|
Edited by Ipo at 1-2-2016 08:46 PM
ok mokcun........ipo sambung sambung sini pulak nanti...citer hantu yg tak berapa seram tu.......lepas CNY ya endingnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
@Ipo ... Sambunglah cepat sikit ya... tak sabar nak tau apa jd seterusnya ni... nak tau endingnya ni bahagia atau sebaliknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
baru usu habis baca dari awal...
cinta tak kesampaian....
ipo...nnt dah keluar novelnya inform ya...
sob....sob... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 24-1-2016 05:12 PM
sambung dari post #358 Bab 17
hari ni rajin sikit.....minggu depan sibuk sikit..
BERTELEKU mengingati segala dosa dan khilaf diri di tikar sejadah usai solat subuh pagi itu cukup membuatkan Ikram merasa betapa kerdilnya diri. Mengenang semula liku hidup yang dilalui selama 20 tahun lebih, terasa banyak benda yang sia-sia memenuhi kamus hidup. Kedua tapak tangan diangkat dan ditadah. Selesai segalanya, sejadah dilipat dan disimpan di tempat asal. Ikram melakar senyuman sebaik matanya tertancap pada satu foto di atas meja.
"Emm...ini saja yang aku sempat snap.." Ikram ketawa kecil. Sekeping gambar Mawar yang sempat diambil ketika gadis itu beraksi di gelanggang silat di kampung Pak Andak dulu.
"Ikram! Mak tunggu kat bawah ni!"
Mendengar laungan ibu dari luar bilik, cepat-cepat Ikram menyimpan semula gambar tadi. Dia bersiap ala kadar. Alah, lelaki cukup mudah. Sarung saja seluar jeans, kemeja T, rambut irai-irai saja dengan hujung jari. Siap!
"Ha..jom cepat, kata nak ke pasar. Macam perempuan pulak! Kalau lambat, tempat parking pun tak ada nanti. Lauk pun cepat habis."
Ikram hanya mengangguk saja, dia tahu jika tak buat begitu, lagi panjang omelan ibu nanti. Sebelum melarat, elok dia cepat-cepat mengangguk. Mengiakan saja. Langkahnya dicepatkan ke arah kereta. Kereta meluncur laju menuju ke pasar yang terletak tidak jauh dari rumah.
IKRAM menggeleng melihat ibunya begitu beria membeli lauk pauk. Ikan merah, udang besar, sotong, ayam dan daging. Sayur tak usah cerita, dua tiga jenis dibelinya. Sudah rupa hendak kenduri besar.
"Mak...kita ajak Mawar seorang je mak. Mak beli banyak-banyak ni nak buat apa? Siapa yang nak makan?" Ikram kemaskan pegangannya pada bakul yang sudah sarat dengan sayur. Lauk lain dimasukkan dalam troli yang siap dibawa tadi.
"Alah..apa salahnya nak jamu tetamu. Lagipun, mak nak Mawar masak semua ni. Tak salah kan?"
"Memang tak salah mak tapi siapa yang nak habiskan semua ni?" Balas Ikram, penuh bakul dengan sayur dan lauk lain.
"Kamu ni..bagi la kat jiran sikit, kiri kanan. Besar pahalanya. Kalau bau sedap lauk tu dah merayap ke rumah jiran, kenalah kita sedekah sikit. Ha, tambah kalau Mawar yang masak."
Ikram sengih. Pandai pula ibunya main mata dan angkat kening. Sungguh teruja nampaknya. Haih..harap-harap Mawar tidak mengecewakan harapan aku nanti. Monolog Ikram sendiri. Dia sendiri pun sudah berbunga di hati, mekar di taman. Dari jam tujuh pagi sampai ke jam sembilan pagi, barulah mereka selesai membeli belah.
"Ikram, nanti call Mawar ya. Suruh dia datang awal sikit. Mak nak masak sama-sama."
Ikram yang baru meletakkan bakul atas meja makan hanya mengangguk sambil tersenyum. Risau juga seandainya Mawar tidak dapat memenuhi permintaannya untuk makan tengahari bersama. Ibu pula sudah seperti mendapat menantu lagaknya padahal realitinya, tidak tahu hujung pangkal lagi hubungannya dengan Mawar. Orang kata, sudah bertunang lagikan boleh putus, inikan pula baru nak bercinta. Haih...
