|
|
[Edisi Jeritan Batin EDEL & QUAN] Rita Tuntut Mutaah RM300K
[Copy link]
|
|
|
kalau serius buat la kali ke2 guna alamat rumah baru lak..bijak nau guna alamat rumah kelamin dgn bini yg ditinggalkan lak..sah2la kena tolak.. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aidil akui tidak mampu bayar tuntutan mutaah
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
11 Mei 2015
PEMAIN pasukan JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak mengakui beliau tidak mampu membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon bekas isterinya, Rita Rudaini.
Aidil selaku defendan memaklumkan banyak perbelanjaan yang perlu ditanggungnya untuk kehidupan baru bersama isteri, Zareema Zainal dan anak.
"Selain hutang peribadi seperti kenderaan yang digunakan ketika bekerja, saya juga turut menanggung kedua ibu bapa, bil utiliti dan keperluan sendiri," katanya.
Malah, nafkah kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, turut ditanggungnya.
"Saya juga turut menyediakan peruntukan dengan membuka akaun Bijak Malaysia dan menyediakan simpanan di Tabung Haji serta insurans untuk kedua-dua anak saya," katanya.
"Sumbangan plaintif (Rita) sepanjang tempoh perkahwinan tersebut juga tidak melayakkan plaintif mendapat bayaran mutaah seperti yang dipohon," katanya.
Beliau mendakwa, Rita tidak menerima ibu bapanya sebagai keluarga sendiri.
"Sepanjang tempoh perkahwinan dia tidak pernah mengikuti saya pulang ke rumah ibu bapa," katanya.
Rita juga didakwa turut mengenakan syarat sekiranya ibu bapa Aidil ingin berjumpa dengan anaknya, mereka perlu datang ke rumah di Damansara.
"Pada permulaan, saya terpaksa ikut demi kerukunan rumah tangga tapi lama kelamaan saya rasa plaintif mula membelakangi suami dengan membuat keputusan sendiri," katanya.
Aidil berkata, Rita, 39, didakwa gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik.
"Plaintif jarang memasak kerana urusan peribadi dan kerjayanya.
"Sekiranya ibunya datang ke rumah kami, ibunya yang menyediakan masakan untuk kami sekeluarga," katanya.
Menurutnya, membasuh, menggosok pakaian dan mengemas rumah jarang dilakukan Rita.
"Kebanyakkan diuruskan oleh pembantu rumah," katanya.
Beliau berkata, Rita sering mendesaknya dan menggunakan media sebagai medium menghebahkan masalah rumah tangga.
"Ini merupakan satu penghinaan sekali gus menjatuhkan maruah saya.
"Disebabkan sikapnya itu saya menjadi tawar hati dan hubungan kami semakin renggang sebelum bertindak keluar daripada rumah kelamin," katanya ketika dalam afidavit bertulis di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.
Sementara itu, adiknya, Zaquan Adha berkata, bekas kakak iparnya tidak layak bayaran mutaah sebagaimana dituntut.
"Tuntutan itu melampaui taraf kehidupan plaintif yang sederhana," katanya sebagai saksi dalam afidavit keterangan.
Ayu Raudhah turut hadir menemani suaminya.
Rita Rudaini, menerusi peguamnya, Datuk Zaidi Mohd Zain memfailkan tuntutan itu di sini pada 25 Ogos tahun lalu.
Aidil diwakili peguam, Rushdan Sujak Rafee.
Prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man ditangguhkan dan bersambung pada 25 Mei ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tahu plak Quan2Minit dah jadik loyar syariah
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mutaah memang hak iseri yang diceraikan.
Mutah adalah sebagai gantirugi kerana melanggar kontrak.
Ada ulamak kata Mutah itu WAJIB tapi ada juga ulamak yang kata, Mutah itu hanya sunat.
Apa pun jumlah muta'h bergantong pada kemampuan bekas suami dan juga bagaimana
si isteri itu diceraikan. Kalau dia sendiri mintak cerai, tiada muta'h.
Pada zaman Nabi, Muta'h diberi dalam bentuk pakaian & makanan.
Dalam kes Rita, dia kena senaraikan kenapa dia layak dapat mutaah 300K |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
buat pengajaran kpd jantan2 notelo luar sana..en kali jgn men cerai sms je,ko igt ko sape?mendapat mutaah...tye sbb ape nk bercerai pon xde telo nk jwb...
nk tye,memasak,membasuh keje bini ke jedil?nmpk sgt haprak ko ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|