CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥ ▌Istana Indah Faizal Fabulous ▌♥ [Senyum Sokmo]

 Close [Copy link]
 Author| Post time 18-8-2006 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by Anok_Tupa at 18-8-2006 12:11 PM


Thanks. Aku try skang.



Aku preview nampak. Kalau x der output sori bebanyak. Aku budak baru belajar. :nyorok:



dah berhasil dah....thanksss....

ramai gaks yg datang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 12:21 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 18-8-2006 12:17 PM



dah berhasil dah....thanksss....

ramai gaks yg datang....


Thanks to Sifu Colby. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 12:57 PM | Show all posts
FaIzAl De BeSt:love:
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 02:23 PM | Show all posts

Reply #419 Anok_Tupa's post

kenapa laaa gambar mendongak ke atas lak masuk dalam paper...

veri the propaganda... :kant: ...

thanksss kat anak_tupa... :tq: :tq: ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 02:34 PM | Show all posts
fuyooooooooo...ramainyer!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 02:37 PM | Show all posts


suka gambar ni... kuak kuak kuak... :love:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2006 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 18-8-2006 02:37 PM


suka gambar ni... kuak kuak kuak... :love:


fuiyoo....apa dah jadi ngan mata dia? : nie mesti kes tak cukup tido.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 03:03 PM | Show all posts
Originally posted by Along_XX at 18-8-2006 02:49 PM


fuiyoo....apa dah jadi ngan mata dia? : nie mesti kes tak cukup tido.....


tak apa apa yg jadi ngan mata faizal...

mata dia dalam gambar tu laa yg membuatkan aku suka sgt gambar nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 03:05 PM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 18-8-2006 03:03 PM


tak apa apa yg jadi ngan mata faizal...

mata dia dalam gambar tu laa yg membuatkan aku suka sgt gambar nie...



mata dia ke atau  kat zip seluar dia...
nampak macam ketat semacam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by pokcikgumber at 18-8-2006 03:05 PM



mata dia ke atau  kat zip seluar dia...
nampak macam ketat semacam tu..


pokcik...pokcik....lawok lar....:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by Along_XX at 18-8-2006 03:09 PM


pokcik...pokcik....lawok lar....:cak:



patut la dino yang supply gambar ni..
dino suka la tu...tengok peha Peja....ketat , ketat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by Anok_Tupa at 18-8-2006 12:11 PM


Thanks. Aku try skang.



Aku preview nampak. Kalau x der output sori bebanyak. Aku budak baru belajar. :nyorok:


uik..ramainya.. 25 ribu erk.. perghh... peminat sapa tu? azian mazuan ka? :lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by PengKid at 18-8-2006 03:10 PM


uik..ramainya.. 25 ribu erk.. perghh... peminat sapa tu? azian mazuan ka? :lol



tak de..semua tu  peminat2 Farhan..
Mereka tertifu, ingatkan Farhan yang dapat no 3 , menyanyi sambil meneran nak beranak tu hadir..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 03:12 PM | Show all posts
Originally posted by pokcikgumber at 18-8-2006 03:05 PM



mata dia ke atau  kat zip seluar dia...
nampak macam ketat semacam tu..


aik.. :stp: .. zip nampak ckittt jerr... tapi tak mengujakan apa apa pun...
yg mengujakan ialah mata dia... mata galak kata org...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by PengKid at 18-8-2006 03:10 PM


uik..ramainya.. 25 ribu erk.. perghh... peminat sapa tu? azian mazuan ka? :lol



semua sedara mara dia tue......bak kata KAFAIL....

kuangkuangkuangggg
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 18-8-2006 03:13 PM



semua sedara mara dia tue......bak kata KAFAIL....

kuangkuangkuangggg



ramai nyer sedara....satu pekan marang tu sedara mara dia kot....:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2006 03:35 PM | Show all posts
Faizal belum terfikir soal cinta
11-08-2006 03:49:26 PM
Wahida Asrani  
Daripada hanya seorang peniaga pasar malam dan kini dalam sekelip mata bergelar artis, ternyata perjalanan hidup yang dilalui oleh Juara AF4 Faizal bagaikan satu mimpi.

Inilah mimpi indah Mohammad Faizal Ramliy atau Faizal yang akhirnya menjadi kenyataan.

Walaupun sudah tujuh hari dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim keempat, sikap telus dan lurus bendul anak kelahiran Marang, Terengganu ini jelas kelihatan di sepanjang temubual ini apabila dia berulang kali meluahkan rasa terujanya dengan kehidupan barunya sekarang.

