|
Originally posted by ashna at 4-9-2004 20:50:
hmm GAIA maybe satu jenis taste ngan aku bab filem ni, aku mmg dah lama bosan dgn citer blockbuster hollywood, recycle benda sama dan predictable.
tapi aku taste gak ngan citer2 Blockbuster Hollywood....
lupa nak tambah...mengenai watak HERO yg kelabu......
Clint Eastwood pernah merevolusikan genre Western nie kat dalam filemnya yg berjudul UNFORGIVEN.....filem Cowboy yang memenangi Oscar Best Picture dalam Academy Award tahun 1993....dalam Unforgiven, kita dapat lihat yang wira2 koboi yang memang HERO...pantas, cekap dan gagah....tapi mereka juga adalah manusia yang mempunyai sisi gelapnya tersendiri.....
terbaru......Hollywood dilanda demam Superhero....kita ambik contoh Spiderman....walaupun disebalik identiti aidhero/superhero watak Peter Parker itu, dia juga masih seorang manusia...yang lemah...dan beremosi....sebab tu dalam kegagahan Spiderman mencabar musuh2 supervillainnya....dia juga pernah tewas kepada emosi dan perasaan sendiri....laksana Hang Tuah dlm PGL juga.....
Lihat pula blockbuster Lord of the Ring.....sama juga...watak hero jelas sekali tertumpu pada Frodo Baggins....tapi dia juga seorang yg lemah....dia tak sentiasa kuat dan tabah.....penghujung cerita kita dapat lihat yg Frodo juga tewas dengan godaan One Ring.....seringkali watak2 hero dalam filem2 Hollywood menunjukkan individu yg tidak perfect dari segala segi....sememangnya realiti hidup manusia pun begitu........
Paling ketara...lihat sahaja lah Anakin Skywalker dalam trilogi awal Star Wars....sedikit demi sedikit dia beralih daripada watak putih kepada watak gelap...segelapnya.........
Maka....kalau Hollywood sudah lama menonjolkan hero-hero sebegini....kenapa pula kita nak mundur kebelakang ? nak kembali kepada corak lama...atau terus mengikut acuan lazimnya filem2 Bollywood(itupun HERO filem Devdas dah menongkah arus Bollywood, dibuat sekelabu-kelabunya)......watak Hang Tuah dalam PGL tidak ada masalah walaupun dia ditunjukkan tewas pada perasaan sendiri.......
Bagaimanapun...tak dinafikan yg PGL nie masih ada kelemahan....sila lihat dan baca kritikan yang membina macam artikel tulisan Noor Azam Shairi di Mingguan Malaysia.....boleh baca di ---> http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_10.htm
[ Last edited by GAIA on 5-9-2004 at 01:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mencari keagungan Cinta Puteri
Oleh NOOR AZAM SHAIRI
PENGARAH besar Alfred Hitchcock dalam satu wawancara pernah mengungkapkan kata-kata ini: ``Seni ialah emosi. Memberikan kesan emosi itu kepada penonton adalah tujuan sebenar sebuah filem.''
Apa yang dimaksudkan oleh guru filem saspens yang mencapai tahap genius dalam sinema dunia dan dianggap sebagai antara gergasi filem abad ke-20 itu ialah tanpa emosi sebuah filem belum boleh dianggap berjaya sebagai sebuah karya seni.
Atas premis inilah, saya ingin menanggapi filem epik Puteri Gunung Ledang (PGL) yang mula ditayangkan pada 31 Ogos lalu: Apakah PGL berjaya melontarkan kesan emosi sebagai sebuah ``cerita cinta agung''?
Tidak dapat dinafikan bahawa PGL adalah sebuah produksi filem Malaysia yang bertaraf dunia. Ketika kebanyakan produser dan pembikin filem yang sedia ada selesa membuat kerja secara cincai, PGL muncul dan menunjukkan cara membuat filem yang cukup profesional.
Kos pembikinan yang dilaporkan bernilai lebih kurang RM16 juta tidak termasuk RM4.5 juta lagi untuk pemasaran menunjukkan kesungguhan penerbitnya, Enfiniti Productions Sdn. Bhd. untuk mengubah wajah filem tempatan.
