|
cepat2 lah bagi vaksin kat laptop tu........ |
|
|
|
|
|
|
|
aduhh....tak ok lagi ke... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhu...blm ade continue lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
argh argh arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ... takkan x de lagi .... h |
|
|
|
|
|
|
|
masih kena kuarantin ke laptop? |
|
|
|
|
|
|
|
tak abis lagi ker kena virusnya....
bila la boleh anto N3 lagi.......... |
|
|
|
|
|
|
|
smiley...
aku rindu kat kat hani ngan nazrin... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhu...belum ade lagi ke... |
|
|
|
|
|
|
|
laptop baru keluar kuarantin
gerammm tul bila kena virus - terus hilang mood nak sambung
oh ya... Selamat Menyambut Ramadhan pada semua pembaca & sama samalah kita menghayati kelebihan bulan mulia ni.
......................................................................................................................
“ Are you okay?” Shamil bertanya penuh gusar. Hani terhuyung hayang cuba mengimbangi badan. Lengan Hani di pegang kemas.
“Ok… I’m okay” tuturnya tergagap gagap. Breathe in… breathe out. Bertenang Hani. Nafasnya kembali teratur. Tidak di hiraukan Shamil memaut kemas tangannya. Hani cuba mencerna situasi. Alkisahnya, Nazrin lah pensyarah muda yang hangat di perkatakan di kampus. Masyaallah! Tak dapat di terima akal langsung yang pakcik sengal ni seorang pensyarah. Pakcik sengal merangkap tunang tak rasmi. Jangan lupa tu, Hani.
Mata Nazrin mencerlung ke arah adegan di depannya. Ciss… mamat player ni ambil kesempatan nampak! Di hatinya mula terbit bibit curiga. Mana tahu kot kot Shamil tidak bertepuk sebelah tangan. Mungkin Hani juga menyimpan perasaan dalam diam. Tengok tu, relaks saja si Hani bila di pegang Shamil. Kalau aku, mahunya dia buka bunga silat.
“ Kenapa ni? Kau tak sihat kah? Pucat jer muka kau. Itulah, masa lunch tadi kau makan sikit sangat” Tanya Izzah. Panik juga tengok Hani tiba tiba macam orang mabuk todi.
Hani menggeleng. Tangannya pantas di rentap. Haiyaa… sedap je biarkan Shamil pegang aku! Matanya bertentangan dengan Nazrin. Riak mukanya bersahaja. Ceh… sikit pun tak risaukan aku, bisik hati Hani.
“Don’t just stand there. Please clear up the stuff” tutur Nazrin. Muka Hani berbahang. Ooo… mentang mentanglah kau pensyarah. Speaking England berabuk pula tu… hek eleh. Berlagak!
“ Izzah, Shamil, tolong aku kutip barang barang ni.”
“ Yes boss” serentak Shamil dan Izzah bercanda. Pemadam, pensil, pen dan segala macam barang yang berselerak di atur di tempat asal. Matilah aku kalau ada yang rosak…. harus pihak koperasi suruh bayar balik. Silap haribulan aku di “ ban” terus dari memasuki premis ini. Hani duduk di lantai lalu meninjau ke bawah rak kalau ada benda yang terpelanting.
“ Kenapa tak pakai cincin?” Suara yang amat di kenalinya berbisik. Hani pantas mendongak. Aiikk… macam mana Nazrin boleh berada di sebelah aku. Kepala nya mula berpusing. Matanya berpinar pinar… alamak, apahal dengan aku ni? . Nazrin mencapai dua batang Pilot shaker yang bergelimpangan. Dia tersengih melihat Hani melopong. Wajahnya berubah serta merta bila Hani terkulai ke lantai |
|
|
|
|
|
|
|
“ Apa jadi? Mana kita ni?” Hani bersuara dengan lemah sambil terpisat pisat duduk. Dia cuba menghilangkan sisa tidur dari mata tapi tangan terasa berat. Patutlah, ada jarum dan drip tercucuk. Alamak!
