Edited by solstice at 5-6-2015 10:19 AM
From Kosmo!
Raysha tidak tumpang nama Nelydia, Uqasha
Oleh ARINA AZLAN
[size=14.8800001144409px]Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, mungkin itu pepatah sesuai untuk dirujuk kepada gadis manis dengan pengenalan nama Raysha Rizrose. Ia sinonim dengan statusnya sebagai adik tiri kepada dua pelakon popular, Uqasha dan Nelydia Senrose. Justeru, apabila dia dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja sesi 2014/2015, banyak yang menyifatkan masa hadapannya dalam dunia hiburan juga akan cerah seperti dua kakaknya. [size=14.8800001144409px]Sementelah, Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Rizrose Mohd. Fariz melakar sejarah tersendiri apabila menjadi juara paling muda pertandingan tersebut yang telah dianjurkan sejak tahun 1985. Baru berusia 18 tahun, Raysha menewaskan Syamim Farid, 23, (tempat kedua) dan Balqish Maarif, 25, pemenang tempat ketiga untuk duduk selesa sebagai Dewi Remaja. [size=14.8800001144409px]Mengaku penyertaannya hanya sekadar ingin mencabar kebolehan diri ternyata membawa tuah pada gadis tinggi lampai ini apabila sedikit demi sedikit bakatnya dicungkil sepanjang enam minggu Dewi Remaja berlangsung. “Saya seorang yang pendiam dan kurang bergaul ketika di bangku sekolah. Maka saya lihat Dewi Remaja sebagai satu cabaran untuk mengubah personaliti diri. [size=14.8800001144409px]
Raysha Rizrose menunda hasratnya untuk menyambung pengajian kerana mahu memberi fokus terhadap bidang hiburan yang baru ingin diterokainya.
[size=14.8800001144409px]
“Dewi Remaja banyak mengubah saya ke arah positif. Sejak menyertai pertandingan tersebut keyakinan diri meningkat dan perasaan malu berhadapan orang ramai sudah semakin terhakis,” jelas Raysha ketika ditemui pada Malam Glam Pesona Finale Dewi Remaja di Signature by The Roof, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. [size=14.8800001144409px]Selaku juara, Raysha membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan mengikat kontrak di bawah Astro Talent selama dua tahun. [size=14.8800001144409px]Darah seni [size=14.8800001144409px]Bercakap tentang kelebihan statusnya menjadi adik kepada dua selebriti terkenal, Raysha menyifatkan perkara itu sebagai bonus. Gadis itu menegaskan kejayaannya tidak bersangkut paut dengan kenyataan dia merupakan adik kepada Nelydia dan Uqasha. [size=14.8800001144409px]“Benar, sejak awal pertandingan status saya sebagai adik Nelydia dan Uqasha sudah diketahui, namun ia bukan menjadi satu tambahan markah dalam pertandingan kerana mereka hanya memberikan sokongan dari luar, tidak lebih daripada itu. [size=14.8800001144409px]“Rakan-rakan finalis yang lain semuanya berbakat serta hebat. Saya tidak pernah membayangkan untuk menang di atas tiket nama mereka. Saya anggap ini rezeki Tuhan,” tuturnya yang juga menyandang gelaran Dewi Berseri (Fair&Lovely). [size=14.8800001144409px]Kenyataan tersebut turut dipersetujui Nelydia yang hadir sama memberi sokongan pada majlis itu. Dia menyifatkan kemenangan Raysha merupakan 100 peratus usahanya sendiri dan bukan kerana bantuan daripada orang lain. [size=14.8800001144409px]“Dia masih muda, banyak lagi jalan yang akan ditempuh sepanjang hidup ini. Raysha seorang yang bijak, saya yakin dia akan membuat keputusan tepat untuk masa depannya sama ada mahu terlibat dengan bidang seni atau memilih kerjaya lain sebagai kelangsungan hidupnya kelak,” katanya yang datang ditemani kekasih, Qi Razali pada majlis berkenaan. [size=14.8800001144409px]Kini, selepas dinobatkan sebagai juara, masa hadapan Raysha berubah. Mengaku pernah menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang pada bulan Jun ini, kini hasrat tersebut ditangguhkan kerana mahu membuka ruang buatnya menceburi dunia hiburan. [size=14.8800001144409px]Platform bakat [size=14.8800001144409px]Sementara itu, pelakon dan juga juri tetap pertandingan, Datuk Rosyam Nor turut memuji program Dewi Remaja yang menunjukkan evolusi ketara yang menjadi platform kepada anak-anak muda mencungkil bakat terpendam. [size=14.8800001144409px]Membuktikan bukan sekadar pertandingan ratu cantik, Rosyam berkata, para peserta Dewi Remaja diuji dengan pelbagai tugasan yang memerlukan ketangkasan minda yang tinggi. [size=14.8800001144409px]“Dewi Remaja adalah satu medan untuk gadis-gadis ini menyerlahkan atau menemui bakat yang ada pada diri mereka. Wajah yang cantik tidak akan menjamin kemenangan jika mereka tidak mempunyai ilmu. “Dari zaman pertandingan melalui media cetak sehingga sekarang sudah disiarkan di kaca televisyen, pujian harus diberi kepada penganjur yang mampu mengekalkan tradisi ini sehingga sekarang,” katanya yang mengakui ada dalam kalangan peserta layak diangkat menjadi bakat baharu dunia seni. [size=14.8800001144409px]
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz3c9MaxheQ
Hakcipta terpelihara
|