PGL tidak dibuat dengan matlamat mahu menjadi jaguh kampung. Ia dibuat dengan satu hasrat yang cukup murni - mahu menerobos pasaran dunia, dan untuk itu kayu ukur piawai yang digunakan juga bertaraf antarabangsa.
Sebagai sebuah produksi, PGL dibikin dengan cukup berhati-hati dan penuh teliti. Tumpuan yang luar biasa telah diberikan kepada aspek penataan seninya; daripada set yang menunjukkan keagungan sebuah kerajaan sehinggalah kepada kemistikan seorang puteri, daripada busana yang menepati zaman dan menunjukkan perbezaan kasta sehinggalah kepada tata bunyi dan muzik latar yang merakamkan semangat Nusantara.
Tetapi sebuah filem tidak hanya bersandar kepada ``gambar yang cantik'' dan ``lagu yang sedap''. Suka atau tidak, apresiasi sebuah filem tidak harus meletakkan aspek-aspek itu sebagai tarikan utama.
Hukum membuat filem sejak dulu tidak pernah berubah - bahawa jatuh bangun filem itu bergantung kepada ceritanya. Sebuah cerita yang baik boleh dirosakkan oleh pengolahan visual yang buruk. Sebaliknya sebuah lakon layar yang lemah tidak boleh dipertahankan oleh olahan visual yang luar biasa.
Inilah masalah yang dihadapi oleh PGL yang diketengahkan sebagai sebuah ``cerita cinta agung''.
Demi cintanya yang tidak berbelah bahagi, Gusti Putri Retno Dumilah (lakonan Tiara Jacquelina) meninggalkan tanah airnya Majapahit datang ke Melaka menjejak kekasihnya, Laksamana Hang Tuah (M. Nasir).
Pemergiannya yang ditemani oleh Bayan (Christine Hakim) itu dibuat tanpa restu kekandanya sendiri, Gusti Adipati Handaya Ningrat (Alex Komang), raja Majapahit.
Tidak lama selepas pemergiannya ke Melaka, Majapahit diserang oleh kerajaan Islam Demak. Dalam usaha mahu menyekat kemaraan tentera Demak itu, Gusti Adipati merancang mahu mengahwinkan adindanya itu dengan Putera Demak sebagai tanda persahabatan dua buah kerajaan.
Tetapi rancangannya itu menjadi mustahil dan dia menyusun pelan B - menawarkan pula adindanya itu kepada Sultan Mahmud dengan harapan Melaka akan melindungi Majapahit.
Hang Tuah kemudian diperintahkan untuk mengetuai angkatan meminang Gusti Putri yang bertapa di puncak Gunung Ledang.
Legenda Puteri Gunung Ledang itu adalah sebuah kisah yang segar dalam ingatan kolektif kebanyakan kita - menjadi cerita yang diperturunkan dari mulut orang tua buat meneman mata yang mengantuk.
PGL mengangkat kisah klasik itu dan mempersembahkannya dalam struktur yang bukan linear. Filem itu dibuka dengan adegan Gusti Putri membulatkan tekad mahu datang ke Melaka. Kisah cinta mereka berdua itu hanya kita ketahui kemudian melalui beberapa adegan imbas kembali.
Tetapi apa yang lebih tertonjolkan ialah drama dan intrig politik antara kerajaan Majapahit, Demak dan Melaka, dan bukannya cerita cinta agung antara Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang - cinta yang terhalang oleh niat sultan dan ketaatan seorang laksamana yang pantang membelakangkan tuannya.
Drama dan intrig politik itu pula tidak dikembangkan sehingga ke tahap sebuah epik kerana PGL memang bergantung kepada cerita cinta agung dua manusia itu. Dan apabila cinta itu tidak dipaparkan dengan cukup berkesan apa yang tinggal hanyalah ``gambar yang cantik'' dan ``bunyi yang sedap''.
Tentulah tidak adil untuk meletakkan beban kelemahan itu kepada pengarah Saw Teong Hin semata-mata kerana hukum kaitan antara lakon layar dan filem ialah ``apa yang tiada di naskhah jangan harap ternampak di layar''.
Lakon layar PGL ditulis oleh Mamat Khalid, penulis dan pengarah Lang Buana serta beberapa telemovie komedi termasuk Pukul 2 Petang, Rombongan Cik Kiah dan Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys.
