CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lily_lyssa

Keliru...

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-1-2008 09:55 AM | Show all posts
tara....
da lama x smbg...
ni smbgn...

Bab 52

"Iz..."Iz berpaling."Wana rasakan...Kita lebih baik berkawan je,"kataku pantas.Iz memandangku.

"Iz tak kahwin dengan Ziana."Aku terkejut mendengar pengakuannya.Diakah yang membatalkan perkahwinan itu?"Ziana...Dia mungkin dah keluar hospital sekarang..."

*******************************************************************************

"Mak,maafkan Ana.Tapi...Ana lebih cintakan Firdaus dari Iz.Ana cuma anggap Iz abang Ana aje,"kata Ziana sambil menggenggam erat tangan Firdaus.Merah muka Tini menahan marah.Dia memandang anaknya tajam."Kau!"

Kaki Tini menendang Ziana.Firdaus menghalang tapi dia ditolak kasar ke tepi menyebabkan dia pengsan kerana dihempap almari hiasan.Ziana menjerit namun dia tidak bisa bangun untuk membantu lelaki yang dicintainya.

"Mak..."Ziana menitiskan air matanya.Tini masih belum berhenti memukul Ziana.Azmi menampar isterinya."Cukup Tini!"tengkingnya.Azmi merenung Iz yang sedang berusaha mengangkat almari yang menghempap Firdaus."Iz,pak cik malu..."Iz menggeleng."Pak cik yang penting sekarang ni,diorang.Cepat pak cik.Kita bawak pergi hospital,"kata Iz.

Tini duduk di atas sofa.Dia bagaikan orang gila,kejap ketawa,kejap tersenyum sumbing.Iz menggeleng memandang ibu saudaranya.Bagaikan tidak percaya seorang ibu sanggup memukul anaknya sendiri sehingga parah begini.

Iz melutut di hadapan Tini."Pak cik,apa kita nak buat dengan auntie?"soal Iz.Tini langsung tidak memandang Iz.Dia masih ketawa.Azmi terdiam."Hantar dia kat hospital gila?"

*******************************************************************************

"Iz datang London ni just for..."belum sempat aku menghabiskan pertanyaanku dia mengangguk.Aku tersenyum lebar."Thanks that's really..."telefon bimbit Iz berdering.

"Hello?Yes...Aha,emm...I'm on the way,okey,"Iz meletakkan telefon bimbitnya.Aku bingung.Iz tersengih."Iz sebenarnya...Ada kerja kat London,"katanya."Iz!"aku mencubit lengannya.

"Sorry,darling.Gotta go,"Iz membuat gaya 'flying kiss'.Aku 'menangkap' flying kissnya dan membuat aksi melempar.Iz tergelak dan masuk ke dalam perut teksi setelah melambaikan tangannya ke arahku.

*******************************************************************************

"Mummy!"jeritku di corong telefon.

"Wana,mummy boleh pekak kalau wana jerit macam tu sekali lagi,"kata mummy.Aku tersengih.

"Mummy!"pekikku lagi.

"Ni mesti happy gegila ni.Kenapa?"

"Iz kata..."

"Oh,itu...Mummy tengah tunggu Wana jer.Cepatlah balik Malaysia ni!Pelamin tengah menunggu ni!"usik mummy.Aku ketawa.

"Wana nak book tiketlah ni."

"Okey.Minggu depan akad nikah korang..."

"Minggu depan?"aku terkejut.

"Mummy gurau jelah.Sukalah awak ye?"

"Tak suka pon!Hehe..."

"Ada-ada sajelah."

Aku tersenyum teringatkan perbualanku dengan mummy,semalam.Aku merenung fillet yang dipesan."Iz...Iz dah habis kerja kat London ke?Bila boleh balik ni?"soalku.Iz memandangku.

"Nape?Tak sabar nak kahwin?Kalau tak sabar sangat,kita kahwin kat sini je,nak?Kalau Iz,Iz lagi nak,"usik Iz sambil tersenyum.Aku tersengih.

Entah kenapa...Aku tak tahu.Ia seperti memberitahuku sesuatu.Ia ingin aku berkongsi dengan Iz tentangnya.Aku ingin menjerit.Aku takut sangat.Aku menutup mulut.Tenang...

"Iz tau tak sebab apa Wana takut gelap?"Iz tercengang."Err...Kenapa?"Aku terdiam."Wana tak nak ingat balik pasal tu tapi...Wana nak kongsinya dengan orang yang Wana sayang..."Air mataku menitis.

"Kenapa ni,honey?"

