CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
Post time 29-1-2007 11:39 PM | Show all posts
Siti masih anggun memukau!
29-01-2007 11:44:53 AM
Wahida Asrani

Jikaada yang merasakan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza sudah hilang憈aring
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2007 04:20 PM | Show all posts
Siti tetap hebat!
Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]


KALAU ada yang meragui vokal Datuk Siti Nurhalizakurang bertenaga selepas bergelar isteri, simpan saja kata-kata itu.Persembahan hampir dua jam untuk Konsert Sambutan Eksklusif Olay TotalEffects di Hotel Palace Of Golden Horses baru-baru ini, menjawab segalakeraguan itu.


Lagu I Will Always Love You yang dikatakan Sitisebagai lagu Inggeris yang sering dinyanyikannya dalam persembahan padaawal pembabitannya dulu, membuktikan vokalnya masih hebat hinggamendapat tepukan gemuruh penonton.

Mungkin juga lagu popularWhitney Houston dari filem Bodyguard itu bukan lagi sekadar laguInggeris yang dianggap Siti sebagai lagu cari makan, sebaliknyamemiliki makna yang cukup mendalam buat dirinya.

Pemilihan lagu sepanjang persembahannya seolah-olah satu jawapan kepadapeminat dan media mengenai persoalan yang kini menjadi bualan ramaiiaitu kebahagiaan rumah tangganya dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Lagu Destinasi Cinta, Aku Cinta Padamu, Pastikan dan I Will Always LoveYou yang menjadi lagu pilihan pada awal persembahannya, seolah-olahmemberi pesanan kepada peminat bahawa dirinya kini cukup bahagia.

Begitu juga penampilannya. Walaupun nampak wajahnya agak berisi, namunkebaya moden dari kain renda warna emas yang dipakainya, jelasmenampakkan bahagian perut Siti yang ramping sebagai menutup khabarangin mengatakan dirinya kini mengandung.

Siti juga begitusporting apabila meminta peminat bergembira bersamanya dan jangan seganatau malu untuk menari atau menyanyi bersamanya.

Ini adalahpersembahan pertamanya dalam bentuk konsert selepas berkahwin Ogos laludan ia dianjurkan Olay Total Effects khusus meraikan pengguna setiaproduk itu. Seramai 1,293 pengguna setia produk itu berpeluangmenyaksikan persembahan Siti dengan mendapatkan tiket percuma selepasmemberli pelembab anti penuaan.

揝udah lama saya tidakmengadakan persembahan untuk konsert besar seperti ini. Apabila diberipeluang menjayakan konsert ini, ia cukup berharga kerana memberipeluang kepada saya bertemu peminat.

  揥alaupun hanya mini konsert tapi bahang dan persediaannya seperti konsert besar. Harap semua terhibur,
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2007 08:19 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza masih jadi pujaanDatuk Siti Nurhaliza terus membuktikan, dia masih mendapat sokongantidak berbelah bagi daripada peminat-peminatnya biar pun sudahberumahtangga.


Kemunculan Siti malam Jumaat lalu membuat persembahan untuk penggunasetia Olay Total Effects di Dewan Perdana, Palace of the Golden Horses,Selangor membuktikan segalanya.


Lebih 1,300 peminat Siti yang hadir menyaksikan persembahan itumerasa terhibur menikmati vokal mantap Siti menyampaikan 12 lagu-lagupopular.


Paling terserlah ketika menyampaikan lagu I Will Always Love Younyanyian asal Whitney Houston, persembahan Siti mendapat tepukangemuruh penontonnya.


Selama sejam setengah menghiburkan penonton, Siti turut menyampaikanrangkaian lagu-lagu seperti Biarlah Rahsia, Destinasi Cinta, Pastikan,Hidup Penuh Bicara dan Siti Situ Sana Sini.


Lagu malar segar pula iaitu Asmara menjadi sangat indah apabila dipersembahkan Siti dengan gaya manja dan bersahaja.
Lagu-lagu popular Indonesia turut menjadi pilihan Siti malam itu.Medley seperti Teman Tapi Mesra, Pupus dan Pudar serta Dealova,dipersembahkan dengan penuh `jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 01:07 AM | Show all posts
Siti bawa album ke Hollywood

BARU-BARU ini ketika menghadiri satu majlis, SS difahamkan mengenaipenyanyi baru, Fazli Zainal begitu berdebar-debar menanti peluang untukbertemu dengan Datuk Siti Nurhaliza.



SS kata, Fazlisudah terlambat kerana Siti sudah ada yang punya, tetapi rupa-rupanyaFazli teringin berjumpa Siti untuk memberikan album sulungnya, Harapankepada penyanyi terkenal itu.

Bercakap pasal memberi albumkepada penyanyi terkenal ini, cerita terbaru yang SS dengar ialah pihakpengurusan Siti bercadang membungkus album Siti cantik-cantik untukdiserahkan kepada penyanyi terkenal Hollywood.

SS difahamkan,semua itu akan dilakukan Siti apabila berkunjung ke Los Angeles pada 11Februari ini untuk menghadiri Anugerah Grammy ke-49.

