|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
mcmana Jas yek lepas abang pergi................. |
|
|
|
|
|
|
|
sian jas kne tggal ngn arif..mesti t'mimpi2 abg arif nnti..sebb rindu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuu... Nak berpisah yg tak best ni... |
|
|
|
|
|
|
|
wah..cinta luar biasa..best2..trskan..xsabo nk taw sambungan... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan jas asyik salah ambik order dah la |
|
|
|
|
|
|
|
ha......ha semua tertugu ni mcmana jas selepas abg baik hati tinggalkannya |
|
|
|
|
|
|
|
fizz, n3 bru takde ke ari ni, nnt ada masa fizz paste n3 pjg2 ya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 403# cmf_blingblings
thanks for the compliments bling bling.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin sibuk menurunkan kerusi2 dari meja makan. Meja dilap sebersih mungkin. Kurang dari dua jam lagi, kedai itu akan mula beroperasi. Ali di sisinya tercongak2 sendirian.
“Dia tak bagitahu kau, bila dia nak datang sini lagi?” soal Ali sambil menolong Jasmin mengelap meja. Tadi, Jasmin telah menolongnya mengelap cawan dan gelas. Kini gilirannya menolong Jasmin pula. Jasmin menggeleng.
“Kenapa kau tak tanya?” soal Ali hairan. Kata abang angkat…takkan nak tanya bila nak jumpa pun susah?
“Entah! Tak terkeluar dari kepala aku..” jawab Jasmin endah tak endah. Ali mencebik.
“Kepala dengan mulut tu…taklah jauh sangat. Itu pun susah nak bercakap ke? Lepas tu, KK tu kemana? Kota Kemunting? Kuala Kangsar?Kuala Kubu?” soal Ali lagi. Tangan Jasmin yang sedang mengelap meja terhenti serta merta.
“Adusss!!!!” Jasmin mengetuk kepalanya. Kenapalah aku tak tanya tadi….
“Mesti kau tak tanya tadi kan?” ujar Ali meneka. Jasmin angguk sambil meneruskan kerjanya. Ali menggeleng.
“Apalah kau ni Jas. Eh…mana kad nama abang angkat kau tu? Bagi aku tengok jap…” pinta Ali. Jasmin memandang Ali yang sudah berdiri di sebelahnya.
“Apasal kau sibuk sangat ni? Dah tak ada kerja dah?” soal Jasmin marah. Ali ini banyak betul mulutnya hendak menyelongkar hal peribadinya.
“Aku cuma nak tahu apa pekerjaan abang kau tu….manalah aku tahu, kot2 aku tahu tempat kerja dia tu..” tambah Ali memberi penjelasan. Dia tersengih2 di sebelah Jasmin. Jasmin memandang Ali penuh curiga, tapi kad nama pemberian Arif diambil jua dari saku apronnya.
“Nah..baik2! Jangan kotor!!” ugut Jasmin. Ali terus saja mencapai kad nama di tangan Jasmin.
“Eleh..kerek!!!” perlinya. Matanya terpaku membaca huruf demi huruf yang tertera di kad tersebut.
“Arif Farhan Dato’ Muhaiyeen, Pengarah Urusan Muza Holdings Sdn. Bhd, Jalan 12 A..”
“Tak payahlah kau baca kuat2 apa yang tertulis kat situ!!!” belum sempat ayat Ali dihabiskan, Jasmin sudah merentap kad nama itu dari tangan Ali. Ali masih terlopong. Jasmin cepat2 memasukkan kembali kad nama kedalam apronnya.
“Eh..kau tahu tak…abang angkat kau tu kerja apa?” cepat2 Ali memanjat meja, lalu duduk berdepan Jasmin. Jasmin memandang Ali.
“Dia tu bos!!! Bos siot!!! Kau faham maksud aku? Bos besar….” Teriak Ali dengan matanya yang kian membulat.
“Haa…ni bos besar dah datang! Kenapa sampai bertenggek atas meja tu Li?!!” entah dari mana, tiba2 Pak Mat muncul dengan kunci kereta di tangannya. Cepat2 Ali turun dari meja makan lalu pura2 mengelap meja bersama Jasmin sambil tersengih . Jasmin menjeling geram ke arah Ali. Namun, kata2 Ali bermain di fikirannya. |
|
|
|
|
|
|
|
3 hari berada di Kota Kinabalu melawat tapak gudang baru di Kolombong, Arif pulang semula ke Kuala Lumpur hari ini. Turun saja kapal terbang dari KLIA, terus dia menaiki teksi ke pejabat. Kes yang diminta oleh papanya perlu diselesaikan secepat mungkin, bimbang jika melebihi tempoh yang ditetapkan, pihak perkapalan dan syarikat insurans enggan menerima tuntutan mereka.
