|
402# peYno
post le gambar standard version yg peyno tgk kat jepun tu.. tingin gak nak tengok kepelikannya... |
|
|
|
|
|
|
|
n... 403# midori_katana ko ni.. harap nama je jepun... jepun wanabe ke?? tapi tak bijak2 gak..
lagi pon gambar standard tu dah byk ada kat sini.. ko rajin2 la baca... |
|
|
|
|
|
|
|
n... 403# midori_katana ko ni.. harap nama je jepun... jepun wanabe ke?? tapi tak bijak2 gak..
lagi pon gambar standard tu dah byk ada kat sini.. ko rajin2 la baca...
peYno Post at 4-12-2009 20:18
uhhh ..pedasnya... aku tau makna nama aku jer... hehee |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon tak penah tengok aliza version kampung punye..
tepek la gambo |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 5-12-2009 07:36
Perodua Alza
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
[email protected]
Menjadi MPV pertama daripada Perodua, mampukah Alza meneruskan kejayaan model Myvi dan Viva?
AWAL tahun ini, saya berkesempatan ke Jepun membuat liputan Tokyo Auto Salon 2009. Bagi sebuah negara yang memiliki industri automotif terbesar dunia, pengeluar kereta daripada pelbagai segmen, model baru yang hampir saban minggu memasuki pasaran, Jepun memiliki landskap automotif yang unik.
Saya percaya, jika anda sekadar rakyat biasa, adalah mustahil untuk megenali setiap model yang terdapat di Jepun. Daripada model K-Car yang banyak macam basikal, MPV ibarat Yamaha LC dengan bermacam-macam varian.
Pameran Tokyo Auto Salon itu juga menjadi tumpuan penala (tuner) aftermarket untuk mempersembahkan produk yang bakal memasuki pasaran. Saya tidak akan bercerita mengenai industri aftermarket di sana, cuma saya tertarik di satu sudut tapak pameran terdapat beberapa buah model Passo Sette talaan khas, Modellista dan Admiration.
MPV Perodua
Ketika itu juga, Malaysia sedang hangat dengan desas-desus bahawa Perodua bakal memperkenalkan MPV pada 2009. Secara jujurnya, saya tidak langsung menjangka bahawa Perodua akan mengambil Passo Sette/Boon Luminas sebagai asas kerana logiknya, Daihatsu Luxio ialah calon paling sesuai.
Daihatsu Luxio ialah projek luar Jepun yang berjaya, sama seperti Gran Max yang amat popular di Indonesia. Ia seperti masyhurnya dengan Toyota Lite Ace. Cuma vanmini itu lebih kecil. Namun jika melihat kepada poliferasi dan strategi Toyota-Daihatsu di Asia dan Malaysia khususnya, model Luxio adalah yang paling hampir sifatnya. Lihat sahaja segmentasi mini dan midi MPV yang dikuasai Avanza dan Innova. Tiada Estima, Ipsum atau Isis sekalipun.
ENJIN bersesaran 1.5 liter ini juga agak menjimatkan.
Apabila khabar angin tentang Perodua MPV D46T bertiup kencang, gambar spyshot mula kelihatan di laman web, saya kembali mencari dalam cakera keras gambar yang dirakam. Ya. Ia kereta yang sama disaksikan awal tahun ini. Passo Sette dan Boon Luminas yang telah pun saya tulis dalam artikel dua bulan yang lalu. Perodua secara rasminya telah melancarkan Alza, model MPV 'tempatan' kedua selepas Proton Exora.
Ia dijual pada harga bermula RM56,000 hingga RM64,000 untuk varian standard dan premium. Sama dengan strategi sebelum ini, Perodua turut menawarkan varian advance pada harga RM67,000 hingga RM70,000. Ia merupakan versi pakej penuh bersama badan, sistem navigasi GPS dengan kamera undur, tinted dan tempat duduk kulit.
Terlalu banyak pilihan
Perodua memang bijak mencari peluang. Kini ia menguasai pasaran kenderaan penumpang menerusi hanya dua model, Myvi dan Viva. Mungkin pelik, tetapi itulah ajaibnya tentang Perodua, mereka berjaya mengisi kekosongan dengan hanya dua model yang menguasai senarai jualan setiap bulan.
Jika mengambil kira persaingan terus Perodua dengan Proton, jualan Myvi dan Viva setiap bulan sentiasa mendahului angka jualan gabungan model Saga, Persona, Exora, Waja dan Satria Neo.
TUIL gear yang diletakkan pada konsol tengah membuatkan papan pemuka Alza nampak kemas.
Terlalu banyak pilihan kepada pengguna juga tidak bagus. Perodua belajar tentang pasaran dengan berhati-hati. Kalau kemampuan yang menjadi ukuran, mereka mampu memperkenalkan dua atau tiga model setiap tahun. Namun realitinya, banyak jenis kereta dalam satu segmen, tidak bagus untuk jumlah pembeli yang terhad.
Lihat sahaja Proton, mereka ada model yang saling bersaing sesama sendiri. Strategi pasarannya membingungkan, malah pelan mereka kadangkala bercanggah dengan kehendak pasaran.
