Amboi, bukan main lagi korang kat benang si John Mclain.
Iya, Ipo. Phantasmagoria ada kena mengena dengan magic lantern. But 'magic lantern' is metaphoric, benda alah tu sebenarnya image projector zaman dulu kala.
Tapi Phantasmagoria ada maksud lain which is: a confusing or strange scene that is like a dream because it is always changing in an odd way
Matahari semakin condong ke arah barat. Kesibukan Kota Amariya semakin berkurangan seiring dengan waktu yang berputar. Ada penjual yang mula berkemas-kemas mahu menamatkan perniagaan hari ini. Ada juga yang masih setia menunggu pembeli. Mana tahu, tuah menjelang di saat-saat akhir. Kota Amariya ini selalunya lengang tatkala malam menjelma. Malam digunakan sepenuhnya untuk berehat setelah penat bekerja di siang harinya.
Kuda yang ditunggangi berjalan dengan kelajuan sederhana. Kota sudah jauh ditinggalkan. Dia kini menuju ke Omarin, kawasan terpencil yang terletak di pinggiran kota. Dua guni di mana setiap satunya, berisi bangkai anak biri yang baru dibunuh, terikat kemas di sisi kuda yang ditunggangi.
Masuk ke kawasan Omarin, kelihatan beberapa penduduk tempatan memandang ke arahnya dan kemudian, meneruskan aktiviti masing-masing. Mereka tidak memperdulikan kehadirannya. Penduduk di Omarin ini lebih suka membuat hal sendiri, selagi tidak ada yang menimbulkan huru-hara. Sebab itu Omarin dipilih. Rahsianya akan tersimpan kemas di sini.
Dia kini melalui satu lorong kecil yang hanya muat dilalui oleh seekor kuda sekali lalu. Kiri kanan lorong itu ditumbuhi pokok rimbun yang dipanggil Ruda. Pokok itu berketinggian dua kali ganda orang dewasa. Setiap inci pokok Ruda dipenuhi duri tajam. Buah pokok berwarna biru gelap dan amat beracun. Jika termakan, boleh membawa maut andai racunnya tidak ditawar secepat mungkin.
Suasana disekeliling sangat sunyi. Hanya derap tapak kaki kuda yang bergema. Semakin jauh ke dalam, pokok Ruda semakin banyak sehingga hampir-hampir menutupi lorong.
Matahari semakin jatuh ke barat tatkala dia sampai ke tempat yang ditujui. Di hadapan sebuah rumah agam, kudanya berhenti. Sekali pandang, rumah itu bagai tiada penghuni. Tetapi dia tahu, rumah itu ada yang menghuni. Dia meletakkan penghuni itu di situ.
Dengan cermat, dia turun dari kuda. Kemudian, dia merungkai tali ikatan guni yang tergantung di kiri dan kanan kudanya. Guni diangkat ke bahu. Lantas, dia berjalan menuju ke arah pintu masuk. Anak kunci rumah agam yang di bawa bersama dirodok masuk ke lubang pintu.
KLEK.
Kunci terbuka. Anak kunci di tarik semula. Pintu ditolak lalu dia melangkah masuk.
Gelap. Hanya biasan cahaya senja menerangi masuk melalui pintu yang terbuka.
“Judasi.” Dia menyeru. Suaranya bergema di seluruh rumah agam itu.
Tidak lama kemudian, terdengar bunyi seretan kaki dari satu arah. Tajam matanya merenung ke hadapan. Walaupun cahaya samar, dia dapat menangkap satu susuk tubuh berjalan perlahan menuju ke arahnya.
DAM!
Tak semena-mena, pintu yang terbuka dibelakangnya tertutup dengan sendiri. Sekali lagi, rumah agam itu bergema dengan bunyi yang kuat. Sungguhpun begitu, bunyi itu langsung tidak memberi kesan kepadanya. Dia masih teguh berdiri di situ.
“Judasi.” Dia menyeru lagi.
