statement meroyan mia lg
Mia Ahmad akan lakukan apa saja untuk selamatkan rumah tangga[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 12:36 PM
 [size=0.75em]Mia Ahmad dan Izham berkahwin pada 13 Januari tahun lalu.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Mia Ahmad akan menyelamatkan rumah tangganya penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan yang kini sedang diuji. [size=0.98em]Mia atau Shamiha Ahmad Baderi, 30, berkata, dia akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menjernihkan kembali keadaan. [size=0.98em]"Hanya Allah, saya, suami dan dia (wanita didakwa curang dengan suaminya) yang tahu kebenarannya. [size=0.98em]"Saya akan lakukan apa sahaja diperlukan untuk menyelamatkan rumah tangga saya," katanya menerusi InstaStory.

[size=0.98em]Luahan Mia di InstaStory. [size=0.98em]Dalam pada itu, Mia berkata, dia tidak kisah dengan apa juga pandangan atau cakap-cakap orang lain terhadapnya. [size=0.98em]Ini kerana kata pelakon Hati Perempuan itu, dia yang membenarkan orang lain bercakap tentang dirinya selain sedar akan akibatnya. [size=0.98em]"Anda boleh cakapa apa sahaja yang dan mahu kerana saya tahu saya yang membiarkan anda bercakap. [size=0.98em]"Dan saya juga tahu apa yang saya lakukan dan akibatnya. [size=0.98em]"Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Mereka tidak rasa apa yang saya rasa," tulisnya.

[size=0.98em]Pasangan ini baharu sahaja dikurniakan cahaya mata lelaki. [size=0.98em]Mia sebelum ini pernah memberi gambaran seolah-olah perkahwinannya dengan Izham sedang dilanda masalah dan turut bertindak memadam semua gambar suaminya di Instagram. [size=0.98em]Izham ketika dihubungi mStar Online menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang selepas sepasang kekasih membuat tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai berniat jahat. [size=0.98em]Katanya, sehingga saat ini dia tidak mengetahui apakah motif pasangan itu menuduhnya curang sedangkan dia tidak pernah mengenali wanita yang juga kekasih lelaki tersebut. [size=0.98em]Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... EgPzeL1QehKB4rMD.99
|