|
itu yang mulanya..lepas tu bab 20...
skarang plak..entah lerr...
gamaknya aku tak leh declare awal2 la ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bunyi cakaran dan dengusan semakin kuat. Conan dan Nicki masih diam di ruang tamu. Tidak berganjak dari tempat duduk. Telinga masih menadah mendengar bunyi pelik itu. Ya, bunyi yang pernah mereka dengar dulu. Bermakna bila-bila masa makhluk itu akan muncul. Yang menjadi persoalannya, siapa yang bertukar menjadi makhluk itu jika Alif dan Amir sudah pulih dari semua itu??
"Nan...kau..kau rasa benda tu datang lagi ke?" Nicki menelan liur. Suaranya sedikit berbisik.
"Entah..kan Amir dan Alif dah pulih." Conan turut merasa panik. Kali ini mereka merasa ada sesuatu yang tidak kena.
Bunyi dengusan semakin kuat. Cakaran di pintu jelas kedengaran di cuping telinga. Guruh mula berdentum disusuli bunyi kilat menyambar tanda hujan lebat akan menyimbah bumi tidak lama lagi. Conan dan Nicki masih tidak berkutik di situ. Mereka saling berpandangan. Sekejap itu juga hujan lebat mula mencurah ke bumi. Guruh dan kilat saling berselang seli.
"Nan..aku rasa macam ada tak kena." Nicki pandang Conan yang masih memasang telinga. Bunyi cakaran dan dengusan itu ditenggelami dengan bunyi kilat yang sabung menyabung.
Tiba-tiba pintu rumah terbuka luas. Sekali lagi Conan dan Nicki saling berpandangan. Pucat muka masing-masing. Angin kuat dan hujan lebat di luar jelas kelihatan walau dalam keadaan samar dengan cahaya dari lampu jalan. Tiada makhluk seperti dulu. Conan bangun perlahan menuju ke arah pintu rumah. Hujan lebat di luar mula menempias ke dalam rumah. Angin semakin menggila kuat. Conan cuba menutup pintu yang terbuka luas namun angin kuat yang menolak daun pintu menyebabkan dia terpaksa mengunakan tenaga sehabis mungkin.
Melihatkan Conan bertungkus lumus menutup pintu, Nicki segera bangun dan turut sama cuba menutup pintu. Angin semakin kuat, melemparkan daun dan ranting pokok ke segenap arah.
"Nan!! Kau pegang kuat sikit!!" Jerit Nicki dalam kekalutan ribut dan hujan lebat yang tiba-tiba.
"Aku dah pegang kuat ni!" Conan turut menjerit. Suara mereka sudah tenggelam dek angin dan guruh berdentum tambah lagi hujan lebat semakin galak menyimbah bumi.
"Nan!! Tengok tu!!" Nicki tuding ke satu arah, dekat dengan sebatang pokok mangga di depan rumah mereka.
Conan yang masih menahan pintu mula melihat ke arah itu. Kelihatan sesusuk tubuh sedang memerhati ke arah mereka namun tidak jelas rupanya. Dia pandang Nicki yang masih memandang ke arah benda itu. "Nicki! Kita kena tutup pintu ni!"
Bertungkus lumus sekali lagi mereka berdua cuba menutup pintu yang ditolak angin kuat. Dalam keadaan kelam kabut itu, susuk tubuh itu mula menapak ke arah mereka. Nicki dan Conan saling berpandangan. Mereka perlu bersedia untuk bertindak jika berlaku apa-apa nanti. Dari situ, jelas mereka melihat susuk tubuh itu semakin dekat menghampiri mereka.
"Nan..aku rasa kita kena lari dari sini!" Jerit Nicki lagi.
Conan mengangguk. Tidak mahu menjadi mangsa robek makhluk itu, mereka sudah bersedia untuk melarikan diri. Makhluk itu sudah semakin hampir. Pantas saja Nicki menarik tangan Conan dan terus berlari ke arah kiri keluar dari situ dalam hujan lebat. Mereka berdua tidak lagi memandang ke belakang. Sekuat hati mereka berlari menyelamatkan diri.
"Nan! Benda tu kejar kita!!" Nicki berpaling, makhluk itu sedang mengejar.
"Lari!!!"
Mereka berdua terpaksa meredah semak dan belukar kecil di sebelah kiri rumah mereka. Ikut saja arah kaki berlari. Mereka sudah tidak hiraukan arah mana, janji mereka dapat menyelamatkan diri. Basah lencun mereka berlari dalam hujan meredah belukar. Kadang-kadang terjelepuk jatuh bila tersepak akar pokok.
