|
saat klimaks macam ni...
buat smua trnanti2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 401# amandaatika
klimaks apa tu tika? ehehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by babyanah at 20-7-2010 22:01
Episod 37
Hampir waktu Isyak barulah aku berpeluang untuk merehatkan diri. Segera aku ke bilik berhajat untuk mandi dan menunaikan Solat Isyak. Aku baru saja hendak menanggalkan pakaian ketika Hafizz tiba-tiba melangkah masuk ke dalam bilik. Cepat-cepat aku menutup bahagian atas badan dengan sehelai tuala, walaupun sebenarnya pakaian masih melekat pada tubuh badan aku. Hey! Tindakan refleks sebab terkejut lah tu. Dia tersengih-sengih memandang aku sebelum mengambil keluar sehelai tuala lain dari dalam almari dan terus masuk ke dalam bilik air yang memang dibina sekali dalam bilik pengantin ini. (ala-ala master bedroom gitu)
Hmm….dia dah masuk terlebih dahulu. Aku pun merehatkan diri di atas katil menunggu giliran untuk mandi. Hendak keluar dari bilik, kaki-tangan dah lenguh. Rasa macam nak terus tidur aje, kalau tak memikirkan badan aku yang bergelumang dengan peluh dan bau hapak hasil dari kerja-keras membersih ala-ala kena ragging tadi.
Senyap jer. Sudah tidak kedengaran bunyi air dari arah bilik mandi. Agaknya Hafizz sudah selesai bermandi-manda kut. Pintu bilik air tiba-tiba terbuka. Aku yang sedang baring di atas katil segera menutup mata berpura-pura tidur ketika Hafizz keluar dari bilik mandi dengan hanya memakai sehelai tuala.
“Ika….?” Hafizz membuka mulut ketika dia sedang menyalin pakaian. Haruman gel mandian memenuhi ruang kamar. Dia tahu aku sedang mendengar. Segera dia menghampiri katil lalu membaringkan dirinya disebelah aku. Cepat- cepat aku menutup muka dengan tangan bila terasa tangannya melingkar dipinggang aku.
“Nak buka hadiah-hadiah yang kita dapat tadi tak?” Bisiknya ditelinga. Meremang bulu roma aku. Aku menggigit bibir sambil meneguk air liur. Masih bersemangat lagi dia ni? Tak letih ker? Bukankah dia sekali dengan aku membersihkan semua-semua benda kat dapur tadi?
“Penatlah…tak larat.” Aku menjawab perlahan. Mau tak penat, bila semua orang dah pulang, berlonggok-longgok pinggan mangkuk setia menanti kat belakang rumah. Itu tak termasuk dengan periuk-belanga yang besar gedabak serta kuali yang saiznya boleh muat aku seorang. Semuanya perlu dibersihkan dan dipulangkan semula kepada tuan empunya pada keesokkan hari.
Namun apabila teringatkan cerita jam loceng itu, aku jadi gayat sedikit. Cuak kalau-kalau ada kengkawan aku mahupun kengkawan Hafizz yang nak dajalkan kita orang. Urgh! Tak sanggup aku membayangkannya.
“Tak apa, esok-esok kita bukalah. Sayang mandilah dulu. Abang keluar kejap nak sembang dengan orang-orang kat luar.” Dia mencium pipi aku sebelum bangun. Melayang aku seketika dipanggil sayang. Aduh!! Dia bersayang-sayang, berabang-abang pula dengan aku. Aku terkedu seketika sebelum memberi isyarat ok dengan jari-jari aku. Setelah dia keluar, pantas aku ke bilik mandi menyegarkan diri. Lepas ini aku gerenti aku mesti tidur tak sedarkan diri.
*******
Aku tersedar bila terasa wajahku dibelai lembut. Kelopak mata rasa tak larat tapi aku paksa juga supaya ianya terbuka. Hampir saja aku menjerit, kalau Hafizz tak menutup mulutku dengan telapak tangannya.
“Shush….Akulah.”
“….” Aku masih lagi dalam keadaan mamai.
“Pukul berapa ni?” Soalku kemudian.
“Dua lebih.”
“Apasal tak tidur lagi?” Aku menggosok-gosok mata.
“Layan tengok kau tidur.”
“Kau ni ada-ada jer…”
“Jom duduk kat luar.”
“Luar mana? Mengantuklah.” Aku menguap sambil menutup mulut.
“Kat sini jer…” Ada balkoni kecil pada bilik pengantin itu. Tak besar sangat, cukup untuk menempatkan dua orang yang ingin melihat pemandangan di luar.
“Jom ar…” Dia menarik lengan aku supaya bangun dari katil. Aku turutkan sahaja kehendaknya, malas nak menolak. Berkeriut bunyi daun pintu balkoni ketika dibuka. Angin malam berhembus dingin. Sejuk. Dia meraih bahu aku sebelum memeluk aku agar lebih dekat disisinya.
“Sejuk?” Dia bertanya apabila melihat aku yang menggigil kesejukan dan kelihatan pucat. Aku sekadar mengangguk. Kami duduk bersebelahan sambil memandang langit malam yang dihiasi bulan purnama sedang mengambang.
“Cantikkan?” Aku mengangguk lagi turut terpesona dengan keindahan yang disajikan. Seketika kemudian dia mengalihkan pandangan ke wajahku. Cuba mengamati diri aku dalam sinar rembulan. Aku biarkan saja walaupun sebenarnya hati aku sudah dikuasai oleh rasa gemuruh.
“Kenapa?” Tanya aku kemudian setelah rasa tidak selesa mengambil tempat dalam diri.
“Hmm….kau nampak cantik sekali hari ini….aku tak sempat nak bagitahu kau siang tadi.” Merona wajahku mendengar pujian tersebut.