Tenturamai yang masih ingat Siti menerima dua tiket penerbangan untukmenyaksikan majlis anugerah itu apabila menang pakaian tercantik ketikamajlis Red Carpet sempena Anugerah Academy di Hotel JW Marriot, KualaLumpur, tahun lalu.

Difahamkan, Siti akan terbang ke sanabersama suami. Tapi Siti dan suami bukan sekadar melaram danmenyaksikan majlis yang akan dihadiri penggiat industri rakamanHollywood itu, sebaliknya ada agenda tersendiri.

Baguslah, siapatahu nanti ada pihak di sana yang berminat dengan Siti. Dulu Sitipernah menyanyi di Royal Albert Hall, London, siapa tahu selepas inipeluangnya meluaskan kerjaya di Amerika pula.

SS difahamkan,sebelum ini persediaan sama dibuat untuk Siti apabila menyaksikanpersembahan penyanyi idolanya, Celine Dion di Las Vegas tetapi SSdifahamkan, Siti malu hendak memberikan albumnya itu kepada Celine
sumber: Harian Metro.

[ Last edited by  calmille at 2-2-2007 01:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 05:54 AM | Show all posts
Siti hargai kesetiaan peminat
KUALA LUMPUR: Status isteri bukan penentu jatuhbangun karier artis wanita seperti dibuktikan Datuk Siti NurhalizaTarudin yang tidak menjadikan kehidupan rumah tangga sebagai halanganmeneruskan kejayaan.


Katanya, selepas mendirikan rumah tangga,tahun lalu, peminatnya tetap setia serta terus memberikan sokongankepada karier seninya yang sudah memasuki 12 tahun.

揅ontohnya,apabila terpilih sekali lagi sebagai finalis Anugerah Bintang PopularBerita Harian (ABPBH) 2006, Siti menganggapnya satu penghormatan.

  揑a sekali gus menidakkan tanggapan bahawa karier seseorang artis akan merudum selepas mendirikan rumah tangga.

揗enang atau kalah adalah bonus. Siti menghargai susah payah peminatyang bersungguh-sungguh mengundi Siti. Peminat semakin bijak menilaikerjaya dan bakat Siti. Malah, mereka masih menghargai perjuangan Siti,pengiktirafan yang mereka berikan lebih dari hati ke hati,
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 03:48 AM | Show all posts
                        Siti ke acara karpet merah Anugerah Grammy Ahad ini
06-02-2007 11:50:45 AM                                                        
Oleh ZIEMAN
                                                                                                                                 

Bagaikansebuah mimpi indah apabila Datuk Siti Nurhaliza apabila diundangberjalan seiring dengan selebriti terkenal Mariah Carey, Alicia Keys,Christine Aguilera dan Jamie Fox
Bagaikan sebuah mimpiindah apabila Datuk Siti Nurhaliza apabila diundang berjalan seiringdengan selebriti terkenal Mariah Carey, Alicia Keys, ChristineAguilera, Jamie Fox dan ramai lagi di acara karpet merah AnugerahGrammy ke 49, yang akan berlangsung Ahad ini di STAPLES Center, LosAngeles.

Tapi inilah tuah insan kerdil yang bernama SitiNurhaliza. Penghormatan yang julung-julung kali diterima oleh sebarangpenyanyi tersohor di rantau ini bakal membuka mata selebriti terkenalantarabangsa terhadap insan bernama Siti Nurhaliza.

Dan semuanyaberlaku secara kebetulan saja. Mulanya, Siti hanya memenangi dua tiketke anugerah tersebut pada bulan Mac tahun lepas ketika terpilih sebagaiArtis Berpakaian Paling Cantik di acara Ritz Carlton "Breakfast WithThe Stars" atas tajaan Star World.

Disebabkan namanya adalah ikondi rantau ini, Star World telah membuat cadangan agar Siti dimasukkansekali ke acara karpet merah.

Dan pada hari Sabtu ini, penyanyiNo 1 Malaysia ini akan berlepas ke Los Angeles,  ditemani suaminyaDatuk Khalid Mohd Jiwa, juru mekap Nurul Shukor dan pengurus produksi,Saiful Kadri.

Penyanyi jelita ini mengaku cukup teruja dengan jemputan yang diterima ke acara berprestij itu.

"Taksangka pula, Star World sudi membuat cadangan agar Siti berjalan diatas karpet merah di acara Grammys itu," jelas penyanyi di dalamperbualan telefon lewat petang semalam.

Siti yang menjadi idolaribuan peminat itu akan mengenakan pakaian berwarna hitam putih darikain jenis Channel yang dibelinya dari London baru-baru ini.

"Sititelahpun memberi kain itu kepada Datuk Bernard Chandran. Siti serahkanpada dia bagaimana nak design baju Siti. Yang Siti tahu, konsepnyabercorak conservative with a modern touch dan berpotongan ala kebayapendek serta berkerawang. Siti pun belum sempat lagi pergi fitting,"jelas penyanyi anggun itu.

