|
Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by nobito at 9-2-2012 21:24
Reply 400# HangPC2
Aku suka ngan Prof Kang neh...ayat paling pedas bila dia cakap 'Kerajaan Korea menterjemah buku2 di dalam bahasa Korea dan ditulis menggunakan tulisan Korea supaya orang Korea menguasai bahasa Korea lebih berbanding bahasa lain...Bahasa Korea dan tulisan Korea adalah jati diri kami'...
Sebab tu la orang Korea kuat kerja macam Jepun n China sebab mereka ada jati diri...sebab apa orang Cina wajibkan anak2 mereka belajar Chinese Characters...sebab tu jati diri mereka...mereka bekerja untuk bangsa n negara...
Berbeza dengan Malaysia time zaman Mahathir dgn Dasar Pandang ke Timur...dia suruh orang Malaysia kerja macam orang Jepun tapi dia x tahu apa yg membuatkan orang Jepun bersemangat n kuat kerja...jawapan mesti sebab jati diri mereka spt yg Prof Kang bgtau...dan Mahathir sendiri sebenarnya x tahu dr mana dtg jati diri orang Jepun, China, Korea, India dan Thailand.
Apa yg menarik jati diri Melayu memang mudah hilang dan sering mengalami evolusi sama seperti bahasa dan tulisannya walaupun mereka berpijak di 'bumi sendiri' bukannya merantau/berdagang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 401# nobito
jadi saya boleh salahkan kerajaan dalam hal sebab buat undang-undang sampai Jati Diri terhakis.... konon nak mergejarkan kemajuan cara segera..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 403# nobito
Part yang ini aku setuju. Pembentukan negara yang berasaskan Barat dari sistem pendidikan, undang-undang hatta sehingga kepada tulisan pun berkiblatkan Barat sememangnya menghakis jati diri bangsa Melayu itu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply nobito
Part yang ini aku setuju. Pembentukan negara yang berasaskan Barat dari sist ...
tarabas1976 Post at 10-2-2012 16:44
isu sekarang ini... pasal bahasa inggeris di gunakan terlampau meluas dalam kehidupan harian.... lepas itu kerajaan lagi galakan cakap inggeris lama-lama Bahasa Melayu bakal jadi macam Tulisan Jawi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 405# HangPC2
Yup.Itu memang tak dapat dinafikan. Contoh paling mudah, kalo ko berjalan kek KL atau area-2 Damansara kalo ko tak paham seabuk pun Bahasa Melayu pun gerenti takkan sesat punyer. Majoriti bercakap Bahasa Inggeris, terutama kalau syarikat swasta dan bukan Melayu.Apo nak wat........ |
|
|
|
|
|
|
|
antara puncanya adalah graduan yg belajar kat eropah bila balik Malaysia dah lupa asal usul. Cakap melayu pun dah tak betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 12-2-2012 08:19
Reply HangPC2
Yup.Itu memang tak dapat dinafikan. Contoh paling mudah, kalo ko berjalan k ...
tarabas1976 Post at 11-2-2012 11:31
saya ada baca satu blog perantau malaysia di Okinawa.... ada satu makcik ini ditugas '' interview '' pelajar Jepun yang pernah belajar di Malaysia.... makcik itu cakap , '' kenapa pelajar jepun masih tidak fasih berbahasa melayu selama 3 tahun di malaysia '' sebab orang sekelilingnya cuma berbahasa inggeris dengan pelajar jepun... jadi buat apa susah-susah belajar bahasa melayu....
kalau Pelajar Malaysia belajar di luar Negara sekurang-kurang bawak pulang ke Negara dengan kemahiran Bahasa Asing... kalau Pelajar Asing di Malaysia bawa pulang apa ?...... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 12-2-2012 13:55
Aku rasa penerangan aku lebih jelas ngan video Lee Kuan Yew kat bawah ni.....rakyat Malaysia silap kalau cakap Mahathir seorang bijak atau pakar ekonomi..sebenarnya Mahathir lebih kepada egoism yang terlalu tinggi dlm diri dia.
Semasa pemerintahan dia..dia tak pernah fikirkan pasal negara bangsa dan kaitannya dengan ekonomi...yang dia tahu cuma Malaysia Boleh...tahu x apa maksud Malaysia Boleh??? Maksudnya korang main meredah tanpa befikir tentang kekangan terhadap negara bangsa n jati diri
[youtube]n6VgRf6C_7s[/youtube] |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 12-2-2012 15:50
Contoh yang baik bila seorang rakyat Amerika x mo belajar accent UK tapi nak melancong ke uk...
Rakyat England x terdesak memerlukan pelancong Amerika..maka mereka x menguasai slang Amerika..akibatnya dia tak paham apa yg orang England cakap..