"Nan!" Nicki yang sudah ke depan mula berpaling ke belakang. Dia perasan, laju saja kakinya berlari tadi sehingga tidak sedar Conan yang berada di belakangnya sudah tiada. "Nan!! Nan!!"
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah itu jelmaan makhluk kurt?? Atau profesor johari? Atau ipo? Ke saka si ryan?? |
|
|
|
|
|
|
|
entah ler..aku pun tak dak idea lagi ni
pening dgn report audit aku yang tak habis2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 15-2-2015 02:11 PM
entah ler..aku pun tak dak idea lagi ni
pening dgn report audit aku yang tak habis2 ni
Kalo ko dtg opis aku wat audit.kompom terus jadi incredible hulk |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin audit ko lain..aku punya audit lab...fening
|
|
|
|
|
|
|
|
KETIKA INI, Aylanins menerima panggilan kecemasan dari balai polis tempatnya bekerja. Ryan sudah melepaskan diri. Bergegas Aylanins menyarung jaket dan capai kunci kereta. Kereta dipandu laju menuju ke balai. Tiba di balai, pegawai yang bertugas pada malam itu segera menunjukkan unit sel di mana Ryan dikurung. Terkejut Aylanins melihat pintu jeriji besi sudah terkopak luas. Seperti dilanggar sesuatu yang ganas. Dia menoleh pada pegawai polis yang bertugas di situ. Ada kesan darah di kepala. Kebetulan malam itu, hanya pegawai itu saja yang bertugas menjaga lokap. Masa dia tiba di balai tadi, dua orang anggota polis yang bertugas di depan kaunter sudah pengsan.
"Pukul berapa kejadian ni?" Aylanins sudah pening. Tahanan sudah melarikan diri.
"Dalam setengah jam yang lepas." Pegawai bertugas itu tunduk.
"Apa? Kenapa baru sekarang nak beritahu saya?!" Aylanins sudah menyinga.
"Maafkan saya puan..saya bertugas di luar pintu sana. Kepala saya dipukul kuat, rasa macam satu tamparan dari kuku yang tajam. Saya baru sedar dari pengsan.."
Aylanins geleng. Kasihan juga melihat pegawai itu yang sudah meleleh darah dari kepala yang luka. Luka di kepala ditekup dengan sapu tangan. Dia segera mengarahkan pegawai polis itu mendapatkan rawatan dengan segera sementara dia pula terus menghubungi pegawai polis lain untuk bertindak mencari tahanan yang berjaya melarikan diri. Kali ini telefon bimbitnya pula berdering. Panggilan dari bos mudanya. Terpaksa dia menadah telinga bila suara Ana Dahlia memarahinya di hujung talian. Kecuaian yang menyebabkan tahanan berjaya melarikan diri adalah kesilapannya dan menjadi tanggungjawabnya.
"Huh! Ni memang kerja gila!" Aylanins mengetap bibir. Kini dia pasti, Ryan mungkin makhluk jadian itu. Lelaki itu mungkin sudah gunakan tubuhnya sendiri untuk dijadikan bahan kajian.
Nombor Ipo dihubungi. Dia perlu jumpa lelaki itu untuk mengesahkan perkara itu. Ipo tentu tahu apa yang sebenarnya berlaku pada Ryan selama ini. Hanya lelaki itu sajalah yang tahu tentang kajian Ryan selama ini. Sementelah pula, Ipo mempunyai antidot yang didapati dari makmal tempat Hanna bekerja. Untuk menghubungi Hanna waktu begini, tidak mungkin. Dia menghubungi pula Nayla. Mungkin Nayla boleh beri kerjasama dalam hal ini. Sementara menunggu Nayla dan Ipo tiba di balai, dia mula memeriksa lokap di mana Ryan ditempatkan. Tempat itu diambil gambar untuk siasatan. Ada beberapa helai bulu runcing di unit sel itu. Aylanins masukkan ke dalam beg plastik. Bahan bukti lain turut diambil gambar sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setengah jam menunggu, Ipo sampai di balai dan sepuluh minit kemudian Nayla pula tiba. Aylanins mula menjelaskan tujuan Ipo dan Nayla dipanggil ke situ. Seketika kemudian, bos mudanya pula tiba.
"Puan!" Aylanins memberi tabik hormat.
"Macam mana?" Ana Dahlia mula melihat tempat kejadian. Begitu jelas jeriji besi lokap itu sudah bengkok teruk seolah dilanggar dengan kuat oleh sesuatu yang ganas.
"Ryan mungkin makhluk jadian tu.." Teka Aylanins.