Bagi Siti, kehadirannya ke acara anugerah tersebut bagaikan satu lagi mimpi indah yang akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
"Sitibersyukur, dapat pergipun dah best sangat, tambahan pula dipelawa jalanatas red carpet. Memang tak sangka lah. Lagipun selama ini nama-namaini Siti cuma tengok kat TV saja," kata Siti yang begitu mengkagumipenyanyi Celine Dion, Christine Aguilera dan Mariah Carey.

Siti juga akan membawa bersamanya cenderahati untuk diberi kepada mereka yang berkenaan.

"Sitimemang selalu membawa cenderamata begini apabila pergi ke luar negarauntuk menghadiri acara hiburan," jelas penyanyi bersuara merdu itu lagiyang akan menginap di Renaissance Hollywood Hotel, berhampiran denganGrauman抯 Chinese Theater dan Kodak Theatre.

Pemergiannya yang akan ditemani suami tercinta juga membuat hatinya bertambah teruja.

"Suami Siti amat ambil berat tentang karier Siti tambahan pula kalau Sitimendapat pencapaian begini. Dia caring dan memahami perjalanan karier Siti tapi dia tidak suka diberi publisiti. Cukuplah sekadar di belakangtabir sebagai penyokong," kata Siti lagi.
Pasangan bahagia inikhabarnya akan berada di Los Angeles selama lima hari sebelum bertolakke Vancouver "untuk melawat seorang teman".

Khabarnya juga, Siti dan Datuk K akan mengambil cuti selama dua minggu sebelum pulang ke tanah air pada 20 Februari nanti.



"Siti dah slow down banyak. Kalau dulu memang banyak show Siti ambil, sekarang ni cuma satu show untuk satu minggu"
(Foto The Star)
sumber: mStar


[ Last edited by  calmille at 7-2-2007 03:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2007 03:50 AM | Show all posts
sambungan dari posting atas

Siti lebih rileks sekarang


Siti mengaku kehidupannya sebagai penyanyi "agak rileks" kebelakangan ini kerana dia tidak mengambil semua show yang ditawarkan.

"Sitidah slow down banyak. Kalau dulu memang banyak show Siti ambil,sekarang ni cuma satu show untuk satu minggu. Alhamdulillah, kehidupanbegini yang Siti idamkan selama ini, dapat rileks bersama keluarga danmemberi tumpuan kepada rumahtangga," katanya lagi.
Walalupunbegitu, Siti tetap memenuhi tuntutan dan tanggungjawabnya sebagai DutaOil of Olay dan Pantene dengan memberi komitmen seperti yangdipersetujui.

"Siti akan mula sibuk pada bulan April nanti untukSecretaries Week. Siti belum tahu lagi tawaran yang mana satu Siti akanambil, semuanya terpulang kepada kesesuaian masa," kata Siti yangbercadang membuat album baru tahun ini.

Siti juga akan masukstudio pada bulan April nanti untuk pembikinan album barunya yangberbentuk pop tradisional di bawah penerbitan syarikat Siti NurhalizaProductions (SNP) Sdn Bhd.

"Kak Rozie banyak membantu Sitimembuat pemilihan lagu. Beberapa komposer sudahpun memberi lagu merekaseperti Ayob, Pak Ngah dan komposer Indonesia Katon," jelasnya.

Selepaspembikinan album tradisional ini nanti, Siti bercadang untuk membuatsatu lagi album "Tribute To Legend" untuk semua komposer lagenda ditanah air kita seperti Datuk Ahmad Nawab, M.Nasir dan Zubir Ali.

"Sitidah lama minat dengan ciptaan komposer-komposer ini. Tentus eronok kanmenyanyikan lagu-lagu nostalgia ciptaan mereka," kata Siti.

Disebalik kebahagiaan yang tercipta, bukan sedikit yang cuba memberikangambaran begatif pada rumahtangga Siti dan Datuk K. Gosip dan fitnahsilih berganti dan datang bertali arus.

"Siti doakan Tuhanbukakan pintu hati mereka supaya berubah. Tiada apa yang dapat mengubahapa-apa sekali pun melainkan dengan izinNya. Memang Siti dah dengarbanyak cerita-cerita burok tapi Siti dah lali dan anggap ia berlakukerana penyakit hati," kata Siti yang semakin menampakkan kematangannya.

Menurut Siti, dia dan suaminya akan tersenyum setiapkali terbaca gosip atau fitnah tentang diri mereka.


"Siti amat popular bukan saja di sini tetapi juga di Indonesia dan Singapura"
(Foto The Star)
"Datuk tersenyum saja. Dia cuma kata "dia orang ni semua tak ada kerja kut"," kata Siti.   
   
Siti ikon di rantau ini


BagiNini Yusof, Pembantu Timbalan Presiden Pengedaran & Pemasaran StarTV Asia Tenggara, pemilihan Siti untuk acara karpet merah pada anugerahGrammys nanti "adalah tepat dan paling wajar kerana Sitilahsatu-satunya ikon yang disayangi ramai di rantau ini."

"Ketikasaya memberitahu Siti pada hari Ahad lepas yang dia terpilih untukacara karpet merah, dia kedengaran begitu gembira sekali," ujar Ninidalam perbualan telefon dari Singapura hari ini.

