|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36
[Copy link]
|
|
itikgemuk posted on 2-9-2013 10:11 AM
awat skit sgttttt?
hehehehe.....saje.
nanti saya sambung.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Adli Zafri bukanlah jejaka yang menjadi idaman gadis di sana. Penampilannya yang selekeh dan serabai hingga menutupi kekacakkannya menjadikan dia dipinggirkan. Dia lebih senang berpenampilan sebegitu kerana tujuannya ke mari hanyalah untuk menuntut ilmu. Lagipun, peristiwa hitam yang dilaluinya semasa dia di tingkatan lima, menyebabkan dia serik untuk berpenampilan kemas dan segak. Bimbang jika ada lagi spesis seperti Natasya di sini.
“Maafkan saya saudari….”
Kata Adli sebaik saja dia terlanggar seorang gadis ketika sedang kelam kabut hendak ke dewan kuliah. Dia sebenarnya sudah lewat ke kelas kerana itulah dia kurang berhati-hati.
“Buta ke? I yang sebesar ini pun you tak nampak? Mata you letak kat mana hah!!?”
Amboi garangnya!! Ingatkan minah saleh manalah tadi. Rupa-rupanya, orang melayu. Macam mana dia tak kata minah saleh, rambut dia mak ai...perangnya. Tapi, cantik juga gadis ni. Kali pertama Adli merasakan jantungnya bergetar hebat. Tak pernah dirasakan perasaan seumpama ini. Hatinya mula tertarik untuk mengenali gadis ini dengan lebih dekat lagi. Apa yang sedang berlaku pada dirinya sekarang ini?
“ Bukankah saya dah minta maaf tadi cik. Saya tak sengaja, sebenarnya saya dah terlewat nak ke kelas. Sebab itu saya agak kelam kabut tadi. Sekali lagi saya minta maaf cik.”
Ringan sungguh mulutnya meminta maaf berkali-kali pada gadis ini.
“Ah…what ever. Bukan masalah I kalau you yang lambat ke kelas okay. Tolong lebih berhati-hati lain kali.”
Dengan nada yang agak sombong gadis itu membalas katanya lalu melangkah pergi. Benci dia dengan lelaki itu, sudahlah mukanya serabai, pakaian pula selekeh gila. Siapalah yang benarkan dia belajar di sini? Ei…gelinya…
Adli hanya memandang gadis itu berlalu pergi. Boleh tahan berlagak juga minah ni. Sebaik mahu melangkah, Adli terasa kakinya terpijak sesuatu. Dia menundukkan kepalanya ke lantai, kad pelajar siapa pula ni? Diangkat kad tersebut.
“Lisa Ariana Binti Talha….oh….Lisa Ariana nama dia. Patutlah tak pernah nampak, budak baru rupanya. Cantik namanya, secantik tuannya. Hmm...boleh tahan berlagak juga dia ni. Takpe, aku nak tengok sejauh mana kesombongan kau tu Lisa.”
Adli kemudiannya menyimpan kad pelajar gadis itu ke dalam poketnya dan mencari masa yang sesuai untuk memulangkannya. Bermula dari insiden yang berlaku pagi tadi itu, dia cuba mencari peluang bagaimana untuk mendekati gadis itu. Nasib Adli memang baik. Rupa-rupanya, gadis itu merupakan sepupu rakan baiknya, Kamal Redza.
Mujurlah dia menunjukkan kad itu pada Kamal semasa dalam dewan kuliah tadi. Dia ingin memulangkan kad pelajar gadis itu dan dengan bantuan Kamal, sekali lagi dia akan bersemuka dengan Lisa Ariana. Wajah gadis itu terlalu payah untuk dipadamkan dari ingatannya sepanjang waktu kuliah tadi.
Last edited by wipers81 on 2-9-2013 10:21 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“I punyalah setengah mati cari kad I, you boleh selamba saja simpan. How dare you? Teruk I kena marah dengan Puan Hayati yang garang macam singa tu, tau tak!! I really hate you.”
Terkebil-kebil mata Adli sebaik dimarahi Lisa Ariana. Ingatkan ucapan terima kasih yang akan dia dapat tapi sebaliknya pula. Kalaulah dia tahu ini yang akan dia dapat, sumpah akan dia buang sahaja kad pelajar perempuan yang tak tahu nak berterima kasih ni. Harap muka saja lawa, budi bahasa …out…..ke laut!!
