|
Ang masuk 2 kampung ni.. Satu yg bersifat jahat satu bersifat baik.. Saka oyang Ramli masih mencari pewaris.. Tak putus habis tu lagi John.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-9-2019 10:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarah82 replied at 17-9-2019 09:07 PM
Ang masuk 2 kampung ni.. Satu yg bersifat jahat satu bersifat baik.. Saka oyang Ramli masih mencari ...
pasal saka tu masing2 la kot? Sebabnya kalau arwah Pak Tahir cakap dulu, kebanyakan orang ni tak tau nak buat pemutus tu. Dia dulu ada juga orang2 mintak tolong, memang tak datang balik.
Ada beberapa daripada diorang tu yang aku terjumpa balik, diorang pun cakap memang rezeki diorang. Takde pun masalah saka tu datang balik macam yang diorang buat kat orang lain.
Tapi jangan kita yang mulakan saka tu...syirik ni tak ada ampun. Lagi2 syirik khafi, secara tak sedar je terbuat hari2. Yang kes Ramli ni aku tak tau la pulak...dia pun bukannya jenis melayan mende2 macam ni. Dah kena baru kalut |
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 17-9-2019 04:44 PM
Errr...berguna ke mende2 tu?
Penanggal tu pernah juga orang dulu2 sorok badan dia, rasanya dia ...
Insyaallah ada manfaat. Kalau tak secara praktikal, insyaallah in theory.
Manalah tau nanti jumpa mayat bangun berdiri jalan2... Tak la lari /panik. Sebab dah belajar dalam badan dia banyak gas. |
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 17-9-2019 10:15 PM
pasal saka tu masing2 la kot? Sebabnya kalau arwah Pak Tahir cakap dulu, kebanyakan orang ni tak t ...
Kita salah fahaman sebenarnya ttg saka.. Kita ingat setiap generasi akan dpt.. Tapi sebenarnya saka ni memilih sapa yg dia ikut.. Mungkin mak dia x dpt.. Tapi mai kat dia.. Saka tu berkenan.. Maybe perangai Ramli mcm arwah moyang dia.. Kita tak tau.. Tapi mak dia memandangkan dlm keadaan lemah sbb tu saka tu ganggu.
Susah saka nak putus.. Aku sendiri puas cari org yg boleh memutus.. Tapi semua angkat tangan. Aku redha saja anggap ni ujian. |
|
|
|
|
|
|
|
TT patut upload pengalaman seram ni dalam facebook macam beberapa influencer buat sekarang. Sekejap je follower jadi ratus ribu. Rugi bakat penulisan tak di share. Pulangan datang kemudian. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-9-2019 03:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
karlmax8 replied at 18-9-2019 02:27 AM
TT patut upload pengalaman seram ni dalam facebook macam beberapa influencer buat sekarang. Sekejap ...
aku ni bukan lah reti sangat fb2 ni...Bukak pun sebulan sekali je. Tapi kalau terkenal sangat nanti macam bahaya pulak watak2 dalam ni mintak share |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum…apa khabar semua? Seronok tak cuti 3 hari setiap minggu? Yang tak cuti tu buat2 cuti je lah ye…hehe
Cerita kali ni kira macam breather sikit lah, aku malas nak ceritakan hal lepak2 dengan si Fendi tu dulu. Bikin fanas je…ada lebih baik aku cerita zaman yang aku pernah buat mende2 nonsense akibat daripada pengaruh rakan sebaya.
Tarik Duit
Cerita ni jadi lepas je aku habis SPM, masa tu belum dapat kerja lagi. Jadi kebiasaannya, aku join group kutu brahak kampong iaitu Leman dan Rashid. Budak2 kampong lain takde pun perangai tak semiok macam budak 2 orang ni. Kalau budak2 kampong yang lain nakalnya macam kacau anak dara orang, tak buat kerja sekolah, tak mandi 2, 3 hari atau rembat buah kat kebun orang.
Si Leman dan Rashid ni pula berada di peringkat yang berbeza dengan budak2 lain, aktiviti yang pernah dilakukannya ialah menurun nombor, pergi tiger show, minyak dagu, menyamar orang minyak dan tarik duit.
Tarik duit ni antara yang aku tak sengaja terlibat, memang menyesal abis. Masa diorang offer aku buat projek tak berfaedah tu, aku tengah lepak2 kat Warong Pak Itam. Try2 mintak kat orang tua tu kalau2 boleh kerja kat kedai dia. Dalam erti kata lain, meronsing orang tua tu.