Nini juga begitugembira yang Siti turut terpilih, sekaligus meletakkan harapan yangbukan sedikit ke atas penyanyi bersuara merdu ini.
"Siti amatpopular bukan saja di sini tetapi juga di Indonesia dan Singapura. Diasememangnya layak diberi penghargaan sebegini. Kami akan menghantarkrew Channel V seramai tiga orang dan dibantu oleh krew tempatan di LA.

"Kamiakan membuat liputan bagi acara Anugerah tersebut dan semua footagesini akan disiarkan secara ekslusif pada akhir bulan Februari dirangkaian Star World," jelas Nini yang akan bertemu Siti pada hari Rabuini untuk berbincang persediaan ke anugerah Grammys itu.

BagiNini, Star World sudah menyediakan satu platform yang terbaik bagi Sitimengenalkan dirinya di peringkat antarabangsa, selebihnya terpulanglahkepada Siti sendiri.

"Sekiranya pakaian yang dipakainya mendapatperhatian paparazi di sana, kemungkinan mereka akan memberi perhatiankepadanya," jelas Nini.

Menurut Nini lagi, "6 tahun dulu, orangtidak berapa kenal Elizabeth Hurley tetapi disebabkan pakaian Versaceyang dikenakan begitu cantik sehinggakan semua orang memperkatakantentang Elizabeth selepas itu. Harap-harap Siti pun akan mengalamikeadaan yang sama," jelas Nini lagi.

Acara red carpet itu akanmemakan masa selama 30 minit namun Nini yakin keterampilan dankebijaksanaan gabungan Siti dan Bernard Chandran, ramai mata akanterpaku melihat kelibat Siti di karpet merah itu nanti.

"Siticuma perlu untuk menarik perhatian media di sana. Kalau mereka suka apayang Siti pakai dan penampilan Siti yang anggun dan memukau, sudahtentu mereka akan memberi perhatian kepadanya," kata Nini lagi.

Satusidang akhbar untuk pengumuman Siti ke Anugerah Grammys akan diadakanpada hari esok, jam 3 petang bertempat di Presidential Suite, Hotel JWMarriot.

sumber: mStar


[ Last edited by  calmille at 7-2-2007 03:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 08:13 PM | Show all posts
Siti dapat undangan
February 8th, 2007

Ikon pop pertama dari Malaysia diundang hadiri majlis berprestij dunia seni suara Barat di Los Angeles


APABILA anda menonton rancangan Anugerah Tahunan Grammy Isnin ini,apa kata anda jenguk-jenguklah sekali sama ada ternampak atau tidakbayangan jelitawan dari seberang, Siti Nurhaliza.


Siti dilaporkan mendapat undangan untuk menghadiri majlis berprestijdunia seni suara Barat yang akan diadakan di Pusat Staples, Los Angeles.


Menurut laporan The Star, Siti merupakan ikon pop pertama dariMalaysia yang mendapat pengiktirafan untuk berjalan di atas permaidanimerah bersama penyanyi-penyanyi popular dunia.


Siti mendapat peluang keemasan itu setelah memenangi acara SelebritiPaling Bergaya dalam acara Sarapan Bersama Bintang, yang diadakan olehpihak televisyen Star World tahun lalu.


Pihak Star World kemudian menulis kepada pihak penganjur AnugerahTahunan Grammy Ke-49 bagi mendapat keizinan membolehkan Siti berjalandi atas ambal bersama bintang lain.


慡iti amat popular di rantau ini dan beliau memang wajar mendapatpengiktirafan ini,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2007 08:35 PM | Show all posts
Siti hopes to dazzle audience at Grammys
               

        
A dream come true: Siti will be wearing a dress designed byDatuk Bernard Chandran and jewellery sponsored by Chopardwhen she attends the Grammy Awards on Sunday.

source: the star online

KUALA LUMPUR: Datuk Siti Nurhaliza hopes to dazzle everyone, when shewalks down the red carpet during the 49th Annual Grammy Awards onSunday.

Apart from her dress, to be designed by Datuk Bernard Chandran, andglittering jewellery sponsored by Chopard, she has one more ace up hersleeve
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 03:08 AM | Show all posts
08 Februari, 2007 18:26 PM                                                                                                           
                 Siti Nurhaliza Belum Bersedia Sertai Politik

               

SEMAI BAKTI匘atuk Siti Nurhaliza (berbaju merah) bergambar kenang-kenangan bersamasebahagian penghuni rumah kebajikan Rumah Kanak-kanak Ini Disayangi(K.I.D.S) selepas menyerahkan replika kunci van kepada rumah kebajikanitu. Turut kelihatan Pengarah Urusan AEON Co (M) Bhd Nagahisa Oyama(tiga dari kiri). Foto: Razali Nordin
               

                SHAH ALAM, 8 Feb (Bernama) -- Penyanyi tersohor negara Datuk SitiNurhaliza Taruddin akan terus menumpukan perhatian kepada bidangnyanyian dan belum bersedia membabitkan diri dalam dunia politik.