"Dulu,masa Wana umur 5 tahun,Wana ada sorang sepupu.Nama dia Rita.Wana panggil Kak Rita.Dia dari Kelantan tapi dia tumpang rumah Wana sebab dia kerja kat Shah Alam.Wana memang baik ngan dia.Dia pandai layan budak kecik."Aku mendongak memandang Iz.Iz tenang mendengar ceritaku.

"Satu malam...Mummy,papa,Kak Aini ngan abang pergi hospital.Lawat baby Man.Wana tinggal kat umah ngan Kak Rita."

*******************************************************************************

"Kak Rita...Kulit princess ni,sesuai colour apa?"soalku.Kak Rita yang duduk bersimpuh sebelahku memilih warna yang sesuai.

"Warna coklat,sayang.Kulit Wana warna coklat,kulit akak pun warna coklat,"kata Kak Rita.Aku memuncungkan bibir tidak berpuas hati.

"Tapi ni coklat gelap.Macam orang ******!"kataku.Kak Rita ketawa."Ada-ada sajelah Wana ni.Akak nak ambik air jap,okey!Wana nak susu ke milo?"soalnya.Aku duduk berfikir."Milo!"

Sebaik sahaja Kak Rita ke dapur,aku teringatkan bedak mummy yang berwarna coklat cerah.Mungkin sesuai!Aku berlari ke master bedroom.

Pintu bilik itu kutolak.Aku menuju ke meja solek.Tak sampai!Aku memanjat meja solek itu dan tiba-tiba keadaan menjadi gelap.Aku terdengar bunyi sesuatu pecah.Aku turun dari meja solek.Aku meraba-raba apa-apa sahaja yang di hadapanku dengan harapan Kak Rita ada di hadapanku.

Tidak lama kemudian,alat penggera berbunyi.Aku dapat mengesan seseorang berada di hadapanku.Aku memeluknya.Namun,aku dapat rasakan orang di hadapanku ini sedang mengacukan sesuatu di dahiku.

Ketika itu,Kak Rita hadir bersama lampu suluh.Dia menyuluh ke arahku.Aku terkejut.Di hadapanku,seorang lelaki bertubuh tegap dengan rupa yang menakutkan sedang mengacukan pistolnya ke arahku.Aku menangis.Kak Rita mengacukan pula pisau di tangannya ke dada lelaki itu.

Kak Rita menarikku ke belakangnya dan menyuruhku menelefon polis.Lelaki itu mengamuk dan cuba untuk menembakku yang sedang berlari menuju ke telefon rumah.Kak Rita menahan.Aku terkejut dengan bunyi tembakan.Apabila aku berpaling,Kak Rita sudah rebah.Enjin kereta berbunyi.Lelaki itu berlari meninggalkan rumahku.

Lampu kembali menyala.Keadaan menjadi cerah.Bajuku merah,sementara Kak Rita sudah tidak bergerak.Kaku seperti patung.Aku tergamam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2008 09:56 AM | Show all posts
erk..mana ni????
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 10:15 AM | Show all posts
nak lagi... lagi lily.. da lama tunggu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2008 10:52 AM | Show all posts

Reply #403 ~elYna~'s post

lily ngah sakit perut!!!!
nnt yerkk...
bila lega sket sakit perut nih lily ltk smbgn dye...
huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 12:24 PM | Show all posts
ala awat lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 04:54 PM | Show all posts
lily... ooo lily..
sakit perut lg ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2008 01:40 AM | Show all posts
Bab 53

"Wana bersiap.Kita keluar lunch,okey?"

Aku tersenyum.Nak memujuklah tu.Itulah,cemburu tak bertempat sangat!"Tak nak,"rengekku."Wana nak lunch dengan Hasni,"kataku.

"Darling...Tak mungkin dear boleh lunch ngan Hasni.Kan pipi dia dah lebam?Berani lagi ke dia keluar dengan honey"Aku ketawa."Okey darling?Iz bertolak sekarang,"katanya sebelum mematikan talian.

Aku tersenyum lebar."Amboi...Senyum sampai telinga!Rasa semalam bergaduh...Ni nak keluar dengan sape?"usik Kak Ji.

"Ngan tunang Wanalah.Ngan saper lagi Wana nak keluar?"kataku."Oh ye,akak lupa!Selamat maju jaya,"kata Kak Ji.

Aku tersengih dan menuju ke dalam bilikku.Aku teringat kejadian yang berlaku kelmarin.

"Wana,kita dinner kat Hilton,malam ni?"soal Hasni.Aku tersenyum."Kenapa?Nak mengurat ke?Bahaya,cik abang tahu boxing tau!"usikku.

