|
Aiol x fham sngt psl Bipolar ni, lgi2 nak explain in details tpi Bipolar ni c pnghidapnya ada 2 brlainan personaliti.
|
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 11-4-2022 06:34 PM
Aiol x fham sngt psl Bipolar ni, lgi2 nak explain in details tpi Bipolar ni c pnghidapnya ada 2 br ...
Berlainan personaliti itu adalah Multiple Personality Disorder
Adapun Bipolar, kita akan lihat pesakit ada dalam dua keadaan contohnya kalau murung terlebih murung dan terlebih gembira, itu yang nampak seperti personaliti berubah tu kan, sekejap dia ok bila ada trigger tiba tiba jadi murung. I rasa sepanjang I duduk di Selangor memang I dalam keadaan stress selalu, mostly orang yang kenal I masa I di Selangor akan mendapati I seorang yang serius dan straightforward, kalau I sekarang, lebih relax, selalu senyum serta macam tak ada masalah, masha Allah la quwwata illa billah. Pada pendapat I, enviroment, pasangan, pekerjaan tu semua mempengaruhi kestabilan mental kita.
Orang akan mendapati I ada dua personaliti sedangkan ia adalah diri I yang sama, cuma kalau tertekan maka tak de masa nak ketawa dekkk konsep ala Changa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes Yassin ni bagus juga. Bila family Yassin tampil menyokong beliau, Yassin pun tak malu mengaku bipolar. Jadi masyarakat yg ada family members ada mental problem jangan lah malu atau menyisihkan family members yg ada problem. Patutnya jika ada orang2 yg merayau kurang siuman authorities pun patut take action, hantar ke hosp. ( yg tak ada family) |
|
|
|
|
|
|
|
Bipolajourney replied at 11-4-2022 07:11 PM
Berlainan personaliti itu adalah Multiple Personality Disorder
Adapun Bipolar, kita akan lihat pe ...
Kalo skizo ni adik bradik bipolar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ghalibboy replied at 11-4-2022 08:24 PM
Kes Yassin ni bagus juga. Bila family Yassin tampil menyokong beliau, Yassin pun tak malu mengaku bi ...
Berapa lama depa boleh tahan, contoh di Kuantan, ada satu Ah So yang akan datang menjerit di premis Maybank atau 7e dengan membacakan tajuk berita berita terkini. Bayangkan dia akan menjerit benda yang sama berulang ulang kali bahkan pernah sampai 6 jam straight seperti yang diadukan oleh pekerja 7e pada I. Dalam budak tu mengutuk pesakit mental itu, dia tak tahu dia berurusan dengan pesakit mental juga. Haha.
I pernah bagi wang dan penyudahnya dia mendekat dan bercakap dengan kuat :-
KAKAK saya bukan materialistik sambil membacakan petikan tajuk berita terkini. Ada je dia merayau dan kata adik 7e pernah diangkut polis tapi dilepaskan.
Bila I tengok pesakit I , I jadi bersyukur sangat kepada Allah kerana jika tidak kerana kebaikan Allah, tak mustahil I boleh berada ditempat dia. Waiyyazubillahi min zalik. Apa yang I belajar adalah dapatkan rawatan seawal yang mungkin
|
|
|
|
|
|
|
|
fatimahmarkonah replied at 11-4-2022 08:41 PM
Kalo skizo ni adik bradik bipolar ke?
Skizo ni paling parah dari Bipolar, dia makin lama makin teruk tapi insha Allah boleh dikawal dengan pengambilan ubat ubatan. Bipolar boleh naik level ke skizo juga jika lewat mendapatkan rawatan. I memang selalu encourage orang dapatkan rawatan awal kerana ada bezanya, contoh sekarang kalau orang tengok I mereka akan ada second opinion tentang mentally ill patient, maksudnya I macam orang normal cuma yang orang tak tahu, sebelum I masuk ke level calm, kami lalui susah payah, 5 stages of grief tu semua. Macam Yassin, kebarangkalian dia dah stabil tapi entah manusia mana yang report, mungkin akan berlaku relapse. Yang report tu jangan sampai diuji dengan Bipolar Disorder, baghu ko tau erti penderitaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bipolajourney replied at 11-4-2022 09:12 PM
Berapa lama depa boleh tahan, contoh di Kuantan, ada satu Ah So yang akan datang menjerit di premi ...
