CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

'Kalau PH Tak Batalkan Canal City Dulu...' - Najib

[Copy link]
Post time 30-12-2021 04:18 PM | Show all posts
slax replied at 30-12-2021 04:13 PM
Apalah nak di harapkan pada kerajaan ph  Selangor  sekarang ni.. tasik yg ada pun di biarkan develop ...

bagus

silent reader ramai yang dah bersuara

mereka lebih yakin dengan hujah bangkem dan rakan2 berbanding hasutan syaiton

next PRU jangan pangkah DAP dan sekutu mereka ye

ingat banjir = ingat pembatalan projek canal city


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 04:20 PM | Show all posts
kemaruk replied at 30-12-2021 04:01 PM
bukan kecil2 anak

besar tuuuuuuuuuuuuuu kolam yang dicadangkan

.


Peta ini lebih tepat mempamirkan keluasan kesuluruhan Terusan itu di Canal City, iaitu yang berwarna biru. Kapasiti terusan itu jelas amat besar.


Seperti Terowong SMART di KL, Projek Mega ini ada 2 tujuan, iaitu Tebatan Banjir dan kawasan perumahan cantik. Kos pembinaan terusan dibiayai oleh pemaju swasta yang dapat ganjaran tanah percuma dari kerajaan Selangor.

.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 04:21 PM | Show all posts

ish ish ish

dapat kat PH, satu hapa kolam pon takde
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 04:23 PM | Show all posts

Ha ha ha ha ... macai2 totok party assobiyyah dah gelabah

Korang klaim Canal City boleh setel semua banjir ... ok where is your data?
- Berapa taburan hujan (mm) yang Canal City boleh / mampu tambat?

Tak kan tak mampu bagi? Its just a number

Atau korang sundri tak tau ... jadik korang ni temberang aje lah

Op op op op ... jangan lupa kat 2 isu ni ye :
(1) JPS (content expert & authoritative body) kat Malaysia hanya satu aje - nak tanya sapa lagi untuk fact check ko tu?
(2) what is your recommendation?

@kemaruk


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 04:30 PM | Show all posts
senarai kekantoian (kalau ada lain bagitau ye)

1) tuduhan umno punca banjir sri muda = terjawab.. rupanya tembok pecah akibat pembinaan perumahan baru yang diluluskan KERAjaan PH

2) tuduhan noh omar dan MKN = kantoi.. noh omar jaga bahagian keselamatan je, tapi bahagian bencana alam kerajaan negeri selangor punya tanggungjawab

3) tuduhan mana nak alih 30% kalau dua2 sungai penuh = kolam tampungan ada untuk simpan air

4) tuduhan nape umno tak fight agar projek diteruskan = terjawab melalui hansard sidang DUN

5) tuduhan umno tak buat kajian bina canal city = terjawab melalui statement khir toyo

6) tuduhan kapasiti tasik canal city ciput je = luas tasik canal city jauh lebih besar dari kolam smart tunnel yang boleh tampung 1.5 juta3 air
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lurkingaround replied at 30-12-2021 03:48 PM
.
Sila lihat jawapan saya di atas kepada axlbach.
.

Seperti membina rumah lepas tu orang tanya, eh berapa besar rumah kau, ooooih besar!  Berapa tingkat rumah kau ni oish bertingkat2 berapa bilik rumah kau ni oish banyak bilik boleh duduk berpuluh2 orang ni…..

Dan orang hanya akan krik krik krik kan jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2021 04:36 PM | Show all posts
kemaruk replied at 30-12-2021 04:30 PM
senarai kekantoian (kalau ada lain bagitau ye)

1) tuduhan umno punca banjir sri muda = terjawab.. r ...

Ha ha ha ha ... tak jawab apa2 pon


Dok lari sini sana nak alih isu
- Berapa taburan hujan (mm) yang Canal City boleh / mampu tambat?

Soalan senang aje tapi dok bebel & temberang ke lain

Kalo tak tau , mengaku aje


Konfom lah ko ni temberang


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 30-12-2021 04:13 PM
https://goo.gl/maps/LxFWFGAAvPJJZCBRA

ini kolam buangan air smart tunnel yang boleh tampung 1.5 jut ...

Rasanya Derkem silap faham ni,  jumlah 1.5 juta m3 air tu anggaran kapasiti yg aku kira sendiri dlm SMART TUNNEL,  bkn kapasiti outlet tasik ni.... Aku kira panjang smart tunnel dgn radius dia so dptlah nilai anggaran 1.5 juta m3 tu...