"Apa lagi? Cepatlah call Mawar tu! Kamu ni! ish!" Tepukan manja singgah di bahu Ikram.
"Yalah mak..tak sabar la mak ni. Buatnya dia tak jadi nak datang?" Ikram sengih lagi.
"Dah, baik kamu call dia cepat-cepat sebelum dia tukar fikiran."
Nombor Mawar dihubungi juga. Malu sebenarnya. Malam tadi dia sudahpun menghubungi gadis itu dan pagi tadi sebelum subuh pun dia sudah mengingatkan gadis itu, kononnya hendak kejutkan untuk bangun Subuh. Entah apa kata Mawar nanti kalau acapkali menelefon. Apa sudah kemarukkah aku???
Kedengaran nada lagu Slam di hujung talian. Ikram senyum. Alunan lagu 'Jika Kau rasa getarnya' itu begitu mendayu-dayu di cuping telinga. Ah, terasa liriknya kena sangat dengan dirinya sekarang ini. Hati penuh dengan getaran setiap kali teringatkan Mawar.
|
|
|
|
|
|
|
|
SEBARIS senyuman mekar diukir di dua ulas bibir milik Mawar. Panggilan dari Ikram tadi sudah masuk kali ke tiga. Mawar capai tuala ke bilik air. Selepas Subuh tadi, dia mengemas bilik yang sudah agak tidak terurus sejak sibuk dengan penyiasatannya bersama Helmi. Hmm..mengingatkan lelaki bertubuh tegap itu Mawar kembali merasa bersalah. Tidak sangka, lelaki itu tidak pernah jemu menagih cintanya dibalas. Kalau ikutkan paras rupa, Helmi lebih kacak dari Ikram tetapi entah kenapa hati lebih terpaut pada Ikram. Itukah yang dikatakan cinta tidak perlukan sebab??
|
|
|
|
|
|
|
|
misteri sungguh...
bila dah login..takleh nak logout..
kena off pc baru successfully logout
off topic...............................
|
|
|
|
|
|
|
|
Arah mana yg usu sesat...
Pikirkan dah habis cerita ni...
Kalau mcm tu adab harapan lg ikram-mawar?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni malas komen dr fon ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
manalah usu nak dapatkan edisi penuh ni...
dah keluar novel ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti dah keluar, ipo uar-uarkan kat sini ya..
|
|
|
|
|
|
|
|
ok sambung sikit...
BAB 18
IKAN KERAPU BARA sudah siap dikukus. Aromanya sungguh menyelerakan. Hashimah dari tadi tidak lekang matanya dari memandang Mawar. Bermula dari penyediaan bahan masakan sehinggalah kepada memasak. Hari ini, tiga lauk disediakan Mawar. Ikan kerapu bara kukus halia, udang masak mentega berempah dan daging salai masak lemak cili api. Itu belum lagi dengan menu sayuran.
"Makcik..nak hidang sekarang ke?" Mawar berpaling pada mak Ikram yang dari tadi asyik merenungnya saja. Dia perasan sikap wanita itu.
Sejak melangkah masuk ke ruang tamu lagi, Puan Hashimah seperti teruja, segera jemarinya dipegang dan diajak ke ruang dapur. Ikram yang turut sama ke dapur hanya tersenyum melihat gelagat ibunya.
"Makcik?" Sekali lagi Mawar bertanya. Tidak berkelip Puan Hashimah ketika ini.
"Err..ya, Mawar tanya apa tadi?" Hashimah tergagap-gagap. Senyuman kelat jelas terbit dari dua ulas bibirnya.
"Hai mak ni..mak fikir apa sampai dua kali Mawar tanya mak tadi." Ikram pula tergelak kecil sambil menggeleng.
"Tak apa..makcik mahu hidang makanan ini semua?" Ulang Mawar sekali lagi.