Aku: Boleh lah Pak Itam…
Pak Itam: Aku bukannye tak mau bagi kau kroje sini, kedai aku ni bukannya busy (orang tua ni kemain speaking dengan aku) mana pun. Balik2 muka kau, Leman, Rashid, Tahir…kadang2 tu ada lah Aminah budak sebaya kau tu duk melepak ajak aku borak2.
Aku: Aik, Pak Itam? Jangan buat hal Pak Itam…pangkat anak dah tu. Kubur Mak Itam pun merah lagi.
Pak Itam: Tanah kubur kita tu memang tanah merah, udah 10 tahun dah pun Mak Itam kau meninggal…sampai bila2 pun merah lagi.
Aku: Bukan orang cakap kena tunggu 100 tahun ke kalau Pak Itam nak kawen lagi?
Pak Itam: Wah…wah…budak ni…dah kenapa kalau Haji Bakhil tu 100 hari, aku pulak kau letak 100 tahun? Udah lah…maleh aku nak melayan karenah kamu ni (jalan masuk ke dalam)
Aku: Boleh lah Pak Itam, tak dapat pekerja warong, manager pun boleh lah.
Pak Itam hanya menggeleng2kan kepalanya sahaja sambil mencuci cawan2 di sinki dapur. Sedang aku menghirup kopi yang dihantar oleh Pak Itam tadi, tiba2 bahuku disapa dari arah belakang.
Leman: Ape daa…orang tua tu jugak yang kau kacau.
Aku: Ater…takkan aku nak kacau kakak kau pulak?
Leman: Aik? Main kasar nampak?
Aku: Agak kalau negur pun idak nak bagi salam, memang kasar lah balas dia.
Leman: Ohooo…aku baru je nak ajak kau peluang dapatkan duit. Kalau gini lah ropenya tak jadi lah.
Aku: Aik? Rilek la…takkan tu pun nak merajuk. Cer kamu cerita apa krojenye tu?
Leman: Gini ler…nak cerite sini pun macam panjang, ade lebih baik kamu ikut je aku dengan Rashid malam karang. Kita jumpa kat simpang 3 kat padang sekolah sana, nanti kita gerak sama2.
Aku: Aku macam tak sedap hati pulak nengorkan apa yang kamu cakap ni, Leman. Kerja apa pulak malam2? Jangan kamu ajak aku jadi bouncer Pub udah ler. Rasanya Pub atau Disko paling dekat kat Ipoh nun. Jenuh nak ngayuh basikalnya.
Leman: Ahhh…kamu ikut jer lah…yang penting hasilnya lumayan.
Malam itu aku menunggu Leman di Padang sekolah seperti yang dijanjikan, cuma ada satu masalah besar…dia cakap malam ni tapi tak bagitau pukul berapa. Dari lingkungan pukul 7 ke pukul 12 tengah malam tu kira agak lama lah juga. Mengelamun aku tunggu kat padang tu dari lepas isyak, pukul 10 lebih baru nampak kelibat budak 2 ekor tu.
Aku: Ape daa…kabor ler pukui berapa, cakap malam je jenuh ler aku nunggu kome kat sini.
Rashid: Rileks…rileks…jangan marah2, nah rokok sekotak
Aku: Hah…ini macem la. Eh? Sekotak tapi dalam tinggal 2 batang je? Kau cari pasal ke ape?
Leman: Alaahhh…dapat duit nanti kau nak 2 karton pun aku bagi lah.
Aku pun mengayuh basikal mengikut belakang basikal yang dinaiki oleh Leman dan Rashid yang jalannya tak berapa nak lurus tu. Tak sampai setengah jam diorang tukar shif kayuh basikal, ini saja pun dah penat rasanya.
“Punya lah lama kayuh, bile mau sampai daa…”, aku bertanya kepada mereka berdua.
“Sabor ler…tak lama lagi sampei ler. Jangan ingat kitorang seronok naik basikal macam ni”, jawap Rashid kepadaku dalam nadanya yang termengah2 mengayuh basikal. Mengayuh basikal di malam hari adalah lebih memenatkan kerana lampu dynamo basikal tu menambah beban pada kayuhan.
Kami pun akhirnya tiba di Kampong Gajah setelah bersusah payah mengayuh basikal. “Hah…mana simpangnya?”, tanya Leman kepada Rashid.
“Tu…yang tersorok kat semak samun tu”, jawap Rashid sambil menunjukkan arah kepada Leman. Aku pula hanya mengikut saja dari belakang.
“Wopp…wopp…titi ni aku rasa ada lebih baik kita turun je dari basikal. Kayuh basikal melilau kiri kanan mau jatuh ke parit sudahnya”, cadang Rashid kepada kami. Aku pun mengikut saja, walaupun bukanlah aku yang bawak basikal seperti orang mabuk tadi.
