|
UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
398# aziefa
Azie,
Kakak, Alhamdullillah....
rindu lama tak jumpa azie..
Memang terasa begitu cepat masa berlalu.....
bak kata aily, singkatnya masa kerana Ahad ni dia dah nak balik, membuatnya terkejar dan nak gunakan masa yang ada sebaik mngkin..... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua..ustaz baru je called saya.
jadual kami ditunda ke 3hb April
freshoren Post at 26-3-2010 09:54
akak freshoren pun kena tunda ke....
sabarla banyak2... |
|
|
|
|
|
|
|
akak freshoren pun kena tunda ke....
sabarla banyak2...
al-asil Post at 26-3-2010 15:52
aah..
patut pegi 1hb tunda ke 3hb..
al asil pun tunda kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
itu ari kat mekah dok firdous palace
tp kat firdous tower ade insiden lif terhempas sbb tali putus..
JulietTheOrange Post at 26-3-2010 10:32
bab lif teringat umrah 90an dulu aku 3 beradik naik, badan besar2 bila
naik je lif yg lama tu jenis pintu tarik manual & sebelah dlm bole pegang
& sentuh dinding semasa lif naik turun aku selalu kata macam spiderman.
1 hari tu angin gila aku datang saje lompat2 masa nak turun lagi 1/2 tkt
nak sampai lobi lif jem sebab lompatan tu terpaksa buka pintu dari tkt 1
dan panjat klua. Nasib baik arab tak tau sebab aku lompat depa kata ni
mesti 3 beradik ni berat sangat! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by transporter at 26-3-2010 19:18
Betul...tu... perjalanan Jeddah Madinah, pergi balik melalui UDARA, berbaloi-baloi..... Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman harpers travel...
qurota Post at 26-3-2010 12:37
Salam semua. Just nak share.
Dulu (2003~2004) klau sesiapa fly Saudia memang ada ticket (JED-MED) diberi FREE.
Tapi ....... by the time kita check-out JED, last flight gi MED dah abis.
Tunggulah kat departure hall hingga jam 6 pagi.
Dan awas, domestic departure hall sangat sejuuuuuk waktu mlm.
By the time kita check-out MED dan sampai hotel, memang miss subuh berjemaah.
Orang yang naik bas dah sampai, sembahyang, mkn pagi & tidur.
My personal experience. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua,
sabar ye kak freshoren,mungkin ade hikmah di sebalik itu,banyakkan doa taw
"Ya Allah permudahkanlah kami untuk menyahut panggilan Mu Ya Allah"...
insyaallah whoelse sekeluarga akan b ...
whoelse_i Post at 26-3-2010 12:05
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...whoelse mohon sampaikan salam saya dan suami kepada Rasullullah s.a.w.
InsyaAllah kami mendoakan semoga whoelse dan rombongan di permudahkan segala urusan pergi dan balik, di kurniakan kesihatan yang terbaik dan di anugerahkan umrah yang mabrur..Amin...
Pada yang di tunda pemergian ke Tanah Haram, semoga berbanyak2kan sabar ingatlah bahawa Allah hendak menduga kesabaran hambanya... |
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah jellybee...
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Saya dah buat last month ketika mendaftar umrah aritu.....byr Rm5 di GHAssalam
Untuk bakal-bakal tetamu Allah.....terutama yg nak pergi dlm masa terdekat ni (freshoren, whoelse, Razzs) .... saya nak tanya sikit macamana dengan suntikan meningitis
qurota Post at 26-3-2010 11:51 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by transporter at 27-3-2010 08:41
Salam,Saya dah buat last month ketika mendaftar umrah aritu.....byr Rm5 di GH
rzman_07 Post at 26-3-2010 23:11
Di Klinik Kesihatan Kelana Jaya kita tanya,
di org kata tak ada suntikan ni.
Gi ke klinik swasta. RM110
3 X RM110 = RM330 |
|
|
|
|
|
|
|
413# transporter
Assalamualaikum...
Bukan tak de suntikan meningitis tu...
Mungkin dah kehabisan stok..
Pernah pergi kat Pusat Kesihatan Kelana Jaya utk dapatkan suntikan tu...
Secara kebetulan ada pulak suntikan tu lebihan utk Jemaah Haji kot....
So kita orang 5 beradik ambil suntikan kat situ..
Cuma RM5 seorang...
