|
MANCHESTER UNITED~kaloh pon dok atas lagi ke..huhuhu
[Copy link]
|
|
http://forum.jiwang.org/style_emoticons/default/sm22.gifhttp://forum.jiwang.org/style_emoticons/default/jumping0044.gif" border="0">http://forum.jiwang.org/s ...
semutkurus Post at 4-1-2010 06:54 PM
forummer jiwang rupanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
huk huk terbatuk seh ahkak shadow sebut nama wa neh..
kalau dia naik 2 tahun lagik epl konpom wa buka kenang sejarah bersama cantona ( yg di curik atuk alex kemudian )
dollah_bedwi Post at 4-1-2010 07:15 PM
kena ingat ni kalu idak dollah bukak dulu |
|
|
|
|
|
|
|
pasni lawan man citeh kan..kompem mungkos lagi team ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wenger simpati kekalahan Man. United
LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menyatakan simpati apabila melihat rakan sejawatnya Sir Alex Ferguson dan seterunya, Manchester United tersingkir dari Piala FA kelmarin.
United dimalukan di tempat sendiri apabila tunduk 0-1 kepada Leeds manakala Arsenal memastikan kemaraan ke pusingan keempat apabila bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas kelab di London, West Ham.
Namun, Wenger berkata, dia kecewa apabila United kalah kerana ini memberi peluang kepada pencabarnya yang memburu kejuaraan Liga Perdana, Arsenal lebih masa untuk pulih menjelang perlawanan penting liga dan kejohanan peringkat Eropah.
"United kini bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk memburu kejuaraan Liga Perdana, malahan peluang mereka lebih cerah dalam Liga Juara-Juara kerana pusingan kelima Piala FA tidak lama sebelum perlawanan Liga Juara-Juara,'' kata Wenger.
United tersingkir dari Piala FA apabila Jermaine Beckford menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk Leeds di Old Trafford pada minit ke-19 kelmarin.
Lebih memeritkan ia merupakan kekalahan pertama pada peringkat pusingan ketiga Piala FA yang dialami oleh Ferguson, sejak dia mula mengendalikan United pada 1986.
Ferguson berkata, dia terkejut dengan kekalahan pasukannya.
''Persediaan untuk perlawanan ini sangat bagus, tetapi saya terkejut dengan aksi pemain.
"Kami tidak bermula dengan betul, sebaliknya Leeds beraksi dengan baik. Mereka memperoleh gol dan terus bertahan.
"Mereka (pemain Leeds) beraksi bak harimau dan kami memang menjangkakan situasi seumpama itu bagi mana-mana pasukan yang bertandang ke Old Trafford. Ia mengecewakan'' katanya. - Agensi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beckford kini jadi buruan
| Jermaine Beckford
|
MANCHESTER, England - Jermaine Beckford yang menghancurkan harapan Piala FA Manchester United pada perlawanan semalam, tidak akan dilepaskan dengan mudah dan murah.
Penyerang Leeds United itu menjaringkan kemenangan pada awal separuh masa pertama di Old Trafford , turut menidakkan beberapa percubaan berbahaya Wes Brown dan Jonathan Howson.
Bagaimanapun, musim perpindahan pemain bulan ini, mendorong juara 11 kali Piala FA, Manchester United berusaha untuk membuat tawaran terhadap Beckford yang akan mengakhiri kontrak hujung musim ini.
Newcastle turut membida pemain berusia 26 tahun itu dengan bidaan 1.25 juta pounds namun gagal. Situasi itu mengakibatkan Leeds tertekan malah jurulatih Leeds, Simon Grayson berkata, " Kami tertekan kerana terdapat tiga senario yang terjadi terhadap Jermaine.
"Dia menandatangani satu kontrak baru dan dia meninggalkan kami pada akhir musim ini atau kami menjual dia dan mendapatkan wang. Ia peluang bagus untuk tidak ditolak.
"Hari ini (kelmarin) dia telah menunjukkan apa yang dia boleh lakukan.
"Dia telah berusaha dengan kuat untuk pasukan dan dia akan mengambil setiap peluang, malah dia turut menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan terakhir kami. Penyerang itu adalah komoditi yang berharga dan kami tidak akan melepaskannya dengan murah.
Grayson yang bermula sebagai peminat Leeds dan bekas pemain kelab Yorkshire itu kini berada dalam kedudukan terbaiknya setakat ini.
"Kami sangat berbangga dengan pasukan kami dan apa yang mereka telah lakukan hari ini (kelmarin). Kami memberitahu pemain untuk berfikiran positif dan berbangga walaupun kembali ke dalam bilik persalinan, menang, kalah ataupun seri.
"Namun, mereka telah melakukannya pada perlawanan ini," katanya, sebelum Leeds bakal berdepan satu lagi pasukan Liga Perdana, Tottenham Hotspur dalam pusingan keempat.
Leeds, yang terkeluar daripada Liga Perdana pada 2004 kini boleh mengimpikan untuk kembali ke liga itu lagi dan Grayson tetap percaya, pemain-pemainnya yang bermain di Old Trafford mampu bermain di peringkat tertinggi.
"Ia adalah keputusan yang menakjubkan, kelab ini dalam situasi yang negatif lima atau enam tahun kebelakangan ini, dengan masalah pengurusan dan penurunan.
