CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariapersanta

Ilmu dan Penyakit Mistik , method, rawatan dan cara pencegahan nya

  [Copy link]
Post time 28-5-2012 06:43 PM | Show all posts
Reply 400# Az_zy


    setahu miss bidan xpakai penanggal.dorg pakai polong & pelesit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2012 07:11 PM | Show all posts
Reply 400# Az_zy


   biasanya  la belaan bidan bidan ni berupa Polong, Penanggal atau Pelesit
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 08:13 PM | Show all posts

Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.

Reply 398# ariapersanta


    Pendekatan yang baik. Rangkap akhir itu juga isihati saya. Saya bimbang Hang Tuah juga dituduh berkhadam. Saya rasakan tidak adil memandang sepi alam persilatan. Ianya adalah antara jalan mendekatkan diri pada Yang Maha Gagah dan Maha Perkasa.

Para wali dan para sufi yang menjadi kekasih Allah juga ada yang belajar silat. Tetapi mereka orang alim. Tak semestinya alim tak perlu belajar silat.

Antara kata kata mereka, "jika panggilan jihad nanti datang, aku bukan sahaja pandai berdoa tetapi berada dibarisan hadapan tentera mujahidin".

Setiap orang ada ketakutan dalam dirinya. terserah bagaimana ketakutan itu dibuang. jika belajar silat boleh membuang ketakutan itu, itu hanya satu cara mendekat diri pada Yang Maha Agung.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 09:13 AM | Show all posts
Reply  Az_zy


   biasanya  la belaan bidan bidan ni berupa Polong, Penanggal atau Pelesit
ariapersanta Post at 28-5-2012 19:11

3 soalan dari saya :-

1.  Jika seseorang yg tinggal bersama perempuan itu (keturunan bidan itu) pernah nampak kelibat perempuan berambut panjang,  mata merah tapi tiada muka..apakah benda itu? dan pernah juga diikuti oleh lembaga yg berupa kepala sahaja juga bermata merah tiada muka..adakah benda yg sama.

2. tiada tujuan utk kita rasa takut atau perbesarkan perkara ini kerana Allah lebih berkuasa.. tetapi di board kita ini kita mempunyai pakar dlm perkara ini..harap kita dpt berkongsi ilmu dan bagaimanakah cara mahu 'pagar' agar benda itu tidak dpt menghampiri.

3. jika seseorang itu cuba hendak berubat, dia diberitahu supaya mengambil air dari beberapa buah masjid.. adakah 'benda' yg mahu di singkir itu berat.. sbb saya hanya tahu apabila ingin mengubati org gila sahaja perawat minta air dari masjid saja tidak pernah tahu air masjid juga diperlukan utk menyingkirkan saka.. apakah jenis saka itu jika air dari masjid diperlukan..

Harap penjelasan dari yg pakar..assalamualaikum..dan terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 10:56 AM | Show all posts
Reply 403# InspekterZ


   Hang Tuah pun ramai kata mitos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2012 11:02 AM | Show all posts
Reply 404# Az_zy


   soalan yang jujur Alhamdulillah
1. Bayangan seperti itu harus ialah saka , namun perlu dilihat pula dari segi orang yang disyaki membela itu adakah dia membuat beberapa ritual yang agak pelik atau menyimpan sesuatu yang pelik.

2. Pagar diri yang paling kuat ialah Tawakal dan Doa. Lebih elok jika pergi jumpa mana mana perawat dan minta diijazahkan wirid dan zikir , barang perlu diingat wirid dan zikir hanyalah usaha dan jalan , segala galanya bergantung kepada Kudrat dan Iradat Allah jua.

3. Air dari kolah atau telaga di masjid boleh juga digunakan dalam rawatan sihir , santau, atau saka.

walllahu Alam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2012 11:19 AM | Show all posts
Reply 406# ariapersanta

nak like jawapan nih........
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 10:49 PM | Show all posts

Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.

Reply 404# Az_zy


    Saya bukan pakar. Tetapi ada sedikit usul dari saya.

seperti pendapat tuan aria, memang benar ape yang beliau usulkan. Tujuan hidup mencari ketenangan. Ketenangan hanya diperoleh dari zikir.