"Ramai juga yang bertanyakan soalan bila saya nak masuk politiktapi saya rasa sekarang ini nak tumpukan pada bidang nyanyian dulu.Bukan masanya lagi," katanya kepada pemberita selepas hadir sebagaiDuta Yayasan Jusco Malaysia menyerahkan bantuan kepada RumahKanak-Kanak Ini Disayangi (K.I.D.S) di sini.

Siti berkata walaupun tidak merancang membabitkan diri dalampolitik buat masa sekarang, penyanyi itu akan terus memberi sokongankepada bidang itu mahupun kerajaan.

  "Sokongan itu tetap ada... saya selalu hadiri dan menyertai majlis anjuran kerajaan. Itu adalah sokongan saya," katanya.

Penyanyi itu diminta mengulas mengenai laporan akhbar pada minggulepas yang menyebut Siti merancang untuk aktif dalam bidang politik dansemakin berminat mendalami dunia itu.

"Mungkin orang tengok saya dan suami banyak turun padang danmemberi bantuan kebajikan jadi orang ingat saya sudah berminat dalampolitik sekarang," katanya.

Ditanya mengenai penubuhan sebuah organisasi kebajikan, YayasanNur Jiwa milik Siti dan suami, Datuk Khalid Muhammad Jiwa, Siti berkatabeliau kini amat senang melakukan kerja-kerja kebajikan selain sibukdalam kariernya sebagai penyanyi.

Katanya tanggungjawab yang dipikul sebagai duta Yayasan Jaya Juscotidak pernah menimbulkan masalah kepadanya untuk menumpukan perhatiankepada yayasan miliknya dan suami.

sumber: BERNAMA  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 06:42 AM | Show all posts
                        Siti: Belum masa saya masuk politik
08-02-2007 10:58:43 PM                                                        
Oleh EDWARD RAJENDRA

                                                                                                                                  KLANG: Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin memang berminatdalam politik tetapi tidak berhasrat menceburinya buat masa ini.


"Ya, politik memang menarik dan ada kebaikan dalam berpolitik.


"Kerajaan kita kini ditadbir dengan baik dan saya menyokong kepemimpinan sekarang sepenuh hati saya.


"Buatmasa sekarang muzik lebih penting kerana ia membuatkan saya memahamiperasaan dan diri saya lebih mendalam," katanya hari ini selepas hadirsebagai Duta Yayasan Jusco Malaysia untuk menyerahkan bantuan kepadaRumah Kanak-kanak Ini Disayangi (KIDS) di sini.



Siti bergambar bersama penghuni Rumah KIDS sewaktu majlis penyerahan van hari ini. (foto The Star oleh K. K. Sham)



Sebuahakhbar harian minggu lepas mengulas kemungkinan pembabitan Siti dansuaminya Datuk Khalid Muhamad Jiwa dalam gelanggang politik di negerikelahirannya Pahang apabila aktif membantu mangsa banjir di negeri itudan Johor.


Apabila ditanya lagi tentang cita-cita politiknya, Siti berkata: "apabila tiba masanya yang sesuai berpolitik, saya akan masuk."
Terdahuludalam majlis tersebut, Siti menyerahkan sebuah van Toyota Hiace baruuntuk rumah anak yatim tersebut yang dihuni 50 kanak-kanak.


Kenderaan itu dibeli hasil kutipan derma dalam satu majlis makan malam amal anjuran yayasan tersebut tahun lalu.
sumber: mStar


[ Last edited by  calmille at 9-2-2007 06:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 02:17 PM | Show all posts
Lambaian Grammy Oleh Farihad Shalla Mahmud

Penyanyi Siti Nurhaliza akan berjalan di atas permaidani merah bersama artis tersohor dunia

TIDAKpernah terlintas pada fikiran penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhalizabahawa satu hari nanti impiannya untuk menyaksikan majlis anugerahmuzik terbesar dan paling berprestij di pentas antarabangsa, AnugerahGrammy bakal menjadi kenyataan.


Dansiapa sangka kemenangannya meraih anugerah Selebriti Pakaian Terbaikketika menghadiri majlis khas Breakfast With The Stars anjuran StarMovies tahun lalu memberinya peluang untuk bergesel bahu dengankaryawan muzik Hollywood yang selama ini hanya mampu dilihat menerusitelevisyen.

Berkongsi perasaan bersama pihak media petang Rabulalu, Siti berkata apa yang dia peroleh itu ibarat satu kerianganberganda buatnya.

揝iti memang gembira sangat apabila mendapattahu Siti akan ke Anugerah Grammy kerana itu memang impian Siti sejakdulu lagi. Dan lebih menggembirakan, Siti bukan sekadar menonton tetapijuga berpeluang berjalan di atas permaidani merah bersama selebritiHollywood lain. Jadi, persiapan untuk majlis itu kena lebihlah,攗jarnya yang akan menggayakan busana berkonsepkan fusion hasil rekaanDatuk Bernard Chandran.

Mengulas penampilannya pada majlis itu,Siti berkata konsep fusion iaitu gabungan Timur dan Barat dipilihkerana ia bersesuaian dengan imejnya dan juga majlis yang bakaldihadiri itu nanti.

揝ebelum mencapai kata sepakat, Siti, suamidan Bernard ada berbincang konsep yang bagaimana ingin kita tonjolkan.Tetapi Siti lebih memberi kebebasan kepada Bernard kerana dia tahu apayang terbaik untuk Siti.