“Terima kasih.” Lepas aku ucapkan terima kasih, pandangannya masih lagi tidak beralih.
“Ada apa lagi?”
“Aku rasa kau lagi menarik daripada bulan itu.” Aku meneguk air liur bila wajah dia semakin dekat pada wajah aku. Tersekat nafasku seketika, sesak seolah-olah menyerang didada.
“Ika…”
“Hmm…”
“Aku tahu aku tak melamar kau dengan betul…” Terasa hembusan nafasnya menyapa pipi aku. Meremang bulu roma aku jadinya.
“Jadi malam ini dengan bersaksikan bintang dan bulan, sudikah kau menjadi isteri aku?”
“Hafizz, kalau aku tak setuju pun, kita dah kahwin laa……” Jawab aku lalu melarikan wajah aku dari tatapan matanya.
“Aku tahu, tapi aku nak dengar sendiri dari mulut kau….” Dia bersuara lagi tidak mahu berputus asa.
“Ika, pandang aku….” Kedua-dua bahu aku diraih dan tubuh aku dikalihkan memaksa agar aku berhadapan dengannya.
“Aku ulang sekali lagi…”
“Zulaikha Binti Zahar, sudikah kau menjadi teman hidupku sepanjang hayat ini? Sudikah kau menerima aku? Sebagai suami di sisimu? ” Aku pandang wajah dia mencari ketulusan yang kelihatan bersinar pada anak matanya. Renungannya yang memukau. Sorotan matanya yang lembut mengasyikkan menggetarkan hati aku.
“Su..di….” Belumpun habis ayat itu kuucapkan…bibirnya sudah terlebih dahulu mendarat pada bibir aku. Mata aku tertutup rapat, lama. Terasa jemarinya membelai rambut aku yang terbiar lepas.
“Hafizz….” Aku berniat untuk berkata sesuatu ketika dia menjarakkan wajahnya.
“Shussh…” Jari telunjuknya diletakkan pada bibirku memberi isyarat agar aku membisu. Dia menongkat dagu aku sebelum mata kami bertentangan semula. Sekali lagi, dia menundukkan kepala dan mengucup aku lembut, lebih lama dan lebih mengasyikkan dari yang tadi. Aku jadi kelu dan tidak mampu untuk berkata-kata.
Hening seketika suasana. Lama aku mendiamkan diri setelah kucupan itu berakhir. Dia memeluk bahu aku kejap seolah-olah tidak mahu melepaskan aku ke mana-mana.
“Boleh tak malam ini kita jangan buat apa-apa?” Bergetar suara aku ketika menuturkannya.
“Apa-apa?” Dia mengukir senyuman nakal sambil melirik ke arahku.
“Hafizz….”
“Okey-okey, I get it…..don’t worry. I won’t force you if you are not ready.” Katanya sambil menggosok-gosok lembut bahuku.
“Thanks.” Balasku sambil melakar senyuman manis. Lega sebenarnya.
“But, you know…hari itu pasti akan tiba juga…eventually…” Berderau darahku mendengarkannya, membuatkan aku jadi gundah semula.
“Jom masuk tidur.” Dia pandang muka aku yang kelihatan takut-takut. Rasa nak pengsan pun ada.
“Aku janji aku tak akan buat apa-apa. Aku peluk jer…tak luak pun.” Katanya sambil meraih aku ke dalam pelukannya. Kami beriringan masuk kembali sebelum aku berpaling semula untuk menutup pintu balkoni yang terbuka luas tadi.
Aku sedang mengunci pintu balkoni bila tiba-tiba Hafizz merangkul aku dari belakang sebelum mengangkat dan mencempung aku lalu membawa aku menuju ke katil. Terjerit kecil aku dibuatnya.
Dia segera memeluk aku yang cuba melepaskan diri. Aku rebah semula ke dalam dakapannya.
“Nak ke mana?” Bisiknya lembut ditelingaku.
“Tak ke mana.” Balasku juga separuh berbisik.Tangannya pantas melingkar dipinggang aku dengan jemarinya menggenggam erat jemariku. Terasa ciuman melekat ditengkuk aku.
Dalam resah aku cuba melepaskan diri tapi semakin aku berusaha untuk melonggarkan pelukan dan genggamannya semakin erat juga dia memperkemaskan pelukan serta genggaman pada jemariku. Akhirnya aku relakan sahaja. Lama-kelamaan aku sendiri yang terlena dalam hangat pelukannya.
p/s: uols citer ni dah nak habis........tinggal 1 n3 jer kut.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah nak habis???kalau mcam 2,habiskan mlm ni ajelah baby..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
habiskan jeeee........... baru seronokk
takkan ika ngan hafiz cakap aku kau jeee.... tak lomantik wooo |
|
|
|
|
|
|
|
ok..baby msk le n3 terakhirnya ari ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dah nak abis ker baby..... |
|
|
|
|
|
|
|
ye baby,
xpe habiskan pun... xlah tension baby dgn kitorg punya NEXT! NEXT!
tp memang sweet pasangan pengantin baru ni...
sebab masing2 memendam perasaan lama sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
morning baby..
moring uolsss.... |
|
|
|
|
|
|
|
next n3 baby.....
dah tinggal sikit aje tu, bagilah habisssssssssss................ |
|
|
|
|
|
|
|
mari kita ramai2 seru baby......... |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke tinggal sikit je n3nya...
pape pun kalu free letak n3 lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 402# babyanah
ceh..buat2 x faham pla |
|
|
|
|
|
|
|
wah..da nk abis ye baby..last n3 baby..bstnya..ni lagi rasa nk kawin..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
baby blm ada n3 lg ke?????????????? utk minum ptg |
|
|
|
|
|
|
|
baby...
kami mnyeru namamu..
msukkn lah n3 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|