Mamat cemerlang dalam menggarapkan cerita komedi tetapi dia kurang berjaya merakamkan sebuah kisah cinta antara dua manusia apatah lagi cerita cinta yang agung.
Tiada detik-detik yang menggambarkan dua pasangan ini sedang mabuk bercinta. Selain dialog yang penuh puitis dan gerak tubuh yang penuh berahsia, cinta mereka sekiranya ada hanyalah satu cinta biasa.
Imej bunga yang dikuis oleh Gusti Putri semasa menari dan tertampar ke muka Hang Tuah adalah perlambangan yang indah. Cukup Melayu dan halus sifatnya. Ia detik pertama Gusti Putri menunjukkan minat kepada Hang Tuah.
Tetapi hubungan cinta itu kemudiannya terasa hambar; tidak melontarkan satu kesan rasa cinta yang mendalam.
Akibatnya emosi yang terpendam dalam hati Gusti Putri dan Hang Tuah tidak dapat dikongsi bersama. Keagungannya yang menyusul kemudian terlihat seperti dipaksa-paksa.
Selebihnya dalam menanggapi PGL, jangan sama sekali kita terkeliru antara sinopsis di atas kertas dengan visual yang dipertontonkan di layar.
Sebuah filem bukan saja tidak perlu tetapi tidak harus bergantung kepada catatan sinopsis untuk penonton menangkap maknanya dan berkongsi rasa dengan watak-wataknya. Sebuah filem harus boleh berdiri sendiri dengan bahasa visualnya dari mula kredit pembukaan sehingga kata penutup `tamat'.
Pada sisi yang lain, PGL muncul sebagai sebuah kerja seni yang penuh dengan nuansa Melayu - geraknya Melayu, tutur kata dan diamnya juga Melayu. Selebihnya, ia mencabar tradisi dan kepercayaan dunia Melayu.
PGL memberikan satu tafsiran baru kepada legenda yang biasa kita kenal itu - bahawa sang puteri di puncak gunung penuh mistik itu bercinta dengan Hang Tuah dan laksamana besar Melayu itu dikalahkan semangatnya oleh cinta kepada seorang puteri.
Selain ``gambar yang cantik'' dan ``muzik yang sedap'', nuansa dan pemikiran Melayu yang terbungkus dalam PGL itu juga harus dikupas oleh para cendekiawan Melayu.
Itulah antara kekuatan yang berbaki pada PGL. Kalau diketepikan soal cinta dengan harapan dan impian serta luka dan duka yang tidak terlontar itu, PGL masih kekal sebagai sebuah produksi yang berkualiti.
Ia sebuah produksi yang boleh dibanggakan. Meminjam kata-kata seorang sahabat: ``Semangat Malaysia Boleh sudah mula diterjemahkan menjadi Malaysia Buat.''
Dengan sedikit kecacatannya yang ada itu, di pawagam penonton masih bertepuk tangan sebaik saja filem selesai. Maknanya orang menghargai sebuah usaha yang besar ini.
Tetapi seperti kata pengarah Iran, Abbas Kiarostami: ``Menonton filem tidak ubah seperti berbelanja di pasar raya. Kita menonton dengan kuasa beli yang ada.''
Apatah lagi sebuah filem bukanlah satu masalah matematik yang hanya mempunyai satu jawapan mutlak. Ketika berdepan dengan sebuah kerja seni, semua orang berhak membentuk pandangannya sendiri - bergantung kepada kuasa beli yang dihujahkan oleh Kiarostami.
Tiara dan Enfiniti Productions Sdn. Bhd. memang menyimpan sebuah cita-cita. Mereka sudah menunjukkan kekuatan. Kekuatan itu hanya memerlukan sedikit lonjakan saja, dan lonjakan itu adalah garapan cerita - masalah yang sekian lama membelenggu sinema kita.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=hi_10.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Sofea at 4-9-2004 18:07:
Would say dr segi storyline Embun is much better.
Anyway this is just my perception of the movie. Tak taulah orang lain coz ramai kat sini yang suka and enjoy watching the movie...