"Ya..boleh hidang. Dah lapar ni. Tak sabar makcik nak rasa masakan Mawar." Hashimah tarik kerusi dan segera melabuhkan punggung di situ. DIbiarkan saja Mawar yang menghidang semua lauk pauk yang sudah dimasak.
"Mana pakcik?" Mawar baru perasan yang ayah Ikram tidak nampak kelibatnya dari tadi.
"Dia ada hal penting hari ni..malam baru ada kat rumah. Tak apa, kita makan dulu." Balas Ikram pula. Dia sudah masak dengan jadual ayahnya. Hujung minggu, jarang melekat di rumah. Ada saja aktiviti luar yang dilakukan bersama kawan-kawannya.
"Ya..tak payah tunggu. kita makan dulu.." Ujar Hashimah pula.
MEREKA berbual mesra sambil menikmati juadah tengahari bersama. Ikram pula hanya memasang teinga saja mendengar perbualan ibunya dengan Mawar. Lauk yang berada di depan mata lebih menarik matanya dan perutnya untuk menikmati semua itu. Sekali sekala, ibu ketawa mendengar celoteh Mawar. Tak sangka, Mawar juga pandai berjenaka. Selama ini Mawar hanya dilihat seorang gadis yang serius dan hilang ingatan. Lain pula sikap Mawar kali ini. Usai makan, mereka sama-sama mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk.
"Makcik...terima kasih kerana mengajak saya ke sini. Malu sebenarnya bila makcik asyik puji masakan saya tadi. Saya pun macam orang lain juga, masih dalam peringkat belajar." Mawar merendah diri.
"Memang sedap masakan Mawar tadi. Betullah kata Ikram, Mawar pandai masak. patutlah kerja kat restoran tu. " Hashimah puji lagi.
"Eh..biasa saja makcik." Mawar sudah kemerahan wajahnya.
Ikram dari tadi tersenyum-senyum bangga. Pujian ibunya pada Mawar sudah cukup baginya untuk meneruskan niatnya menyunting gadis itu menjadi miliknya yang sah satu hari nanti.
"Nanti datanglah lagi ya. Ikram, hantar Mawar.." Hashimah meraih tubuh Mawar ke dalam pelukannya. Rambut ikal milik gadis itu diusap lembut dan dahi dicium.
"InsyaAllah makcik.." Mawar mula minta diri.
"Mawar, saya hantar awak." Ikram segera ke kereta.
IKRAM menjeling Mawar di tempat duduk sebelah dalam kereta. Sudah lima belas minit kereta dipandu, hanya suara penyanyi Aizat yang kedengaran dari corong radio kereta. Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dijawab oleh Mawar. Agaknya gadis itu merasa malu barangkali dengan pertemuan pertama tadi di rumahnya.
"Mawar...kenapa ni?" Ikram cuba bertanya, Mawar dijeling sekilas sebelum dia menumpukan semula pada pemanduannya.
"Kenapa? Kenapa apa?" Bertaut kening Mawar memandang Ikram yang bertanya soalan tadi.
"Tak adalah..macam tak suka je jumpa mak saya. Awak tak banyak cakap sejak masuk kereta ni." Ujar Ikram dengan perasaan gundah. Yalah, kekasih hati sudah jadi pendiam pula. Sebelum ini teruja Mawar hendak berjumpa bakal mak mertua.
"Eh..tak ada apalah. Tak boleh ke nak diam. Nanti kalau saya banyak cakap, awak juga yang tak larat nak layan nanti." Sengih Mawar sambil mengerling Ikram yang turut tersenyum.
"Bukan macam tu..mana tahu awak tak suka datang rumah saya, jumpa mak saya sebab mak saya paksa awak masak tadi. Who knows?" Ikram melakar senyum semakin lebar, kening diangkat.
"Oh...yang tu ke? Saya tak rasa pun dipaksa. Lagipun saya kan suka masak. Banyak petua masak saya belajar dari mak awak." Mawar cepat-cepat menangkis kata-kata Ikram. Dia tahu lelaki itu mudah merajuk mengalahkan perempuan. Sejak kenal Ikram, dia sudah dapat membaca fikiran dan nada tuturkata lelaki itu.