“Hello miss…awak ingat, muka awak tu macam muka miss world ke sampai saya nak simpan awak punya kad. Saya takde apa-apa sebab nak simpan kad awak tau. Nasib baik saya yang jumpa tau, buatnya orang lain yang tak bertanggungjawab jumpa macam mana? Bukannya nak berterima kasih…”
Tergantung ayatnya di situ kerana ………..
“Hei…dengar sini, kalau tak kerana you yang langgar I pagi tadi, kad I tak jatuh okay. You yang salah dan you memang layak untuk dimarahi. You memang layak!!”
Lisa memotong percakapan Adli. Berani sungguh lelaki ini. Nampaknya lelaki ini belum kenal siapa dirinya. Baginya lelaki ini telah membuat satu kesalahan yang besar padanya. Tidak pernah dia dimarahi dan dimalukan dengan teruk. Dia rasa sangatlah malu dengan rakan sekelasnya dan bengang dengan lagak bersahaja lelaki yang berdiri di depannya sekarang. Kenapalah harus dia bertemu dengan makhluk serabai macam ni? Buat hilang mood dia sahaja. Ei...tak selera dia tengok muka lelaki ni.
“Sudahlah korang berdua ni. Lisa please, Zaf dah pulangkan pass you dan dia pun dah minta maaf. So, apa lagi yang you nak? Zaf sorry. Sepupu aku ni tengah stress sikit sebab seumur hidup dia tak pernah kena marah. Sebab tulah dia berperangai macam ni. Kalau kau nak tahu Zaf, Lisa ni anak tunggal yang manja.”
Kamal terpaksa bersuara akhirnya. Kamal berbisik sedikit ke telinga Adli Zafri yang hanya dipanggil Zaf. Takut jika sepupunya yang sedang menyinga itu terdengar apa yang dikatakan pada Zaf. Dia sendiri pun takut melihat kemarahan gadis itu. Tak pernah dia melihat sepupunya yang cantik itu naik angin hingga sebegini rupa. Nasib baik tak mengerbang rambut sepupunya itu kerana marah.
Last edited by wipers81 on 2-9-2013 01:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“Hey…apa yang you berdua bisikkan tu hah?! And…..you dengar sini. I takkan lupakan apa yang terjadi hari ini. You belum kenal lagi siapa I. Siap you nanti. Come girls...malas aku nak layan orang busuk macam ni..”
Lisa sempat memerli lelaki itu. Benci sungguh dia dengan lelaki itu. Baginya, lelaki itu tiada hak menjatuhkan maruahnya di hadapan rakan-rakannya. Dia terus sahaja beredar dari situ bersama rakan-rakannya yang lain.
“Kau tengok tu Kamal. Aku dikatanya busuk. Ei…perempuan ni, budi bahasa budaya kita tau dan jangan kerana mulut badan binasa. Muka sahaja lawa, tapi bila bercakap macam orang tak sekolah saja. Takpe Kamal, dia pun belum kenal siapa aku. Satu hari nanti dia akan menyesal!”
Terbakar juga hati Adli dengan sindiran gadis itu. Geram sungguh dia dengan gadis sombong itu. Harap muka sahaja yang lawa, tapi perangai….memang hancur.
“Sudah-sudahlah tu Zaf. Aku pun tak pernah tengok sepupu aku semarah ini. Biasalah Zaf anak Dato’, tunggal pula tu. Memanglah manja sikit. Kau jangan ambil hatilah dengan dia. Lisa yang aku kenal bukan jenis yang pendendam orangnya. Walaupun percakapan dia agak kasar, tapi hati dia baik sebenarnya. Lama-lama nanti, dia okaylah tu.”
Kamal berusaha memujuk sahabatnya itu. Risau juga sekiranya perang antara Lisa dan Zaf akan berpanjangan. Zaf pun bukan boleh di ambil kira juga. Takut juga Kamal jika ada apa-apa yang tak diingini berlaku di antara dua insan yang rapat dengannya. Pelik Kamal dengan Lisa kali ini. Mengapa sampai macam ni sekali kemarahan Lisa? Apa agaknya yang tak kena dengan sepupu cantiknya itu?? Adakah kerana masalah orang perempuan….hehehehe.