“ Kau kat SMC” jawab Izzah. Lega rasanya bila Hani dah sedar.
“Ha? Kat SMC? Patutlah cantik semacam bilik ini. Macam mana aku sampai sini? “Hani terkebil kebil memandang sekeliling bilik di Students Medical Centre. Tirai pink corak polka dot putih memisahkan katilnya dengan katil sebelah. Mulutnya terasa kering. Dia mencekang bola mata supaya tak terlelap. Rasa kantuk masih kuat.
Izzah membetulkan selimutnya. Mungkin Hani pengsan semula kalau dia tahu yang Encik Nazrin dan Shamil berebut untuk mengangkatnya. Akhirnya Shamil terpaksa mengalah pada pensyarah walaupun tubuhnya lagi sasa. Kenalah tunjuk respek. Sikit punya gentleman Encik Nazrin tu. Macam lagak suami dukung isteri. Aduh…. Untungnya Hani. Kenapalah bukan aku yang pengsan.
“ Kau tak sedar langsung? Kau pengsan di Koop tadi. Aku dengan Encik Nazrin bawa kau ke sini. Dr Marina kata kau dehydrated. Itu yang dia bubuhkan drip. Dia buat ujian darah sekali tapi result nya belum dapat lagi.”
“ Ooh…” Itu saja yang mampu di luahkan. Hani teringat kembali peristiwa tadi. Hampehh betul Nazrin. Tipu aku hidup hidup. Patutlah asyik tanya aku pasal UDR. Siap tahu bila minggu Orientasi bermula. Misteri beg pakaian aku, perfume Romance Ralph Lauren , semuanya sudah terlerai. Bibirnya di ketap. Geram! Tipah tertipu!
“ Kenapa ni? Kau okay tak? Kau nak apa apa?” soal Izzah bertubi tubi. Muka Hani nampak lain macam.
“ Dah lama ke aku kat sini? Sekarang pukul berapa? Mesti Aina risau kalau aku tak balik bilik. “
“ Kau dah knockout hampir dua jam. Sekarang dah pukul 7.15. Dr Marina letak ubat penenang sekali dalam drip tu sebab nak kau rehat. Encik Nazrin cukup risau tengok kau. Macam macam dia tanya aku. Kau selalu sakit kah? Kau tak makan kah? Huh… jeles aku.” Izzah mencebik bibir.
Hani di serang rasa bersalah. Macam mana kalau Izzah betul betul jatuh hati kat Nazrin? Patutkah aku bagi tahu dia yang Nazrin tunang aku? Eeee…. Tidak , tak payah.. Setakat tunang tak rasmi , tak payah nak heboh satu kampong. Jodoh di tangan Tuhan. Ikatan pertunangan tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Lagi pun siapa nak percaya kalau aku cerita. Tak pasal pasal orang label aku minah kuat berangan.
“ Aku dah rasa okay. Bila aku boleh balik? Aku ada assignment yang belum siap” Teruk sungguh tahun akhir ni. Minggu pertama kuliah pun dah bertimbun kerja. Hani mengeluh.
“ Rehat lah dulu. Kau terlampau aktif dua tiga hari ni. Lari ke sana ke mari. Main netball lagi semalam. Pastu makan tak tentu masa. Mana badan kau tak mogok.”
“ Takkan aku kena tidur sini? Aku tak bawa baju pun. Esok aku ada kelas pukul 8” Sanggah Hani
“ Tadi Dr Marina kata habis drip tu kau boleh balik. Kalau kau tak apa apa.”
Hani menghala pandangan ke botol plastic yang tergantung. Masih ada sepertiga baki kandungannya. Mesti sejam lagi aku di sini. Mati kutu aku. TV pun tak ada. Tengok tirai, lantai dan siling sajalah. Baik aku sambung proses pengeluaran tahi mata.
