CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
Post time 15-5-2012 09:36 AM | Show all posts
Reply 399# Nicki_Meow

Setujuk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2012 09:38 AM | Show all posts
Hahahhahaha.geram sangt kat dia.macam tak tetap pendirian pun ada.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 09:46 AM | Show all posts
Faiz tahu, Lea sengaja melarikan diri darinya. Setelah selesai majlis makan beradab, Lea hilang. Mungkin menyembunyikan diri di mana-mana.

Oh.. itu dia. Faiz melihat Lea sedang duduk seorang diri di meja paling hujung, sedang membelek telefon bimbit. Faiz tersenyum.

“Burung tu, selalu marah-marah kan?” Hampir terhenti jantung Lea, mendengar suara di sebelah. Spontan dia menoleh.

Wajah Faiz terlalu hampir dengan wajahnya. Mereka saling merenung…

10 saat, 20 saat…

Lea menundukkan muka, kembali mengadap telefon bimbit. Saat ini, dia lebih rela memandang burung yang marah kerana mahu melepaskan khinzir yang terperangkap di antara kotak-kotak kayu walaupun tak lepas-lepas, daripada mengadap muka Faiz yang boleh menyebabkan jantungnya tidak stabil.

“Lea…”

“….Yes?”

“I miss you”

Lea menarik nafas.

“I miss your smile, I miss your voice and I miss everything about you”

I miss you too…

“Lea… look at me”

Tak nak! Lea masih menundukkan wajah. Jarinya masih di telefon bimbit walaupun ‘game over’ sudah tertulis di skrin.

“Sayang…” Nafas Lea terhenti, sekali lagi.

“Do you miss me?”

Lea memejamkan mata.

“Lea… “ Telefon bimbitnya di ambil dari tangan. Lea menoleh. Faiz tersenyum.

“Kenapa muka kau merah ni?”

“Ya ke?” Lea menggigit bibir. Faiz tersenyum lagi.

“Lea…aku betul-betul rindukan kau. Please… say something”

“Kau apa khabar?” Faiz mengangkat kening.

“Baik”

“Emalin apa khabar?” Senyuman di wajah Faiz pudar.

“Dia okay” Lea diam.

“Lea, aku minta maaf. But whatever it is…she still a friend to me”

“Then, forget me” Tiba-tiba, Lea bangun. Telefon bimbit di atas meja di ambil lalu mula melangkah.

“Lea.. let me explain!” Tapi Lea tidak menoleh, terus berlalu meninggalkan Faiz di situ juga.

Faiz mengeluh.

**********************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 10:01 AM | Show all posts
Nicki nak lagi.heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 10:11 AM | Show all posts
wah...lea dh pndai jd garang

next
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 10:20 AM | Show all posts
pergghh ... faiz yg lembap!! ... hahaha ...

nicki ... buat scene kawen lari antara faez and lea laa ... tension la si nadia and emalin tu .. huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2012 10:55 AM | Show all posts
Pergila kejar lea tu fariz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 11:54 AM | Show all posts
Pergila kejar lea tu fariz
sejuk Post at 15-5-2012 10:55


Fariz kejar Hanan lah kaka...

Takde maknanya nak kejar si Lea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2012 12:21 PM | Show all posts
“Yam.. sorrylah” Lea merayu. Sejak tadi Mariam mendiamkan diri, merajuk bila dia meninggalkan majlis secara tiba-tiba.

“Janganlah marah. Aku bukan sengaja”

“Yam…” Masih tiada yang menyahut.

“Yam… kau sayang aku kan? Janganlah marah lagi”

“Sampai hati kau pergi macam tu je. Majlis tak habis lagi...” Akhirnya terdengar suara Mariam di hujung talian.

“Sorrylah…”

“Yalah.. yalah” Lea tersengih.

“Kau lari dari Faiz tadi eh?” Mariam menembak soalan. Lea diam tak menjawab.

“Sampai bila kau nak lari?”

“Entahlah Yam. Aku takut, aku lembut hati bila tengok dia”

“Ad, jangan di ikutkan sangat marah kau tu. Cuba bawa berbincang elok-elok dengan dia”

“Lagipun, kau masih sayangkan Faiz kan?” Mariam menyambung kata bila Lea mendiamkan diri.

“Dia dah ada Emalin. Biarlah dia”

“Tidak Ad. Dia sayangkan kau” Lea diam.

“Ad, fikirlah masak-masak. Sampai bila kau nak macam ni?”

“Entahlah Yam”

“Entah…entah. Tu jelah jawapan kau” Lea tertawa kecil.

“Ad…tak salah kau cari kebahagiaan untuk diri sendiri. Bagilah peluang pada Faiz. Dia betul-betul sayangkan kau”

“Tengoklah…”

“Degil… kepala batu. Orang nasihat taknak dengar” Marah Mariam. Tapi Lea hanya ketawa lagi.

“Okaylah Yam. Sorrylah, malam-malam ni, kacau kau pulak. Kesian Dani” Lea mengusik.

“Tak apa, aku tak kisah. Aku faham” Lea terdiam. Itu bukan suara Mariam.