...
me too....aku suka dan enjoy dengan ini movie...but macam ko juga...pada aku impak filem ini pada aku tak terasa sangat.....ingat2 balik tahun lalu....filem Paloh lebih berjaya memberikan impak yg jauh lebih dalam kat aku...sampai berkobar2 aku nak suruh org lain pergi menonton Paloh......tapi aku masih berpuas hati dengan PGL.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok aku tengok PGL 2 hari lepas kat KLCC, dan maafkan aku menggunakan bahasa kasar ni, iaitu, FILEM NIH MACAM PONDA MOWNEK!!!!!! Aku bayar RM10, beratur dekat sejam nak dapatkan ticket, last2 criter budus ntah hape2!!! Nasib baik ada Sabri Yunus, kalo tak aku dah carut2 lebih teruk kat sini. Macam tuh punya movie RM16 juta????? RM1 juta pon aku tak caya!!! Aku kesian kat delegates2 yg berada di Venice Film Festival skarang kerana terpaksa menonton film nih di tayangan midnight. Tido lar gamaknya diorang dalam cinema tuh. Nak tau gak apa pandangan Scarlett Johanson tentang film nih nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
isskk...kalo ko cakap ia bodoh sebab slow aku tak tahu nak kata apa lah....filem2 Wong Kar Wai cam "In The Mood For Love" tuh pun slow nak mampus....dan dipuji melangit kat Cannes.....lepas tuh boleh bawak filem 2046 dia yg tak siap lagi masuk kesana....
filem slow tak menjadi masalah kepada khalayak penonton barat khasnya eropah.....tapi masalah filem ini lebih kepada jiwa filem tuh sendiri...macam "cinta" yang tak terasa...."chemistry" yg tak kelihatan.....dan "cerita" yang tidak sekuat mana..... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeke Gaia, tp bagi Bery pelakon PAloh tak real sangat tho storyline dia best. Embun mmg best tp kureng kot dr segi kesan2 (skrip yg cantik mcm PGL, lagu).
Skrip kelakar yg tak macam zaman dulu tu maybe saja nak buat humor kots, ala org zaman dulu pun mcm zaman sekarang yg loyar buruk. Movie omputih pun kkdg mcmtu.
Kerajaan demak tu pd pendapat bery bukanla nak tunjuk yg they all terrorist coz in the first place dia dah ajak majapahit berbincang, tp mgkn utk menyebarkan Islam secara penaklukan kot. Kan ke kalau belajar sejarah pun salah satu cara nak sebarkan Islam selain dr perkahwinan is dgn cara penaklukan.
Tp, well done.. apa lagi yg kita tak puas hati ngan industri filem melayu klu kita tak bangga ngan PGL nie. What else that we expect?
Cuma bery wonder, adakah Hang Tuah hilang tu sbb PGL?
p/s me dah terfall in luv ngan adlin Aman Ramlie.. help!!! (bkn ngan Sultan mahmud tauuuu). |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ashna at 4-9-2004 12:40 AM:
tgk movie ni ikut taste masing2, kalau movie semua org ckaap best tapi jenis genre aku tak minat, mmg aku tak tgk, contohnye, lord of the ring, aku takpenah tgk satu pun, same with spiderman,c ...
aku pun mcm ko gak dulu org leka tgk citer LOTR tapi tak penah tgk...lepas tue aku berpeluang tgk kat dvd citer lotr tue...fuh aku cakplah patutlah diorang dlm forum nie beriya kata citer LOTR tue best sampai siap promote kat aku lagi....mmg betul citer LOTR tue best giler...aku rasa itulah movie yg paling best walaupun citer dier lama tapi tak terasa and mmg kena tgk baru bleh rasa...so lepas tgk LOTR terus aku pun mcm dah fanatik plak kat LOTR...aku pun syorkan ko tgk citer LOTR tue kalau ko tak penah tgk...pasalnyer ko akan fikir mcm mana diorang bleh fikir and buat movie mcm tue...very good...sori ter ff: jap
and pasal PGL... aku baru tgk ari tuh kat mines hari sabtu...punyerlah penuh aku pun kena duduk dekat depan tapi taklah depan sgt sampai bleh juling mata aku...pendapat aku plak...inilah filem melayu yg mmg mcm citer filem...bukan citer yg mcm citer drama...tak salah kalau aku cakap kalau kat US kiter ader titanic tapi kat malaysia kiter ader Puteri Gunung Ledang...kalau hantar festival filem pun korang tak malu nak sokong filem nie...aku cakaplah mmg jln citer dier mcm lambat tapi itulah kelembutan sebenar cerita melayu yg mempunyai bahasa kiasan...aku kalau citer lain gerenti aku dah bengang dah tapi disebabkan ekspresi muker pelakon and props produksi fillem buat aku luper jap pasal kelembapan citer nie...