Lagu dari telefon bimbit mula berdering. Mawar mencari telefon bimbitnya dari dalam beg tangan. Nama Helmi muncul di skrin telefon. Dibiarkan saja ianya berdering sampai putus.
"Kenapa tak angkat call tadi?"
Mawar mengangkat muka memandang Ikram yang masih memandu. Pertanyaan Ikram tidak dijawab. Matanya jatuh semula pada skrin telefon bimbit. Kali ini ada teks mesej masuk. Perlahan Mawar membuka mesej yang dihantar oleh Helmi.
'Aku nak jumpa kau di tempat biasa. Tepat jam 5 petang'
"Ish...apa kes lagi dia ni nak jumpa aku? Takkan orang tu dah buka mulut." Mawar mengomel sendiri. Balasan mesej dihantar semula kepada Helmi.
'Kau dah dapat jawapan dari dia?'
'Belum'
'Habis tu?'
"ini penting! Aku tunggu!'
Jarum jam di pergelangan tangan kanannya dilihat sebentar. Hampir empat petang. Mawar pandang Ikram yang masih memandu, mata tertumpu pada jalan depan. Entah apa alasan yang hendak diberikan pada Ikram. Tadi masa berbual di ruang dapur, Ikram sudah mengajaknya ke satu tempat.
"Awak..maaf. Saya ada hal penting. Bos saya kat restoran tu suruh saya ganti tukang masak. Tukang masak tu tiba-tiba tak datang.." Mawar mula serba salah. Bila terpaksa berbohong dengan Ikram, jiwanya merasa tidak tenteram. Padahal sebelum ini, dia sudah lali dengan semua itu atas dasar tugas.
"Emm..sekarang ke?" Ikram berhentikan keretanya di bahu jalan. Pantas dia melihat Mawar yang sudah tunduk.
"Ya...kesian juga dia. Ramai pelanggan yang datang. Saya kena tolong dia..." Balas Mawar, nadanya sudah perlahan.
"Emm..nak buat macam mana. Saya pun tak boleh halang awak. Tak apalah..saya hantar awak ke restoran tu."
Kereta yang dipandu Ikram mula membelok ke simpang menuju ke restoran tempat Mawar bekerja.Kereta dipecut semakin laju. Mawar sekali sekala memandang Ikram. Jelas ada riak sugul pada wajah lelaki itu.
"Ikram..saya janji, esok saya akan keluar dengan awak. Saya luangkan masa untuk awak sehari suntuk."Pujuk Mawar.
"Betul ni? Kalau awak ada hal penting, saya tak paksa. Lain kali saja kita keluar.." Ikram melakar senyuman kelat. Jarang dia berpeluang keluar berdua dengan Mawar. Ada saja hal yang menghalang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 5-2-2016 11:00 PM
MAWAR melemparkan senyuman manis buat Ikram. Kereta lelaki itu dipandang sehingga hilang dari pandangan matanya. Sengaja dia tidak mahu Ikram menunggunya di situ sampai habis kerja. Nasiblah tuan restoran itu tidak nampaknya bersama Ikram tadi ketika sampai di depan restoran. Mawar segera mengatur langkah meninggalkan kawasan restoran setelah pasti kereta Ikram sudah lenyap dari matanya. Telefon bimbit digagau dari dalam beg tangan.
"Hello Helmi! Kau dah sampai ke?"
"Dah."
Telefon bimbit dimasukkan kembali ke dalam beg tangan. Sebuah teksi yang kebetulan melalui kawasan itu ditahan. Teksi itu diarah ke tempat yang telah dijanjikan. Hampir setengah jam perjalanan meredah kesesakan kotaraya, akhirnya teksi tadi berhenti di satu hotel. Tergesa-gesa Mawar melangkah menuju ke lobi hotel. Tempat pertama yang dilihat adalah sofa yang terletak di depan kaunter pendaftaran.
"Helmi!!" Mawar melaung sambil melambai-lambai ke arah Helmi yang khusyuk menatap skrin telefon bimbit. Langsung tidak diangkat muka. "Helmi Benzalif!!