Dihujung zikir itu ada tafakur. Isi tafakur itulah buahnya. Ketika tafakur sejenak itulah jawapan kepada masalah yang kita hadapi.

Kadangkala tafakur itu terbawa lena. Didalam alam yang separuh sedar antara lena dan jaga itu ada sesuatu bakal diperlihatkan.

Mencari kenapa si polan dan si polan itu membela jin dan syaitan adalah jauh dari tujuan beramal.

Tujuan beramal adalah mencari ketenangan disisi Allah. Apabila tiba pada puncak ketenangan itu, akan menghasilkan satu cahaya makrifah yang sangat indah.

Ketika itu, maka limpahan Nur akan meliputi segenap ruang disekeliling anda. Cahaya itu berserta dengan para malaikat yang diperintahkan memelihara kamu siang dan malam selagi kamu kekalkan (istiqomah).

Perawat atau siapa pon yang istiqomah akan sentiasa bercahaya. Mereka mendapat bantuan dari Allah sepantas nawaitu. Terdetik sahaja cemas, bantuan pasti tiba.

Begitulah seterusnya hingga zikrullah itu terhidup dengan sendirinya.

Saat itu langsung bermujahadah dengan Allah. Setiap tingkah laku zahir dan batin menjurus kepada Allah. Niat meneruskan hidup adalah kerana ada bakti pada alam semesta yang belum tertunai.

Ketahuilah bahawa apabila sang hamba sedar akan keperluannya kepada Allah, pasti dia tidak mahu ambil peduli hal yang remeh seperti jin dan syaitan.

Persetankan semua makhluk yang hodoh itu. Mereka hanyalah barang mainan pada mereka yang lalai tanpa sedar. Jin dan syaitan berusaha membuat kamu lupa tujuan beramal.

Bahkan lebih malang pada siapa yang terjunam ke lembah nafsu duniawi. Kotorannya hanya boleh dibilas dengan taubat nasuha. Sekadar mencuci tidak mencukupi.

Saya berharap anda tenang dan sabar. Semua hal seperti terlihat jin dan syaitan itu bakal mengelirukan anda.

Jika bawa mudarat pada anda, berdirilah dalam wudhu, pejamkan mata anda, fokuskan pada Baitullah, angkat takbir dengan getaran yang dahsyat didada anda sehingga merasa tekak anda mengembang.

Tutup rapat2 rusuk anda (bagi wanita) dan bacalah Al Fatihah spenuh hati. Merdukan suara selunaknya pada saat bacaan sampai "ihdinas sirotholmustakim".

Mohonlah ketika sujud dengan jelas apa yang kamu inginkan. Seringkasnya kamu hanya mohon "Ya Allah Yang Maha Tinggi, aku sujud dengan benar takwa dan yakin padaMu, tunjukkanlah aku jalan yang lurus."

berselawatlah 100x seperti nabimu berselawat. Beristigfarlah 100x seperti nabimu beristigfar pada waktu malam dan bacalah Al Ikhlas dengan niat mengesakan Allah. Kemudian beri salam pada Allah. Berbaring dalam zikir (Allah) hingga terlena.

Mudah mudahan Allah beri kamu rahmatNya.


(posted by mobile)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2012 10:53 PM | Show all posts

Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.

Reply 405# ariapersanta


    siapa yang kata mitos itu pon bakal jadi mitos.

berbalik pada dirinya sendiri. setiap apa yang diucap pasti akan ada balasannya.

agaknya mereka lupa mereka lihat cermin setiap hari tapi tak sedar dirinya yang didalam cermin itu siapa.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 10:55 PM | Show all posts

Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.

Reply 406# ariapersanta


    Alhamdulillah. jawapan yang melegakan.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 09:36 AM | Show all posts
Reply 408# InspekterZ

pon nak like jugak yg nih..

harap pasni byk lg posting berilmiah cam nih... tq..
































inspekterz ---> teringat polis angkasa gaban.................
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 10:41 AM | Show all posts

Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.

Reply 411# halimi78


    polis angkasa gaban Z. lol


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 11:53 AM | Show all posts
Reply  Az_zy


   soalan yang jujur Alhamdulillah
1. Bayangan seperti itu harus ialah saka , na ...
ariapersanta Post at 29-5-2012 11:02


Maaf smlm tak sempat balas..