揇ari segi warna, Siti memilih gabunganhitam dan putih dan rekaannya agak konservatif iaitu bermotifkankerawang. Namun ciri-ciri moden tetap ada. Siti juga akan menggayakanaksesori tajaan Chopard,
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 04:52 PM | Show all posts
Siti makan angin lagi
Oleh ABIE ABDULLAH

HARI ini Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ada di LosAngeles dan esoknya, dia satu-satunya wakil selebriti Asia yang akanberjalan di atas permaidani merah Anugerah Grammy ke-49 yang diadakandi Staples Centre, bersama bintang ternama lain termasuk Beyonce danJustin Timberlake.


Pemergian Siti yang ditemani suaminya, DatukKhalid Mohamad Jiwa di atas tiket yang dimenanginya untuk SelebritiPakaian Terbaik di Breakfast With The Stars anjuran Star World tahunlalu.

Mulanya dua tiket itu hanya untuk menonton, tetapi dengankerjasama Star World dan penganjur Anugerah Grammy, Siti diajak sekaliuntuk merasai pengalaman permaidani merah berkenaan.

揝iti tidaksangka kerana tiket yang menang itu untuk tengok Grammy, tetapisekarang Siti diberi penghormatan untuk berjalan di atas permaidanimerah.

揝iti sudah biasa dengan penganjuran kita, jadi sedikit sebanyak dapat Siti tengok cara mereka di sana.

揗erekatidak kenal pun Siti tetapi pengalaman ini cukup berharga, ia sepertiplatform terbaik untuk memperkenalkan artis dan muzik Malaysia. Sitiakan cuba mencari peluang itu dan difahamkan Star World juga mengaturbeberapa program di sana selain ke malam Grammy.

揓adi persiapanSiti kena lebih rapi, terutama soal pakaian. Siti menggunakan khidmatDatuk Bernard Chandran untuk busana yang akan dipakai di permaidanimerah.

揔ainnya direka oleh Jacob Schlaepser yang Siti beli ketika bercuti di London, Disember lalu,
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 08:37 PM | Show all posts
Siti berlepas hadiri Anugerah Grammy

SELAMAT JALAN.Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, DatukKhalid Mohamad Jiwa berlepas ke Los Angeles, Amerika Syarikat semalamuntuk memenuhi jemputan menghadiri acara hiburan berprestij, AnugerahGrammy ke-49 esok.

Siti yang merupakan wakil sulung dariMalaysia diberi penghormatan berjalan melalui hamparan permaidani merahmenuju ke Staples Centre, tempat berlangsungnya acara anugerah itu.

"Perasaangembira dan takut semakin terasa. Macam satu mimpi buat Siti. Namun,Siti harus akui, ia menjadikan permulaan 2007 sangat istimewa," katanyakepada KOSMO! Ahad ketika ditemui di Lapangan Terbang Kuala Lumpur(KLIA) sebelum berlepas semalam.

Siti akan berada di Los Angeles selama empat hari sebelum menyambung percutian bersama suaminya menuju ke Vancouver, Kanada.

sumber: KOSMO!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 10:48 PM | Show all posts
                        Siti Nurhaliza anggun di Grammy
12-02-2007 09:05:20 PM                                                       
Oleh ZIEMAN
                                                                                                                                  

Siti ditemubual oleh krew Channel V yang akan menayangkan rancangan Grammy's Red Carpet pada akhir Februari nanti.
(Foto ehsan Star World)
LOS ANGELES:Busana hitam putih yang direka khas oleh Datuk Bernard Chandran telahmenjadi pilihan Datuk Siti Nurhaliza ketika berjalan di acara karpetmerah Anugerah Grammy ke 49 yang berlangsung pada Ahad lepas di Staples Center, Los Angeles.
Sitiyang kelihatan teruja dan berseri bergandingan dengan suaminya DatukKhalid Mohd Jiwa telah berjalan seiring dengan selebriti terkenalseperti Shakira, Nelly Furtado dan Red Hot Chilli Peppers di acarakarpet merah Anugerah Grammy itu.

Siti dan Datuk K diberi penghargaan berjalan di karpet merah
Siti juga telah menghadiri post-party selepas acara tersebut yang dianjurkan oleh Sony BMG di Beverley Hills.
Sitiyang tiba di acara gilang-gemilang itu menaiki limosin, telah beramahmesra dengan artis terkenal Sony BMG seperti John Mayor, Beyonce,Jessica Simpsons dan Dixie Chicks.
Pemergian Siti ke Grammyadalah kerana dia telah memenangi dua tiket ke anugerah tersebut padabulan Mac tahun lepas ketika terpilih sebagai Artis Berpakaian PalingCantik di acara Ritz Carlton "Breakfast With The Stars" atas tajaan Star World tahun lalu.