dari segi pelakon plak...aku rasa semua ok...and mmg Tiara and Mnasir ader chemistry yg tersendiri...aku tak bleh fikir saper yg layak pegang watak hang tuah selain dari m nasir...dgn sorer dier...gaya dier...ekspresi muker...mmg kena ngan watak dier...aku rasa dier mmg layak dpt satu anugerah...and for tiara as we know whatever peranan she's always do her best dan mmg aku rasa gusti putri tue pun mmg kena ngan dier walaupun pada mulanya aku rasa dier mcm tak sesuai...tapi lepas tgk dierlah yg paling layak berlakon di sisi m nasir...:love:...scene yg paling aku sedih biler tiara menangis kat gunung ledang lepas kena sumpah ngan sultan melaka yg muker mcm muka pecah rumah tue...mmg time tue kesian tgk putri tue ..:cry:...scene menyentuh perasaan biler putri ngan hang tuah kat atas bukit naik kuda sama2 and putri letak kepala dier atas bahu hang tuah romantiknyer..:love:...aku suker part nie pasal tempat yg dier pergi tue mmg cantik mcm kat luar negara pun ader gak...dgn pokok 2 btg yg daun dier mcm keemasan tue...part yg paling aku rasa mcm citer stormrider biler time hang tuah ngan gusti putra bertarung kat atas air tue...mmg nampak real tak nampak mcm fake pun...maybe aderlah skit part yg diorang bleh terbang tue...tapi biasalah citer mat saleh ngan hk pun ader mcm tue gak...
part yg aku bleh gelak biler ader part sang setia(sabri yunus)...mmg layaklah dulu sabri yunus nie menang anugerah pelawak pasal mmg lawak pun biler dier cakap aku bagi penampar arablah,jawalah entah aper2 lagi...nasib baik ader sang setia kalau tak aku mesti tak bleh nak gelak tgk citer nie pasal semua berlakon serius jer especially gusti putra...lakonan alex komang mmg mantap mmg sesuai...the annoying sultan...menyampah aku nengok ...dahlah tak hensem ..meluat plak tue...tapi maybe itulah ciri yg kena ader nak jadi sultan melaka tue ...aku nak gelak pun ader gak biler tgk muker selamba sultan tue...biler screen besar aku nampak gigi dier jer...ialah pasal aku duduk row seat yg ke-4 dari depan..:lol..
tapi aku tak puas hati pasal dier tak tunjukkan 7 condition yg putri gusti nak tue ...ialah aku ingatkan dier aderlah tunjuk jambatan emas tue ker ...tapi ialah mungkin kena tambah budget lagi nak buat adegan tue...aku rasa kalau buat adegan tue mau 3 jam citer nie...ending dier walaupun hang tuah jumper putri tapi dier mcm habis mcm tue jer...so tue yg aku rasa mcm tak puas tapi ...but overall aku salute dgn PGL and all crew produksi...bak kater penulis dlm paper hari nie...ini bukan filem yg indah kabar dari ruper tapi mmg filem yg indah kabar and indah ruper...skang aku baru tau rupernyer putri gunung ledang nie kena sumpah dek sultan melaka tue pasal dier duduk nun atas puncak gunung tue ...coz aku ingat mmg putri tue duduk kat situ...:stp:..aku bagi 4 bintang dari 5 bintang...mula2 nak bagi 5 tapi sbb aku rasa mcm dier tak kembangkan sgt citer dier so aku bagi 4 jerlah...kalau nak kata karektor yg paling menyerlah aku suker m nasir and alex komang...:ah:...tapi aku suker time tiara bersilat time pokok akar kayu tue berjalan dek kuasa silat dier...time tue tiara nampak cantik.....oklah pjgnyer aku nyer komen...aku komen pjg2 nie pasal aku baru tgk...aku rasa kalau member aku ajak lagi sekali aku rasa aku nak tgk lagi...:bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 5-9-2004 03:23 PM:
isskk...kalo ko cakap ia bodoh sebab slow aku tak tahu nak kata apa lah....filem2 Wong Kar Wai cam "In The Mood For Love" tuh pun slow nak mampus....dan dipuji melangit kat Cannes.....lep ...