Terima kasih di atas jawaban yg baik & berguna ini.  

Ikhlas ckp saya pun mmg tak suka lihat benda2 ni..bukan cantik pun..tanam bunga, tengok bunga pun lagi best..
Ikhlas ckp muka2 org yg beramal & beriman tu jauh lebih cantik..dengan nur nya itu.  Tapi Allah sahaja yg maha
mengetahui kenapa diberi 'penglihatan' itu kepada sesetengah org..

Pada pemerhatian sepanjang hidup saya ini ..saya perhatikan kita manusia ni mempunyai pelbagai 'wajah' dan hati..
Saya bkn sempurna banyak kurangnya..tapi saya selalu berfikir kenapa Allah jadikan sesuatu itu begini dan begitu ..
kenapa begini dan begitu ..dan selalunya sesuatu yg berniat buruk itu ... ending nya kita tahu sendiri lah kan...

Saya sgt2 tidak suka melihat seseorng melakukan sesuatu pengianayaan..bagi saya itu zalim.  kita berusaha. tapi kadang2
dengan izin Allah sesuatu planning dari seorng yg tak baik tu terjadi juga..(maknanya misinya berjaya)..
Saya bertanya kenapa?..yg dilakukan oleh org itu buruk..org itu bermegah.."lihat hebat tak aku" menundukkan seseorng..
Berkata pd diri sendiri..Ya Allah kenapa?

Dan hari ini saya sedar dan dengan rasa penuh rendah diri mengakui yg saya kadang2 terlepas pandang yg Allah dengan segala kemuliaan yg ada padaNya dengan 99 Nama Allah sudah cukup dan sempurna mengambarkan zatNya.  

Saya kadang2 mahu org itu dibalas dan sedar dlm masa yg terdekat..tetapi terlupa yg Allah mempunyai rencananya sendiri yng
kita manusia sama sekali langsung tidak mengetahuinya..Allah maha mengadili..bukan kita

Dan bila Allah 'menepuk' org itu balasannya amatlah sakit..kerana Allah maha melihat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 11:56 AM | Show all posts
Reply  Az_zy


    Saya bukan pakar. Tetapi ada sedikit usul dari saya.

seperti pendapat tua ...
InspekterZ Post at 29-5-2012 22:49



Saya rasa saya faham apa yg hendak disampaikan..
ucapan terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:04 PM | Show all posts
Maaf smlm tak sempat balas..

Terima kasih di atas jawaban yg baik & berguna ini.  

Ikhlas  ...
Az_zy Post at 30-5-2012 11:53


tiba2 meremang seisi tubuh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 04:09 PM | Show all posts
Reply 415# 033589


   apa kes plak nak meremang2 ni nomot?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2012 04:14 PM | Show all posts
Reply 416# misslivina


    xtaula miss..baca azzy punya citer tu...dtiba2 je meremang,,,sama gak masa baca citer miss yang baru tu...berperang dengan monyet, lelaki reput merangkak, bidan tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 04:51 PM | Show all posts
Reply 413# Az_zy

sangat beruntung mereka yang 'ditegur' semasa hidupamatlah malang mereka yang hanya 'ditegur' sesudah mati
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 05:30 PM | Show all posts
Reply 408# InspekterZ


sangat2 berterima kasih atas penerangan ini ye inspekter. saya nak tanya sikit. tafakur dan meditasi tu sama ke? kalau x sama apa makna kedua2nya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2012 08:01 PM | Show all posts
Ketika itu, maka limpahan Nur akan meliputi segenap ruang disekeliling anda. Cahaya itu berserta dengan para malaikat yang diperintahkan memelihara kamu siang dan malam selagi kamu kekalkan (istiqomah).

Perawat atau siapa pon yang istiqomah akan sentiasa bercahaya. Mereka mendapat bantuan dari Allah sepantas nawaitu. Terdetik sahaja cemas, bantuan pasti tiba.


Bantuan ni ramai yang keliru.... bagaimanakah Allah memberi bantuan kepada hambanya ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.064615 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list