|
|
|
eleh, tak sempurna, nafkah anak2 ada bagi tak........hanya allah yang maha mengetahui....dapat yang baru, bila agaknya akan musnah, dulu kata abby pilihan hati , dan sekarang semua berubah, dah nama manusia kan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mula-mula tengok gambaq ni... aduhaiiiii nampak
macam sempurna je walaupun tanpa anak ...
kucing^oren Post at 25-9-2011 12:28 
hehehehehe, perasan kau yek, sampaikan kaki dia letak kat mana pun kau perasan,,,,,hehehehhe, kau nak tau dalam hati anak dia kata aper, hari ni aku tapak kat kaki kau, aku dah besar nanti aku tapakan muka kau.......kahkahkahkah, sebab tuh dia baru try2 letak kaki dia kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mula-mula setan dah nangis tengok diorang berdua ni dah kawin. Lepas tu dia mengelap air mata dia sebab dia dah dapat sumber baru dari geng2 yang maki hamun pasangan ni. Sepatutnya doakanlah yang baik2 kat diorang. Kalau diorang dah tobat....terampun dosa diorang. tapi dosa korang yang maki hamun sapa nak ampun??? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Teks Oleh: zyzamani
KOTA TINGGI, 26 SEPT 2011: Melayan Memey Suhaiza seperti anak adalah petua yang diamalkan oleh aktor Norman Hakim dalam mengambil hati isterinya itu. Malah, aktor Norman Hakim mengakui sifat Memey Suhaiza yang manja dan lembut itu hampir sama dengan anak perempuannya Marissa Danish Hakim.
"Saya suka dia kerana dia seorang yang matang sebelum usianya. Paling penting dia seorang yang manja dan lembut. Jadi, saya layan dia seperti anak saya. Anak perempuan saya, Marissa sangat manja maka dalam hubungan kami, saya amalkan cara melayan Memey sama seperti saya lakukan pada Marissa.
"Selain itu, kesabaran dan kematangan perlu ada dalam sesebuah hubungan," katanya membuka rahsia menawan hati isterinya itu.
Mengharapkan mahligai kedua ini berkekalan sehingga ke akhir hayat, akui Norman Hakim, cabaran dan tanggungjawab baru bakal dipikulnya sebagai nakhoda keluarga.
"Saya harap dapat menjadi seorang suami yang terbaik dan mendoakan semoga rumahtangga ini akan bertahan dan berpanjangan. Pengalaman lalu telah mematangkan saya dan kini tanggungjawab saya kembali berat kerana bakal mengendalikan sebuah keluarga semula," katanya yang tidak akan menghalang Memey daripada meneruskan kerjayanya sebagai pelakon.
Sementara itu kata Memey Suhaiza pula, sifat penyayang Norman membuatkan dirinya sentiasa rasa dihargai. Itu antara punca hati wanita berusia 23 tahun tersebut terpaut pada duda anak tiga berkenaan.
"Dia sangat penyayang dan melayan saya seperti anak. Saya manja dan dia sentiasa menghiburkan saya. Apabila bersama dia, saya rasa sangat dihargai.
"Selain itu, dia juga seorang yang matang dan mengambil berat mengenai soal agama. Apa pun saya rasa sangat bertuah kerana mengenalinya," katanya yang tidak merancang mengenai cahayamata dan bersedia menerima sekiranya dikurniakan dalam masa terdekat.
Diijabkabulkan pada petang Sabtu lalu, di kediamaan Memey, Felda Tenggaroh Selatan 1, pasangan tersebut malamnya diraikan dengan majlis joget lambat dan upacara memotong kek. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
motip aku tgk macam bersanding dalam hutan?
konsep hutan flora fauna ke hape?
org lain buat ala2 green camni jguak tapi takdela nampak camni
make up tu cantek la tp yg lain2 sorry to say
mmg nampak biase je nak dibandingkan tajaan berjota2 tu konon |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sikapnya yang bertanggungjawab serta penyayang. Begitu juga dengan ilmu agama yang dimilikinya. Saya ...