"Awak ada bukti?" Tajam Ana Dahlia memandang Aylanins yang sudah tercegat di depannya. Matanya melirik pula pada seorang lelaki dan seorang perempuan yang turut sama berada di situ.
"Ni buktinya.." Beg plastik yang mengandungi bulu runcing yang diambil tadi ditunjukkan kepada Ana Dahlia.
Ana Dahlia amati bahan bukti itu seketika. Memang seperti sejenis bulu yang kasar dan tajam. Dahinya berkerut.
"Itu memang bulu makhluk itu. Detektif Hani pernah menghantar ke makmal DNA untuk proses kenalpasti." Ipo mula mencelah. Riak pegawai polis atasan itu seperti keliru.
"Awak pasti?"
"Ya! Saya pasti! Dalam bulu itu ada sejenis enzim yang diesktrak dari bakteria merbahaya dan diformulakan untuk cerna minda menjadi ganas." Kali ini Nayla pula memberi penjelasan.
"Jadi..maksud awak, sesiapa yang disuntik enzim ni akan jadi ganas?" Ana Dahlia bulat matanya melihat ke arah Ipo dan Nayla silih berganti.
Serentak Ipo dan Nayla mengangguk.
"Ryan mungkin sedang mencari mangsa ke tujuh belas. Dia menuntut ilmu hitam yang memerlukan 17 mangsa untuk merealisasikan impiannya menjadi kuat dan berkuasa dengan kuasa syaitan." Ipo terus saja menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik semua itu.
"Apa yang masih menjadi tanda tanya, siapa sebenarnya yang menjadi pembunuh kejam tu." Aylanins pula mencelah.
"Macam mana dengan nota kaki?" Ana Dahlia semakin faham situasi sebenar. Kes itu baru saja diserahkan kepadanya.
"Nota kaki tu hanya petunjuk kepada pembongkaran pembunuh sebenar. Setakat ini sudah ada 16 nota kaki diterima." Aylanins pula menjelaskan hal nota kaki.
"Kita tak ada masa. Ryan perlu ditangkap semula. Mungkin sekarang ni seseorang sudah menjadi mangsa Ryan!" Nayla mula melihat jam. Hampir setengah jam mereka menghabiskan waktu di situ.
"Sukar nak tangkap semula jika benar Ryan sudah bertukar rupa. Kita tak tahu dia menuju ke mana dan siapa mangsanya. Kalau ikut kes dulu, mangsa tidak mengenal siapa." Balas Ipo pula.
Masing-masing diam seketika. Pegawai yang pengsan tadi sudah mula sedar. Nayla turut buntu apa yang harus dilakukan. Ipo pula masih berfikir apa yang perlu dilakukan. Dia juga buntu kerana pembunuh itu memilih secara rambang mangsanya. Telefon bimbitnya mula berdering. Tergamam mendengar suara jeritan Hanna di hujung talian. Tidak jelas butir bicara. Talian terputus.
"Kenapa? Siapa yang call?" Nayla pula bertanya. Riak muka Ipo sudah berubah.
"Hanna..dia menjerit ketakutan..." Ipo menelan liur.
"Hah? Lekas! Aku rasa Ryan ke sana!!!" Nayla segera tarik tangan Ipo tanpa menghiraukan pegawai polis di situ.
Aylanins dan Ana Dahlia bersama dua lagi pegawai polis yang lain turut sama bergerak ke rumah Hanna.
|
|
|
|
|
|
|
|
baru aku perasan...bab 19 berjela panjangnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 15-2-2015 05:52 PM
baru aku perasan...bab 19 berjela panjangnya
Laaaa.. bukan dah masuk bab 20 ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Best nya ..lagi n lagi tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 15-2-2015 03:22 PM
mungkin audit ko lain..aku punya audit lab...fening
Audit aku finance lerrr.. kurang 1sen.. juling biji mata nk cari ilang kat celah mana |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak masuk bab 20..
|
|
|
|
|
|
|
|
oh terima kasih mengikuti citer huru hara ni
buat hiburan untuk sengkang mata..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 15-2-2015 08:32 PM
oh terima kasih mengikuti citer huru hara ni
buat hiburan untuk sengkang mata..
Selalu baca citer IPO..sr jer..penuh misteri..suka sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh ya ke?..ramai sebenarnya yang SR kat sini..
citer tak logik dek akal ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
ok..sambung taip citer..aku dah pening dengan report audit aku..