Alhamdulillah... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 27-3-2010 09:10
Persoalan Agama: Usah tangguh tunai haji jika penuhi syarat
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
2010/03/21
SAYA bercadang menunaikan haji bersama abang saya dan Alhamdulillah, suami sudah memberi keizinannya. Saya menyimpan duit untuk ke Makkah ini sejak belum berumah tangga lagi. Sebenarnya kalau diikutkan duit itu cukup untuk menanggung suami pergi bersama tetapi suami tidak bercadang mengerjakan haji pada waktu terdekat ini. Apakah hukumnya perbuatan saya ini?
Saadiah,
Petaling Jaya, Selangor.
APABILA kita menyebut mengenai ibadat haji, banyak ganjaran yang disediakan dan dijanjikan bagi mereka yang ikhlas melaksanakannya. Imam an-Nasa’I meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda: “Antara satu umrah dengan umrah yang lain boleh menghapuskan kesalahan antara keduanya dan haji Mabrur tidak ada balasannya melainkan syurga.” Imam al-Baihaqi juga meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir, bahawa Nabi SAW ada bersabda: “Bersolat di Masjidilharam dengan 100 ribu solat (ganjarannya) dan solat dalam masjidku (Masjid Nabawi) dengan ganjaran 1,000 solat dan solat di masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dengan ganjaran 500 solat.”
Imam Ahmad juga meriwayatkan hadis mengenai kelebihan menunaikan solat di masjid Nabawi daripada Anas bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat di masjidku sebanyak 40 solat yang tidak luput walaupun satu solat, pasti dilepaskan daripada azab neraka dan azab kubur serta terlepas daripada nifaq.
Ibadat haji adalah ibadat yang diwajibkan kepada mereka yang mempunyai kemampuan untuk mengerjakannya. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 97 iaitu: “Dan Allah SWT mewajibkan ibadat haji di Baitullah ke atas manusia yang mampu pergi kepadanya.”
Maksud mampu di sini iaitu aman semasa perjalanan, mempunyai bekalan yang cukup, mempunyai kenderaan yang sesuai dan terjamin, mempunyai kesihatan badan yang memuaskan, mempunyai masa bagi mengerjakan haji.
Bagi orang perempuan pula ditambahkan dua perkara lagi iaitu pertama, mendapat keizinan suami, kedua, bersama mahram ataupun perempuan-perempuan yang dipercayai.
Sekiranya mereka yang sudah mempunyai dan melengkapi syarat-syarat itu dikira sudah mempunyai kemampuan dan hendaklah ia mengerjakannya, usah bertangguh lagi.
Apabila kita menangguhkannya, dibimbangi kita tidak sempat melakukannya sedangkan ketika itu kita sudah dipanggil oleh Allah SWT dan kita dalam kerugian yang besar.
Tanyalah ‘imam’ di dada, tidakkah kita berminat dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam ayat 133 surah Ali Imran iaitu, “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk memperoleh) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” Wallahua’lam.
Subhanallah...
Masyallah... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam....
Sapa yg dpt pegi haji tahun ni? TH dah kuarkan offer letter...
Nk minta pendapat..utk pilihan penerbangan...
ke madinah dulu atau ke mekah dulu?
kalau ikutkan saya mana pun x kesah..cuma nk minta pendapat forumner, mana lebih afdhal. |
|
|
|
|
|
|
|
413# transporter
Assalamualaikum...
Bukan tak de suntikan meningitis tu...
Mungkin dah kehabisan stok..
Pernah pergi kat Pusat Kesihatan Kelana Jaya utk dapatkan suntikan tu...
Secara keb ...
aziefa Post at 27-3-2010 09:02
wasalam acik azie..
btol tu..GH kadang2 abis stok..
mcm saya dan suami plan nak pegi suntik sehari lewat dri rombongan yg lain..
samapi2 je abis stok..sabar je lah.huhu.
suntik kat klinik swasta rm95 sorang |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by farmasi at 27-3-2010 12:22
Salam....
Sapa yg dpt pegi haji tahun ni? TH dah kuarkan offer letter...
Nk minta pendapat..utk pilihan penerbangan...
ke madinah dulu atau ke mekah dulu?
kalau ikutkan saya mana pun x kesah..cu ...
Mas916 Post at 27-3-2010 10:41
utk menetukan kesesuaian seeloknya ikut jenis ibadah haji yg nak dipilih nanti
kalau ifrad atau tamattuk sesuai la ke madinah dulu n kalau boleh dptkn kelebihan
solat 40 waktu tu |
|
|
|
|
|
|
|
tersilap info bukan ifrad tapi qiran |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dulu haji tamattuk, tapi saya masuk Mekah dulu.
Pakai ihram dari Kelana Jaya lagi dan bermiqat dalam penerbangan semasa melalui qarnul manazil. |
|
|
|
|
|
|
| |
|