Helmi yang begitu ralit melihat maklumat yang baru diterima mula mengangkat muka. Tersenyum manis bibirnya saat terpandang wajah gadis yang sentiasa dalam bertapak dalam hatinya. Ah..sukar digambarkan dengan kata-kata bila hati berbunga riang bertemu orang tersayang..walau hanya bertepuk sebelah tangan.
"Maaf..aku tak perasan kau tadi." Helmi masih melemparkan senyuman. Gadis itu sungguh ayu kali ini. Mengenakan baju kurung berona ungu muda dengan rambut ikal dilepas begitu, hampir saja membuatnya terpaku. Perlahan dia bangun dari sofa.
"Kau memang! Kalau dah main game tu, memang tak tengok kiri kanan. Kalau mak mertua lalu pun, kau tak perasan." Gelak Mawar melihat gelagat rakan sejawatnya yang sering leka bila menatap skrin telefon bimbit.
"Emm..aku rasa aku tak akan ada mak mertua. Aku hanya ada isteri je.." Helmi pula bergurau. Tepat iris mata Mawar ditatap. Tidak berkelip.
"Peliklah kau ni, kalau ada isteri, tentulah ada mak mertua atau pak mertua." Mawar melabuhkan punggung ke sofa.
Helmi yang masih berdiri hanya menatap senyuman lucu dari bibir Mawar. Nampak sangat gadis itu tidak mahu mengerti kata-katanya atau sengaja tidak mahu faham? Punggung turut dilabuhkan sebelah Mawar.
"So, what's up?" Mawar sudah tidak sabar. Perkara penting apa yang lelaki itu ingin beritahu padanya sampaikan tidak sempat untuk berjumpa tadi. "Ada berita baik untuk aku?"
"Yup! Aku dah dapat maklumat dari lelaki yang kau culik tu. Dia sudah mengaku." Tanpa membuang masa, Helmi terus saja kepada topik yang ingin dibicarakan. Dia tahu, Mawar tidak akan pernah melayan jika ia melibatkan soal hati.
"Really?? Apa dia?" Mawar sudah teruja, tidak sedar dia sudah semakin dekat dengan Helmi. Hampir bersentuh paha lelaki itu.
Helmi diam sejenak. Wangi rambut Mawar begitu menyenangkannya. Mahu saja dipeluk gadis kesayangannya ketika ini. Seraut wajah ayu milik Mawar itu ditatap penuh kasih.
"Helmi??"
Helmi mula tersedar. "Err..kau tanya apa tadi?"
"Maklumat tu..apa dia?" Tanya Mawar, mengulang semula kata-kata Helmi tadi.
"Oh ya, maklumat." Helmi berdeham kecil. Ah, kalut sungguh kalau sudah jatuh cinta dengan rakan setugas macam ni. Topi di atas kepala dibetulkan seketika sebelum dia mengeluarkan satu sampul surat dari poket jaket. "Ni..semua ada dalam ni.."
Sampul surat bertukar tangan. Isi kandungan surat itu segera dikeluarkan. Satu persatu dibaca dan ada beberapa keping gambar disertakan sekali. Bertaut kening saat melihat sekeping foto.
"Kenapa?" Helmi senyum sinis. Sengaja dia tidak mahu membongkarkan perkara itu dari awal. Biar Mawar sendiri yang melihat dan menilai.
"Foto ni...macam aku pernah nampak.." Mawar cuba mengamati wajah dalam foto itu. Seorang lelaki yang sudah separuh abad dengan misai nipis dan kening tebal yang sudah berubah warna putih. Rambut juga sudah ada separuh beruban. Puas dia memikirkan siapa gerangan lelaki dalam foto itu.
"Kau kenal?" Sengaja juga Helmi bertanya kembali. Kali ini akan dibiarkan saja Mawar selidik dan tahu sendiri. Itu permulaan rancangannya untuk mendapatkan gadis itu. Nampaknya jalannya begitu mudah. Ikram tidak akan menang sama sekali kerana bila perkara itu terbongkar, sudah tentu Mawar akan membenci Ikram nanti.