BAB 20
HANNA memeluk erat tubuh anak kecilnya, Danish yang menangis ketakutan. Apa yang berlaku di depan mata sekarang ini sungguh tidak terjangka oleh akalnya. Sungguh dia tidak pernah menjangka yang satu hari nanti makhluk jadian hasil dari formula yang sudah dimanupulasi itu akan menjelma di rumahnya. Dia mendakap Danish semakin erat. Makhluk itu masih diam di depannya di ruang tamu. Angin yang bertiup kencang dan hujan yang masih lebat menambahkan lagi rasa takut. Jelas makhluk itu meredah hujan melihatkan badannya sudah basah kuyup. Menitis air ke lantai sambil mendengus kuat. Hanna merasakan bila-bila masa makhluk itu akan menerkam dan merobek dagingnya. Ya, bila-bila masa dia akan menjadi mangsa makhluk ganas itu. Hujan semakin lebat mencurah ke bumi. Kilat masih sabung menyabung dengan sesekali bunyi guruh berdentum.
"Mummy...I'm scared..." Danish semakin kuat memeluk Hanna.
"Don't worry dear..I'm here.." Hanna pujuk anaknya dan perlahan merangkak ke arah bilik yang terletak di sebelah dapur. Matanya masih memerhati makhluk itu yang seperti diam di situ dengan suara dengusan yang masih kedengaran.
Tombol pintu dipulas perlahan dan Hanna segera menyuruh Danish duduk dalam bilik itu dan mengunci pintu. Dia kembali ke ruang tamu. Makhluk berbulu hitam dan berkuku tajam itu masih berada di depan pintu yang terbuka luas. Hanna beranikan diri berjalan ke arah dapur. Dia harus mencari senjata tajam. Antidot yang dihasilkan dulu, semuanya berada di tangan Ipo. Nak tak nak, dia terpaksa capai apa yang dapat walaupun sebilah pisau sekalipun!
Belum sempat Hanna menapak ke ruang dapur, makhluk itu sudah melangkah setapak ke arahnya. Mata merah memandang tepat ke mukanya. Hanna menelan liur. Pucat mukanya ketika ini. Dia melihat ke arah bilik Kurt di tingkat atas. Tentu Kurt masih tidak tahu kedatangan makhluk itu di rumah itu. Dia kembali menatap makhluk yang masih berdiri di depan pintu tetapi jaraknya dengan jarak makhluk itu semakin dekat. Kakinya cuba diatur perlahan ke arah dapur. Kebetulan ada sebilah kapak terletak di atas lantai dekat dengan muka pintu dapur. Kapak itu dicapai perlahan dengan mata masih memerhati ke arah makhluk itu yang ternyata tidak membuat apa-apa padanya. Makhluk itu hanya berdiri memerhati dengan pandangan tajam.
Di tangan Hanna sekarang tergenggam kuat sebilah kapak. Itu sebagai senjatanya untuk mempertahankan diri. Dia sanggup lakukan apa saja asalkan makhluk itu tidak mengganggu Danish.
"Arrghhh!!!"
Hanna tersentak. Suara jeritan kuat Kurt dari tingkat atas jelas kedengaran walaupun bunyi guruh dan kilat serta curahan hujan lebat masih galak di luar. Serentak itu juga Hanna berpaling ke arah makhluk itu yang sudah menerpa ke tingkat atas. Makhluk itu langsung tidak endahkannya di situ yang sudah bersedia dengan kapak.
"Oh my god! Kurt!!!" Hanna panik. Makhluk itu sudah berlari ke tingkat atas. Mungkin suara jeritan Kurt tadi yang menarik perhatiannya.
Hanna turut meluru ke tingkat atas. Dia tergamam. Makhluk itu mundar mandir di muka pintu bilik Kurt sambil mendengus kuat. Terpaksa dia beranikan diri untuk bertindak. Ipo pula masih belum sampai. Dia menapak perlahan ke arah makhluk itu yang masih diam di depan pintu bilik Kurt.
"Kau siapa hah??"Jerit Hanna. Dia pasti, makhluk itu kenal Kurt.
Makhluk itu berpaling. Suara dengusan masih kuat kedengaran. Belum sempat Hanna menghayun kapak ke arah makhluk itu, makhluk itu sudah merempuh pintu bilik Kurt. Terkopak pintu kayu itu. Hanna menelan liur. Bulat matanya memandang makhluk itu sedang merenung Kurt yang duduk di kerusi sambil membuang pandang ke arah beranda. Tempias hujan tidak dihiraukan. Kurt sudah basah lenjun. Angin yang kuat meniup menerbangkan langsir di beranda itu. Langsung Kurt tidak hiraukan semua itu. Dia seolah seperti patung bernyawa. Tiada reaksi apa-apa.