"Hampir setiap malam saya akan berfikir semula tentang kehidupan saya yang dulu. Macam-macam kerja saya buat, jadi buruh, lelong barang-barang di pasar malam, semata-mata untuk cari rezeki. Tiba-tiba sekarang hidup saya berubah dengan penganugerahan besar seperti ini. Siapa yang tidak terkejut?," ujar Faizal.

Menurut anak desa berusia 22 tahun ini, satu 'kejutan' dalam hidupnya yang sukar dipercayainya sehingga hari ini ialah kemewahan yang diterima dalam sekelip mata, bermula pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke akademi, sehinggalah ke saat-saat dia memenangi program realiti popular itu.


Faizal belum bersedia untuk memikirkan soal cinta (Foto: Ricky Lai)

"Dulu, kalau nak rasa duduk dalam air-cond, hanya di dalam kereta saja. Tapi bila masuk akademi, setiap masa duduk dalam air-cond, makan sedap-sedap.

"Memang saya akui, kehidupan saya sekarang lebih mewah berbanding dulu. Tapi, saya selalu berdoa agar segala apa yang saya perolehi ini tidak akan melalaikan diri saya," luah Faizal.

Dengan kemenangan yang dikecapinya Sabtu lepas, Faizal membawa pulang hadiah berjumlah kira-kira RM400,000 termasuk wang tunai RM20,000.

Dia juga menerima sebuah kondominium di A'Famosa, Melaka, kereta Toyota Vios, pakej percutian ke Paris, sistem teater rumah dan pelbagai peralatan elektrik lain.

Namun, semakin hari pemuda yang popular dengan tagline Senyum Sokmo ini mengakui, sudah mula boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai anak seni.

Walaupun agak sedikit tertekan dengan perhatian yang diterimanya, Faizal tetap merasakan itu adalah cabaran yang perlu dihadapinya jika mahu terus kekal di dalam industri ini.

"Saya akan cuba sebaik mungkin. Saya juga sudah bersedia dengan sebarang gosip atau apa saja cabaran di persada ini.

"Cuma, saya berharap apa pun yang bakal berlaku pada diri dan kerjaya saya kelak, tidak akan melibatkan perkara-perkara yang tidak baik," ujar Faizal yang akan mengadakan kenduri di kampungnya di Terengganu pada Hari Raya nanti bagi menghargai sokongan yang dicurahkan daripada keluarga dan penyokong-penyokongnya.

Belum terfikir soal cinta

Berusia 22 tahun, bujang, berperwatakan menarik, ditambah pula dengan sikap selambanya sudah cukup membuatkan Faizal menjadi salah seorang 'jejaka idaman Malaya' yang digilai oleh ramai gadis.

Namun, bagi jejaka ini, dia sama sekali tidak mahu statusnya sebagai artis dijadikan tiket untuk mencari cinta hatinya kelak.

"Buat masa ini, saya tidak mahu fikir apa-apa tentang hal cinta. Belum terbuka hatilah," kata Faizal yang agak segan menjawab pertanyaan tersebut.

Faizal enggan mengulas lanjut tentang perkara 'cinta' dan berharap kemunculannya sebagai muka baru di arena seni akan dinilai dari segi bakatnya, berbanding hal-hal peribadi yang lain.

"Berilah saya peluang dulu untuk buktikan kesungguhan saya di dalam bidang ini. Perkara-perkara macam itu, biarlah datang kemudian," tambah Faizal.


-----------------
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by pokcikgumber at 18-8-2006 03:11 PM



tak de..semua tu  peminat2 Farhan..
Mereka tertifu, ingatkan Farhan yang dapat no 3 , menyanyi sambil meneran nak beranak tu hadir..



Oooo terharunya... merubat kemeroyanan jiran sebelah kalo baca ni.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 04:13 PM | Show all posts

Reply #437 KudaKuLari's post

rasanya faizal ni anak manja ker ??
merajuk je bunyi dia tak nak bercinta bagai...
siapa lah gadis yg melukai hati mu faizal... siapa faizal... siapa ?? !!! ...  :malu: ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 18-8-2006 03:13 PM



semua sedara mara dia tue......bak kata KAFAIL....

kuangkuangkuangggg


oh! ramainya sedara mara faizal.. 25 ribu org? buleh masuk buku rekod ni.. pengumpulan ahli keluarga paling besar dalam sejarah malaysia...  kekeke.. eh aku ingat semua sedara mara ramli sirap  & azian mazuan tadi...:bgrin: bukan erk? ooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.060724 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list