Mereka ada Saga dan Savvy untuk pembeli kereta kecil. Model Persona, Gen2 dan Waja untuk pembeli kereta sedan. Segmentasi Proton memang tunggang-langgang. Pada satu ketika, mereka memperkenalkan Waja sebagai membuktikan mereka pembuat kereta yang bebas. Kemudian, muncul pula Gen2 dan tidak lama selepas itu Persona.
Apabila jualan Gen2 jatuh, mereka ubahsuai Gen2 sebagai model sporty. Bukankah sporty itu pasaran Satria Neo? Kemudian Savvy dengan reka bentuk yang saya percaya tidak ramai rakyat Malaysia boleh menerima rekaan keterlaluan sebegitu.
RUANG penyimpanan barang untuk kegunaan semua.
Lebih memeranjatkan, mereka sekali lagi bergabung dengan Renault. Sedangkan Tiara sudah membuktikan prestasinya. Tidak lama kemudian, Saga dilancarkan. Walaupun ia laris bak goreng pisang panas, saya percaya sehingga ke hari ini, pelaburan Savvy belum pun balik modal.
Pasaran kerap kali bergantung kepada permintaan. Dalam hal ini saya terpaksa mengakui bahawa Perodua sentiasa berjaya mencari formula yang terbaik. Alza dikatakan memenuhi pasaran semasa buat pembeli yang mahukan sebuah MPV kecil. Ia boleh bersifat MPV ataupun sebuah kereta (station wagon lagi sesuai rasanya).
Kajian mendalam
Mereka telah membuat kajian bahawa hanya sebilangan kecil sahaja yang menggunakan tempat duduk barisan ketiga dalam MPV. Kehendak pasaran juga mahukan sebuah MPV yang sporty yang mampu mereka miliki.
Mampu dimiliki? Ia mungkin Avanza, sporty? Sudah tentu Alza. Kuasa? Tiada MPV yang berkuasa dalam kelas ini, baik Avanza, Exora atau Grand Livina. Jika anda mahukan kuasa, beli sahaja Swift Sport, MPV bukan dicipta untuk menjadi juara di lampu isyarat.
TEMPAT duduk pemandu yang boleh dilaras ketinggiannya.
Kajian pasaran dilakukan dengan serius. Perodua benar-benar bertuah kerana telah memperoleh pengalaman luas Toyota dalam mengenali pasaran. Kajian yang dilakukan di Malaysia, jelas bahawa profil keluarga Malaysia telah berubah sejak sedekad lalu. Purata bilangan ahli keluarga berkurangan daripada enam kepada empat orang.
Malah golongan itu melihat MPV tidak hanya perlu ada ruang luas, mereka lebih mementingkan faktor sporty, penjimatan bahan api dan harga yang mampu dimiliki. Ringkasnya, mereka mahukan sesuatu seperti Toyota Wish dan Honda Stream pada harga yang mampu dibeli.
Alza penuhi citarasa
Perodua menyasarkan jualan sebanyak 3,500 hingga 4,000 unit Alza sebulan. Mereka juga optimis bahawa pasaran MPV akan berkembang mencecah 30 peratus pada tahun hadapan.
Angka tersebut mungkin nampak tidak realistik. Namun sejarah telah membuktikan bahawa ketika awal pengenalan Avanza, TIV (Total Industry Volume) untuk MPV pernah mencecah 21 peratus. Angka itu bersandarkan kepada kajian dalaman yang telah mereka lakukan. Jika Avanza yang dibina berasaskan kerangka trak (ladder frame) itu laris, sudah tentu badan monocoque Alza akan lakukannya dengan lebih baik.
RUANG kabin yang cukup selesa untuk membawa seluruh ahli keluarga.
Ketika Myvi diperkenalkan juga ramai yang tidak mempedulikannya, sehinggalah ia menguasai pasaran hampir setiap bulan dari hari pertama ia dilancarkan. Saya pernah meramal model itu bakal meletup di pasaran. Asasnya ketika itu, jika orang boleh membeli Hyundai Getz, Chevrolet Aveo dan Suzuki Swift sudah tentu Myvi mempunyai banyak kelebihan dari segi harga. Ia paling murah, sesuatu yang sukar anda ketepikan.
Kalau anda biasa meninjau di laman web dan blog automotif tempatan, kereta seperti Viva menerima pelbagai kritikan dan tohmahan. Tetapi hakikat yang tidak dapat diubah, kereta itu nombor dua larisnya di Malaysia.
Ia ada pakej sebuah kereta pemanduan bandar yang diperlukan oleh anak muda yang baru mula bekerja, suri rumah dan pelajar kolej. Realitinya, segmentasi pasarannya tepat, harganya munasabah untuk kereta yang berstatus tempatan.