[youtube]0tyzG_ZKVfU&feature=related[/youtube]
p/s orang Bugis memang suka dengan orang Perancis |
|
|
|
|
|
|
|
Kecopong Melayu '' Cha-Da '' (Mahkota Tinggi)
Tanjak, Tengkolok, Destar
Pada tahun 750 Masihi, Sang Jaya Bangsa atau Sang Rama Dhamjaya – Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera telah menyerang kerajaan Langkasuka di bawah pemerintahan Raja Maha Bangsa. Pada tahun 775 Masihi, Srivijaya telah berjaya menakluk Langkasuka dan seluruh tanah jajahannya.
Kemasukan pengaruh budaya Melayu Srivijaya dari Sumatera (termasuklah tengkolok, tanjak dan destar) dipercayai bermula pada tahun 775 Masihi. Walau bagaimanapun, pengaruh budaya Melayu Langkasuka (termasuklah kecopong) tetap kekal dominan.
Penggunaan tengkolok, tanjak dan destar secara meluas di Semenanjung Tanah Melayu dipercayai hanya bermula apabila Seri Teri Buana ditabalkan sebagai pemerintah bagi tiga buah kerajaan - Palembang-Jambi (Srivijaya-Melayu), Bintan dan Singapura Tua.
Dari segi kedudukan geografi, Kepulauan Bintan dan Kepulauan Singapura adalah sebahagian daripada Semenanjung Tanah Melayu. Ini bermakna, kemasukan tengkolok, tanjak dan destar bermula dari arah selatan menuju ke utara Semenanjung.
Serangan Majapahit ke atas tiga buah kerajaan tersebut telah memaksa pemerintah terakhirnya - Parameswara melarikan diri ke utara lalu mendirikan Kesultanan Melaka. Di bawah pengaruh empayar Melaka inilah, penggunaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke semua negeri jajahan dan naungannya.
Sultan-sultan Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang telah menabalkan putera-putera mereka sebagai raja atau sultan di negeri Perak, Jeram (Selangor), Johor, Terengganu dan Pahang.
Ada juga di kalangan para pembesar Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang dilantik sebagai wakil raja di wilayah jajahan seperti Kelang (Selangor) dan Muar (Johor).
Sultan Mahmud Syah (Kedah) telah pergi ke Melaka untuk bertemu dengan Sultan Mahmud Syah (Melaka) demi memohon nobat. Dari sinilah bermulanya sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kedah.
Sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kelantan bermula apabila Sultan Melaka menakluk negeri Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga di bawah pemerintahan Sultan Gombak.
Dari Kelantan, pemakaian tengkolok, tanjak dan destar masuk ke Patani apabila Patani diperintah oleh anak-anak raja dari dinasti Kelantan I dan dinasti Kelantan II.
Pada zaman Kerajaan Persekutuan Patani Besar, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke negeri Singgora (Songkhla, Phatthalung dan Satun) serta Ligor (Nakhon Si Thammarat).
Di bawah pengaruh empayar Kedah pula, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke Sendawa (Sadao), Setul (Satun), Terang (Trang), Ayer Kelubi (Krabi), Kuala Punga (Phang Nga), Pulau Bukit (Koh Phuket) dan Rundung (Ranong) di selatan Thailand serta Tenang Sari (Tenasserim) di selatan Myanmar
Credit : En Ijad Ajmir
Last edited by HangPC2 on 7-5-2013 12:09 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
tok tt aku pun ada jumpa koleksi aksesori zaman firaun ..boleh bukak satu rumah jugak rasanya ..cuma malas jer ni hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 12-2-2012 22:28
Aku tepek lagi satu video untuk menerangkan pada korang tentang kuasa ekonomi dunia..pengaruh kepada negara yang mempunyai sumber2 alam dan manusia yang kurang macam Singapura...mereka terpaksa mengikut rentak2 ekonomi dunia dan akur pada kuasa ekonomi besar untuk memastikan Singapura terus hidup..... Apa nasib bahasa Melayu korang??? Di Malaysia..apatah lagi di Singapura... Adakah second language Malaysia pada masa akan dtg adalah Mandarin?
Ni bukan pasal Racist...kebetulan China akan menjadi kuasa ekonomi dunia...Lee Kuan Yew memikirkan masa depan Singapura...
[youtube]mtPZOtl13XU[/youtube]
p/s...Negara bangsa yang kuat bergantung kepada sumber2 n ilmu yg mereka ada |
|
|
|
|
|
|
|
si bodo anjin yang mahu mengajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nobito at 13-2-2012 00:18
Sapa yg ajar ni.... semua orang yang amik subjek finance, economy, Human resource tahu pasal ni...len la kalau macam Mahathir n Najib...ko fikir 1Malaysia=Bhineka Tunggal Ika tu boleh bertahan lama ka? unless 1Malaysia adalah motto negara Malaysia macam Indonesia |
|
|
|
|
|
|
|
Chi Tu (Tanah Merah)
|
|
|
|
|
|
|
|
Busur & Panah Melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 419# HangPC2
Apek Cina depan tu..apek tak takut ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|