CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
Post time 20-4-2011 10:55 AM | Show all posts
ha ha ha firasat haku pun cam dato mi nak kawin dgn sarah je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 11:00 AM | Show all posts
setia menunggu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:29 AM | Show all posts
smiley...welcome home...

all is well....kan..since ko dah memunculkan diri kat sini..

sempenako dah balik ni....terimalah...

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 11:51 AM | Show all posts
kak smiley .... mane sambungan nyer ...dh tak sabo dh nie menunggu ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 12:16 PM | Show all posts
x sabar nk tgk reaksi datin elly bila tau datuk nk kawin lain..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 12:18 PM | Show all posts
continue pleaseee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2011 12:45 PM | Show all posts
best n3....
x sabar nak tau seterusnye
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 12:49 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu perang nie..
kihkihkihkih.....kasi hantam!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2011 01:13 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu perang nie..
kihkihkihkih.....kasi hantam!!!
meorfadzly Post at 20-4-2011 12:49



    perang, perang gak...
kesian pun ada gak....
kita tunggu jelah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 01:40 PM | Show all posts
Reply 393# sang_arjuna

Timekasih N3 baru....

Tu dia.... Tok Mi nak nikah lagi.... Tunggukan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 01:57 PM | Show all posts
hehe dato' azmi dah berjangkit ngan dato' man...aiyooooo..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 03:31 PM | Show all posts
masih menunggu sambungan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 04:05 PM | Show all posts
Sambung lagi la...kak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 04:08 PM | Show all posts
Sambung lagi la...kak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 08:04 PM | Show all posts
Berani Tok Mi wat keputusan.. apa la reaksi elly nanti...
Perang dunia ke-3 meletus la gamaknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 09:48 PM | Show all posts
jgn2 Datok Azmi nak kawin ngan sarah kot????
ye la sarah kan dh jd ibu tunggal skrg ni....
cian ga ...
ADRIANAQISTINA Post at 20-4-2011 08:11


sanggup ke tok mi kawin dgn bekas adik sendiri
tp mana tahu kan, kalau dah jodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2011 09:49 PM | Show all posts
Reply 403# kaypo

t kasih dgn sambutan bolly wolly
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 09:50 PM | Show all posts
Reply 411# aaz

a'ah... penyakit lelaki 40an
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 09:51 PM | Show all posts
Amir memakir kereta di bawah pokok rambutan Hj Zul. Suasana sekeliling masih hingar walaupun jam sudah menjangkau pukul 12 malam. Beberapa lelaki sibuk menyusun kerusi dan meja bawah khemah. Ada yang sedang memasang alat karaoke sekaligus test suara, Di belakang rumah ada khemah kecil untuk masak dengan periuk belanga king size dan dapur arang. Gempaq betul kenduri kahwin di kampung. Rasa penat memandu dari KL sudah surut di ganti dengan keterujaan nak bergelar Raja Sehari. Bila malam esok menjelma….yessss.. siaran ulangan malam pertama.

“ Abang! Abang Amir kan? ” Lelaki muda bertubuh tinggi lampai menuju ke arahnya. Semakin dekat, semakin jelas persamaan wajahnya dengan Dahlia. Lelaki itu segera bersalaman dan mengucup tangan Amir.

“ Ya. Er.. ni Danial kah?” Senyum lebar di sedekahkan.

“ Saya, bang. Siapa lagi? Tak nampak kah trademark saya dengan Kak Lia.” Dia menunjuk matanya. Ya , memang sebiji mata bundar mereka. Eh, dua biji. Senyuman mereka pun seiras.

“ Bila Danial balik?” Mereka berlegar di bawah khemah. Amir meninjau, manalah tahu kalau ternampak Dahlia. Walaupun Mummy kata tak manis pengantin lelaki bertandang malam malam ke rumah pengantin perempuan, tapi rindunya membuak. Mana boleh tahan. Bak kata orang dulu dulu, tengok bumbung rumah pun cukuplah. Ini sudah kes angau Amir oi! Sudah lama dia tak jumpa isteri tercinta. Berbual di telefon pun cuma seminit dua. Masa menjadi musuh mereka. Dia di palit rasa bersalah. Aku patut belajar dari kesilapan Abang Mi. Tapi Lia dengan Kak Elly berbeza macam langit dengan bumi, tak mungkin dia menjadi isteri yang ingkar. Apapun aku harus pandai mengemudikan bahtera perkahwinan.

“ Kelmarin. Dani cuti dua bulan. Lepas raya baru balik sana. Abang…er.. nak jumpa Kak Lia kah?”

“ Takkan nak jumpa Usu kot” gumamnya sendiri. Buat buat bodoh pula bakal doctor ni.

“ Masuklah , bang. Kak Lia belum tidur lagi rasanya.” Amir terus mengorak langkah panjang.

Dahlia tidak kelihatan di ruang tamu. Amir memandang pelamin yang sudah siap di pasang di tengah rumah. Dia kagum dengan pelamin berciri tradisional itu.  Bunga pahar warna perak merimbun di kiri kanan pelamin. Beberapa orang wanita yang masih meletak “ finishing touches” pada pelamin memusatkan pandangan padanya.