Sebaik sampai ke pejabat, Arif yang memakai T-shirt berkolar berwarna biru dan kot hitam diluar terus menuju ke bilik papanya yang terletak di tingkat 10 bangunan itu.
“Eh….the hottest bachelor in town dah balik?” sapa kak Mas, penyambut tetamu yang ramah sebaik Arif melewati mejanya. Kak Mas ni, sudah bekerja dengan syarikat itu hampir 15 tahun. Dari zaman dia bergelar anak dara, hinggalah dia sekarang sudah mempunyai 3 orang anak. Kata papa, dulu Kak Mas ni besar jari kelingking saja waktu mula2 masuk bekerja. Sekarang….dah bertukar ke saiz ibu jari kaki pula.
“Morning Kak Mas..” Arif membalas sapaan itu.Beberapa pasang mata turut agak terkejut sebaik terlihat kelibatnya di dalam pejabat. Barangkali, semua pekerja2nya masih beranggapan dia masih bercuti seperti yang diwar2kan terdahulu.
“Eh…Encik Arif. Bila masuk?” soal Manan, pegawai kanan bahagian perundangan syarikatnya. Di tangannya tergenggam secawan milo yang masih panas.
“Baru pagi tadi…see you later,” sekadar berbasa basi, Arif membalas teguran setiap pekerjanya. Langkah terus dituju ke bilik papanya. Bilik presiden syarikat itu dituju. Agnes, PA Datuk Muhaiyeen menekan interkom untuk memaklumkan kedatangan Arif kepada Datuk Muhaiyeen sebaik ternampak kelibat Arif. Arif sempat melempar senyum ke arah Agnes yang sedang bercakap melalui telefon sebaik daun pintu ditolak.
“Haa…cepat balik?” Datuk Muhaiyeen ternganga sebaik melihat Arif sudah berdiri di hadapannya. Arif senyum, lantas terus duduk. Segugus fail diserah kepada bapanya. Datuk Muhaiyeen yang sedang meraba kocek bajunya untuk mencari pen, tidak jadi berbuat demikian. Fail yang diberikan Arif segera dicapai.
“Final?” soal Datuk Muhaiyeen seraya membuka helaian demi helaian fail. Arif mengangguk.
“Kontena tu parking not at designated area. Tanah tempat parking tu pun kebetulan tak begitu rata. Maybe after rain a day before, buat kedudukan kontena tu tak stabil. That’s why boleh collapse,” ujar Arif. Datuk Muhaiyeen meneliti beberapa keping gambar yang turut dimuatkan di dalam laporan itu. Terteleng2 dia melihat gambar2 tersebut dari pelbagai sudut yang berbeza.
“So, how’s our stocks?” soal Datuk Muhaiyeen. Arif mengerut dahi.
“70% kena scrap. Tak boleh buat apa. By the way, I’ve forwarded the claim to haulier and insurance company. They are willing to accept it. I’ve rejected freight forwarder’s claim because it’s proven that’s their fault for not complying with our standard procedures,” jelas Arif.
Datuk Muhaiyeen memandang wajah anak tunggalnya. Lega hatinya mendengar kes itu selesai juga akhirnya dengan keuntungan di pihak mereka. Dia tersenyum lebar.
Fail ditutup. Datuk Muhaiyeen bangun sambil membetulkan kot berwarna kelabunya yang senada dengan warna seluar.
“Dah makan?” soal Datuk Muhaiyeen. Arif turut bangun, mengekori langkah si ayah yang bangun.
“Belum lagi. Papa nak belanja ke?” soal Arif tersenyum. Datuk Muhaiyeen memaut bahu Arif.
“Come! Let me treat you a cup of tea,” kata Datuk Muhaiyeen senang hati.
“Secawan teh saja? Mana cukup!!” seloroh Arif. Datuk Muhaiyeen ketawa kecil. Mereka sama2 beriringan keluar dari pejabat Datuk Muhaiyeen. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin memerhatikan seluruh ruang restoran. Hari masih petang, jadi pelanggan tidaklah begitu ramai. Dia menyandarkan badannya di kaunter bayaran sambil menyeluk tangannya ke dalam kocek apronnya, memastikan semua keperluan pelanggan mencukupi.