ahaks, mungkin gaklah aku tak tahan ngan storyline dia yg slow tuh. Adui, hampir2 jer aku tertido dalam cinema masa tuh, serious. Aku ngantuk giler walaupon aku bangun lewat masa tuh. Satu masalah film nih penuh dengan intense silence, semacam chatracter tuh tengah berfikir panjang, pastu camera dok fokus kat dia jer.
In The Mood For Love aku blum tengok lagik, yg 20XX something tuh sequel dia kan? nanti nak carik lah film tuh, lama dah tak tonton cerita cina. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cocklea at 5-9-2004 03:13 PM:
Ok aku tengok PGL 2 hari lepas kat KLCC, dan maafkan aku menggunakan bahasa kasar ni, iaitu, FILEM NIH MACAM PONDA MOWNEK!!!!!! Aku bayar RM10, beratur dekat sejam nak dapatkan ticket, last2 criter ...
tahlah cocklea lain org lain pandangan nyer...bagi aku plak aku dah boring asyik nak puji filem luar negeri jer...sekali sekala kiter kena puji gak filem sendiri...bagi aku citer PGL nie ok walaupun lembab skit...biasalah bahasa kiasan ...kan filem melayu lama kan penuh ngan bunga2...bak kata GAIA citer in the mood for love tue lagi lembab dari PGL nie...itupun org kata ok...at least citer PGL nie ader aksi gak...entahlah maybe aku nie berjiwa lembut skit so org yg berjiwa keras2 nie maybe tak bleh terima citer mcm PGL nie...:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
bukan tanak puji, ada banyak film malaysia yg boleh dipuji melambong2, Paloh dan Embun cthnya. Imagine ler Erma Fatima dapat RM16 juta tuh untuk direct Embun, tak dapat aku bayangkan betapa alivenya film tuh. Film PGL nih, aku rasa fokus utama dia dah terpesong sikit. The story is there, tapi cara tuh, agak hambar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cocklea at 5-9-2004 15:52:
Satu masalah film nih penuh dengan intense silence, semacam chatracter tuh tengah berfikir panjang, pastu camera dok fokus kat dia jer ...
err...aku ingat ingat "intense silence" tuh takde masalah bagi ko....bukanker Lost in Translation pun banya bende2 gituh....? BTW...2046 tu x kuar dvd lagi....bulan 10 baru masuk wayang Malaysia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Strawberry at 5-9-2004 03:24 PM:
p/s me dah terfall in luv ngan adlin Aman Ramlie.. help!!! (bkn ngan Sultan mahmud tauuuu).
lorr why would you do that?? hehe
ingatkan fall wif putera kici dia Sultan Ahmad ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by c-mei at 5-9-2004 03:47 PM:
aku pun mcm ko gak dulu org leka tgk citer LOTR tapi tak penah tgk...lepas tue aku berpeluang tgk kat dvd citer lotr tue...fuh aku cakplah patutlah diorang dlm forum nie beriya kata citer LOT ...
ntah pasal LOTR tu aku mmg tak terasa nak tgk, sebab aku mmg tak suka citer yg ada unsur fantasy cam tuh (PGL pun ada unsur fantasy sket but it's a different matter lah). aku lebih suka cerita berunsur drama, humanity...contoh2 movie yg aku suka mcm the virgins suicide, dancer in the dark,dogville, house of sand and fog,in the mood for love,in america dan beberapa filem lain yg aku tak leh ingat at the moment. dan aku perasan ending movie2 yg aku suka tu agak depressing mcm citer virgin suicide, dancer in the dark and house of sand and fog. maybe aku suka perasaan tu kot, music yg aku dgr pun lebih kurang tu jugak...depressing and a bit emo. hahahha
am i a psycho or what? |
|
|
|
|
|
|
bookworm This user has been deleted
|
Best ceritanye...lots of colours! It reminded me of Zhang Yimou's "Hero" somehow. I really like it and it will definitely be one of my favourite movies! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 5-9-2004 04:06 PM:
err...aku ingat ingat "intense silence" tuh takde masalah bagi ko....bukanker Lost in Translation pun banya bende2 gituh....? BTW...2046 tu x kuar dvd lagi....bulan 10 baru masuk wayang ...