“Argh…apa aku kisah!! Anak Dato’ ke Tan Sri ke? Kalau bercakap bahasa tu biarlah beradab sikit. Arghh…malas aku nak fikir lagi. Takpe, dia belum kenal lagi si ‘busuk’ ni siapa.” Balas Adli geram.
Aku pun anak tunggal juga. Takdenya perangai sampai macam tu. Ingat dah jadi anak Dato’ boleh buat sesuka hati ke? Ingat, dunia ni macam dia yang punya ke? Bangga sangatlah dengan pangkat Dato’ ayah dia tu. Satu hari nanti, akan dipastikan yang Lisa akan melutut kepadanya.
Last edited by wipers81 on 3-9-2013 11:51 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
takde entri ke tuk arini |
|
|
|
|
|
|
|
budgetMommy posted on 4-9-2013 08:39 AM
takde entri ke tuk arini
ade...tunggu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Sejak peristiwa itu, Adli Zafri tidak tenang. Hairan, mengapa hanya wajah Lisa yang bermain di matanya sepanjang waktu ini. Walaupun dia sangat marah dengan kebiadaban Lisa terhadapnya tempoh hari, tetapi terlalu sukar untuk mengusir bayangan gadis itu. Dia harus melakukan sesuatu iaitu dengan mengubah imejnya. Sungguh dia hairan, aura gadis itu sangatlah kuat menjadikan dia seperti gila bayang.
“Hi Kamal. Boleh ke I duduk dengan you all? Pssstt…Kamal. Siapa jejaka tampan dengan you tu? I kenal dia ke? Tak pernah nampak pun dia sebelum ni? Muka dia macam familiar sangat?” Soal Lisa sedikit berbisik.
Dari tadi dia hanya memerhati dari jauh. Dia mengambil keputusan untuk mendekati meja sepupunya itu setelah melihat jejaka itu bangun menuju ke dalam cafe. Hatinya tertarik-tarik untuk lebih mengenali jejaka tampan itu. Siapakah dia jejaka yang telah berjaya mencuri hatinya walaupun pada pandangan pertama??
Adakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama?? Biar betul!!! Lisa Ariana telah jatuh cinta pandang pertama dengan jejaka biasa…OMG!!! Tak pernah lagi Lisa berperangai seperti ini. Selalunya, lelaki yang datang padanya. Tapi kali ini, lain pula jadinya. Dia yang rasa teruja nak berkenalan dengan jejaka itu.
“Dah tentu you kenal dia Lisa. He is my best friend, Adli Zafri Bin Hamka. Untuk pengetahuan you Lisa, dialah mamat yang you kata ‘busuk’ hari tu. Masih ingat lagi.” Balas Kamal sambil tersenyum.
Kelihatan Lisa mengerutkan keningnya. Takkanlah mamat tu…..
“ What!!!! You jangan bergurau Kamal? Mana mungkin mamat tu boleh jadi sekacak ni? I tak rasa dia orangnya. I tak percayalah?”
Walaupun bersungguh-sungguh Kamal mengatakannya, Lisa masih enggan mempercayainya. Mana mungkin jejaka itu adalah si busuk yang berani menjatuhkan maruahnya tempoh hari. Jika dia adalah si busuk itu, jadinya…..wow tersangatlah berbeza penampilannya. Tapi…tak mungkinlah!! Takkanlah dia. Kalau dia…aduh menyesalnya kerana berkelakuan biadap tempoh hari.
“ Apa yang you all berdua bisikkan ni? Mengata aku ke?”
Terkejut Adli bila melihat Lisa turut ada sama. Kelihatan Kamal dan Lisa sedikit terperanjat dengan tegurannya.
“ Takdelah Zaf. Lisa ni, dari tadi asyik tanyakan kau je. Hah Lisa, apa tunggu lagi? Marilah, aku kenalkan sekali lagi Adli Zafri Bin Hamka. Mamat ‘busuk’ tu.”
Kamal memperkenalkan Adli kepada Lisa yang dari tadi terkaku di depannya sebaik Adli berdiri di depannya.
“ Well...Lisa, rasanya Idah tak busuk lagi sekarang ni. Nice tomeet you Lisa.”
