|
dah up ker 2 mngu ? smiley kalau dah abis urusan wat lah urusan ngan fuyah n uzir plak yek |
|
|
|
|
|
|
|
masih menunggu berita baik buat fuyah dgn acap
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #422 nallepooh\ catat
bsemangt tul nmpaknye nak fuyah dgn acap speti kibaran bendera m'sia tu jgk ehh |
|
|
|
|
|
|
|
ku tetap tunggu kemunculan fuyah n uzir gak... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg btul kot fuyah & uzir ni cuti samapai thaipusam |
|
|
|
|
|
|
|
sori uols.....
saya baru balik ke tanah air
masih letih mental & fizikal
tunggu dua tiga hari lagi ya |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #426 azlin_aar\ catat
thaipusam...fuyah bukak biznes belon kat BC.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai kaypoh......
Kau tak nak join berniaga kat BC ke?
Apa kata kau jual burger, aku jual ABC... mesti laku... he..he.hhe...
Sanbunglah Tuan rumah... penah tunggu Fuyah balik... |
|
|
|
|
|
|
|
Nescafe dalam mug di kacaunya perlahan. Sesudu gula larut dalam sesaat dua. Beres. Tapi masaalah yang bergumpal dan berselirat bak Indomie dalam kepalanya tak semudah itu untuk di rungkaikan. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Itulah padahnya bila cakap tanpa berfikir panjang. Rasa macam nak cili mulut ni tau. Kenapa lah terkeluar kata aku setuju kawin dengan Uzir?
Sebab aku takut kena buang keluarga? Mungkin. Tapi Mak dan Abah tak akan bertindak sedrastik itu; mereka masih waras. Setakat kena maki hamun seminggu dua dengan Mak , macamlah aku tak biasa.
Sebab aku tak nak Acap putus tunang dengan Wani? Mungkin juga, tapi bukan aku yang tentukan jodoh umat Allah. Kalau Acap dah tawar hati dengan Wani, aku pindah ke Siberia dan tukar jantina pun tak guna.
Habis tu kenapa? Dalam diam aku ada hati kat BBC? NO. TIDAK. SUMPAH! Sekelumit pun tak ada, paling paling pun ada perasaan respek kerana kejayaan nya sebagai seorang peneraju syarikat. Tak pernah terlintas langsung di hati aku nak mengorat lelaki macam Uzir. Macam manalah aku boleh TERsetuju nak terima pinangannya? Pembetulan... bukan pinangannya tapi pinangan neneknya. Mesti dia pun kena paksa - sama dengan aku. Macamlah tak ada perempuan lain yang ingin dan boleh di peristerikan oleh Encik Uzir Hanafi Datuk Shahrin. Dan yang paling menggerunkan, pihak lelaki ingin kami bertunang akhir bulan ini dan kahwin dalam masa 3 bulan. Mak dan geng dapur Kampung Bidara sudah mengatur timeline, deadline dan senarai ahli jawatankuasa EXCO Operasi Walimatul Urus. Adoyaiii.....
Tapi tiga bulan satu jangkamasa yang panjang. Macam macam boleh terjadi. Aku kena cari jalan keluar dari kemelut ni. Jangan give up sebelum berjuang, Serikandi Dang Fuyah.
" Fuyah, sudah sudahlah kacau Nescafe tu. Takkan nak kacau sampai sudu kau pun cair." Gurau Firdaus. Fauziah tersentak dari lamunan. Senyuman hambar di lemparkan pada Firdaus sebelum tangannya pantas mencapai dokumen yang tersusun di meja. Kebanyakannya correspondence dari client yang cuma perlu di failkan. Ain sedap sedap je ambil emergency leave. Biasalah makcik tu kalau Uzir tak ada. Nasib baik Uzir ada di Kerteh bersama CC selama dua hari. Lega aku. Setakat ini tak seorang pun tahu alkisah aku dan dia kecuali Alia. Alia yang meloncat loncat macam budak terencat akal sebab aku dapat cekup boss aku yang kaya raya dan good looking... Cisss!