ntahler, part2 silence2 dalam LIT tuh banyak dipenuhi dgn view of Japan, dan kadang2 soothing music, seronok tengok. yg dlm PGL nih plak, ala2 menyakitkan hati.
p/s: perasan tak gusi ngan gigi si PGL tuh karat semacam? Musti kuat isap rokok tuh. Kalo ye pon pegilah scaling dulu sebelum buat film tuh, kedekut btul. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kulit at 2004-9-5 04:22 PM:
lorr why would you do that?? hehe
ingatkan fall wif putera kici dia Sultan Ahmad ...
kekeke.. kulit, why der tau.. coz dia tu sultan yg blur2, pastu main belasah jekkk.. Tp, dunnolaa hes a my type of a guy.. dulu pun suka kat Aman Graseka.. hhahahah... |
|
|
|
|
|
|
|
PGL ni --- satu usaha yg murni!!! Syabas!!!
TAPI.....
ade kelemahan2 yg ketara menyebabkan citer ni tak begitu mencapai tahap optimum:-
--derang ni tak review ke dialog2 lam citer tuh, apesal ade yg tercampur dgn moden, especially part sabri yunus.... slank kelantan pun tak leh hilang... pendek kata tak cukup profesional laa lakonan setgh2 watak lam PGL ni....
--sultan pun cam poyo2 jekk... karektor sultan cam tak ngam... urm, sultan tu kalu tak hensem pun takpe, tp sekurang2nya gigi tu, biarlaa sedap mata memandang..... kalu mat saleh tgk citer ni, sure depa ingat sultan2 kita gigi bersepah :lol cuba tgk cerita2 maharaja cina, segak jek maharajanye...
--tiara nyanyi tak sedap... pitching lari, berterabur ke laut selat melaka... :puke: spoilt jekk.. naper tak amik org lain nyanyikan.. patutnya org nak menghayati laa time lagu2 tuh, tp jadi tergelak plak sbb suara tiara sumbang / pecah time nyanyi kecil tuh..
--aku selalu gak ternangis tgk citer sedih, tp citer PGL ni, aku takde feeling lak.. takde rasa suspen.. marah.. sedih... cam blank je. aku rasa sbb PGL ni nak tunjuk terlalu byk sgt scene, tp sume scene cam pendek2, tak sempat nak menghayati... :stp:
--terasa laa jugak, citer ni mcm nak menonjolkan akak tiara tuh sorang jek... lelain watak macam tenggelam... :hmm:
lakonan hebat dan mantap terserlah:-
- tiara
- m.nasir
- rahim razali
- ketiga2 pelakon indonesia
sekian. sekadar pendapat jee....
[ Last edited by silmarwene on 6-9-2004 at 11:00 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
overall for me citer ni memang one of the best maly movie in history
sebab..tak penah lagi rase lepas keluar dr panggung tu teringat2 certain2 part yg menarik..macam..
--scene hang tuah n PGL bertemu kat air terjun sambil kamere roll around them diselangi dgn music yg amat menyentuh kalbu
--scene tiara marah sambil bersilat...akar kat hutan tu menyerang
--scene PGL bertelepati dgn abang die..
bykl lagila
"pengorbanan untuk cinta sememangnya indah...pengorbanan untuk negara sesungguhnya mulia..."
p/s:nila filem melayu pertama yg aku rase nak tgk utk ke2,ke3,ke4 kalinya tanpa rasa membazir..syabas to all PGL production krews |
|
|
|
|
|
|
|
Emmmmmmmm....aku dah tengok hari Sabtu tu.... cerita nie memang klasik betul..sesiapa yang tak faham memang cakap tak best pun... tapi bagi aku oklah ...
Kelakar masa scene Sabri tu... kelakar gila, banyak lah dia punya penampar.Cerita nie nak kata sedih tak jugak... macam nama nak ketegorikan ya?
Jalan cerita yang perlahan, bahasa yang puitis, oklah aku boleh terima lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|