“Yam! Kau on loudspeaker?” Lea hampir menjerit.

“Sorry Ad. Dani kata, dah kahwin ni, no more secret” Lea memutarkan matanya ke atas.


****************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 12:35 PM | Show all posts
Lea dah merajukk.mana la si faiz ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 12:37 PM | Show all posts
“Okaylah Yam. Sorrylah, malam-malam ni, kacau kau pulak. Kesian Dani” Lea mengusik.
“Tak apa, aku tak kisah. Aku faham” Lea terdiam. Itu bukan suara Mariam.
“Yam! Kau on loudspeaker?” Lea hampir menjerit.
“Sorry Ad. Dani kata, dah kahwin ni, no more secret” Lea memutarkan matanya ke atas.


Part yg ni buat auntie ketawa terguling2.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 02:14 PM | Show all posts
Fariz kejar Hanan lah kaka...

Takde maknanya nak kejar si Lea
Nicki_Meow Post at 15-5-2012 11:54



    dh addicted dh dgn dua novel kt forum ni...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 04:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 30-5-2012 08:45

Hipokrit! Itulah yang dia rasakan tentang dirinya saat ini. Dua bulan lamanya dia sengaja menghindarkan diri. Melayan rasa rajuk dan amarahnya. Di keraskan hatinya agar tidak tunduk dengan pujukan Faiz.  Tapi, bila dia berjumpa kembali dengan Faiz siang tadi, dia tidak dapat menipu dirinya sendiri yang dia masih cintakan lelaki itu. Cuma, egonya terlalu tinggi untuk mengakuinya  

Perlahan-lahan Lea bangun, mengambil komputer ribanya dari dalam beg galas. Sambil meniarap di atas katil, komputer ribanya di hidupkan. Segera jarinya menekan tetikus. Di klik pada ‘bookmark’ lalu terpampang blog Fearless & Adventures di skrin. Sudah lama blog itu tidak di kemas kini. Untuk menghilangkan rindu, dia sengaja membaca tulisan-tulisan Faiz di blog itu. Beberapa gambarnya dengan Faiz juga di renung lama. Lea tersenyum sendiri.

Eh… ada update baru..

Satu video baru saja di muatnaik ke dalam blog itu. Faiz sedang memegang gitar…

Dan
Pabila esok datang kembali
Seperti sedia kala
Di mana kau bisa bercanda

Dan
Perlahan kau pun
Lupakan aku mimpi buruk mu
Dimana telah ku tancapkan duri tajam
Kau pun menangis menangis sedih
Maafkan aku

Dan
Bukan maksud ku
Bukan ingin ku melukaimu
Sedarkah kau di siniku pun terluka
Melupakanmu menepikanmu
Maafkan aku

Lupakanlah saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala
Caci-maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulukala




Mata Faiz seperti merenung ke arahnya…

Lea menarik nafas.

Kurang asam sungguh mamat slow nih!

Fine! Perigi pun perigilah. Aku nak pergi cari timba sekarang.

***********************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 04:54 PM | Show all posts
Dari halaman rumah, Faiz melihat sebuah kereta berhenti di hadapan pintu pagar.

Siapa yang datang malam-malam ni? Takkan Emalin…Tapi tu bukan kereta dia…

Oh oh…

Faiz segera bangun, menuju ke pintu pagar. Kunci automatic di tekan lalu pagar pun terbuka.

“Assalamualaikum” Faiz memberi salam.

“Waalaikummusalam” Lea menjawab.

“Kenapa datang malam-malam ni?”

Lea diam, menarik nafas. Mereka merenung antara satu sama lain.

“Lea…”

“Aku nak jawapan, aku atau Emalin”

“Lea…”

“Aku tak peduli kalau kau kata kau perlukan masa nak berfikir”

“Lea…”

“Aku nak jawapan, sekarang. Aku dah tunggu kau cukup lama, dan aku tak mampu lagi nak tunggu. Aku dah penat”

“Lea…aku..”

“Pilih aku Faiz.. sayangi aku, cintai aku. Sebab kalau tak pilih aku, aku tak tahu sama ada aku masih mampu untuk menyayangi orang lain macam mana aku sayangkan kau”

Tiada jawapan yang keluar dari mulut Faiz. Dia hanya merenung Lea di depannya. Lama…

“Sorrylah, sebab ganggu kau malam-malam ni” Lea mula berpusing, hendak meninggalkan rumah Faiz. Dia akan pergi, dan dia tidak akan kembali lagi.

“Adalea” Langkah Lea terhenti, tapi dia tidak berpaling.

“Aku akan sayangi kau, cintai kau sebab aku tak mampu menyayangi orang lain macam mana aku sayangkan kau” Faiz kini sudah berada di depannya. Tiba-tiba Lea terasa mukanya panas membahang.

“It’s you, Lea. It’s always been you” Lea masih diam.

“But Emalin is between us”

“She is just a friend. And will always be a friend. Itu yang aku cuba nak beritahu kau siang tadi, tapi kau lari”

“Kenapa tak kejar?”

“Kalau dah lari macam kena kejar hantu, aku nak kejar macam mana?”