Ali datang bertenggek di sebelahnya salu memeluk tubuhnya. Jasmin memandang Ali disebelahnya. Beberapa hari bekerja di situ, Ali telah menjadi akrab dengannya.
“Takde order ke?” soal Jasmin. Ali menggeleng.
“Hujung2 bulan macam ni, memang kurang sikit orang datang makan kat kedai…” balas Ali lagi. Jasmin diam.
“Eh..aku nak tanya kau satu hal..” Jasmin segera memandang Ali. Ali masih menunggu kata2 dari Jasmin.
“Kalau IC hilang, boleh buat IC baru tak?” soal Jasmin. Ali terdiam sejenak, kemudian mengangguk.
“Boleh! Kenapa? IC kau hilang ke?” soal Ali. Jasmin mengangguk.
“Tapi, kau kena pergi buat report polis dulu. Cakap kat polis, IC kau hilang. Lepas tu, laporan polis tu, baru kau bawak pergi pejabat pendaftaran untuk mohon IC baru,” kata Ali. Jasmin terdiam, cuba mencerna kata2 Ali.
“Tapi, macam mana aku nak pergi? Aku tak tahu sangat tempat kat sini..” lemah sahaja Jasmin merungut, tapi cukup didengar oleh Ali. Ali senyum simpul.
“Kalau kau nak, hari Jumaat depan, aku boleh tolong kau,” Ali menawarkan perkhidmatannya. Jasmin yang mendengar, segera berpaling. Baik sungguh hati Ali ini. Dipandangnya Ali dari atas ke bawah. Jasmin kemudian tersenyum sendirian.
“Lama2 berkawan dengan kau ni, rupa2nya kau ni baik orangnya ya,” tutur Jasmin senang hati. Ali di sebelahnya berpaling.
“Aku memang baik! Kau saja yang tak tahu. Kalau boleh, aku nak kita bukan sekadar kawan saja. Kalau kau izinkan, aku nak angkat kau jadi awek aku. Kau nak?” soal Ali berterus terang. Dia memandang Jasmin di sebelahnya dengan senyum lebar.
“Apa kau ni!! Menyesal aku puji..” Jasmin menjuih bibirnya. Ali ketawa kecil.
“Yalah..siapalah nakkan aku ni…” seakan kecewa, Ali menghembus nafas resah. Jasmin terasa sedikit serba salah.
“Cinta tak boleh di paksa, ” pendek jawapan Jasmin. Ali senyum hambar, namun mengangguk. Wajah Jasmin di pandang sayu.
“Sudahlah. Jangan buat muka sedih macam tu. Tak kena dengan kau..” kata Jasmin bila memandang Ali.
“Habis tu, memek muka yang macam mana yang kena dengan aku?” soal Ali pula. Jasmin tersenyum. Dia menarik kedua2 belah bibirnya dengan jari telunjuknya selebar mungkin
“Macam ni…” tak ubah seperti muka joker, wajah Jasmin kelihatan begitu lucu. Ali ketawa kuat sambil menggeleng2 dengan kenakalan Jasmin. Melihat Ali yang gembira, hati Jasmin lega. |
|
|
|
|
|
|
|
sakit belakangggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Arif masuk ke ruang menonton TV di bilik yang tertutup. Papa dan mamanya sedang menonton televisyen di situ sejak tadi.
“Movie apa?” soal Arif lalu melabuhkan punggungnya ke sofa tebal buatan Italy. Bantal kecil berwarna coklat gelap diambil lalu dipeluk.
“Viva Las Vegas,” balas mamanya, Datin Zaharah. Arif merenung layar skrin. Wajah Elvis Presley yang masih muda belia begitu memikat pandangan mamanya.
“Dah berapa kali tengok cerita ni. Tak muak ke ma?” kalau tidak salah Arif, masuk kali ini, sudah 14 kali mamanya menonton filem itu. Mama memang peminat ‘kipas susah mati’ mendiang Elvis. Lagi satu, tabiat mamanya yang sukar dikikis, jika dia sukakan sesuatu filem, filem tersebut akan ditontonnya berulang kali sampailah DVD tersebut meletup!
Dulu, sewaktu filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ mula2 ditayangkan, Arif rasa hampir 20 kali jugaklah mamanya asyik mengulang tonton filem itu. Peliknya, 20 kali tengok filem itu, 20 kali jugaklah mama akan menangis! Melopong jugaklah Arif dan papanya menonton aksi mama.