" Lunch dengan I hari ni?" Firdaus masih terpacak di depannya.
Fauziah mengangkat matanya. " Er.. tengok dulu lah. I ingat nak tapau saja sebab Ain cuti. Siapa nak jawab telephone nanti." katanya perlahan
" Kenapa ni? You macam ada problem je. Want to talk about it?" soal Firdaus lembut. Sudah berbulan dia cuba memikat gadis itu tapi tak berhasil pun. Nak kata dia ada boyfriend, tak mungkin sebab tak pernah pun tengok dia bergayut kat telefon atau keluar ngedate. Mungkin percintaan jarak jauh kot, Firdaus menyedapkan hatinya. Tak apa, aku yang depan mata ni akan berusaha lebih keras. Susah nak cari perempuan yang baik dan pandai jaga diri macam Fuyah ni. Solat tak tinggal. Mesti Mak aku berkenan.
" Memang I ada problem besar. I kena kahwin paksa. Dengan boss kita" Mesti terkujat si Firdaus ni kalau aku beri jawapan sebenar, desisnya dalam hati.
" Tak adalah. Just a bit tired." tutur Fauziah sebelum memalingkan wajahnya mengadap komputer. Malas betul nak layan Firdaus ni.... tak ada mood.
Emel yang berkaitan hal kerja di buka satu persatu dan di balasnya. Macam mana berserabut pun hal ofis harus di langsaikan. Selepas semuanya beres baru dia membaca emel dari kenalan. Dia membuka emel dari Sohail Abdurrasheed, satu nama yang sangat di rinduinya. Warkah dari bekas professor merangkap mentornya di Ohio University itu membuat jantungnya berdegup kencang. YEEHAAA! Ini idea yang bagus. Perfect timing! Aku harus bertindak sekarang. Its a matter of life and death...... |
|
|
|
|
|
|
|
" Jemput minum Cik. Datin baru selesai solat. Kejap lagi dia keluar" Pembantu rumah Datin Siti Zainab meletakkan segelas air oren di hadapan gadis yang mengelap peluh di wajahnya dengan tisu. Gadis berbaju kurung itu belum pernah di temuinya. Dari geraklakunya yang gementar, besar kemungkinan gadis ini ingin berlindung di Rumah Sinar Harapan agaknya. Majikannya itu pengasas rumah untuk anak anak yatim dan juga gadis yang mengandung anak luar nikah. Ramai betul anak gadis yang di perdayakan lelaki sekarang ni. Kesian!
Fauziah mengangguk seraya mencapai gelas kristal dari meja sisi berukir keemasan. Hampir separuh isinya di teguk. Mesti makcik ini ingat aku nak minta derma dari Nek Nab. Silap aku tak balik rumah tukar baju dulu tapi aku terpaksa mengaktifkan pelan aku secepat mungkin.
" Assalamualaikum. Apa khabar sayang?" Nek Nab terus memeluknya. Wangian minyak attar semerbak menyumbat hidungnya. Pening Fauziah seketika.
" Khabar baik Nek Nab. Minta maaf sebab tak telefon dulu sebelum datang. Cantik apartment Nek" Fauziah membalas ciuman ke dua belah pipi nenek saudaranya. Dekorasi mewah berona keemasan dengan permaidani Persian membuatnya berasa seolah berada dalam restoran Arab 5 bintang. Bila bila masa saja akan keluar penari gelek dari belakang tabir. Woi... fokus Fuyah... fokus.
" Sebenarnya Fuyah datang ni ada hal penting nak bagi tau Nek. Fuyah dapat tawaran untuk program Masters di Ohio University. Fuyah kena pergi hujung bulan ini. Sebab itu Fuyah ..er.... Fuyah tak boleh kawin dengan Uzir" luahnya dengan tenang. Lantaklah. Lepas ni kau nak marah aku ke, nak halau aku dengan penyapu ke...
Dahi Datin Siti Zainab berkerut. Kemudian dia ketawa lalu mencubit pipi Fauziah.