Terdengar bunyi mengersik dan serentak dengan itu, rumah yang gelap itu disinari dengan cahaya lilin dari segenap sudut secara tiba-tiba. Judasi kini kelihatan jelas di mata. Tubuhnya diliputi jubah panjang berwarna hijau lumut. Wajah Judasi bujur dengan dahinya yang luas. Hidungnya mancung tercatuk. Rambutnya berwarna perak, panjang sehingga ke pinggang. Kulitnya putih pucat seperti mayat. Yang menggerunkan adalah matanya. Judasi tidak punyai mata hitam.
Judasi mengangkat kepalanya tegak terus pada tetamunya.
“Tak kusangka, hari ini kau sudi datang melawat aku.” Garau suara Judasi ketika berkata.
Dia tersenyum. Last edited by Nicki_Meow on 25-10-2014 09:55 PM
“Tidak Zaffar. Malah aku menghargai kehadiranmu.” Balas Judasi. Zaffar hanya tersenyum sinis. Sedikit pun dia tidak merasakan sebarang keikhlasan dari nada suara Judasi.
“Ini untukmu.” Dua guni yang berisi bangkai anak biri di jatuhkan dari bahu. “Aku rasa, cukuplah bekalan untuk 14 hari.”
“Terima kasih.” Judasi mengangguk sekali.
“Kau apa khabar, Judasi?” Zaffar sekadar berbasa-basi.
“Aku baik-baik saja. Akan lebih baik lagi, jika kau membenarkan aku pergi dari sini.”
“Kau mahu ke mana Judasi? Dengan keadaan kau yang buta sebegini, mampukah kau berjalan jauh? Lagipun, kau tidak boleh menonjolkan diri. Kau adalah pengkhianat.” Tegas Zaffar.
“Gelaran pengkhianat lebih sesuai untuk kau Zaffar! Sekurang-kurangnya, aku teguh dengan pendirianku di belakang Zulkhan. Tapi kau…”
Zaffar tertawa sambil menggeleng. “Bezanya aku dengan kau Judasi…adalah, aku jauh lebih bijak...”
“Bijak bermuka-muka?” Pantas Judasi memintas.
“Bijak untuk merencana arah hidupku! Aku akan pastikan cita-citaku ini tercapai. ”
Judasi tersenyum sinis. Walaupun matanya buta, gerak hatinya masih tajam. Zaffar yang sedang berdiri dihadapannya ini cukup licik. Penuh dengan kepura-puraan. Hatinya hitam. Judasi tahu, Zaffar akan melakukan apa saja asalkan apa yang dihajati menjadi nyata.
Apa yang Zaffar mahukan? Sudah pastinya takhta kerajaan Amariya.
“Sehingga kini, aku masih kurang megerti. Untuk apa kau menyembunyikan aku di sini, Zaffar?” Soal Judasi.
“Aku perlukan ramalan, Judasi. Hanya kau saja yang boleh aku harapkan. Bukankah kau seorang peramal?”
“Aku sudah jemu mahu menerangkan padamu berkali-kali. Aku bukan peramal. Bukankah kau tahu, ilmu ramalan sudah dihapuskan semenjak Raja Aryan memerintah Amariya. Dan sesiapa yang mengamalkannya secara nyata atau sembunyi, akan dihukum.” Judasi menjawab.
“Kau adalah dari susur galur Tuan Amunra. Keturunan kau sudah menjadi Peramal Di Raja sejak sekian lama. Pastinya kau ada mewarisi ilmu itu." Suara Zaffar agak tinggi kali ini.
“Mengapa kau terlalu bergantung pada ramalan, Zaffar? Adakah kau tidak yakin dengan keuupayaanmu sendiri?”
Zaffar tidak menjawab soalan Judasi. Tidak perlu dijawab. Keegoannya terlalu besar untuk mengakui hakikat itu. Untuk beberapa lama, mereka terdiam.
“Bantulah aku, Judasi. Aku tahu, kau ada mewarisi ilmu itu walau sedikit.” Zaffar bersuara lagi.