Datin Zaharah senyum lebar. Matanya melirik kea rah suami di sisi yang turut melayan minatnya. Wajah Datuk Muhaiyeen serius saja. Arif senyum simpul, lalu turut menonton.
“Oh..besok persatuan Munawarah ada jumbo sale kat rumah Datin Maria. Arif free tak esok? Boleh ikut mama..” soal Datin Zaharah dengan senyum lebar. Arif melopong. Terbayang di ruang wajahnya sekumpulan wanita2 pertengahan umur sibuk membida harga barang2 yang dijual. |
|
|
|
|
|
|
|
Munawarah sebenarnya sebuah persatuan penduduk yang ditubuhkan oleh wanita2 di kawasan perumahan elit Kelana Jaya itu. Ahli2nya terdiri daripada wanita2 kawasan perumahan tersebut dengan ahli sejumlah 30 orang. Tujuan penubuhan persatuan itu adalah, untuk menjaga keharmonian kawasan perumahan itu dan dalam masa yang sama mengutarakan dan menyelesaikan sebarang isu atau masalah kawasan perumahan tersebut.
Tetapi, bagi Arif, tujuan sebenar persatuan itu yang nampak dimatanya ialah, satu alasan untuk isteri2 Dato’2, Tan Sri2, dan orang2 kaya disitu berkumpul dan bergossip. Kalau tak pun, mereka akan mengadakan jumbo sale seperti itu. Jumbo sale ni, sebenarnya, himpunan barang2 terpakai milik ahli persatuan yang mahu dijual kepada sesiapa yang berminat.
Tapi, walaupun namanya saja barang terpakai, kualiti barangannya bukan calang2 juga. Waktu itulah, beg2 berjenama, kasut, pakaian, aksesori atau barangan rumah dijual dengan harga murah. Cuba bayangkan, jika sebuah beg Coach atau Prada cuma dijual dengan harga RM50!! Berebut mak datin2 tu membeli.
“Nak ikut mama tak?” soal Datin Zaharah sekali lagi. Lamunan Arif terhenti.
“Err..esok Arif kena pergi Ipoh pagi2. Jumpa client. Malam baru balik sini,” balas Arif. Matanya dilirik ke wajah papa. Tersenyum sinis Datuk Muhaiyeen.
Datin Zaharah mengeluh. Dia mencebik. Selalu pun begitu! Dia selalu keseorangan saja setiap kali meghadiri Jumbo Sale. Sedangkan kawan2nya yang lain, pasti ada yang meneman. Kalau tidak anak dara mereka, menantu yang menemani. Dia?
“Tulah..orang suruh kahwin, tak nak! Kalau ada isteri, ada jugak orang nak teman mama pergi mana2…” bebel Datin Zaharah.
Arif yang mendengar, berpandangan dengan papanya.
“Aik..ke situ pulak perginya. Tiba2 je muncul bab kahwin..” kata Arif tergelak melihat muncung mama yang panjang.
“Kau ni nak membujang sampai ke tua ke Arif..” tambah Datuk Muhaiyeen pula. Aik? Arif mélanga. Sangkanya papa akan menyebelahinya. Tapi, papa masuk geng mama pula! Lantas, keningnya digaru.
“Aduii….nantilah dulu. Kan Arif cakap, Arif tak terfikir pun bab kahwin ni,” kata Arif membela diri sendiri.
“Nak tunggu kau berfikir? Entah2 sampai kami ni dah tutup mata, baru agaknya kau nak fikir…”keluh mama pula. Arif terdiam. Kata2 ibunya ada kebenaran juga. Orang tuanya bukan akan hidup menongkat langit selama2nya. Buat seketika, ruang menonton itu jadi sunyi.
Datin Zaharah menjeling kea rah Arif yang terdiam. Susah2 nak menunggu dia..biar aku je carikan! Getus Datin Zaharah di dalam hati. Matanya dihala kea rah TV.
Arif terdiam berfikir. Entah kenapa, tiba2 wajah itu muncul di ingatannya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Mmm..ma..papa..” Arif membetulkan duduknya. Dari baring di sofa, dia sudah duduk menegak memandang kedua orang tuanya. Datuk Muhaiyeen dan Datin Zaharah segera memandang wajah Arif.
“Dah jumpa calon?” segera terlontar soalan itu dari mulut Datin Zaharah. Arif tersengih.
“Bukan….” Pantas dipotong angan mamanya secepat mungkin. Dahi Datin Zaharah berkerut.