Solekan Siti yang sederhana tetap menyerlahkan keanggunannya
Ikon Malaysia ini bertuah dapat menjejakkan kaki ke anugerah berprestij atas cadangan Star World. Penyanyi No 1 Malaysia ini juga telah ditemani oleh juru mekap Nurul Shukor dan pengurus produksi, Saiful Kadri.
Penyanyi jelita itu kain jenis Channel yang dibelinya dari London baru-baru ini.
sumber: mStar
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 03:28 AM | Show all posts
                        Macam-Macam Aznil pindah ke Astro Prima
12-02-2007 12:13:08 PM                                                       
Oleh RADIN SRI GHAZALI
                                                                                               
          

Kena balik Aznil... Siti dan Maya menyapu saki-baki kek diatas wajah Aznil
(Foto The Star Oleh M. Azhar Arif)
AGAK terkejut juga apabila pengacara nombor satu negara, Aznil Haji Nawawi, mengumumkan bahawa program Macam-Macam Aznil yang telah mempunyai peminat yang ramai bakal diubah rangkaian siarannya daripada saluran Ria ke saluran Prima.
"Macam-Macam Aznil akan diubah dari Astro Ria ke Prima bermula pada musim baru kelak. Ini adalah antara proses rebranding untuk rangkaian Prima," kata pengacara yang sudahpun mempunyai 16 tahun pengalaman di dalam bidang ini.
Rancangan yang sudahpun dianggap antara rancangan berjaya di saluran Ria ini akan dipindahkan  ke Prima bagi membantu saluran tersebut mencapai sasaran penonton yang mememuaskan.
"Bagi saya, ini merupakan satu cabaran untuk saya. Saya mahu melihat kekuatan Macam-Macam Aznil menarik rating penonton di Prima.
"InsyaAllah,saya yakin pengikut-pengikut rancangan ini pastinya akan mengikutrancangan ini tidak kisahlah di mana ianya akan disiarkan," ujarpengacara yang berusia 45 tahun ini.

Makan Kak makan... Aksi Siti ketika disuap kek oleh salah seorang penonton di studio
(Foto The Star)
"Lagipun, Macam-Macam Aznil boleh dikatakan sesuai untuk Prima kerana ianya berbentuk kekeluargaan dan Ria pula lebih urban dan keremajaan," ujar pemenang Pengacara Popular ABP 2006 ini lagi.
Musim baru, format baru
Macam-Macam Aznil musim ketiga turut menampilkan format rancangan yang baru untuk disesuaikan dengan konsep ala kekeluargaan.
"Format kini adalah bersantai. Kami tidak akan membicarakan mana-mana topik eksklusif bersama-sama tetamu yang hadir.
"Tetapi kami akan banyak mengadakan permainan di antara artis dan penonton di studio untuk merapatkan silaturrahim di antara mereka,"ujarnya lagi yang mengambil konsep game show di Hong Kong yang menjadi satu kegilaan di sana.

Panah Sakti yang bakal menunjukan nama artis yang bakal terkena dengan soalan-soalan panas
(Foto The Star)
"Keunikan pada musim ini adalah Panah Sakti di mana artis akan memutar panah sakti ini berdasarkan soalan yang diberikan menerusi balang beracun.
"Kebanyakansoalan-soalan ini adalah gurauan semata-mata seperti contoh artismanakah yang meminati artis yang lain dan sebagainya," ujarnya lagi.
Malah, permainan-permainan yang diselitkan turut melibatkan artis menjadi "comot" di penghujung rancangan tersebut.
"Kebanyakanmereka tak kisah dengan permainan kami. Semasa rakaman pertama kami,habis kepala botak Eric Leong kami sapu dengan krim.
"Mereka semuanya supporting habis dengan Macam-Macam Aznil," ujarnya mengenai sambutan di kalangan artis mengenai konsep tersebut.
Aznil turut rasa gembira bahawa tiada artis yang menolak pelawaan ke rancangan tersebut.
"Jikaada yang tidak dapat hadir pun disebabkan oleh percanggahan jadual. Adasesetengah mereka meminta kami untuk mengatur semula jadual rakamanagar mereka dapat hadir," ujarnya lagi.

Balang beracun... Balang yang mengandungi soalan-soalan sensasi artis-artis yang hadir
(Foto The Star)
Padahari diwawancara itu jua, dua selebriti tersohor Maya Karin dan DatukSiti Nurhaliza diundang sebagai tetamu untuk episod lima Macam-Macam Aznil.
Kelihatan kedua-dua mereka begitu supportingdan tidak teragak-agak untuk berseronok walaupun wajah jelita merekacomot dengan krim kek di segmen bersama-sama penonton di studio.
"Datuk Siti sendiri yang tertanya-tanya bilakah lagi giliran dia untuk diundang ke rancangan saya.
"Terharu saya dibuatnya," ujar Aznil dengan penampilan eksklusif Datuk Siti Nurhaliza sebelum berlepas ke Amerika syarikat.
Saya bukan punca kesuraman AF4
Aznilturut dikejutkan dengan gosip yang mengatakan bahawa dia bakaldigandingkan dengan pengacara baru untuk memantapkan lagi AkademiFantasi 5.
"Saya terkilan apabila membaca gosip itu. Tidak sangka ada yang mendakwa bahawa saya merupakan punca kesuraman AF4"
(Foto The Star)
"Saya terkilan apabila membaca gosip itu. Tidak sangka ada yang mendakwa bahawa saya merupakan punca kesuraman AF4.
"Bagisaya , saya selalu melakukan yang terbaik apatah lagi untuk AF. Sayasudahpun bersama AF sejak peringkat awal rancangan tersebut sehinggakini.
"Jiwa saya boleh dikatakan sebati dengan rancangan tersebut," ujarnya pelakon antagonis Cicak Man itu lagi mengenai paparan gosip tentang gandingannya bersama AC Mizal  serta isu pengundurannya menerusi rancangan AF.
Aznilmenegaskan bahawa dia tidak akan meninggalkan rancangan realiti itu danmenyangkal segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
"Saya selalu disuruh hadir untuk sesi brainstromingmengenai cara-cara untuk memantapkan lagi AF. Saya akan melakukan apasahaja untuk memastikan AF5 kembali dengan gahnya," ujarnya lagi.
          