Berkenaan dgn terusan di Canal City rasa sekali lagi Derkem keliru,  gmbr yg Derkem tepek tu pelan keseluruhan Canal City (yg berwarna biru tu)  .... Kalau tgk gmbr keseluruhan projek tu terusan tu cuma lebih kurang 1/8 hngga 1/10 keluasan kawasan biru tu,  setelah ditolak waterfrint kiri kanan tebing terusan yg berbentuk S dari  tasik inlet di Sg Klang tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 05:45 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 30-12-2021 05:48 PM
sam1528 replied at 30-12-2021 04:23 PM
Ha ha ha ha ... macai2 totok party assobiyyah dah gelabah

Korang klaim Canal City boleh setel sem ...

Dari pos #266
Walaupun benar projek berkenaan telah dibatalkan oleh mantan Abdul Khalid, namun Faekah menegaskan, Ahli Parlimen gagal menyatakan sebab utama pembatalan projek tersebut.

"Beliau (Najib) gagal menghitung 'kerugian' yang ditanggung kerajaan dan rakyat Selangor apabila projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat swasta melalui konsep usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri. Tidak juga disebut keuntungan besar yang bakal diraih oleh syarikat swasta berkenaan.

.
Dalam perkara ini, skrip utama parti assobiyyah PKR/PH adalah menghasut Rakyat Selangor supaya membenci  kerajaan UMNO/BN, spt dakwaan wang rasuah. Projek Mega Tebatan Banjir untuk manafaat Rakyat Selangor tak berapa penting dalam skrip utama PKR/PH ini yang gila kuasa berlebihan, spt PM Tepi aka Numberman Anwar, iaitu boleh gila kuasa sampai lupakan kepentingan Rakyat, terutamanya kepentingan Rakyat kaum Melayu/bumi. ... Itu sebabnya, mereka pakai "desktop study" yang ringkas sebagai sebab-tak-utama untuk membatalkan projek itu.
.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 30-12-2021 06:15 PM
axl_bach replied at 30-12-2021 04:36 PM
Rasanya Derkem silap faham ni,  jumlah 1.5 juta m3 air tu anggaran kapasiti yg aku kira sendiri dl ...


Smart tunnel max capacity 3mil m3, equavalent to 2000 olypmpic size swimming pools, the biggest in SEA.  Singapore Stamford detention tank pun baru 38k m3 (15 olympic sized awimming pool).  Haritu Smart tunnel dalam berita managed to divert 5mil m3 to avoid kl tengelam.  So camne la ada orang tu cakap canal city ni lagi besar semesta alam?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 06:17 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 30-12-2021 06:22 PM
sam1528 replied at 30-12-2021 12:58 PM
Jawapan retorik ... not addressing the issue

(1) Berapa taburan hujan (mm) yang City Canal boleh

(2) boleh tak 30% diversion kalo dua2 sungai dah melimpah?
  

.

http://putraprimapuchong.blogspo ... ion-project-in.html - 2010/07 - canal-city-flood-mitigation-project-in Selangor

Dari artikel Berita Harian di atas pada 17/12/2007; ...

Kerajaan Selangor sentiasa prihatin dengan masaalah banjir .... ... Tujuan utama pembangunan ini adalah untuk mengurangkan masaalah banjir di sekitar Lembah Klang dengan mengalihkan 30 peratus dari Sunga Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak, disamping meningkatkan kualiti hidup penduduk ...

Itu kenyataan dari kerajaan Selangor pada 2007. Kalau anda nak pertikaikan tentang 30% itu, kenalah tunggu Projek itu siap. Sama spt samada vaksin Covid betul2 boleh mencegah kematian Covid dan mencapai imuniti kelompok (>70%), spt yang telah diumumkan oleh Pfizer Inc dari kajian mereka pada Dis 2020 - sekarang sudah lengkap vaksin >80% populasi di kebanyakkan negara, terbukti tidak, iaitu pada Dis 2021.
.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
lurkingaround replied at 30-12-2021 04:20 PM
.