Treatment is important, tak 100% elok, 5O% pun ok. At least the person tak rasa rendah diri, with the stigma. Rasa dilindungi. Bertuah orang yg ada family support.
Just imagine, orang yg ada problem ,but being neglected. Atau family tak berupaya nak tolong.
Macam kes Yassin being bipolar ni, hopefully masyarakat sedar, it can affect anyone. Jangan mencemuh orang yg ada this problem and make fun of them.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ina_na at 11-4-2022 10:53 PM
Bipolajourney replied at 11-4-2022 09:12 PM
Berapa lama depa boleh tahan, contoh di Kuantan, ada satu Ah So yang akan datang menjerit di premi ...
Salah seorg bapak saudara aku bipola..tp kita org anak buah x ramai yg tau..yg beso2 je tau.. pernah msk hospital bahagia.. nenek aku dan adik beradik bapak aku elok je layan dia sampai ke akhir hayat.. pernah dtg penyakit dia berjalan tah kemana2..masa tu bapak aku ada lg..dia org keluar mencari dia..dia ckp dia berjalan melihat alam yg indah..yg aku tau mmg kn sentiasa makan ubat..solat semua dia bt mcm kita yg sihat ni..sll bapak saudara aku yg lain akan awasi dia..x bg dia terlampau happy atau terlampau duduk seorg..tkt jd penyakit dia .. |
|
|
|
|
|
|
|
Bipolajourney replied at 11-4-2022 06:11 PM
Ya, bagi tujuan perubatan untuk penyakit bipolarnya.
Makin serius dia sekarang. News terbaru tadi yasin bipolar+psikosis. Dah start halusinasi. Memang boleh camtu ya sis? Kesiannya dia. Umur nak dekat separuh abad ujian bertimpa2. Zaman kejatuhan dia sekarang. Rumahtangga hancur, kerjaya sendu,pendapatan merudum, kesihatan makin teruk. |
|
|
|
|
|
|
|
Bipolajourney replied at 11-4-2022 07:11 PM
Berlainan personaliti itu adalah Multiple Personality Disorder
Adapun Bipolar, kita akan lihat pe ...
Mood boleh berubah2 dlm masa singkat tu apa punca sbnrnya ya? Apa yg kurang pada chemical / saraf dlm brain yg sebab jd mcm tu?
Isn't it normal if ada benda trigger sedih kita sedih, begitu jgk gembira dan sebagai nya? |
|
|
|
|
|
|
|
ghalibboy replied at 11-4-2022 04:07 AM
I have a friend , she was normal ,belajar pandai , dapat scholarship to Uk, graduated and kerja. L ...
Kawan u tu... jadi secara tiba2? Takde punca ke like kena abuse, putus cinta, kena betray? |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 31-3-2022 08:16 PM
2009
Tered pun ada taun tuh kat bodgos sana
Tak jumpa la acik puas mencari. Apa kata kuncinya. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 11-4-2022 11:06 PM
Makin serius dia sekarang. News terbaru tadi yasin bipolar+psikosis. Dah start halusinasi. Memang ...
Ya boleh. Sebagai contoh jika konsisten dia ambil ganja sebagai alternatif perubatan bagi dirinya. I rasa kebarangkalian Yassin relapse I ada sebut awal thread.
Sebagai contoh jika dia tak pernah missed makan ubat (kita sebut ganja tu ubat), dan tiba tiba satu hari oleh sebab dia ditahan reman, maka selama 14 hari dia tidak makan ubatnya seperti biasa, ditambah berada didalam lokap yang mana tidak boleh tidur dengan selesa (sedangkan bagi pesakit Bipolar, tidur adalah penting, macam baby, tak cukup tidur dia meragam), stress memikirkan hukuman (walaupun belum termaktub bakal dihukum sedemikian) = resepi sempurna untuk menjadikan keadaan seseorang itu lebih teruk. Waima diberikan rawatan dihospital kerana dia perlu bermula semula dari awal (jika sebelumnya dia guna ganja, now kena kembali ke ubat ubatan sepital maka bermula sekali lagi process try dan error) |
|
|
|
|
|
|
|
Heydidle replied at 11-4-2022 11:48 PM
Mood boleh berubah2 dlm masa singkat tu apa punca sbnrnya ya? Apa yg kurang pada chemical / saraf ...