"Ish,rupa macam Wana ni,Has nak mengurat?Has nak mengurat yang tu lah,"kata Hasni sambil memuncungkan bibirnya ke arah Mak Leha,tukang sapu bangunan itu.Aku ketawa kecil."Pak Assan marah kang!Pak Assan tu pandai silat tau!"

"Alah,seriusla!Nak tak?"soal Hasni."As a..??"soalku."Officemate.Tonight,after Isyak.Okey?"Aku berfikir sebentar.Bagaimana kalau tunangku marah?Aku mengangguk."Aku ajak Azyan?"Hasni mengangguk.

"Azyan!"aku mencuit Azyan yang duduk di sebelahku."Apa?"soal Azyan sambil meletakkan ganggang telefon.

"Has ajak dinner tonight kat Hilton.Kau ikut?"Azyan menggeleng."Aku kena jumpa mama,kakak ipar!"kata Azyan."Azyan,jangan panggil aku kakak ipar boleh,tak?"Azyan ketawa.

Usai solat Isyak,aku membuka pintu almari.Baju mana yang sesuai aku pakai?Aku mengambil sepasang jubah seluar berwarna putih.Err...Lawa jugak.

"Dah sedia?"soal Hasni di dalam kereta.Aku menggaru kepala yang tidak gatal."Rasa macam terlupa something tapi...Tak tahulah,"kataku."Ada pulak macam tu."Aku tersengih.

"Nak makan apa?"soal Hasni."Grilled chicken with blackpepper sauce.Air...Watermelon juice,"jawabku."Hem...Sama jelah,"kata Has.

Aku memandang sekeliling.Ada sesuatu yang membuat aku tidak selesa di sini.Seram sejuk...Itulah yang aku rasakan.Entahlah...Aku menunduk.Gedebuk!Aku terkejut dan mendongak.Erk...Betul ke apa yang aku tengok ni?Hasni ditumbuk secara tiba-tiba oleh...???Iz!

"Iz!"jeritku.Pelanggan lain turut memandang ke arah kami.Hasni tergamam.Iz dengan api kecemburuannya ingin melayangkan lagi tumbukan ke wajah Hasni.Aku segera menahan.

"Iz!Iz ni kenapa?Kena rasuk dek hantu mana ni?"soalku.Aku cuba memapah Hasni.Hasni menepis."No,it's okey.I'm fine.Fix this one first,"kata Hasni sambil memandang Iz.Dia meninggalkan kami.

"Sorry,"gumam iz.Aku memandangnya."Stop it!"tempelakku sebelum masuk ke dalam teksi.

*******************************************************************************

"Ish,dah lebih setengah jam ni.Mana Iz?"Aku jadi gelisah.Bukannya lama dari bangunan MFH ke sini."Aku nak tunggu kat bawahlah."Kataku pada Azyan.Azyan mengangguk.

Iz..
Wana tunggu kat tepi jalan...

'Message Sent.Aku tersenyum.Jalan raya sesak dengan orang ramai.Aku terlihat ramai yang berkerumun di tengah-tengah jalan.

Aku dapat mengagak yang berlakunya kemalangan sebentar tadi.Hemm...Nak tengok ke ti...Aku terpijak sesuatu.Apabila aku menunduk...Lututku terasa lemah.Telefon bimbit di tapak kakiku,kuambil.

1 new message...Aku membuka mesej itu.

Iz..
Wana tunggu kat tepi jalan...

Nyawaku terasa melayang.Aku mencelah-celah di tengah-tengah kesesakan itu...

*******************************************************************************

Dengan sekali lafaz sahaja,aku sudah menjadi milik Iz.Aku tersenyum lebar.Iz mencium ubun-ubunku.Aku menyalam tangannya.

Aku bukan lagi seorang janda tetapi seorang isteri.Aku mahu menjadi isteri mithali.Iz tersenyum memandangku.Matanya bersinar.

"Apa senyum-senyum?"usikku."Malam ni sure panas,"bisiknya ke telingaku.Aku tersengih.

Aku tersedar dari mimpi.Aku mengurut dada.Ya Allah...Aku mimpi rupanya.

Aku teringat.Iz...Air mataku menitis.

*******************************************************************************

Aku terduduk di atas jalan."Iz!"jeritku.Air mataku berlinangan.Iz membuka mata perlahan-lahan.Kepalanya berlumuran darah.Cecair merah yang keluar dari hidung dan mulutnya membuatkan aku terasa lemah.Iz tersenyum.

"Akak kenal lelaki ni ke?"soal seorang pemuda yang cuba memapah Iz.Au mengangguk."Ambulans akan sampai kejap lagi,"katanya.Aku mengangguk.

Aku mendekati Iz."Iz...Macam mana boleh jadi macam ni?"soalku dengan hati sayu."Errghh...Sakitlah,sweetie,"katanya ketika aku memegang erat tangannya.