Ada dalam 10 minit kami melalui jalan kampong yang tak bertar, hanya tanah semata2, seperti jalan kebun atau dusun...akhirnya, sampailah kami ke sebuah rumah papan yang agak usang.
Aku: Leman, kejadahnya ni? Aku tak nak jumpa bomoh2 ni.
Leman: Alaahhh…ikut je lah. Payah bebenor kamu ni pun.
Rashid: Rileks…kau ikut jer kitorang. Kitorang yang berurusan, kamu tengok je.
Aku: ……. (dalam hati: ini pun dah kira bersubahat jugak. Nak balik…)
Di dalam rumah tersebut terdapat seorang lelaki yang agak berusia, mungkin dalam lingkungan 60an. Di hadapannya terdapat dupa kemenyan yang sedang berasap dan tengkorak yang di pacakkan lilin di atasnya. Kesemua barangan tersebut dialaskan dengan kain kuning. Kira macam typical barang2 yang biasa ada kat rumah bomoh.
“Apa kabar, Tok? Lama tak jumpa…makin hensem pulak”, Leman coba membodek sambil bersalaman dengan orang tua tersebut dan mencium tangannya, diikuti dengan Rashid yang melakukan perkara yang sama. Manakala aku hanya salam seperti biasa saja dan kemudiannya duduk di belakang Leman dan Rashid sambil bersandar pada dinding papan.
Nama orang tua tu aku tak berapa nak ingat, sebab benda ni pun dah lama dah. Budak 2 ekor ni pun panggil orang tua tu Tok je. Aku pun memerhatikan sekeliling rumah orang tua tu, terdapat tongkat seperti kayu yang telah dimakan anai2, tetapi berkilat seperti dijaga dan disapukan syelek. Ada juga lembing yang digantungkan pada dinding bersama keris dan aku tengok punyalah banyak tempayan dalam rumah tu. Krisis air gamaknya.
Leman: Sebenarnya kami ada hajat ni, Tok.
Bomoh: Tak perlu kamu bagitau, Tok dah tahu apa hajat kamu (ayat typical bomoh2). Ada kamu bawak gambar budak perempuan tu?
Rashid: Budak perempuan mana, Tok?
Bomoh: Loh…kok ditanyanya aku semula? Bukan nak guna2kan perempuan yang kamu minat tu ke?
Leman: Eh…bukan Tok…bukan. Kami ni datang nak tarik duit.
Aku: …… (dalam hati: gagal bomoh ni…sangat gagal)
Bomoh: Ohhh…sudah tukar lah? Tu gampang aja tu.
Aku: ...... (dalam hati: eh? selambe je gampangkan orang)
Rashid: Tu lah kami datang ni nak tanya Tok, apa yang perlu dibawa?
Bomoh: Tak susah pun…cari keris yang boleh berdiri.
Setelah mendapat tahu apa barang yang perlu dibawa, kami pun beransur dari rumah bomoh tersebut. Sewaktu kami hendak memakai selipar masing2, aku perasan yang selipar2 di tangga tu tersusun elok saja. Walaupun kami tidaklah membuka selipar secara bersepah seperti di surau perempuan, tapi selipar2 ni disusun menghala ke arah nak keluar dari rumah bomoh tersebut. Kami tinggal turun tangga kayu tu dan terus menyarung saja selipar, tak perlu nak pusingkan badan.
“Hairan bin ajaib”, kataku di dalam hati. Tetapi dari ekor mataku seperti ada yang menyangkung di bawah rumah bomoh tu. Rambutnya panjang dan kerinting, menutupi mukanya. Tidaklah aku nak menolehkan kepalaku untuk tengok makhluk itu pula. Haruslah aku dengan pantas menaiki basikal dan memecut laju meninggalkan Leman dan Rashid yang baharu saja nak menyalakan api rokok.
Kalau jadi masalah nanti, dah tentu2 lah basikal aku yang solo tak berpenumpang tu akan menjadi mangsa. Tapi alhamdulillah, aku tak mengalami apa2 peristiwa mistik pada malam itu. Aku sampai ke kampong dengan selamat dan singgah dulu ke masjid kampong. Orang cakap kalau jadi benda2 macam ni jangan terus je balik ke rumah.