“ Eh Amir! Apa kamu buat di sini? Dah tengah malam ni. ” Berdesing suara Usu macam halilintar.

Amir tersenyum sumbing. Sampai sampai dah kena terjah dengan juruhebah paling popular Radio Perak.

“  Usu, mana Lia? Mir nak jumpa dia kejap”

“ La.. kamu ni tak sabar langsung. Berapa jam lagi dah nak bersanding. Puan Sri tau kah Amir datang sini?”

“ Tahu. Mummy yang suruh Mir datang, tengok tengok kalau ada apa apa yang boleh tolong” Susah betul lah Usu ni. Macam warden asrama. Dahlia isteri aku. Aku tak perlu minta kebenaran nak jumpa dengan bini sendiri.

“ Tu.. dia dengan Sya dengan Wawa kat dalam bilik hujung. “ Usu mengomel sambil menjuihkan bibir ke arah pintu. Sejak pernikahan mereka, rumah Hj Zul sudah di besarkan. Bilik Dahlia yang dulunya bilik pengantin kini jadi bilik tetamu. Bilik Danial di besarkan dan sebuah bilik baru di bina. Jiran sekeliling sering berceloteh. Betapa beruntungnya Hj Zul berbesan dengan tuanpunya syarikat hartanah. Sekejap saja rumahnya bertukar wajah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 09:59 PM | Show all posts
“ Tadi Dahlia pergi klinik. ” Amir mematikan langkah

“ Dia sakit apa?”

“ Dia kata perut dia angin. Tapi tak ada apa apa kot. Usu tengok tadi dia dah sihat.”


Amir menghampiri bilik Dahlia yang dulunya bilik pengantin mereka. Kedengaran suara perempuan kecoh berbual. Entah entah tengah mengumpat aku. Amir mengetuk pintu perlahan.

“ Siapa tu?”  suara perempuan bertanya

“ Abang. “

“ Abang siapa?” Gelak kecil menyusul. Oh, main main ya.

“ Ini Amir. Dahlia are you okay?”

Senyap. Sejenak kemudian Dahlia menjenguk dari celah pintu.

“ Abang! You are not supposed to be here” desisnya. Nadanya garang tapi bibir  tersenyum manja. Tangan Amir di capai dan di kucup.

“ I miss you. Empat hari abang tak jumpa Lia. Rindu tau.” Bisik Amir. Dia membetulkan rambut Dahlia yang terjuntai di dahi. Ayunya Dahlia walaupun Cuma berbaju T dengan kain batik. “ Lia tengah buat apa? Tak tidur lagi?”

“ Baru siap decorate bilik pengantin. Sekarang dah nak tidur. Mengantuklah” Dia menahan kuap dengan belakang tapak tangan.

“ Oh, jumpa abang terus mengantuk.” Amir menarik tangannya. “ Jom kita duduk  kejap. Lama tak bersembang dengan Lia”

Dahlia mengangguk. Dia teragak agak sama ada untuk menceritakan keadaannya pada Amir malam itu juga. Mungkin lebih baik tunggu selepas mereka bersanding. Atau hingga mereka pulang ke KL. Dia kena jumpa doctor pakar bersalin dahulu.

Sebaik melihat Amir bersama Dahlia, riuh mulut ahli sidang dapur mengusik.

“ Tak apalah makcik makcik sekalian. Dah rindu sangat kat isteri saya. Kami memang pengantin basi pun.” Amir tersengih sambil menarik kerusi.

“ Minumlah. Mesti Abang penat.” Dahlia meletak secawan Milo depan Amir.

“ Thanks sayang. Lama tak minum air yang Lia buat. Usu kata Lia sakit.  Apa doctor kata?” Amir menopang dagu di meja. Ada berita baik kah? Dahlia mempamerkan riak bersahaja. Takkan nak bagi tahu depan makcik makcik yang tengah pasang telinga. Kalau aku bagi tahu sekarang, satu kampung bising nanti. Mesti aku dapat gelaran baru - Anak Cikgu Zul Yang Bunting Masa Bersanding. Dulu aku kena gelar Anak Cikgu Zul Yang Putus Tunang. Macamlah dosa besar.

“ Tak serius pun. Angin saja sebab makan tak ikut waktu.” Matanya di larikan. Amir pandai menebak kalau aku berbohong.

Amir mengulum senyum. Nalurinya kuat mengiakan ada berita baik yang cuba di rahsiakan. You are a bad liar, Dahlia. Tak mengapa, aku buat bodoh dulu.

“ Hmm.. Abang rasa Abang tahu apa penyakit Lia. “

“ Apa? “Dadanya berdebar. Amir meraba perutnya

“Ada cacing. Mesti Lia banyak makan jambu batu.” Tangannya di tempis

“Mana ada?Tak senonoh!” Cubitan manja hinggap di peha Amir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.423233 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list