NAT_11 Post at 26-9-2011 11:25  ek
ek?? ke???.bole tempek x?? aku nk bace la part lisda ckp psl mlm pertame die tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alahamdulillah....tahniahla ya.....semoga hingga ke akhir hayat.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alahamdulillah....tahniahla ya.....semoga hingga ke akhir hayat.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mek sam... ai masih tercari2 di mana ipad itew...
tak jumpa2 jugak nih dah 2 ari tgk hantarann ...
alfrina Post at 26-9-2011 11:19 
hhm .. mungkin tertukar ngan hantaran eira syazira kot.. hantaran eira yang ader ipad .. deme nie takan shopping gucci indon jah!! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
norman janji tak abai memek.. emm jangan nnt janji tnggal janji ja.. bukan leh percaya sangat.. bukan nak mengata bukan nak doakan tapi dah banyak sangat artis2 ni kawen tak kekal lama.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Memey n Norman... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
errr..oink2 tuh bunyi aper? ngehehehe..anyway, sian NH ngan Memey tuh..asik dikutuk orang jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hhm .. mungkin tertukar ngan hantaran eira syazira kot.. hantaran eira yang ader ipad .. d ...
samshik Post at 26-9-2011 11:50 
balang2 tiru elyana... tp skali end resultnyo mcm taik :re:
elyana punyee |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesedap rasa je ckp kehidupan lalu xsempurna..
Mmgla masa suka semua indah je
Bila dah benci semua je xkena..
Norman Hakim... pelakon Malaya terhebat abad ini! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

berita harian
Norman sebak, Memey bersyukur
BAGAI pesta malam minggu begitulah meriahnya majlis pernikahan pasangan sensasi, Norman Hakim dan Memey di kampung halaman pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor apabila masyarakat kampung dan penduduk sekitar berpusu-pusu menuju ke rumah keluarganya.
Anak muda kampung berduyun-duyun menunggang motosikal, manakala ibu bapa mengendong anak kecil mereka semata-mata mahu menyertai acara joget lambak dan karaoke yang diadakan pada sebelah malam selepas majlis berinai dan potong kek.
Malah pasangan bahagia itu cukup sporting apabila mendendangkan lagu Jangan Pisahkan khusus buat tetamu, malah turut meluangkan masa bergambar dengan peminat.
Pasangan merpati dua sejoli ini dirai cukup meriah keluarga Memey yang bertungkus lumus membuat perancangan sejak berbulan-bulan lalu bagi memastikan majlis pernikahan mereka menjadi yang terhebat di Felda itu. Status sebagai selebriti juga menyebabkan majlis ini diadakan penuh meriah.
Kemeriahan majlis perkahwinan mereka mula dapat dirasakan menerusi deretan 'banner' yang tertera gambar pasangan sejoli ini tergantung di sepanjang panjang jalan sejauh 20 kilometer dari rumah Memey.
Sebaik tiba di pekarangan rumah Memey pula, 14 buah khemah sudah menanti menyambut kehadiran tetamu.
Majlis yang mengundang hampir 4,000 tetamu. Bapa Memey, Suhaimi Sarwani, 49, berkata mereka cuma mahu berkongsi kegembiraan menyambut menantu dengan penduduk kampung.
"Tujuan kami tidak lebih untuk meraikan keluarga saja. Saya sudah lali dengan kisah yang berlaku kepada anak saya, apapun saya tahu anak saya tidak bersalah. Saya percayakan Memey, malah saya yakin dia tidak melakukan semua itu. Sebagai bapa, saya gembira dan terharu apabila anak perempuannya sudah berkahwin. Sebelum ini dia berada dalam jagaan saya, sekarang dia menjadi milik Norman.
Kini Norman menerima amanah untuk menggalas tanggungjawab saya pula. Saya doakan semoga mereka bahagia ke akhir hayat," kata Suhaimi yang mengakui kelam kabut menguruskan majlis perkahwinan anak ketiganya itu.
Sementara itu, hanya dengan sekali lafaz, kira-kira jam 5.10 petang, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohd Norhakim Zaidon, 35, dan Suhaiza Suhaimi, 23, sah bergelar pasangan suami isteri.
Air mata tidak dapat Norman bendung sebaik selamat dinikahkan Imam 1 dan Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi. Sebaik perkataan sah dilafazkan saksi, hujan yang sebelum ini renyai-renyai, tidak semena-mena menjadi lebat seakan-akan merestui perhubungan suci itu.
Memey yang duduk di pelamin indah ditemani dua anak tirinya Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut tidak dapat menahan rasa sebak saat lelaki dicintai membaca lafaz taklik.
Norman menyerahkan mas kahwin RM 22.50, wang hantaran RM24,000, lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pengantin perempuan.
"Harapan saya tentulah mahu ikatan ini berkekalan, saya juga berharap dapat membina masjid yang terindah untuk kehidupan akan datang. Saya sebenarnya bimbang untuk menjadi nakhoda semula. Setiap manusia tidak sempurna, apabila saya kaji dan kenang semula ketidaksempurnaan saya, perkara itu membuatkan hati saya jadi sebak.