Bersambung…
|
|
|
|
|
|
|
|
tq john...lama menanti story dari ko...huhuuhuhh |
|
|
|
|
|
|
|
Woww.. john update cerita...
oooo nak tarikkkkk duit ekkkk..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku merempit kat benang john ni dr hari senin.
ni br abis
ni pun curi2 bc kat ofis
dia mcm ada 1 tarikan suh aku terus lepak sini
takut sbnrnya bila baca citer2 ko ni john
siap terimejin lg |
|
|
|
|
|
|
|
Baru2 ni aku kembali ke kampong Opah aku setelah sekian lama tak ke mari kerana kesibukan kerja. Tambahan pula, tidak ada siapa2 lagi yang tinggal di rumah kampong ini. Ayahku telah pun pergi dahulu, setelah 2 tahun aku mendirikan rumah tangga. Buat masa ni ibuku tinggal di rumah kakakku di Kuala Lumpur. Rumah papan yang dahulunya utuh berdiri, kini mulai dimakan anai2 dan tidak terjaga.
Hari ini aku hanya mampu menyinggah sahaja kerana rumah arwah Opahku telah bahaya untuk diduduki kerana lantai papannya telah reput. Aku singgah sebentar di Warong Aminah yang dahulunya merupakan Warong Pak Itam. Aminah juga telah mulai dimakan usia, sepertimana juga aku…tiada apa yang kekal di dunia ini.
Aminah: Nak minum apa…Oh, kau rupanya John
Aku: Eh? Apsal kau pun panggil aku John? Bagi aku kopi o kaw dan nasi lemak satu.
Aminah: Kau sorang je ke?
Aku: Ha’ah…sorang je. Aku ada kursus kat Ipoh esok, jadi dah alang2 tu singgah la sekejap. Siapa je yang ada tinggal kat kampong ni?
Aminah: Siapa lagi yang ada? Orang2 tua je lah yang tinggal…kita pun dah tua dah John.
John: Ye betul…hidup ni satu perjalanan, sampai masa tamatlah perjalanan kita. (macam cerita ni…aku nak tamatkan korang tak bagi)
Aminah masuk semula ke dapur untuk menyiapkan nasi lemak yang telah ku pesan, tak lama kemudian kopiku sampai. Dihantar oleh anak Aminah yang telah remaja, hasil dari perkahwinannya dengan Pak Itam. Sambil aku menghirup kopi, aku melihat ke arah masjid kampong yang tidak jauh dari warong tersebut. Sekaligus memori lama muncul kembali di dalam ingatanku.
Sambungan Tarik Duit
Setelah kepenatan mengayuh basikal, aku pun merehatkan badan di ruang belakang masjid. Tempat terkumpulnya tikar2 yang telah digulung dan disusun rapi untuk mengalas ruang solat tambahan sewaktu Solat Jumaat atau Hari Raya. Hati aku kemudiannya berkata, “kalau aku ketuk pintu balik ni memang siap la kena dengan mak aku karang…tapi kalau balik esok pagi pun mampus jugak ni”.
Dalam hal ni memang tak ada peluang untuk aku selamatkan diri dari bebelan ibuku dan pulasan telinga hikmatnya. Sedar tak sedar aku pun terlelap di situ dan dikejutkan oleh Pak Tahir keesokan paginya. Pak Tahir saja yang tahu tempat tidur itu, kerana dialah yang menunjukkan aku tempat yang line clear itu kalau nak rehat, baring2 tanpa dilihat oleh jemaah2 yang hadir ke masjid.
Pak Tahir: Ooo…ni ke jenazahnya yang nak dikebumikan lepas subuh ni?
Aku: (melompat bangun) astaghfirullah hal azim…nasib aku tak mati terkejut tadi.
Pak Tahir: Hahaha…rileks la. Ater...udah ngape kamu tidur sini? Nak kata lari dari rumah, rumah kau depan tu ajer.
Aku: Aku ni sangkut sebenarnya…
Pak Tahir: Sangkut apa pulak ni?
Aku: Si Leman dan Rashid tu lah. Aku ingatkan betul2 diorang nak bagi peluang kerja, sekali…
Pak Tahir: Tak perlu kamu bagitau, Tok dah tahu apa hajat kamu. Ada kamu bawak gambar budak perempuan tu?
Aku: ……. (dalam hati: dah kenapa orang tua ni? Mengajuk bomoh semalam tu pulak)
Pak Tahir: Hahaha…tak payah nak buat muka blur sangat lah. Memang benda ni menyusahkan kamu, takde faedahnya pun…tapi ni lah pengajaran untuk kamu. Kalau tak, kamu tak belajar…lagi payah kalau kamu dah tua2 nanti baru sangkut macam ni. Nanti kamu tau lah siapa yang aku maksudkan tu.
Pak Tahir kemudiannya memegang bahuku dan berkata, “udahlah tu…kamu pergi mandi dulu, nanti kita pergi sarapan”.