Mawar masih menatap wajah dalam foto itu dan maklumat lain. Berkerut dahinya membaca setiap isi kandungan sampul yang dihulur Helmi tadi.
"Oh ya, malam esok, kita jumpa di Bagan Lalang. Lelaki tu masih di chalet tu. Kita boleh dapatkan lebih banyak lagi maklumat dari dia selagi dia dalam kurungan tu." Ujar Helmi, mengharapkan agar Mawar setuju.
"Maksud kau, ada lagi maklumat yang dia tak beritahu?" Soal Mawar dengan riak berkerut.
Helmi hanya mengangguk. Agak lama mereka berdua diam.
"Kau kena faham, kita tak boleh paksa dia beri maklumat dalam satu hari. Kau kan tahu taktik soaljawab." Segera Helmi bersuara kembali melihatkan Mawar seperti tidak puas hati. "So, kita jumpa malam esok tepat jam sepuluh."
"Wait, kenapa pukul 10? kau kan tahu, aku menumpang rumah Arisha. Habis, apa yang dia anggap nanti?" Mawar sudah merasa serba salah. Sekarang ini dia perasan gadis itu seperti memerhati segala gerak gerinya.
"Alah..buat apa kau jadi perisik kalau benda kecik macam tu pun kau tak boleh handle? Come on la Mawar. Be smart!" Helmi sedikit geram. Dia perasan sangat perubahan sikap Mawar sejak berkawan dengan Ikram. Sudah tidak boleh berfikir dengan baik dan jitu.
"Bukan macam tu lah!" Rengus Mawar, bibir diketap kuat. "Aku rasa diorang dah tahu yang aku menyamar."
"Oh..really? Baguslah! Lagi-lagi kalau Ikram tu tahu. So what?" Helmi senyum sinis.
"Kau cemburu??" Hati Helmi sudah dirasakan dikuasai nafsu. Helmi yang dikenali dulu bukan seperti sekarang ini. Sudah berubah ketara sikapnya.
"Ya, aku admit. Aku cemburu tapi aku ada bukti yang boleh buatkan kau membenci Ikram. Kau hanya perlu siasat siapa lelaki dalam foto tu." Sekali lagi Helmi mengingatkan Mawar tentang tugas seterusnya yang perlu gadis itu lakukan.
"Kalau kau dah tahu siapa dia, kenapa kau tak beritahu aku saja?" Mawar sudah mula tidak sabar dengan sikap Helmi yang dirasakan sengaja mencari pasal dengan Ikram. Apa pula kaitan Ikram dalam hal yang dia sedang siasat sekarang ini?
"Emm...kalau kau nak tahu, malam esok aku akan beritahu kau dengan syarat kau datang ke Bagan Lalang. Ingat, pukul 10!" Helmi bingkas bangun. Kali ini dia sudah merasakan Mawar sudah benar-benar jatuh cinta dengan Ikram. Dia perlu meneruskan rancangannya.
"Maksud kau?" Mawar turut tercegat di sebelah Helmi.
"Aku akan beritahu maklumat selebihnya malam esok. Jumpa nanti kat sana." Helmi mula melangkah pergi meninggalkan Mawar sendirian di lobi hotel.
Mawar hanya memandang lelaki itu berlalu pergi. Sikap Helmi sudah tidak seperti dulu. Lelaki itu lebih banyak berahsia sekarang ini. Tidak mungkin Helmi turut terlibat dalam kes kematian kedua orang tuanya dulu. Sampul itu segera dimasukkan dalam beg tangan dan Mawar melangkah laju ke ruang legar hotel menahan sebuah teksi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya ada sambungan...
|
|
|
|
|
|
|
|
lamanya tak bersambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
huhu..ingatkan ada sambungan...
|
|
|
|
|
|
|
|
alaa Ipo..............
mokcun takleh baca Cinta Dandelion hang tu...
awat ada read permission...sedihnya..
nak kena kumpul kredit la gini...
|
|
|
|
|
|
|
|
ala mokcun..awat benang ni naik?
gitulah gayanya mokcun..kenalah kumpul tacang..
kat forum cari ni, macam2 jenis tacang ada..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|