Yg terusan tu adalah biru teranglah... Yg biru muda tu kawasan waterfront
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 06:44 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 30-12-2021 06:45 PM
axl_bach replied at 30-12-2021 06:32 PM
Yg terusan tu adalah biru teranglah... Yg biru muda tu kawasan waterfront

.
Ya, anda betul. ... Ada juga kolam takungan air banjir besar segi empat/"inlet pond"  dan "secondary canal" yang lebih sempit dari "main canal". Kapasiti semua kawasan terusan sepanjang 18km itu, termasuk "secondary canal", adalah amat besar. Berbanding dengan 12km panjang untuk Terowong SMART di KL - terowong(= bawah tanah) biasanya lebih sempit dan lebih cetik dari terusan.
.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by axl_bach at 30-12-2021 06:52 PM
lurkingaround replied at 30-12-2021 06:44 PM
.
Ya, anda betul. ... Ada juga kolam takungan air banjir besar segi empat/"inlet pond"  dan "second ...


Aku pun x pasti kedalaman terusan buatan ni biasanya berapa dlm,  tp setakat yg aku jumpa biasanya terusan dunia yg panjang2 tu average dlm 4-6m dalam,  x termasuk terusan yg dibina utk laluan kapal lah yg tu sampai berpuluh2 meter...

Kalau tasik buatan biasanya dalam x sampai 2.5m pun,  ni yg aku jumpa lah dlm internet.

Utk Smart Tunnel plak,  kalau dikira diameter terowong tu adalah 13.2m
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 06:53 PM | Show all posts
Edited by sam1528 at 30-12-2021 07:05 PM
lurkingaround replied at 30-12-2021 06:17 PM
.

http://putraprimapuchong.blogspo ... ion-project-in.html - 2010/07 - canal-city-flood-mitigation ...

Ha ha ha ha ... macai totok party assobiyyah macam ko dah terlampau gelabah

Ko langsung takmo jawab apa2 soalan tapi dok kitar semula isu yang tak ada harga

Persoalan aku tentang 30% diversion tu ada kaitan dengan taburan hujan & kapasiti Canal City ni

Ko tau tak berapa m³/s aliran 30% diversion tu , semasa peak banjir & dari 2 sungai tau.

Tu pasal aku tanya : berapa taburan hujan (mm) yang Canal City mampu tambat

Ni belum lagi ditambah variable aliran XX m³/s , iaitu diversion 30% semasa banjir bermakna sungai dah melimpah , dari 2 sungai tau

Ko ada data atau tidak? Kalo tak ada , camno ko mati2 boleh klaim Canal City boleh setel semua banjir?

Ko tau tak 1 m³ tu besar mana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Peluang baik utk Khir Toyo present hasil kajian dorg yg dulu...


Projek Canal City boleh diteruskan jika dijamin atasi banjir: MB
30 Dec 2021

Datuk Seri Amirudin Shari
NORAFIZA JAAFAR
GOMBAK - Projek Canal City boleh diteruskan jika dijamin mampu mengatasi jumlah taburan hujan luar jangka seperti berlaku pada 18 Disember lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan tebatan banjir yang dibuat semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).


Menurutnya, sebarang projek yang mahu dijalankan perlu menyelesaikan isu utama dihadapi.

Kita tidak boleh 'copy paste', tapi kena tengok berapa banyak jumlah hujan dan air yang mampu ditampung. Tak kisah namanya Canal City atau nama lain sekali pun, projek itu perlu mampu menampung jumlah air yang tinggi.

Kena terima hakikat pada 18 Disember lalu jumlah hujan tiga kali ganda daripada biasa, kalau buat terusan atau kedalaman tetap tidak dapat menampung kadar tersebut dan akan menyebabkan banjir, katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula projek Canal City berikutan banjir besar yang berlaku di Selangor.

Amirudin berkata, kerajaan negeri mempunyai pelan jangka masa panjang tebatan banjir di lokasi hotspot yang dikenal pasti sejak 2008.

Dalam tempoh tersebut, kita telah ambil langkah menangani banjir menerusi pembinaan kolam takungan serta mendalamkan sungai dan proses itu dilakukan secara berterusan.

Sebab itu, setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan RM50 juta ke RM60 juta untuk projek itu bersambung, bukan projek sehari.

Tapi adakah Canal City solusi banjir, saya tidak boleh bagi jawapan kerana air sentiasa bergerak, bukan hanya tertumpu kepada satu stesen sahaja, katanya.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan diteliti dan tidak mahu membuat sebarang kesimpulan awal sebaliknya keutamaan kini difokuskan kepada pembersihan dan penyampaian sumbangan.

Projek Canal City merupakan pembinaan terusan air utama sepanjang 18 kilometer (km) merentasi daerah Klang hingga ke Hulu Langat yang akan menghubungkan Sungai Klang dengan Sungai Langat bermatlamat mengalihkan 30 peratus air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak.