“Masjid kampong kita ni mana ada bilik mandi, Pak Tahir…takkan nak mandi kat kolah tu? Kalau dalam bilik ayor tu jenuhlah aku menadah ayornye karang”, balasku kepada Pak Tahir.
“Eh…siapa cakap tak ada? Kat bilik air belakang tu kan ada? Kamu boleh baring lagi masa mandi tu”, jawap Pak Tahir kepadaku sambal menunjukkan bahagian belakang masjid.
Aku pun berfikir sejenak dan kemudiannya berkata, “tu tempat mandi jenazah! Adui Pak Tahir ni…bikin penasaran saja”.
“Shhh…shhh…nanti orang lain dengar. Kih kih kih”, kata Pak Tahir kepadaku sambil berdekah2.
Selepas solat subuh, aku pun pulang ke rumah. Serah diri je lah…kalau ditangguh lagi teruk aku kena bebel dengan ibu. Tapi itulah ibu, marah2 pun cedukkan juga makanan untuk sarapan. Setelah membawa ibu pergi ke pasar dan sebagainya, baharulah aku dapat tidur di dalam bilikku. Tengah hari itu adik mengejutkan aku, katanya Rashid menunggu aku di tangga belakang.
Dalam aku berjalan menuju ke pintu belakang, aku terdengar suara ibuku yang sedang sibuk di dapur berkata, “hah…tu lalu ikut tangga belakang tu nak keluar curi2 ke?”.
“Hishh…idak ler. Tangga belakang ni kan ada terompah je?”, jawapku kepada ibu.
“Ok…kita tunggu dan lihat…”, balas ibuku kembali.
Dalam hatiku berkata, “kemende lagi si Rashid ni…udah2 ler tu. Idak ler mau aku ngikut buat kerja2 tak berfaedah macam ni. Siap kena “aim” dengan mem besar pulak tu”.
Rashid: Hoii…kau tinggalkan kitorang semalam. Ajer tak patut…
Aku: Wah…wah…datang rumah orang tak bagi salam, main hoii hoii je?
Rashid: Aku dah bagi salam kat adik kau dah tadi, kira settle lah tu.
Aku: Mahal sangatlah salam kau tu…hah, kemende datang cari aku ni? Leman mana?
Rashid: Leman demam teruk kat rumah. Kau tak tau apa jadi kat kitorang lepas kau tinggalkan kitorang macam tu je.
Cerita Malam Semalam
Dari cerita Rashid, selepas je aku pecut basikal tinggalkan diorang…diorang pun mula mengayuh basikal perlahan2 sambil bersembang dialog yang tak berfaedah ni.
Leman: Kau rasa kenapa dia tinggalkan kita?
Rashid: Entah…nak pergi tandas kot?
Leman: Mana ada tandas dekat2 sini…
Rashid: Tu lah dia kayuh cepat2 nak kejar ke rumah dia lah tu.
Perjalanan mereka pun diteruskan, mereka bertukar2 giliran mengayuh basikal. Adakalanya rantai basikal mereka tertanggal dan mengambil masa untuk dibetulkan semula. Jalan terlalu sunyi pagi itu, kiri dan kanan hanya ada pokok2 getah. Ketika ini Leman yang sedang mengayuh basikal itu berkata, “kau ni apahal simpan rambut panjang2, dah lah bau busuk tak syampu”.
“Kau merepek apa ni, setan? Bile masa pulak rambut aku panjang?”, jawap Rashid yang duduk di seat belakang basikal tersebut.
“Eh? Kau kat belakang? Yang kat depan duduk atas palang ni siapa?”, tanya Leman kembali. Mukanya mulai pucat, peluh membasahi dahinya dan sekaligus kakinya terhenti dari mengayuh.
“Kenapa kau berhenti?”, tanya Rashid kehairanan. Tetapi pertanyaannya itu tidak dijawap oleh Leman.
“Woii…kenapa senyap ni?”, sekali lagi Rashid bertanya kepada Leman sambil menggoyang2kan bahunya.
Rashid tidak berpuas hati, dia pun turun dari basikal untuk melihat keadaan kawannya itu. Sebaik sahaja ke bahagian depan basikal, kakinya terus lembik dan jatuh terduduk. Ada makhluk yang sedang duduk pada palang basikal di hadapan Leman…muka makhluk itu ditutupi rambutnya yang kerinting2 dan tidak terurus, kukunya pula panjang berjela…tangannya sedang mengusap2 leher Leman. Ketika ini tahulah Rashid mengapa aku memecut laju basikalku.
