri orang. Do I have a reason to be worried?”
Amir senyum kelat. Uh-oh. Nasib baik Dahlia tak tahu yang Sarah sudah bercerai. Panjang ceritanya nanti. Esok esoklah aku cerita pasal status Sarah.
“ Lia dah penat lah Abang. Lia masuk dulu. Dah lambat ni. Good night” Dia mengucup tangan Amir dan melangkah gontai tanpa menoleh kebelakang. Amir masih ada perasaan pada kekasih lama nya. Kalau Sarah tu single, I am in big trouble.
…………………………………………………………………. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi kak. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaa Amir jangan dok cuba2 gatei kesian kat sarah..... kang kena kena lesing dengan cik pai ayam....
Sian lia....... |
|
|
|
|
|
|
|
uwah....tension nak beritahu berita gembira dpt pulok berita geram
ex dok call suami sbg lagi smiley |
|
|
|
|
|
|
|
sekali 3 N3 smiley bagi...
thanks smiley...
tp kalau boleh sambung lagi...
lagi2 bnyk2 n3
dhlia, knp x bgtau aje kt amir berita gembira tu? |
|
|
|
|
|
|
|
sarah dah lancarkan misi untuk jadi bini ke 2 amir...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
apa lah sarah ni...tak tahu malu betul... |
|
|
|
|
|
|
|
adesss sarah datang mnyibuk plak ni..... hmmm agaknye betul la ni kot sarah bakal isteri baru datuk azmi |
|
|
|
|
|
|
|
walau apa pun yg terjadi...
LIA ngan AMIR mesti blh mengharungi... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti sarah tu call nk bgtaw amir yang dia akan kd kakak ipar amir tue........... |
|
|
|
|
|
|
|
smiley...wah twisties perisa baru dah mari....sedapppp...tak sabor nengok tok mi sanding ..jom kita ikut rombongan pengantin tok mi .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 431# kaypo
kak kay..
sila jd pengapit pengantin p'puan...
nanti blh la bersilat dgn datin elly... |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
amir cam tau2 ja, dahlia ada berita gembira nak dikongsi...
baru nak gembira adalah pula pengacaunya....
jgn dahlia pengsan masa sanding, sudah....
x cukup tido memikirkan masalah baru.... |
|
|
|
|
|
|
|
sarah nak tanya kat amir.... sudi tak dia jadi adik ipar sarah... hehehe..... |
|
|
|
|
|
|
|
sara nie kacau je...g jauh2 syuhhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Tok mi kawin dgn sarah puan sri tentu suka
sbb nak tebur dosanya yg lalu....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 439# qimi08
akak...
x mau la..
cian cik pai ayam..
sure ati x tenang... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|