“Dulu..masa kat Tioman, Arif ada kenal sorang budak perempuan ni tau…” kata Arif. Wajah Datin Zaharah segera menyinar. Arif pula tersenyum2 sambil bercerita.
“Anak siapa?” segera Datuk Muhaiyeen pula menyoal. Arif tergelak. Sah! Kedua orang tuanya memang sudah kemaruk nak bermenantu!
“Nantilah! Ni nak cerita satu2 ni…” tak sabar2 mama dan papa nampaknya. Arif senyum lagi. Datuk Muhaiyeen dan Datin Zaharah memandang penuh minat.
“Actually, she’s not somebody lah. ..” dan Arif mula bercerita satu persatu secara terperinci perihal Jasmin. Kisah Jasmin nampaknya menarik minat kedua orangtuanya hingga tidak berganjak pandangan mata mereka pada Arif. Satu demi satu kisah gadis itu diperihalkan kepada orang tuanya tanpa berselindung apa pun.
“So, sekarang, dia tengah kerja kat Restoran Rumbia tu,” kata Arif mengakhiri ceritanya. Datuk Muhaiyeen dan Datin Zaharah berpandangan. Riak wajah mereka berkerut.
“Kesiannya…,” terluah kata2 itu dari bibir Datin Zaharah. Datuk Muhaiyeen mengangguk.
“Why don’t you just bring her here? Dia pun dah jadi adik angkat Arif…kan?” soal Datuk Muhaiyeen lagi. Mata Arif membuntang. Mulutnya ternganga. Betulkah apa yang didengarnya? Dia tahu kedua orang tuanya itu memang bersikap terbuka. Mereka tidak pernah membeza2kan antara manusia. Tapi, Arif tidak menyangka penerimaan ibubapanya terhadap Jasmin begitu cepat.
“Boleh ke? Mama dan papa tak kisah? Lagi pula, kalau Arif bawa dia ke sini, what’s the purpose? “ soal Arif pula. Baginya, cukuplah dengan hanya membantu gadis itu memulakan hidup. Tak perlulah hendak menyara gadis itu pula. Kalau macam tu, bagaimana kalau ada 100 orang yang bernasib serupa dengan Jasmin? Perlukah dia menjadikan kesemuanya adik angkat dan membawa mereka semua tinggal di rumah itu? |
|
|
|
|
|
|
|
“Laa…dah dia pun tak ada siapa2 lagi. Nenek dan pak cik dia yang tak berguna tu pun dah buang dia. Apa salahnya kita bawak dia tinggal di sini? ..” tegas Datin Zaharah.
“Macam ni! Arif bagitahu dia, mama nak ambil dia buat anak angkat! Habis cerita! Budak tu muda lagi kan? Baru 21?” soal Datin Zaharah lagi. Arif melongo, kemudian tergaru2 kepalanya. Kemudian dia mengangguk.
“Awak serius?” soal Datuk Muhaiyeen pula sambil memandang isterinya. Datin Zaharah segera mengangguk. Yakin dengan keputusannya.
“Ya! Kalau Arif tak dapat bawak balik menantu ke sini, dapat anak angkat sorang pun bagus jugak! Sekurang2nya, saya ada teman! Bukan senang nak dapat anak angkat yang dah besar panjang dan betul2 tak ada keluarga!” kata Datin Zaharah sungguh2. Sesekali dia mengerling kea rah Arif.
“Nak menunggu menantu..hmm…ntah bila!” tambah Datin Zaharah lagi. Marah benar dia dengan Arif. Arif mengeluh, terasa hati dengan kata2 mamanya.
“Cinta tak boleh dipaksa ma..” tutur Arif perlahan. Dia menarik nafas lemah. Datin Zaharah bangun. Bantal peluk kecil berwarna coklat diletak ke sofa.
“Lusa..mama tahu, Arif dah bawak balik budak tu ke sini!! ” tiba2 sahaja Datin Zaharah menonong keluar dari bilik menonton. Terkebil2 Datuk Muhaiyeen dan Arif memandang. Arif memandang papanya.
“Nak menopous kot…itu yang berangin sikit..” kata Datuk Muhaiyeen seraya mengangkat punggung, mahu mengikuti langkah isterinya ke bilik tidur. Arif terdiam. |
|
|
|
|
|
|
|
sakit belakangggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
fizziany Post at 15-3-2011 20:15 teruk sgt kn buat Xray dear |
|
|
|
|
|
|
|
jatuh cinta pada si gadis umur 21 tahun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|