Rashid coba mengumpulkan kekuatannya untuk bangun semula, menurut dalam rancangan di fikirannya, dia bangun dan terus tarik Leman pergi dari situ. Akan tetapi baru sahaja dia hendak memegang tangan Leman, tangannya pula nyaris ditepis oleh makhluk itu. Melihatkan makhluk itu sedang sibuk dengan Rashid, Leman pun dengan cepatnya turun dari basikal dan melarikan diri sambil berteriak, “cepat Shid, kita lari!”.
Baharu sahaja 3, 4 langkah mereka berlari ke hadapan, kelihatan basikal mereka berada di hadapan mereka. Mereka pun menoleh kembali ke belakang, makhluk itu seakan2 melambai mereka untuk kembali kepadanya. Lantas Rashid menarik tangan Leman untuk menyambung larian.
Leman dan Rashid kedua2nya kepenatan dari berlari tanpa henti tetapi mereka mulai lega apabila melihat padang sekolah di tepi mereka. Menandakan mereka telah pun sampai ke kampong. Namun, apabila mereka menoleh ke belakang, makhluk itu masih melambai2 kepada mereka berdua. Leman terbatuk2, dadanya terasa panas. Dia yang merupakan kaki ponteng sukan sedari zaman sekolah lagi, tiba2 pula malam ini terpaksa berlari marathon.
Tiba2 mereka berdua terdengar bunyi motor kapcai dari simpang jalan kampong di tepi padang itu. Kelihatan Pak Tahir sedang menunggang motor cub bulatnya sambil sebelah tangannya memegang cangkul yang disandang pada bahu. Dia pun berhenti berhampiran Leman dan Rashid, kemudiannya berkata, “seronok marathon pagi2 buta ni? Hahahaha”.
Leman dan Rashid tidak mampu membalas apa2, muka mereka berdua masih pucat. “Dah alang2 kome ada kat sini…meh la rokok sebatang”, kata Pak Tahir lagi kepada mereka berdua. Dengan tangan yang terketar2 Rashid mengeluarkan kotak rokok dari poketnya dan menghulurkannya kepada Pak Tahir.
“Eh? Aku mintak sebatang, sekotak kau bagi? Ni dah kira rezeki ni…hahaha”, kata Pak Tahir dengan gembiranya menerima sekotak rokok itu. Kemudian dia menyambung lagi, “kome balik je rumah…dia bukan berani nak sambung kejar korang. Jangan lupa basuh kaki dulu sebelum tidur. Hahaha”.
Mereka berdua hanya mampu mengikutkan saja apa yang dipesan oleh Pak Tahir, tetapi Leman masih lagi terketar2 teruk sewaktu berjalan pulang ke rumah.
Bersambung…
|
|
|
|
|
|
|
|
yes abis gak marathon . Boleh sambung buat kerja..hahaha... TQ tt muncul sbb jarang jumpa cerita menarik dah skang nie...
|
|
|
|
|
|
|
|
ishh ishh belum ada sambungan rupanya...iols jenjalan dulu la
|
|
|
|
|
|
|
|
Best gila citer tt ni. Asal stress je cari citer kat sini confirm hilang stress |
|
|
|
|
|
|
|
hellooo tt encik john. dah masuk seminggu dah ni. mana update sambungan cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-9-2019 11:13 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
crazybeach replied at 28-9-2019 10:17 AM
hellooo tt encik john. dah masuk seminggu dah ni. mana update sambungan cerita
Haha...baru je aku nak bercuti panjang
Jap lagi aku update ye? |
|
|
|
|
|
|
|
“Begitulah flashback teman”, kata Rashid kepadaku. Aku pun terus bangun dan mengangkat kaki untuk melangkah masuk ke dalam rumah.
“Eh, kau nak pergi mana tu?”, tanya Rashid kehairanan.
“Lah…nak pergi mana lagi? Sambung mimpi aku tadi lah…”, jawapku selamba sahaja.
“Jomlah teman aku pergi rumah Pak Karim”, pinta Rashid.
“Nak buat apa pule? Raya lambat lagi, pose pun belum”, tanyaku kepada Rashid dengan coba memberi alasan.
“Kita bukan nak pergi beraya lah…kan Pak Karim tu pengumpul barang2 lama dan mistik? Manalah tau…ada keris yang boleh berdiri, boleh lah kita pinjam”, terang Rashid kepadaku.
“Hish…tak sior aih. Udah kena rope tu pun tak serik2 lagi? Ajer keraih hati kamu”, kataku membantah.
“Alah…belum try belum tau…moh ler teman aku jap, kali ni tak sampai lewat malam punyalah”, pujuk Rashid lagi.