"Perasaan saya begitu tenang, aman dan damai ketika hendak bernikah. Pernikahan adalah satu ibadah, oleh itu saya akan tunaikan ibadah ini dengan sebaiknya," kata Norman yang merancang ingin menunaikan umrah dan juga ke Paris sebagai destinasi bulan madu mereka.
Bagaimanapun katanya, setakat ini mereka masih belum membuat keputusan bila akan berbulan madu memandangkan masing-masing masih lagi terikat dengan jadual kerja.
Mengimbau pula detik perkenalan mereka, Memey mengakui terpesona dengan sikap penyayang, tanggungjawab serta kelembutan bapa kepada tiga cahaya mata itu melayan karenah manjanya.
"Sikapnya yang bertanggungjawab serta penyayang. Begitu juga dengan ilmu agama yang dimilikinya. Saya mengaku seorang yang manja tetapi suami tahu bagaimana untuk melayan saya, walaupun untuk hal-hal kecil.
"Semakin mengenali suami, saya rasakan diri semakin bertuah. Saya berharap ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat," kata Memey yang merancang mengadakan majlis pernikahan di kampung kerana mahu disaksikan anggota keluarga, sanak saudara dan jiran-jiran.
Katanya, dia sering berada di Kuala Lumpur, justeru dia jarang dapat bersama keluarga di kampung. Biarpun ibunya mengatakan majlis di Kuala Lumpur sudah memadai, Memey tetap ingin hari bersejarahnya diraikan di kampung halamannya sendiri.
"Sejak menjadi pelakon, saya jarang pulang ke kampung menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ini hari bahagia saya, saya mahu keluarga, saudara-mara, sahabat- handai dan penduduk kampung meraikannya bersama-sama saya," katanya.
Terharu, terima kasih kepada Abby
BIARPUN Abby Abadi tidak hadir pada majlis bersejarah itu, namun Norman tetap terharu dengan bekas isterinya, Abby Abadi malah berterima kasih kerana mengizinkan dua anak mereka menyaksikan hari sejarahnya.
"Saya ingin berterima kasih kepada bekas isteri kerana mengizinkan anak mengikut saya. Sebenarnya saya sendiri tidak bercadang membawa mereka kerana saya bimbang tidak mampu melayan mereka kerana kesibukan.
Bagaimanapun, sebelum saya bertolak ke sini, dia menghubungi saya meminta ambil anak kerana sudah menyiapkan pakaian mereka.
"Pada Selasa lalu saya ke rumah bekas isteri untuk makan malam bersama anak.
Saya ada beritahu mereka yang saya akan berkahwin, tapi tak sangka bekas isteri begitu baik hati memberikan keizinan pada anak untuk ikut saya.
"Saya dengan Abby memanglah sudah berpisah, tetapi kami tidak terpisah sebagai ibu dan bapa kepada anak kami," kata Norman.
Bekas isteri doakan kebahagiaan
"Alhamdulillah mereka sudah dapat apa yang dimahukan. Saya mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat," kata Abby ketika dihubungi.
Menurutnya, dia tidak berasa apa-apa melihat bekas suaminya akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya. Lagipun, dia sudah lama melupakan episod hitam yang melanda rumah tangga mereka tiga tahun lalu.
"Saya lepaskan anak mengikut papa mereka kerana memikirkan masa depan mereka. Saya mahu bekas suami sama-sama jaga anak kami. Saya bimbang putus rezeki untuk anak. Jadi saya mahu bekas suami sama-sama menjaga anak.
"Manalah tahu satu hari nanti saya tidak ada duit, bekas suami bolehlah sama-sama membantu menanggung anak," katanya.
Sementara itu, anak sulung Norman, Danish yang turut hadir menyaksikan perkahwinan bapanya, berkata seronok dan sedih melihat bapa dinikahkan dengan Memey. Katanya, dia menangis kerana gembira bapanya berkahwin dengan wanita yang baik.
"Danish nangis sebab semua orang menangis. Danish menangis sebab gembira dapat mak baru. Kalau boleh Danish nak dapat adik kecil cepat sebab sekarang ada dua adik saja," katanya senyum |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Saya suka dia kerana dia seorang yang matang sebelum usianya. Paling penting dia seorang yang manja dan lembut. Jadi, saya layan dia seperti anak saya. Anak perempuan saya, Marissa sangat manja maka dalam hubungan kami, saya amalkan cara melayan Memey sama seperti saya lakukan pada Marissa.
x paham aku...mula2 kata si memey ni matang...tapi nak kene layan mcm anak?? matang ape nye tu? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|