" Fuyah... Nenek tahu. Sebenarnya Fuyah masih malu malu dengan Uzir kan?"
Fauziah terkebil kebil. Nek Nab ni ingat aku redah trafik jam waktu makan tengahari semata mata nak bergurau senda dengan dia?
" Biasalah tu. Anak dara macam Fuyah ni, belum pernah ada teman lelaki kan? Mak Fuyah dah cerita.Tentulah ada perasaan takut bila tiba tiba terus nak kahwin. Tapi bukannya Fuyah tak kenal Uzir langsung. Lagipun bercinta lepas kahwin lebih romantik. " Berdiri bulu roma Fauziah mendengar nuansa dalam ayat Datin Siti Zainab. Loya pun ada.
"Masa zaman Nek dulu lagi teruk, tak pernah jumpa pun bakal suami. Tapi kami sungguh bahagia." sambungnya lagi
Hel -lo? Nek punya zaman dulu TV dengan wayang pun hitam putih, posmen naik basikal, Kuala Lumpur besar Kuala Kubu Baru. ... A yo yo! Jangan lah nak bandingkan. Come on, Fuyah... get the message across.
" Nek jangan kecil hati. Mak dan Abah tak tahu lagi pasal Fuyah dapat tawaran sambung belajar. Fuyah pun baru tahu hari ini. Tolonglah Nek. Fuyah kena pergi, ini memang cita cita Fuyah. Terkilan rasanya kalau Fuyah tak dapat buat Masters. Kalau Uzir sudi , suruhlah dia tunggu dua tahun lagi. Tapi kalau dia tak nak, tak apalah. Anggap saja kami tak ada jodoh. " kata Fauziah dengan nada perlahan. Kena pura pura sedih agar Nek Nab tak saspek apa apa.Ya Allah lembutkanlah hati orang tua ni. Bukan aku menolak jodoh, tapi bagilah aku jodoh yang lebih sesuai, doa Fauziah sambil memejamkan matanya.
Nek Nab terdiam. Dia mengeluh perlahan sambil merenung cucu saudaranya yang berteluku di depannya. Kenangan lebih 50 tahun lalu kembali bermain di ingatannya. Adiknya Zaharah meminta restu bapa untuk berkahwin dengan lelaki pilihan hati. Darah muda sentiasa memberontak. Keputusan orang tua susah di terima. Tapi pisang tak akan berbuah dua kali.
" Masyaallah. Kalau macam tu, kita percepatkan tarikhnya. Fuyah dengan Uzir nikah dulu sebelum Fuyah pergi. Tak payah bertunang, nikah saja terus bulan ini. Bila Fuyah balik bercuti nanti kita buat majlis persandingan" Tangan Fauziah di genggamnya erat.
Mulut Fauziah ternganga. Checkmate!!! Aku dah gali lubang kubur sendiri ! Tubuhnya terasa lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #429 AnakPakKassim's post
ifah...leh gak...sapa nak join lagi ni...projek biz cari duit...tahun ni tahun lembu...kenalah keje cam lembu gak..jgn jadi lembu dah ler... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #431 sang_arjuna's post
hahaha..fuyah..SELAMATTTTT....ler ko nya plan... ...tq smiley....nak lagi leh tak... |
|
|
|
|
|
|
|
makin best citer nie.....n3 please....... |
|
|
|
|
|
|
|
checkmate!!
hahah
kelakor citer nih...
best2!! |
|
|
|
|
|
|
|
jgnlah kahwinkan fuyah dgn uzir...
nak dgn acap juga |
|
|
|
|
|
|
|
lawak tul n3 kali ni...
cian plak kat fuyah, plan xjd...
bt plan B la plok... |
|
|
|
|
|
|
|
.. haha.. nek nab kahwin kan je fuyah gan uzir tu... haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
he he he he ala hai fuyah..... rancangan nak mengena nenek dia... lat2 dia yang terkena......
minta2 fuyah kawin dgn uzir |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|