“ Hani, kalau kau okay aku nak balik dulu. Dah dekat Maghrib ni. Kalau ada apa apa call aku. Ni dia handphone kau” Izzah mengambil Nokia 3210 dari laci sebelah katil dan meletaknya di tepi bantal.
“ Okay. Baik kau balik dulu. Karang dah gelap susah pula. Thanks sebab temankan aku. Nanti aku belanja kau makan laksa” Hani menutup mata sebaik berpamitan dengan Izzah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lama kemudian Hani terjaga. Dr Marina berdiri di sisi katil sementara seorang jururawat mengambil botol drip yang kosong. Jarum halus di tangannya di cabut dan plaster di tampalkan. Suhu badannya di ambil. Nasib baik di paras normal.
“ How are you feeling Hani?” Tanya doctor bertudung labuh itu dengan lembut.
“ Ok. Can I go back now?”
“ Boleh. Tapi you have to take it easy. Have enough rest and don’t skip meals. You kena minum banyak air sebab cuaca sekarang panas. Blood test you menunjukkan your blood sugar level is slightly low but other than that you are fine. Saya bagi awak vitamins dan supplements.”
Lega. Tak payah tidur sini. Memang pun aku tak ada masaalah kesihatan, Cuma terkejut tengok Nazrin. Nasib baiklah aku tak ada masaalah jantung. Kalau tak, hai…. tak sempat nak tengok anak buah aku, tak sempat nak pakai jubah dan topi graduation.
Hani membetulkan pakaiannya yang berkedut seribu dan mengambil dompet serta henfon lalu di selitkan di kocek. Dia melangkah ke farmasi. Matanya terpaku pada seorang lelaki berbaju Melayu putih dan slacks hitam. Spek mata yang tertenggek di hidung membuatnya persis ilmuwan Islam yang berceramah di TV. Kalau Izzah tengok ni mesti dia pinang Nazrin , macam Khadijah Ummul Mukminin meminang Rasullullah. Hati Hani tiba tiba menjadi rusuh.
“ Hani dah sihat? I nak call tapi takut mengacau jadi I singgah sekejap. Dr Marina kata you dah boleh balik dorm. I hantar you balik, ya.” Nazrin bersuara. Rambutnya yang sedikit lembab di suak ke belakang.
Hani tidak memberi apa apa reaksi. Mulutnya terkunci. Macam macam ingin di perkatakan tapi otak terlalu penat untuk menyusun ayat. Cuma deruan aircond mengisi sepi di antara mereka.
Nazrin membontoti Hani ke kaunter bila namanya di panggil. Macam nak lari dari aku saja. Hani ni masih marah dengan aku ke? Takkanlah aku buat surprise pun nak mengamuk.
“ Jom. Kereta I ada kat parking lot”
“ Tak payahlah Encik Nazrin. Saya boleh jalan. Bukan jauh sangat nak balik dorm” tutur Hani. Kena pakai gantinama yang sesuai. Takut ada pembawa di sini.
Ek ena… budak ni! Dah kena rasuk dengan jin degil lah tu, Nazrin mendengus dalam hati. Baru sihat sikit dah nak tunjuk lagak.
“ Jangan degil Hani. Sekarang dah lewat malam. Awak tu tak berapa sihat. Kalau kena kejar, macam mana?”
“ Kena kejar? Siapa nak kejar? Hantu?” balas Hani selamba
“ Kenapa lorat sangat ni? Takut Shamil marah kalau I hantar you balik?” duga Nazrin. Riak mukanya yang sinis membuat Hani gelabah.
“ Aaa…a.. jomlah.” Baik aku mengalah. Nanti panjang pula cerita. Muka pakcik ni dah macam nak telan aku.
Hani memasang talipinggang keledar dengan muka masam. Nasib baik tak ada kereta lain di tempat parkir.