Adlil alu menghulurkan tangannya ke arah Lisa. Senyumannya sengaja dileretkan…
Lisa terkedu! Sungguh kacak lelaki di hadapannya itu. Debaran di dadanya kian rancak. Lisa cuba berlagak tenang. Dia menyambut huluran tangan jejaka itu.
“ Mmmm….Lisa..Lisa Ariana Binti Talha. Zaf. Er…I minta maaf atas apa yang terjadi tempoh hari. I tengah marah sangat masa tu. So, I susah nak control diri I. Anyway, nice to meet you too. I harap yang you tak simpan apa-apa dalam hati.”
Lisa Ariana benar-benar telah tergoda dengan jejaka di hadapannya ini. Mana mungkin dia melepaskan jejaka yang telah membuatkan hatinya bergetar dengan hebat.
Lisa Ariana akan pastikan, bahawa lelaki ini akan menjadi miliknya…..
Last edited by wipers81 on 4-9-2013 03:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
BAB 32
Setelah hampir seminggu semenjak anak ibu itu kembali ke sini, terasa ketenangan aku seperti diragut. Ada sahaja yang tidak kena. Apa yang aku buat semuanya tidak betul di matanya. Diperlakukan aku, macam orang gajinya pula.
Kenapalah dia ni suka sangat cari pasal dengan aku? Aku bukannya orang gaji dalam rumah ni. Niat yang ada pada aku, hanyalah mahu membantu ibu dan Mak Nah. Itu sahaja!! Yang aku tahu, aku tidak pernah ganggu hidup dia. Hesy…pening...pening kepala aku ni melayan kerenah tuan putera sesat ni.
“Hah…tak habis-habis lagi kau. Dok mengata akulah tu...”
Tiba-tiba kedengaran satu suara di belakangku….
“Opocot kau……Alamak….!!!”
Nak buat macam mana ni? Nasib badan kaulah wahai tuan putera. Siapa suruh kau sergah aku? Kan dah kena sembur dengan air paip ni. Terkulat-kulat aku melihat muka tuan putera sesat tu. Basah lencun pakaiannya. Padan muka!! Tak baiklah Yana kau padankan muka dia tu.
“Lily Dayana Binti Hamid!!!! Kau ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku ya. Nanti kau…”
Terus sahaja Adli merampas getah paip dari tangan gadis itu lalu dengan pantas Adli memancutkan air paip itu ke arah gadis genit di hadapannya. Gadis itu tergamam dengan tindak balasnya!!
“Apa ni tuan?!! Dah gila ke?!! Habis basah baju saya ni.!!!!”
Ibarat halilintar bunyi pekikanku itu. Tak sempat dah aku nak kawal nada suara aku tika dan saat ini. Rasa macam nak tempik sekuat dengan sekuat hati. Hangin satu badan aku dibuatnya. Geramnya aku….
Last edited by wipers81 on 5-9-2013 10:42 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“Kau punya basah je yang kau tahu. Aku punya basah kau tak ki...ra..”
Kemudian Adli terdiam. Eh...lain macam pula ayat aku ni. Dia tersengih seketika. Apalah Adli ni. Macam kanak-kanak ribena pula.
“Tuan kalau nak gila, sorang-sorang sudahlah. Jangan nak babitkan saya. Orang tengah hangin dengan dia, boleh pulak dia bantai sengih. Ei...tak kuasalah nak layan. Tepilah, saya nak lalu….”
Kan dah kasar bahasa aku. Bengang gila aku dengan mamat tuan putera ni. Ikutkan hati, mahu sahaja aku menolak tubuhnya sekuat hati biar sampai dia tertiarap atas rumput ibu tu. Nasib baiklah aku tak boleh sentuh dia. Hesy….kecik saja aku tengok mamat tuan putera yang tak berapa nak putera ni…
“A…aku minta maaf….”
Terkeluar perkataan itu dari mulutnya secara spontan sebaik melihat gadis itu mahu melangkah pergi. Adli sempat menarik lengan baju gadis itu. Adli baru tersedar akan ketelanjuran lakunya terhadap gadis itu. Alamak, nak buat macam mana ni….??
"Simpanlah maaf tuan tu. Ianya tiada makna buat saya..”