Perodua diyakini kualiti binaannya. Kereta Perodua jarang sekali menimbulkan masalah kepada pemiliknya. Alat gantinya murah dan mudah didapati, teknologinya asas. |
|
|
|
|
|
|
|
407# mycos79
ternyata P2 lebih bijak dr Protong |
|
|
|
|
|
|
|
407# mycos79
ternyata P2 lebih bijak dr Protong
mycos79 Post at 5-12-2009 07:35
ada ati nak bandingkabn pembuat bumper national dgn pembuat keta national tu...
setakat nak aku bodek jepun suruh bagi rebadge keta dia... aku pon boleh.,...prrrtfhh
[asni nak rebadge keta Honda... buat jazz versi national.. tuka bumper skit... sure laku punya... pastu letak la nama perotiga pengeluar national...senang je nak menipu org mesia yg mudah kagum dgn jepun ni..
bijak kununnnn |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1128/Kosmo/Pemotoran/pe_01.7.jpg
mycos79 Post at 5-12-2009 07:34
sebenarnya takde apa yg nak dicite pasal engine ALJA ni.. sebab dia pakai engine AVANZA je... tapi yg pelik engine AVANZA 108hp berbanding ALJA hanya 104hp... jepun ni nak menipu je |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 5-12-2009 07:36
Perodua Alza
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
[email protected]
Menjadi MPV pertama daripada Perodua, mampukah Alza meneruskan kejayaan model ...
mycos79 Post at 5-12-2009 07:34
penulis ni baru sekali pi jepun tgk autoshow.. dah terkagum dah....prrrfthhh
\pendek kata org mesia suka p2 bukan pasal dia p2... tapi sebab ingat dia Toyota and Daihatsu... kalau p2 keluar keta sendiri... takde org nak beli..
pastu macam peyno selalu kata.. kat mesia ramai ah beng japanese wannabe.. berangan nak bawak keta org JEpun tak mampu.. dah rasa bawak keta jepun bila beli viva
prrrtfhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 5-12-2009 07:36
Perodua Alza
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
[email protected]
Mampu dimiliki? Ia mungkin Avanza, sporty? Sudah tentu Alza. Kuasa? Tiada MPV yang berkuasa dalam kelas ini, baik Avanza, Exora atau Grand Livina. Jika anda mahukan kuasa, beli sahaja Swift Sport, MPV bukan dicipta untuk menjadi juara di lampu isyarat.
mycos79 Post at 5-12-2009 07:34
nampak sgt penulis ni tak tau apa2 pasal engine... AVANZA yg lagi ringan dan hp/torque lagi tinggi dari ALZA.. cam ne dia kata ALZA paling powderful... mmg balaci jepun tol penulis ni... nak tipu makcik2 kampung boleh la
prrrfthhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 5-12-2009 07:36
Perodua Alza
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
[email protected]
Kajian mendalam
Mereka telah membuat kajian bahawa hanya sebilangan kecil sahaja yang menggunakan tempat duduk barisan ketiga dalam MPV. Kehendak pasaran juga mahukan sebuah MPV yang sporty yang mampu mereka miliki.
mycos79 Post at 5-12-2009 07:34
ni la fakta yg tak betul oleh penulis... pertama siapa yg develope mpv ni??? ia adalah T and D Jepun di negara jepun...dan pasaran mpv kecik ni tak meluas pon dijepun.. setakat ni hanya honda freed dan passo sette je..tu pon target tu golongan perempuan sahaja... sebab org jepun lebih cenderung pada real MPV... so penulis jgn la nak menipu.. kalau laku.. dah lama keta ala MPV cam freed dan sette ni laku di Jepun.. tapi ia tak berlaku.. so nak kata p2 buat kajian mendalam tu agak keterlaluan.. mereka hanya ikut arahan je.. boss jepun suruh assemble keta ni.. mereka ikut la... buka p2 yg menentukan model apa yg mereka nak keluarkan.. sume tu bergantung pada ikhsan big boss kat jepun Daihatsu je |
|
|
|
|
|
|
|
ni la fakta yg tak betul oleh penulis... pertama siapa yg develope mpv ni??? ia adalah T and D Jepun di negara jepun...dan pasaran mpv kecik ni tak meluas pon dijepun.. setakat ni hanya honda free ...
peYno Post at 5-12-2009 08:29
btul-btul-btul |
|
|
|
|
|
|
|
ya.....
abg PEYNO in action.........bravo.....
teruskan usaha untuk membetulkan mindset org kata....... |
|
|
|
|
|
|
|
...kalau Proton pulak...aper kelebihannya selain kualiti yg selalu dipertikai...bahk-an lambakan keter sedan protong pong dah menyebabkan persaingan sesama sendiri...
reger pulak mahai dr yg dijual luar negara...so apa yg rakyat Malaysia dapat peyno??:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
...setakat beza 4hp...bukan efek mana pong...mpv nie memang leh tahan punya...dah ler cun...bawak ronda bandar dan kg pong lawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
419# neotoxin
tak kira ler pepun...ader bagus ker barang Protong nie yer...?
apa kelebihan yg ader..kalau ikut data jualan bulanan pong P2 mengatasi protong...hahaha
blind tapi boleh menilai |
|
|
|
|
|
|
|
420# mycos79 ada aku kata brg proton bagus? ngekkk
bagi aku, apa2 keta tetap jadik overprice liability |
|
|
|
|
|
|
|
421# neotoxin
hahaha...mana yg lebih overpriced liability antara P2 dan Protong...
neo? |
|
|
|
|
|
|
| |
|