"Saya memberitahu diri sendiri apabila datang ke kelab yang telah berada di kedudukan bawah ini bahawa saya tidak mahu ia terus menjunam. Saya tahu, ada seseorang mampu membawa kelab ini ke atas iaitu ke Liga Perdana, malah lebih lagi.
"Pasukan Manchester United memang mendapat satu 'pukulan' yang besar. Bagi kami pula ia adalah pencapaian yang menakjubkan. Jika ia bertahan sebegini, iamampu membuatkan anda berusaha lebih dan saya mahu kembali sebagai pengurus pasukan Liga Perdana," katanya. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk benang tak cukup catchy...sila tukar... |
|
|
|
|
|
|
|
Ferguson alih tumpuan
LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson (gambar) akan mempertaruhkan barisan terbaik pada pertemuan menentang Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala Liga awal pagi Khamis ini.
Bagaimanapun, Ferguson akan tetap dengan polisinya dengan membariskan pemain-pemain muda apabila berdepan dengan skuad kendalian Roberto Mancini itu.
Kekalahan 0-1 kepada Leeds United pada pusingan ketiga Piala FA kelmarin telah membuatkan Ferguson melakukan beberapa perubahan pemain sebelum berkunjung ke Eastlands nanti.
Feguson mengakui, dia tidak menyangka skuad kendaliannya akan tewas kepada Leeds kerana telah melakukan persiapan yang cukup baik.
"Ianya sangat mengecewakan tetapi dalam bola sepak semua ini tidak mustahil akan berlaku."
"Kami ada perlawanan separuh akhir Piala Liga Rabu ini (awal pagi Khamis) dan beberapa pemain yang beraksi hari ini (kelmarin) tidak akan diturunkan."
"Saya sudah mempunyai gambaran pasukan yang akan diturunkan nanti tetapi mungkin akan ada satu atau dua perubahan," jelas Ferguson.
Sehari sebelum aksi menentang Leeds, tonggak pertahanan United, Nemanja Vidic dilaporkan telah mengalami kecederaan sehingga dia tidak dapat diturunkan.
"Saya tidak dapat memberi penjelasan mengenai situasi itu kerana saya sendiri tidak tahu kecederaan apa yang dialaminya," katanya.
Dalam pada itu, Ferguson bakal berdepan tindakan disiplin apabila dia mengkritik pengadil Chris Foy sejurus selepas tamat aksi kelmarin.
Persatuan Bola Sepak (FA) England menolak dakwaan Ferguson yang mengatakan Foy tidak memberi masa tambahan yang cukup pada aksi di Old Trafford itu.
"Pengadil hanya memberi lima minit masa kecederaan dan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," jelas Ferguson. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
sehari dua ni benang MU ni mcm sunyi sikit lah..
mana pegi penyokong kipas susah mati dia org ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
CARLING CUP NEWS
Severe weather accounts for both Carling Cup semis
The Carling Cup semi-final first leg ties between Manchester City and Manchester United and Blackburn Rovers and Aston Villa have both been postponed due to adverse weather conditions in north-west England.
Ewood Park
GettyImages
The pitch at Ewood Park is playable
Tuesday night's game between Blackburn and Villa at Ewood Park was called off in the morning. The pitch was playable but with snow continuing to fall heavily, the club, following consultation with Police and the Football League, took the decision to call off the game.
It was later confirmed that Wednesday's Manchester derby had also fallen victim to the weather with Roberto Mancini now having to wait to pit his wits against Sir Alex Ferguson for the first time. The first leg has been rearranged for January 19 with the second leg at Old Trafford coming on January 27.
A Blackburn club statement confirmed the news that the game at Ewood Park would not go ahead: "Since first thing this morning we have been in constant contact with both the Met Office and Police and have been monitoring both the weather and road network conditions in our area.
"Some roads around Ewood Park are currently inaccessible and even the motorways have only been passable with extreme care, with many travellers having already experienced lengthy delays and disruption.
"It is still snowing heavily in Blackburn, as it has been all morning, and advice locally is not to travel unless it is absolutely necessary and in addition severe weather warnings have been issued throughout the country.
"Whilst the Ewood Park pitch is playable we believe it would be unadvisable to expect fans, staff etc to attempt to get to the match. Even if fans are able to get to Ewood park we would not like to speculate on what type of journey home they may face at 10.00pm tonight when temperatures will be sub-zero." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salji telah menyelamatkan kami dari terus diejek... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik...keningau dah penuh tu... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn pasang jaring for benzy okay |
|
|
|
|
|
|
|
eh,lawan manciteh kan mlm nie kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Blanc nafi ganti Ferguson
| BLANC
|
LONDON - Jurulatih Bordeaux, Laurent Blanc menyang- kal spekulasi yang mengaitkannya kembali semula ke Old Trafford.
Laporan mengatakan bahawa bekas pemain pertahanan Perancis itu dipilih menggantikan Alex Ferguson sebagai pengurus Manchester United.
Namun, Blanc yang membimbing Bordeaux menjuarai gelaran Liga Perancis musim lepas, menafikan wakil United telah menghubunginya.
"Saya masih mempunyai kontrak bersama kelab Bordeaux selama dua tahun lagi, jadi tiada sebarang perubahan mengenai masa depan saya," kata Blanc.
"Hanya kerana saya mempunyai hubungan baik dengan Ferguson, ia tidak bermakna dia akan memberi tugasnya itu kepada saya." - Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|