Sedikit sebak nadaku. Boleh pula dia tarik lengan baju aku ni. Aku merentap kembali lengan bajuku dari cengkamannya. Aku malu diperlakukan begitu. Bayangkan, bagaimana keadaan aku ketika ini. Kebetulan pula, aku memakai sepasang baju kurung cotton. Walaupun aku memakai inner di dalam tapi cuba bayangkan bagaimana pakaianku yang basah itu melekat elok di tubuhku? Memang sah-sah nampak bentuk tubuhku dalam keadaan begini. Sebak rasa hati aku bila diperlakukan begini. Padaku gurauan dia ni dah melampau. Melampau sangat!!
“Aku minta maaf. Aku tak se..nga..ja…”
Tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya, gadis itu terus meluru masuk ke dalam rumah. Dia hanya mampu melihat sahaja gadis itu berlalu pergi. Gadis yang membuatkan hidupnya tidak tentu arah beberapa hari ini.
Sungguh, Adli rasa sangat menyesal dengan tindakkannya yang agak keterlaluan terhadap gadis itu. Dia perasan mata gadis itu berair. Menangiskah dia? Dia juga perasan keadaan gadis itu apabila pakaiannya basah. Dia hanya mampu menelan air liur. Aduh, apa kau dah buat ni Adli??? Habislah kau Adli kali ni. Bukan niat dihatinya nak usik gadis itu sampai menangis.
Last edited by wipers81 on 5-9-2013 10:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 5-9-2013 10:44 AM
“Kau punya basah je yang kau tahu. Aku punya basah kau tak ki...ra..”
...
dalam hati ada taman...............
|
|
|
|
|
|
|
|
mie07 posted on 8-9-2013 02:21 PM
dalam hati ada taman...............
hahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
aloooo tak cukup TT
nak lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Adli hairan, mengapa pula dia yang merasa kesakitan tatkala melihat air mata yang terbit dari tubir mata gadis itu. Terasa pedih hatinya seolah-olah dia yang melalui semua ini. Mengapa kebelakangan ini hidupnya tidak lengkap jika tidak mengusik gadis itu?
Aneh?! Perasaan apakah yang sedang melanda jiwanya sekarang? Adakah ini yang dinamakan cinta?? Ah…kacau ni!! Dulu Adli cukup menyampah melihat minah kalut ini. Tapi sekarang lain pula jadinya……………
“ Apa yang Adli dah buat pada Lily? Jangan ingat ibu tak nampak apa yang terjadi. Kamu ni pun satu. Dah tahu yang Lily tu memang suka melatah bila dia terkejut, kamu masih nak mengusik dia. Tengok, apa yang yang dah jadi sekarang? Mesti dia malu sangat. Adli…Adli..!! Apalah nak jadi dengan kamu ni?”
Sabariah menggelengkan kepalanya. Kesian Lily.
Adli sedikit terkejut dengan kemunculan secara tiba-tiba ibunya itu.
“ Maaf ibu, Adli betul-betul tak sengaja tadi. Tak sangka pula dia boleh nangis. Adli cuma nak bergurau saja ibu. Takde niat lain pun.”
Sungguh dia tidak sengaja. Manalah tahu gadis itu tidak dapat menerima gurauannya itu.Tapi, tak patut juga dia bergurau macam tu kan??
“ Adli kalau kamu nak tahu, Lily tu seorang yang sangat menjaga tingkah laku dia. Sepanjang dia tinggal di sini, ayah kamu tak pernah sekalipun nampak walau sehelai rambut dia, tahu. Dia sangat menjaga batasan dia dengan semua orang dalam rumah ini. Bila kamu buat dia macam tu tadi, ibu tak dapat bayangkan macam mana perasaan dia. Sudahlah, nanti ibu akan pujuk dia. Kamu tu, pergilah bersihkan badan. Dah basah lencun ibu tengok baju kamu tu.”
Sabariah hampir tergelak sebenarnya dengan insiden tadi. Lucu, bila melihat telatah kedua-dua anaknya itu. Namun, ianya terbantut sebaik dia melihat gadis itu meluru masuk tadi. Apatah lagi bila dia melihat linangan air mata di wajah gadis itu tadi. Dalam hal ini, dia merasakan bahawa memang anak bujangnya itu agak keterlaluan.