Hanna cuba sekali lagi menghayun kapak ke batang tubuh makhluk itu. Tiba-tiba makhluk itu berpaling dan secepat itu juga tubuhnya terasa melayang bila ditepis kuat oleh tangan berbulu itu. Terpelanting Hanna jatuh di tepi dinding.Darah meleleh keluar dari hidung dan telinga. Terasa berpinar mata akibat hentaman kuat kepalanya di dinding tadi. Dia cuba mengagahkan diri untuk bertindak lagi. Dalam keadaan pening dan mata berpinar itu, dia cuba menghalang makhluk itu dari menerkam Kurt. Sekali lagi terasa tubuhnya melambung. Terus terhempuk dia di atas lantai. Darah pekat mengalir dari kepalanya. Sudah tidak berdaya hendak melawan. Dia hanya mampu melihat makhluk itu sudah semakin hampir ke arah Kurt.
KURT yang masih duduk sambil merenung ke arah luar itu mula berpaling. Dia memandang tajam ke arah makhluk itu yang sudah semakin hampir dengannya. Tercegat Kurt bangun dari duduknya dan matanya saling bertentang dengan mata merah makhluk itu.
"Aku tahu kau siapa!!" Sergah Kurt tiba-tiba.
Makhluk itu masih diam. Merenung tajam ke arah Kurt.
"Kau pembelot! Kau pengkhianat!! Kau tikam belakang aku!!!" Suara kuat Kurt bergema kuat di bilik itu bersama hujan lebat dan guruh serta kilat yang masih menggila di luar.
"Hahahahaha!!!" Makhluk itu mula ketawa.
"Kau akan terima balasan Ryan!!!" Kurt menggenggam kuat kedua tangannya dan bersedia untuk melawan.
Makhluk itu semakin hampir. Suara dengusan semakin kuat dan serentak itu juga dia melompat dan menerkam Kurt yang masih berdiri di tepi kerusi tadi. Berlaku pergelutan yang sememangnya menyebelahi makhluk itu. Kuku tajam mula menyiat tubuh Kurt dan gigi taring yang tajam juga dengan mudah mencengkam daging. Kurt meraung kesakitan dan secepat itu juga dia cuba melompat dan menolak tubuh makhluk itu. Kapak yang berada di tepi katil dicapai lalu dibaling ke arah makhluk itu, tepat mengenai kepala. Membuak darah keluar namun makhluk itu masih tidak mati. Malah dia semakin ganas menerkam Kurt.
Bannnggg!!! Banngg!!
Beberapa das tembakan mengenai tubuh makhluk itu yang ingin menerkam Kurt yang sudah terduduk di situ berlumuran darah. Aylanins berhati-hati mendekati makhluk itu yang sudah mula rebah ke lantai. Pistol yang masih berada di tangannya dipegang kuat, bimbang jika makhluk itu tiba-tiba bangun dan menerkam. Nampaknya makhluk itu sudah benar-benar rebah dengan mengerang kesakitan. Menggelupur di situ. Ana Dahlia yang juga baru saja menembak serentak dengan Aylanins tadi mula mendekati Kurt yang cedera parah. Dia mengarahkan dua lagi pegawainya menghantar Kurt ke hospital.
Ipo yang baru tiba dengan Nayla terus menerpa ke arah Hanna yang sudah pengsan di tepi dinding.
"Nay, kau tengokkan Hanna." Ipo berpesan dan dia mula menapak ke arah makhluk itu. Jarum suntikan dicucuk kuat ke tubuh makhluk itu.
"Kau suntik apa?" Aylanins memerhati tingkah Ipo.
"Antidot. Lepas ni kita akan tahu siapa makhluk ni."Balas Ipo sambil mata tidak lepas memandang ke arah makhluk itu yang sudah terbujur kaku di situ. Dia percaya dalam sedikit masa lagi makhluk itu akan bertukar rupa.
Sementara menunggu makhluk itu bertukar rupa, Ipo menggeledah rumah itu mencari Danish. Pintu yang berkunci dari dalam ditendang kuat. Danish diam di atas katil dengan wajah ketakutan. Dia cuba memujuk Danish. Anak kecil itu dipeluk erat. Menenangkan dari kejadian yang tidak diduga itu.
"Ipo!! Cepat!!!" Laung Aylanins dari tingkat atas.
Bergegas Ipo berlari semula ke bilik Kurt bersama Danish. Terpaku saat dia melihat makhluk itu sudah bertukar rupa.
Nak tido dah...
|
|
|
|
|
|
|
|
hari ni lambat update..
nervous nk settle audit lab...rasa nk luku je kepala auditor tu..wrong concept!
sorry...emo sikit..blah dulu..dah lambat
malam karang aku sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
...sambung.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|