“ Encik Nazrin, nanti berhenti jauh sikit dari dorm saya. Saya takut orang nampak”
“ Kenapa nak takut? Kita ada buat salah ke? And stop calling me Encik Nazrin” suara Nazrin tegang
Mata Hani terpaku ke luar tingkap. Kena marah lagi. Bibit tangis mula menyengat tubir matanya.
“ Hani, I nak you berterus terang. Is Shamil your boyfriend?”
“ Of course not! Mana ada? Dia itu kan player terkenal di kampus. Semua perempuan pun dia suka layan. Makcik kantin kalau single pun dia balun” Suara Hani meninggi. Nazrin ni pandai pandai saja buat andaian. Tuduh orang tanpa usul periksa.
Tawa Nazrin terletus. Lega…lega. “ Habis tu apasal you suruh I berhenti jauh dari dorm you? Macam nak sembunyi sesuatu jer”
“Encik Nazrin pensyarah, saya pelajar. Saya tak nak orang sangka yang bukan bukan. Saya tak nak kena tindakan tatatertib.”
“ Hani… jangan takutlah. Dekan pun dah tahu you tunang I. ”
“ WHATTT?!! Gila kah you? You nak bagi I pengsan sekali lagi? Kenapa bagi tahu orang?” Sepantas kilat kepalanya di libas.
“ Sebab I bangga jadi tunang you. I suka berterus terang. Bukan macam you. Kenapa you malu jadi tunang I sampai cincin pun tak sudi nak pakai?” Nazrin menyembunyikan senyuman. Kelakar sungguh muka Hani. Terpapar berbagai emosi bersilih ganti. Rasa bersalah, rasa seronok, takut, terkejut. Macam macam ada, mengalahkan Astro.
“ Bukan macam tulah.” Suara Hani mula kendur. “Encik Nazrin tak tahu kah yang Encik Nazrin ramai peminat. Nanti tak pasal pasal saya kena sekeh.”
“ Cik Hani, memang saya tahu saya ramai peminat. Tapi …”
“ Eleh… perasan! “ potong Hani. Bibirnya terjuih.
“ Tapi saya sayang awak seorang saja. I tetap pilih you untuk jadi suri hidup I. Tak ada orang lain. ” tutur Nazrin. Matanya redup memandang Hani yang terpisat pisat tak senang duduk. Muka Hani memerah bak udang bakar. Adeh… cair… cair..
“ Ha.. Itu my dorm. Thanks” Hani melepaskan nafas lega bila melihat papan tanda Asrama Orkid. Nazrin menunjukkan staff card pada pakcik guard sebelum memasuki kawasan asrama.
“ Hani, take care tau. Don’t over exert yourself. This is your final year, you kena pandai manage your time.” Keretanya di hentikan di depan pintu masuk utama.
“ Ya, tuan” Hani mengangguk sambil mengangkat tabik macam polis. Aku pengsan sebab terkejut tengok engkau. Bukan sebab aku terlebih aktif.
“ Ooo.. main main, ya. Kalau you tak pandai jaga diri sendiri, baik I jaga you. Kita nikah masa cuti Raya Cina nanti. Pastu kita boleh duduk serumah…..” acah Nazrin.
Hani terus membuka pintu dan meloncat keluar dengan aksi stuntman. Nasib tak payah bergolek atas rumput untuk melarikan diri. Tanpa menoleh kebelakang , dia berlari anak ke arah lif. Gatal tak hengat! Asyik nak kahwin jer…..CHOYYYY! |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe..cepat2 nikah...nazril comeiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
adeh... gelak guling2 membayangkan hani buat aksi stuntman tuh! |
|
|
|
|
|
|
|
415# sang_arjuna
thanks smiley...berbaloi aku jengah sini pepagi ni....
alahai Hani...tu dia..kan dah berebut pakcik 2 orang tu...hahaha...Hani lari cam tak cukup oksigen dengar nak kawen...hahaha...what next move nazrin..???..imagine kalo Nazrin masok ajar kelas Hani...siap ler kena dera...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
lawak la hani tu..xtahan...hahahhaha |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|