“Aku tak berupaya, Zaffar.” Judasi masih cuba mengelak.
“Jangan berdegil!” Zaffar cuba memaksa. Judasi tersengih menyeringai.
“Kau tahu, Zaffar. Aku pernah meramal sesuatu. Aku meramalkan bahawa Raja Zulkhan akan mati di tangan saudaranya.”
Zaffar menelan air liur. “Itu cuma kebetulan, bukan?”
Judasi ketawa. Suaranya kedengaran kuat bergema. “Sangka aku, kau percaya pada ramalan. Mengapa kali ini, kau tidak mahu membenarkannya?”
Zaffar merengus kali ini. “Jangan bergurau denganku, Judasi. Jangan kau cuba menaikkan darahku. Mudah saja untuk aku menghapuskan kau. Kau tahu itu, bukan?”
Tawa Judasi hilang sedikit demi sedikit. Kemudian, dia mendiamkan diri. Last edited by Nicki_Meow on 27-10-2014 01:22 PM
“Kadang-kala, aku merasakan...adalah lebih baik kau ambil saja nyawaku, daripada hidup keseorangan begini.” Judasi berkata perlahan setelah terdiam lama. Zaffar membalas dengan tawa sinis.
“Ah, Judasi. Apakah benar kau lebih relah mati dari hidup?”
Judasi kekal mendiamkan diri
“Jangan terlalu mengambil hati dengan kata-kataku. Jika takhta Amariya berjaya aku rampas, kau akan menjadi penasihatku yang utama.” Zaffar menyambung kata.
“Usah bersenda, Zaffar.”
“Aku berkata benar. Itu yang kau mahukan, bukan? Kembali bebas?”
Judasi menarik nafas panjang lalu dihembuskan perlahan. Dia mendiamkan diri lagi, berfikir.
“Baiklah. Aku akan cuba membantumu dengan apa yang aku mampu. Tapi, ingat Zaffar! Apa yang aku lakukan ini semata-mata kerana Zulkhan dan keturunannya. Bukan kerana kau…”
Kata-kata Judasi kali ini membuatkan Zaffar tersenyum lega. Tidak peduli, atas sebab apa sekalipun asalkan Judasi mahu membantu.
“Terima kasih, Judasi.” Ucap Zaffar.
“Sekarang, ramalan apa yang kau mahu?” Judasi bertanya.
“Aku mahu tahu, adakah benar anak Raja Zulkhan masih hidup?”
Judasi diam. Kelopak matanya ditutup.
“Benar.” Jawab Judasi kemudiannya.
“Lelaki atau perempuan?”
“Perempuan.” Judasi menjawab dengan mata yang masih tertutup.
“Di mana dia berada sekarang?”
Judasi berdiam lebih lama kali ini. Secara tiba-tiba, dahinya mula berkerut.
“Takhta?” Zaffar menyoal balas. “Takhta apa? Di mana?”
Judasi masih mendiamkan diri.
“Judasi!”
“Maaf, Zaffar. Setakat ini saja yang mampu aku bantu.” Habis saja Judasi berkata, lilin di dalam rumah itu padam sendiri. Serta-merta, suasana bertukar gelap.
“Judasi.” Panggil Zaffar namun tiada sahutan. Malah kehadiran Judasi juga sudah tidak dapat dirasakan.
Perlahan-lahan, Zaffar berpaling. Pintu ditarik dan dibuka lalu dia pun beredar dari situ. Tekadnya dibulatkan. Anak Raja Zulkhan itu mesti dicari.
*** Last edited by Nicki_Meow on 27-10-2014 01:24 PM
Ipo posted on 25-10-2014 11:02 PM
'Dia' kat bab 17 ni sapa?
teringat plak kat JUDAS..
Dah jawab
Tak tau letak nama apa. Letaklah nama tu with an 'I'. Letak Ipo kang macam tak sesuai lak nama tu dengan watak jahat... Last edited by Nicki_Meow on 25-10-2014 11:25 PM