Sebanyak RM3 bilion diperuntukkan khusus untuk projek tebatan banjir yang mula dibina pada tahun 2007 sehingga tahun 2009 tetapi tergendala apabila kerajaan Pakatan Harapan ambil alih Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 07:02 PM | Show all posts
kemaruk replied at 30-12-2021 04:30 PM
senarai kekantoian (kalau ada lain bagitau ye)

1) tuduhan umno punca banjir sri muda = terjawab.. r ...

Ha ha ha ha ... he he he he ... penjelasan macai totok party assobiyyah yang terlampau naif
3) tuduhan mana nak alih 30% kalau dua2 sungai penuh = kolam tampungan ada untuk simpan air

Berapa m³/s aliran 30% diversion tersebut , masa banjir & sungai melimpah & dari 2 sungai

Tak termasuk lagi : berapa taburan hujan (mm) yang Canal City mampu tambat

Jadik apa kapasiti Canal City ni?

Mana data ko?

Kalo tak ada data , camno ko boleh klaim Canal City boleh setel semua banjir?


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 07:02 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 30-12-2021 07:13 PM

.
The Malaysian government has monitored the situation since the early 1970s, and responded  with the development the Klang River Basin Flood Mitigation Project. The government has attempted to control flooding by creating holding ponds and increasing river channel capacity, but this has had only limited success.

In 2001, the government sought proposals for a more effective solution to flooding, to prevent disruption to the city’s center during a typical flood event , with a duration of three to six hours. The original idea was for a tunnel to divert and store the storm water, but the idea progressed into the concept of a mixed-use tunnel that would allow traffic flow when the tunnel was empty of water.  ...

https://www.google.com/url?sa=t& ... nqHXJ7gBYZSl8Zo34S_ - pdf: KL SMART Tunnel Case Study
.

Sejak 1970an, kerajaan pusat Malaysia mendapati pembinaan kolam tadahan air dan menggali sungai tak mencukupi untuk mencegah atau mengurangkan banjir kilat. Itu sebabnya diilhamkan Projek Mega Tebatan Banjir Terowong SMART di KL pada 2001, suatu projek kerjasama kerajaan dengan pihak swasta. Kemudian kerajaan Selangor pun merancang Projek Mega Tebatan Banjir Bandar Terusan/Canal City pada 2004.

Mengapa kerajaan PKR/PR Selangor tiada Projek Mega serupa selepas membatalkan Projek Bandar Terusan/Canal City pada 2010.? Sebaliknya, mereka dapatkan satu "desktop study" dari JPS Selangor yang mengata bahawa kolam2 tadahan air sedia-ada mencukupi untuk tebat banjir = tak perlu Projek Mega Tebatan Banjir. Ini bercanggah dengan kajian dan pengalaman semasa kerajaan pusat Malaysia sejak 1970an. Tindakan kerajaan PKR/PR Selangor pada masa itu harus disiasat, termasuk dakwaan mereka yang ada elemen wang rasuah dalam Projek Bandar Terusan.
.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 08:17 PM | Show all posts
axl_bach replied at 30-12-2021 06:55 PM
Peluang baik utk Khir Toyo present hasil kajian dorg yg dulu...

Ni dah cabar mencabar


MB Selangor cabar Pok Jib (yang kalah rayuan tu) buktikan yang Canal City boleh setel isu banjir

Pok Jib (yang kalah rayuan tu) ada bran ka

Macamana dengan macai2 totok party assobiyyah ... ada bran ka?

@lurkingaround

@kemaruk


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 30-12-2021 04:36 PM
Rasanya Derkem silap faham ni,  jumlah 1.5 juta m3 air tu anggaran kapasiti yg aku kira sendiri dl ...

Oklah kita anggap projek canal city ni cuma boleh tampung 1juta m3 air

Itu pun bukanya jumlah yang sikit.. berapa banyak tempat yang banjir ketika tu boleh dielakkan? Ok lah sri muda konfem takleh diselamatkan sebab punca utama benteng pecah.. tempat lain? Banjir kat kajang yang berlaku lepas tu boleh dielakkan tak? Waktu tu sungai langat je yang melimpah, sungai klang tak..
Yang pasti impak banjir besar tu akan kurang kalau ada canal city ni

Ok nak tanya.. projek rimbayu yang ganti canal city ni, berapa banyak air banjir berjaya ditakung? Jangan sekadar pandai kondem projek BN je.. projek rimbayu tu takde guna satu sen pon atasi banjir

Asyik kitorang je yang jawab.. apa kata korang jawab pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.085827 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list