“Kaulah hantu tu” Faiz memutarkan matanya ke atas.

Mereka terdiam. Empat minit… lapan minit.

“Kau datang jauh-jauh semata-mata nak cakap benda ni?” Lea diam.

“Kenapa kau tak call je?” Lea diam lagi.

“Kau tau tak, sekarang ni dah pukul berapa? Lea menggeleng.

“ Pukul sebelas setengah malam. Kau tak terfikir ke bahaya drive sorang-sorang datang sini?” Lea menggeleng.

“Kalau jadi apa-apa dengan kau, siapa yang susah?” Lea tidak menjawab apa-apa. Lidahnya kelu tiba-tiba

“Jawablah! Tadi bukan main lagi pot pet pot pet”

“Janganlah marah!”

“Memanglah marah. Suka buat orang risau” Faiz memandang Lea yang hanya terkebil-kebil dengar dia membebel.

Faiz menggeleng kepala.

“Lea…”

“Apa?”

“Jom”

“Pergi mana?”

“Kita kahwin”
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 07:03 PM | Show all posts
haaa...kan senang terus ajk kawin...
dah, x yah gaduh2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 09:08 PM | Show all posts
Reply 414# Nicki_Meow


    ha.faiz .macamtu lah senang, cakap direct aje..hal emilin tu tak payahlah nak risau sangat...keluarga diakan ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2012 09:19 PM | Show all posts
Reply  Nicki_Meow

    ha.faiz .macamtu lah senang, cakap direct aje..hal emilin tu tak payahla ...
sapp73 Post at 15-5-2012 21:08


Baiklah kak (Kata Faiz....)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 09:21 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 53

Lea menatap lagi wajahnya di cermin. Baju kurung moden dari kain schiffon berwarna krim menyaluti tubuhnya. Wajahnya sudah siap di solek oleh Mona, kelihatan anggun sekali. Dia memandang pula jarinya yang berinai merah. Akhirnya, hari ini tiba jua. Dia bakal di satukan dengan Faiz sebentar saja lagi. Bercampur-baur perasaannya saat ini. Dia menarik nafas beberapa kali, untuk menenangkan diri.

“Lea” Lea menoleh memandang ibunya, lalu tersenyum.

“Kan cantik pakai tudung. Lepas ni, pakai terus” Lea hanya tersengih. Bukan sekali dua nasihat itu di dengar dari mulut ibunya, dah beribu kali. Dia saja yang degil. Bermacam alasan di beri.

“Ingat pesan ibu Lea, jaga aib suami. Lepas ni, tanggungjawab ibu dengan ayah dah lepas. Kena patuh cakap suami. Jangan nak ikut kepala batu Lea tu je”

“Lagi satu…” Puan Arifah meneruskan nasihat. Lea hanya mengangguk macam burung kakak tua.

“Ibu, dah seminggu dah Lea dengar ceramah ibu tu. Sudahlah tu. Lea nervous ni….” Lea merengek.

“Ibu nasihat je. Awak tu dah nak bersuami”

“Ala…janganlah nangis. Kalau ibu nangis, nanti Lea pun nangis sama” Puan Arifah menyeka air matanya, tapi dia tersenyum. Dahi Lea di cium.

“Lea, dah nak mula” Mariam memberitahu.

“Sini, last touch up” Mona, yang bertindak sebagai jurusolek, menambah sedikit gincu di bibir Lea.

“Dah”

Lea menarik nafas, memandang wajahnya di cermin buat terakhir kali.

“Jom” Mariam memanggil, memegang tangan Lea. Lea bangun.

“Selawat banyak-banyak” Pesan Puan Arifah. Lea mengangguk, kalimah suci itu di ulang-ulang dalam hati.
***************************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 09:24 PM | Show all posts
Reply 418# Nicki_Meow

yeahbersatu akhirnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 09:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 16-5-2012 09:54

Suasana di ruang tamu itu sudah bertukar rupa. Terdapat pelamin kecil bertemakan warna putih dan merah, di hiasi dengan bungaan mawar segar sebagai penyeri. Tiada majlis bersanding. Atas permintaan Lea sendiri, majlis akad nikah di lakukan secara sederhana, diikuti dengan kenduri doa selamat. Hanya saudara-mara dan teman rapat saja di undang.  Di majlis sebelah pihak lelaki nanti, ianya akan lebih meriah jadi di rumah ibu bapanya, Lea memilih untuk bersederhana.

Perlahan-lahan, Lea didudukkan di atas pelamin berhias indah itu. Dia tidak berani mengangkat muka. Debaran bakal pengantin, itulah yang di rasakan saat ini.

Faiz memandang wajah Adalea yang duduk bersimpuh tidak jauh darinya. Lama dia memandang wajah itu. Wajah bakal isterinya itu kelihatan cukup menawan hingga hatinya bergetar.

“Nak mula dah” Bahunya di cuit lalu segera dia mengalihkan pandangan.

“Kita mula sekarang ya..” Imam Ali, jurunikah memulakan bicara.

Faiz menarik nafas.
************************************************************
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.374595 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list