Sabarlah Lily…
Last edited by wipers81 on 9-9-2013 01:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
“ Orait mem….sayang ibu…”
Lalu dipeluk ibunya dalam keadaan bajunya yang masih basah itu. Kemudian, dengan pantas dia berlari meninggalkan ibunya sebelum ‘penyepit’ ibunya singgah ke lengannya.
“Adli!!!! Ish, nak kena agaknya budak ni...”
Jeritan kecil keluar dari mulut Sabariah. Mana taknya, pakaiannya juga turut basah. Memang nak kena budak bertuah ni. Nampaknya, Sabariah terpaksalah memujuk anak angkatnya itu. Saban hari dia berdoa agar pintu hati gadis itu akan terbuka untuk menerima anak bujangnya. Semoga doanya akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.
Sambil melihat anak bujangnya berlari masuk ke rumah, kedengaran suara orang memberi salam dari luar pagar rumahnya. Siapa pula yang datang? Sabariah melangkah perlahan menuju ke pintu pagarnya untuk melihat siapakah gerangannya itu. Sebaik pintu pagar itu dibuka….
“ Lah…kamu berdua rupanya. Ingatkan siapalah tadi. Marilah masuk Azreena, Zaki. Lamanya kamu berdua tak datang? Sibuk sangat ke sampai tak sempat nak jenguk ibu ni?”
Sabariah membuka pintu pagar rumahnya. Mereka berdua melangkah masuk dan menyalam tangannya.
“ Kami ni baru saja selesai exam ibu. Mmm…mana Yana ibu? Dari tadi saya tak nampak dia pun?”
Hairan pula Azreena. Selalunya, kedatangan mereka disambut oleh sahabatnya itu. Jarang sekali makcik Sabariah yang menyambut kedatangan mereka. Tak nampak pun kelibat dia hari ini? Tak sihat lagi ke Yana ni? Panjang leher Azreena menjengah ke dalam rumah ibu angkat sahabatnya itu.
“ Ada dalam bilik dia tu. Pergilah kamu tengok-tengokkan dia Azreena. Mari Zaki, kita masuk.”
Terhibur sedikit hatinya dengan kedatangan sahabat anak angkatnya itu. Semoga Azreena dapat memujuk rajuk anak angkatnya yang sedang berduka itu.
Last edited by wipers81 on 9-9-2013 01:25 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
okey...macam mana setakat ini...
bagaimana dengan karektor Adli??? |
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Sebaik masuk ke dalam bilik, aku terus sahaja membersihkan diri dan menyalin pakaianku. Setelah selesai, aku melontarkan tubuhku ke atas katil. Ku sembamkan mukaku ke bantal. Menangis sepuas-puasnya. Mengapa lelaki itu berani memperlakukan aku seperti itu? Tidakkah dia tahu batasan antara mereka? Tiba-tiba, terdengar ketukan di pintu bilikku. Lambat-lambat aku bangun menuju ke arahnya. Siapa pula ni???
“ Aku…aku minta maaf atas kejadian tadi. Aku tak sengaja. Kau okey ke?”
Tergagap jadinya Adli sebaik gadis itu membuka pintu biliknya. Gugup pula jadinya bila dia berdepan dengan minah kalut ni sebaik melihat mata gadis itu yang merah. Memang betul dia sedang menangis. Aduh…macam mana ni???
“ Tuan nak apa lagi dari saya? Tak cukup lagi ke tuan dah malukan saya. Saya rasa lebih baik tuan beredar dari sini.Saya nak bersendirian sekarang…”
Tinggi jadinya nada suaraku. Sebaik aku mahu menutup pintu bilikku, ianya tersekat! Aku melihat ke bawah. Kaki lelaki itu sedang menahan pintu bilikku. Ish, apa yang dia nak lagi?? Tak faham bahasa melayu ke?
“ Hei…apasal kau ni sombong sangat hah?!! Kira dah cukup bagus tau aku nak minta maaf. Kau jangan nak tunjuk lagak kau boleh tak?”
Adli jadi geram dengan songeh gadis itu. Orang dah minta maaf, jual mahal pula minah kalut ni. Lesing karang…eh, jangan dia perempuan. Sabar Adli…nasib baik dia ni comel jugak…kalau tidak….
“ Suka hati tuanlah. Saya malas nak layan. Tolong alihkan kaki tuan, saya nak tutup pintu ni.”