Ia ada ketidakseimbangan chemical dalam otak tapi boleh ditambah keseimbangannya dengan pengambilan ubat ubatan.
Ya betul ia normal tapi bagi pesakit Bipolar Disorder ia tidak sama, orang normal jika berasa sedih kerana sesuatu hal, pesakit Bipolar mungkin dalam situasi yang sama tidak merasa apa apa. Sebagai contoh, sewaktu ex I direman dilokap selama 5 hari, orang normal akan sedih dan risau, manakala I aman aman beli bunga dan siram bunga. Hidup macam biasa sambil fikir ni kalau laki aku masuk penjara, aku nak mintak cerai ke apa. Orang normal dalam situasi ini sesilap meraung dah tapi I tak bagitahu sesiapa dan kunci mulut I rapat rapat.
Disini keanehan (atau kebaikan Bipolar dalam situasi I), orang normal apabila dalam situasi ini, biasanya redha je diperlakukan lagu mana oleh pihak polis kerana tak nak lawan nanti akan jadi lagi teruk, mereka sangka kalau ikut je cakap polis maka akan ok lepas tu, bebas ke apa, manakala otak I sebaliknya. I akan lawan dan persoalkan kenapa polis yang sepatutnya memberi maklumbalas terkait kes suami I , bertindak menyekat I dari bertanya lebih lanjut (block nombor I). Bagi orang normal kalau dah kena block tu redha je u ol, mau diapain? I pula siap pasang dua lawyer, file report ke balai polis, buka kes di Suruhanjaya Agensi Penguatkuasaan, report ke Bukit Aman kerana BLOCK sahaj yang mana I rasa mencalarkan maruah I dan I tidak suka tindakan kurang sopan begini. I tak boleh let go melainkan untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya jangan berbuat sesuka hati terhadap sesiapapun. Jika I djamkan diri kebarangkalian mereka mengulangi peel itu tinggi.
Nampak tak beza tindakan I dengan orang normal? |
|
|
|
|
|
|
|
Heydidle replied at 12-4-2022 01:19 AM
Kawan u tu... jadi secara tiba2? Takde punca ke like kena abuse, putus cinta, kena betray?
Mengikut kakaknya, start nya dia pergi kursus dalam camp hutan( mostly govt servants kena pergi utk ketahanan diri), mcm kena histeria. After that dia boleh kerja, tapi macam lebih terasa takut dgn apa2, ( selalunya responsibilities yg berkait dgn kerja yg memang ada offers of bribe utk meluluskan itu ini , dll, ). Tak tahu ke betul ada ternampak kematian yg beri bad impact to her, bila ke gerai makan nampak lalat banyak, semua tu macam sangat memberi kesan pada dia. Pada orang lain ,mungkin perkara biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
ghalibboy replied at 12-4-2022 04:37 AM
Mengikut kakaknya, start nya dia pergi kursus dalam camp hutan( mostly govt servants kena pergi ut ...
As a friend , masa dia kanak2 , memang dia more to reading books. Suka memerap dalam bilik baca buku saja. Bukan buku pelajaran saya. Siblings dia semua educated banyak buku di rumah dia.Suka juga buat experiments, contoh nya kalau belajar science kat sekolah, kat rumah dia buat experiments. Jenis yg mcm suka mengkaji dan memikir kut
When she came back from UK, she was still biasa , we all sometimes pergi makan2 , shopping dll.
Ada sekali I ingat dia kena ragut , masa mula2 kerja , masa tu pun dia dah mula takut utk keluar ke tempat awam.