“Hmmm…tengok lah ape “mem” besar cakap ye? Aku tak berani nak janji”, jawapku kepada Rashid. Aku pun melangkah ke dapur dengan harapan, harap2 ibuku tak bagi pergi. Tapi harapanku punah bila ibu bagi pula aku teman Rashid ke rumah Pak Karim, tapi kena pulang sebelum maghrib.
Dipendekkan cerita, kami tiba di rumah Pak Karim tidak lama kemudian. Setelah kami memberi salam, seorang lelaki tua yang hanya memakai kain pelikat membuka pintu dan menjemput kami masuk. Kulit badannya telah berkedut2, jalannya pula terbongkok2. Pak Karim tinggal seorang diri di rumahnya.
Menurut cerita orang2 kampong, isterinya lari membawa anak2 kerana tidak tahan dengan hobi mistiknya yang keterlaluan sehinggakan rumah tangganya sendiri terabai. Bila saja orang cerita tentang geliga, dia pun mahu turut serta. Kadang2 mengikut kumpulan yang tidak tahu mana hujung pangkalnya pergi bertapa di gunung2 dan gua2. Tetapi yang biasa menjadi kegemarannya ialah tarik duit.
Masa mudanya dihabiskan dengan hal2 sedemikian…tak bekerja, tiada pendapatan. Di usia tua ini dia mengharapkan duit yang diterimanya dari Jabatan Kebajikan. Di dalam rumahnya pula agak bersepah, maklum sajalah hidupnya tidak terurus. Dengan surat khabar lamanya tersusun tinggi pada paras dada, sarung kusyennya yang telah kusam, lantai rumahnya kalau dipijak memang hitam tapak kaki dan silingnya pula bersawang sana sini. Hanya barangan2 mistiknya sahaja yang terjaga rapi.
Sungguhpun dia sudah tua, tetapi jantungnya masih kuat lagi kerana mampu menghisap rokok Rashid sebanyak 4 batang dalam dia bercerita tentang pengalamannya mendapatkan barangan2 mistik yang ditunjukkan kepada Rashid. Aku pula hanya duduk bersandar pada daun pintu, tak berminat dengan benda2 sebegini. Setelah satu jam lebih cerita dari Pak Karim, baharulah dia bertanyakan akan tujuan kami ke rumahnya.
“Begini Pak Karim, kami ni ada projek tarik duit dengan bomoh dekat Kampong Gajah sana…bla3…bla3…kena kejar hantu…bla3…dan bla3 lagi”, Rashid menceritakan projek tak berfaedahnya itu kepada Pak Karim dengan panjang lebar. Kelihatan seperti mata Pak Karim yang pada awalnya tadi seperti layu, kini bersinar2 dan segar.
“Aku tak ada keris yang boleh berdiri…”, kata Pak Karim sambil bangun dari kerusinya dan berjalan masuk ke dalam biliknya. Tidak lama kemudian dia membawa keluar objek berbungkus kain kuning di tangannya.
“Tapi kalau kepala lembing tu adalah”, sambung Pak Karim lagi sambil membuka bungkusan tersebut. Kelihatan kepala lembing yang besinya agak tebal serta berat dan berwarna seperti besi karat tetapi matanya masih tajam lagi.
“Hidup ke kepala lembing ni, Pak Karim?”, tanya Rashid.
Kemudian Pak Karim pun melakukan demonstrasi di hadapan kami. Apabila dia menyuruh kepala lembing itu bangun, dengan sendirinya kepala lembing itu berdiri tegak. Bila disuruh terbang, kepala lembing itu pun terbang di dalam rumah.
Ketika kepala lembing itu terbang di dalam rumah, aku mulai risau kalau2 matanya tertusuk kepadaku. Memang jadi kepala lembing Pak Karim pulang ke aku lah jawapnya. Sebelah kakiku mulai melangkah ke luar pintu bersiap sedia nak melarikan diri.
Tetapi Rashid pula bukan main kagum lagi dengan kepala lembing tu, dia kemudiannya bertanya kepadaku, “kau rasa boleh pakai tak ni?”.
Lalu aku menjawap, “ni dah lain kategori ni…dia nak keris, ni kepala lembing”.
“Kita coba je lah dulu kot?”, kata Rashid kembali. Pak Karim pula seperti berminat hendak mengikut Rashid, jadi aku pun mengambil peluang tersebut untuk menarik diri dan Pak Karim saja yang menggantikan tempat aku.
Hari2ku kembali menjadi tenang dengan melepak2 di Warong Pak Itam pada keesokan harinya. Sedang aku asyik membelek2 surat khabar, Pak Tahir menyapa bahuku sambil memberikan salam.