"Wana jangan nangis boleh tak,"katanya sambil menyeka air mataku.Namun belum sempat tangannya sampai ke wajahku,tangannya terkulai.Aku tergamam.

"Iz?Iz!Iz!!!!"Aku memeluk Iz.Dia sudah pergi...Sudah pergi dari hidupku untuk selama-lamanya.




















































































































































"Naper sayang nangis ni?"soal suamiku.AKu memandangnya dan memukul dadanya.Iz ketawa."Ni mesti ingat perkara tu.Sayang,kan dah 5 bulan berlalu.Lagipun,bukan salah Iz.Iz letih sebab tu Iz tidur.Wanalah!Bukannya nak check nadi Iz!"

"Izlah!Buat Wana panik je.Kalau Wana tau Iz tidur je masa tu,Wana dah tendang Iz.Biar sedar,"kataku.Iz ketawa.Tubuhku dirangkul dari belakang."Lupakan yang tu.Yang penting,baby papa dalam ni,"kata Iz sambil membelai perutku.Aku tersenyum."Jangan usik.Dia tidur,"kataku.Iz tersenyum."6 bulan lagi..."kata Iz.

"6 bulan lagi..."ulangku."Apa?"soalku."6 bulan lagi,Iz ada dua princesses,"katanya.AKu tersengih."Nak bagi nama apa?"soal Iz.Aku terdiam.

"Melyssa Farhini Hashima..."Aku menggeleng."Tak best...Nantilah.Bila baby ni lahir baru fikir,"kataku.Iz mengangguk dan mengucup pipiku.Rambutku dielus lembut."I love you,"bisiknya romantis di telingaku.Aku memandangnya.

"I love you so much,"ulangnya.Aku tersenyum."I love you too..."kataku.Bibirnya bercantum dengan bibirku.Sesungguhnya aku bahagia di sisi Iz.Terima kasih,Ya Allah.Semoga perkahwinan kami kekal...

T.A.M.A.T~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2008 01:43 AM | Show all posts
LEGA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!......
moga kowang ske ending dye...
lega lily ble citer ni da abes...
cyter lain plak...
kuikui...
kalu smpt...
this year,lily teramat sibuk!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2008 05:16 AM | Show all posts
jahatnya lily.. dah gabra tadiiiii.....
tahniah.. abis dah keliru.... dah tak keliru dah...
snanti buat citer lain k?  
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 08:30 AM | Show all posts
alah dah abis ke...tak boleh lagi lah nak feeling2...tapi suspen aje lily  ni...ingat sad ending...nasib happy ending...

lily nanti buat cerita lagi yek....seronok baca....

Tahniah kerana berjaya menghabiskan cerita KELIRU ini....sekarang dah tak keliru lagi dah....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 10:19 AM | Show all posts
sambung lagi.. nak lagi.. nak lagi....
hehehehehe..
time kaseh lily..
akhirnye abis gak..
xyah nak tgg lagi...
penantian itu satu penyeksaan...
hehehehe..
nanti wat la citer baru..
all d best lily...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 12:03 PM | Show all posts
lily............... suspen giler aku baca TQ sebab habiskan cerita lily patut buku kan cerita ni. cubalah akak sokong.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 01:00 PM | Show all posts
uiks dah bis lah....
hampes jer ku rasa kan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 05:24 PM | Show all posts
dah habis ke... ingatkan panjang lagi.... ape2 pun cite nie mmg best....

time kasih lily
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2008 08:35 PM | Show all posts
buat suspen je tdi....

apapun,terima kasih,lily
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2008 10:21 AM | Show all posts
mmmmm....dah abes....
anyway....Thanks....Seronok baca citer lily ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2008 01:34 AM | Show all posts
alamak.. kenapa tetiba aku baca ending jer nee????

lily.. nak mintak permnission print boleh tak?
sakit montot la nak bace sekali banyak2 depan nee..
boleh eh.. janji tak bagi orang lain bace @ jual kat kedai mamak dengan harga rm2.. janji..
takut mamak tue wat bungkus roti canai plak!
anyway.. sweet ending..
ingat mati macam  TDTM tue.. heheh mahu lenjun baju aku!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 01:41 PM | Show all posts
dowh.. sakit montot aku duduk menghabiskan 17 pages nee.. wuwuwu
thanks ilya.. disebabkan takde green light terpakse la den bace kat depan pc jugak..
wuwuwuw
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:15 PM | Show all posts
seronok baca cite nie...mmg btol2 keliru...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 02:45 PM | Show all posts
yeeeeeeeeeeee tamatttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.046761 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list