I guess dia punya emosi ini lebih mendalam dr orang normal, kalau takut terlebih takut, kalau risau terlebih risau. |
|
|
|
|
|
|
|
Heydidle replied at 12-4-2022 01:19 AM
Kawan u tu... jadi secara tiba2? Takde punca ke like kena abuse, putus cinta, kena betray?
Yg mendalam2 I tak tau.
Tapi dulu2 I selalu terasa seronoknya jadi dia. Pandai, dapat sekolah asrama penuh, dapat JPA scholarship further studies kat UK. Cantik , tinggi lampai , badan cantik, pakai baju pun cantik. Dulu2 belum bertudung. Dapat kerja pun as an officer.
Tapi sebab penyakit dia, sekarang dia on meds, keluar pintu rumah pun trauma. Hidup dia dalam rumah yg sama bertahun2.
But she is happy in her own way, her sister said memang spent time baca2 buku agama, perform religious duties, yg wajib dan sunat.
Semasa dia belum sepenuhnya terkurung tu, sis dia kata ada ada keluar savings dia , I think rm100k, beri sis dia kira utk duduk dalam rumah tu dan utk keperluan lain.
Sekarang dah totally dlm rumah je. Ada juga sesekali I pergi jenguk dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
ghalibboy replied at 12-4-2022 04:52 AM
As a friend , masa dia kanak2 , memang dia more to reading books. Suka memerap dalam bilik baca bu ...
Ini benar, berdasarkan ulasan psikiatrist bipolar patient biasanya (tak semestinya) suka membaca. I sendiri dahulu rumah dipenuhi dengan buku dan kitab kitab agama, sehingga waktu polis datang untuk ambil gambar bagi tujuan crime scene evidence, I masih ingat ASP atau DSP yang berbual dengan ex laki I (masa tu I duduk diluar), apa level pendidikan I, sebab depa suprised lagu mana I tahu loophole dan mungkin kerana tak takut macam orang biaza. Actually bipolar patient ni antara simptomnya adalah depa biasa terlibat dalam risky atau dangerous behaviour, cuma I tidak mengamuk dan questioned them. Level pendidikan I cuma SPM sajork, I dapat offer untuk sambung belajar tapi jika you all baca thread I, you all akan tahu, kenapa I tak sambung belajar. I mula bekerja dari usia 18 tahun y'all dan pengalaman bekerja I bersepah, dan akhir pekerjaan I melibatkan I banyak berurusan dengan jabatan kerajaan, ex laki pon warga asing so I memang tahu (bukan pakar) selok belok kerenah birokrasi ni, nak muntah menghadapnya. I tak pasti family Yassin boleh visit ke tidak, I tak fikir depa akan fight untuk lawat Yassin meaning lawan macam I lawan berhujah dengan polis knowing depa soft spoken type. |
|
|
|
|
|
|
|
Bipolajourney replied at 12-4-2022 05:59 AM
Ini benar, berdasarkan ulasan psikiatrist bipolar patient biasanya (tak semestinya) suka membaca. ...
Peguam yasin ada melawat Khamis lepas. Dan peguam pun tengah arrangekan perjumpaan family yasin dengan yasin. Kuat betol sokongan family heols. Adik beradik dah 30an 40an takda socmed pun sekarang masing2 buat akaun IG/FB semata2 Justice for yasin. |
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan pengalaman I dalam berurusan dengan pihak polis, kita boleh melawat orang yang ditahan reman, bergantung pada budi bicara polis yang handle kes. Seperti kes ex laki I, statement dari polis sendiri saling contradict, ada yang cakap boleh dan ada yang cakap tak boleh. Yang cakap boleh hari ini, tapi esok jadi tak boleh pun ada, kerana itu penting bagi kita ambil nama polis dengan siapa kita bercakap, dari jabatan mana, apa dia cakap supaya jika ada percanggahan kita boleh petik nama dan letak kesalahan dibahu orang yang bertanggungjawab. Macam I bila jadi macam ni I tanya balik polis tu supaya sel sel otak berhubung :-
" Takkanlah Polis yang merupakan satu jabatan tidak memiliki sistem dalam urusan ini, bagaimana kenyataan sesama polis saling bercanggah antara satu sama lain ?"
|
|
|
|
|
|
|
| |
|