Pak Tahir: Pandai juga kau mengelak dari ikut projek Leman dan Rashid tu ye?
Aku: Nak hidup lama kena panjang akal, Pak Tahir. Aku ni prinsip hidup ringkas je...aku percaya rezeki tu dari Allah, kalau aku nak…kenalah berusaha dengan tulang 4 kerat ni.
Pak Tahir: Betullah tu…jangan kita terpedaya dengan mainan dunia ni, silap2 sampai ke mati pun masih lagi dengan benda2 merepek macam tu. Bukannya boleh dapat pun.
Aku: Tapi macam mana kepala lembing tu boleh terbang ye?
Pak Tahir: Tu lah dia khadam. Biasanya ruh2 orang yang dah mati tu ditarik dan dimasukkan ke dalam senjata tu. Jadinya hiduplah besi tu nanti, boleh digunakan sebagai senjata. Tuannya tu nanti kenalah beri makan senjatanya tu tadi, macam bacakan al-Fatihah kalau ruh orang Islam. Kalau yang kafir tu cara dia sendirilah. Ada juga yang menggunakan khadam jin.
Aku: Tapi boleh ke pulak buat ruh orang macam tu?
Pak Tahir: Itulah…orang yang buat benda2 macam ni akalnya tu tak panjang. Sepatutnya ditolong ruh2 tu letakkan di tempat yang elok. Kalau bermasalah seperti mati sesat ke sebagainya, dibantulah dia. Bukannya diletakkan di dalam senjata macam tu. Katalah nanti tuan senjata tu mati, siapa nak bagi makan kat senjata tu? Waris2? Last2 tak ada beza macam jaga saka juga, kena diwariskan…kena bagi makan.
Aku: Macam mana pula kalau dia digunakan untuk perang ke, melindungi diri dan keluarga ke?
Pak Tahir: Asmaradana…bukan ke Allah tu ada? Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik2 pelindung. Lagipun bukannya kita duduk di zaman perang, jadi keperluan tu tak ada. Perang di dalam diri sendiri je yang ada, takkan nak tikam diri sendiri pulak kan? Hahaha
Aku: Habis tu ada ke tarik2 duit ni?
Pak Tahir: Orang yang beriman tu adalah orang yang bijak, jadi di dalam hal ni…coba kamu fikir, duit tu dari mana?
Aku: Alam sebelah?
Pak Tahir: Duit alam sebelah gunanya untuk alam sebelah lah juga. Rupanya pun tak sama kalau kita nak gunakan kat sini, silap2 dikatakan wang palsu pulak lagi. Tu yang ramai terkena tu, yang masuk lokap pun ada.
Aku: Ooo…habis tu macam mana dengan projek diorang tu?
Pak Tahir: Projek kelabu asap lah namanya…hahahaha. Nanti ada lah yang kurang, satu2 barangnya dia mintak. Kalau dah ada semua, bomohnya pulak sibuk…nak jumpa pun tak dapat. Lepas tu nanti rupa2nya bomoh tu tak pernah buat pun, dipanggilnya pulak orang lain. Orang tu pulak ada barang2 yang dia nak lagi. Tu lah beruntung kamu lari siang2, kalau tak memang kelabu asaplah kamu. Hahahaha.
Apa yang terjadi pada projek Leman, Rashid dan Pak Karim adalah sama seperti yang dikatakan oleh Pak Tahir. Mereka asyik berulang alik sahaja ke rumah bomoh tersebut, tapi hasilnya tak ada. Lagi pula duit dah banyak habis, buang masa dan tenaga diorang kayuh basikal ke rumah bomoh tersebut. Ada juga dengar cerita yang mereka beberapa kali kena kejar hantu sewaktu nak balik.
Tidak lama kemudian, Pak Karim pun meninggal dunia. Leman dan Rashid yang menjumpai jenazahnya sewaktu datang ke rumah Pak Karim. Setelah melihat kehidupan arwah Pak Karim, mereka berdua pun menarik diri dari mana2 projek tarik duit.
Aku pula membuat keputusan untuk tinggal di rumah kakakku di Kuala Lumpur dan bekerja di sana sementara menunggu keputusan SPM keluar.
-Tamat-
|
|
|
|
|
|
|
|
hah ada pun sambungan. okay tt happy holiday. dalam2 bercuti tu sila2 lah ye kumpul cerita baru dari orang lain jugak lepas tu taip kat sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuh tak sia2 lama tak masuk sini, sekali masuk boleh marathon story. Thank you John, lepas cuti sambung story lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|