Akhirnya, aku membongkokkan sedikit tubuhku setelah melihat keengganannya mengalihkan kakinya itu. Lalu, tanganku menolak kakinya yang menghalang pintuku dan dengan pantas aku menutupnya dan mengunci pintu dari dalam. Ei...takutnya aku. Manalah tahu dia merempuh masuk pula.
Adli tergamam dengan tindakan gadis itu yang di luar jangkaannya. Dia ni memang tak gerun dengan aku ke? Ish...tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu supaya minah kalut ni hormatkannya selaku anak kepada tuan rumah ini. Adli berlalu dari situ dengan perasaan geram.
Jagalah kau wahai minah kalut….
Last edited by wipers81 on 9-9-2013 01:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah mende perangai adi
sewel pe? hahaha
yana takde nk kacau2 die pulak lebih2
|
|
|
|
|
|
|
|
yoozara posted on 9-9-2013 01:44 PM
ntah mende perangai adi
sewel pe? hahaha
yana takde nk kacau2 die pulak lebih2
yoozara. takleh tengok Yana senang kan? berbeza tak karektor Adli dengan Iman n Ammar???
|
|
|
|
|
|
|
|
Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...
Kejadian tadi sedang diperhatikan oleh Azreena yang kebetulan hendak menuju ke bilik Yana. Siapa jejaka tu? Apa yang dia buat di depan bilik Yana? Nampak macam tak ngam saja mereka berdua ni? Macam musuh ketat sahaja? Kena siasat perkara ni. Lalu, dia mengetuk pintu bilik Yana.
“ Hesy…apa lagilah dia ni nak dari aku. Tak habis-habis lagi ke? Kenapalah dia ni suka sangat menyusahkan hidup aku. Tuan nak apa la..gi….”
Mulutku terlopong kerana terkejut dengan makhluk yang berada di hadapanku.
“ Tuan mana pula ni Yana?”
Azreena terkejut. Mana taknya, kuat juga suara si Yana ni seperti sedang marah sebaik sahabatnya itu membuka pintu biliknya. Lagi dia pelik, bila melihat mata sahabatnya sedang merah seperti sedang menangis. Apa kena pula dengan sahabatnya ini? Terdetik rasa risau dalam hati Azreena. Bimbang jika jiwa sahabatnya terganggu lagi.
“ Azreena!!! Ya Allah, aku ingatkan siapalah tadi? Bila kau sampai? Lamanya kau tak datang sini? Ingatkan dah tak sudi nak jumpa aku.”
Gelabah jadinya aku. Kuat ke suara aku tadi? Jangan di dengar dek tuan putera tu sudahlah. Aku menjenguk ke pintu di sebelah kanan bilikku. Bilik siapa lagi kalau bukan tuan putera sesat tu.
“ Banyaklah kau punya cekadak. Aku baru habis examlah. Memanglah sibuk.Eh...aku nak tanya kau, siapa lelaki tadi tu? Garang semacam saja aku tengok kau dengan dia? Kau…..”
“Shh…masuklah dulu. Nanti aku ceritakan. Dengar dek dia haru aku.”
Aku memotong percakapannya. Sudahlah bilik kami sebelah-menyebelah saja. Pantas aku menariknya masuk ke bilikku. Dia meletakkan beg sandangnya di hujung katilku. Kemudian, Azreena melabuhkan duduknya di sebelahku yang sedang duduk di birai katilku. Pedih pula mataku ketika ini….
“ Kau nangis ke Yana? Kenapa ni? Apa yang dia dah buat kat kau? Mari, biar aku pergi ajar dia? Berani dia...buat kawan aku ni menangis...”
Amboi kau Azreena. Siap sentengkan lengan baju dia lagi. Ingat senang ke nak serang-serang orang. Tak padan dengan kecik dia ni. Maksud aku, tubuhnya yang kecil.
Last edited by wipers81 on 10-9-2013 10:58 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
wipers81 posted on 9-9-2013 05:47 AM
yoozara. takleh tengok Yana senang kan? berbeza tak karektor Adli dengan Iman n Ammar???
betoi2...sgt2 jauh beza
rase mcm si adli tu terlebih gedik
yana dok cool ja
sambung lg TT ...ekekeke
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|