                 
                                                  
sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2007 01:59 AM | Show all posts
Bernard faham cita rasa Siti
Oleh Nor Akmar Samudin

PENAMPILAN Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 28, ketikamelangkah di majlis permaidani merah Anugerah Grammy ke-49 di StaplesCentre, Los Angeles, Amerika Syarikat, Isnin lalu, menjadi satukebanggaan peminat kerana kali pertama penyanyi tanah air berpeluangmenghadiri majlis berprestij itu.


Walaupun busana yang digayakan Siti kelihatan慴iasa
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 05:20 AM | Show all posts
Intai Siti di Hollywood

SEMPAT bergambar romantis dengan suami tersayang.

SIAPA sebenarnya tidak berasa teruja jika berpeluang untuk berada ditengah-tengah kemuncak acara hiburan berprestij dalam dunia muzikantarabangsa.
Anugerah Grammy menjadi acara penuh gemilang tatkala nama-nama besardalam dunia muzik dan hiburan berhimpun untuk mempersembahkan hiburanyang terbaik dan memberikan penghargaan bagi mereka yang cemerlang.
Penyanyi terkenal tempatan, Datuk Siti Nurhaliza mempunyai kesempatan untuk berada di situ atas penghargaan Channel [V].
Siti menjadi wakil Asia yang diberi penghormatan untuk berjalan diatas karpet merah Anugerah Grammy ke-49 yang berlangsung di StaplesCentre, Los Angeles.
Beliau layak ke anugerah berprestij itu atas tiket yang dimenangiuntuk anugerah Selebriti Pakaian Terbaik di majlis Breakfast With TheStars anjuran Star World pada tahun lepas.
Sebagai rujukan untuk perhatian pihak penganjur, Star World sebelumitu turut menghantar album Transkripsi dan Siti Nurhaliza di RoyalAlbert Hall.
Untuk bergaya di karpet merah tersebut, Siti menggunakan khidmatpereka terkenal tempatan, Datuk Bernard Chandran untuk busana yangmemiliki potongan kebaya dengan sedikit modifikasi bagi menambah elemenmoden.
Kesempatan tersebut juga digunakan sepenuhnya oleh Siti mendekatibintang terkenal dari situ ketika beliau menjejaki karpet merah untukmenghadiri acara penting dalam kalendar muzik antarabangsa.
Bukan itu saja, Siti yang ditemani suaminya Datuk Khalid Jiwa sudi untuk berkongsi momen manis itu bersama peminat.
Melalui Channel [V], Siti mengirimkan berita tersebut, 憭Iapengalaman yang sangat menarik dan mendebarkan. Saya agak gementarketika berada di karpet merah tersebut.拻
Acara tersebut turut menyaksikan persembahan penuh bertenagadaripada mereka yang ternama dan berbakat seperti Christina Aguilera,Beyonce, Gnarls Barkley, Red Hot Chilli Peppers dan Justin Timberlake.
憭Persembahan mereka sungguh menghiburkan. Saya seronok menyaksikan persembahan tersebut terutama Chris Brown dan Shakira.
揅hris Brown sungguh bertenaga, unik dan berbeza. Gerak tarinya jugahebat. Ketika Shakira membuat persembahan, rasa-rasanya seluruh konseppentas dan warna sangat menarik. Suara Beyonce pula sungguh memukau,拻tambah Siti yang masih bercuti di Los Angeles usai acara tersebut.
Kehangatan Grammy tidak tamat di situ apabila Siti turut menghadiri parti selepas acara yang dianjurkan oleh Sony BMG.
Di parti tersebut, cerita Siti, beliau bersua muka dengan Jessica Simpson, John Mayer, John Legend, Carrie Underwood dan Slash.
憭Saya juga bertembung dengan Dixie Chicks,拻 tambah beliau.Terlanjur berada di Los Angeles, Siti mengambil kesempatan untukbercuti beberapa hari bagi melawat tempat menarik terutama di sekitarHollywood seperti Walk of Fame dan Mann Chinese Theatre.
Teruja menyaksikan lebih banyak cerita Siti di Grammy dan LosAngeles? Jangan terlepas peluang untuk menjejaki Siti dalam programPopparazzi bagi mengikuti ceritanya di Los Angeles. Itu termasukpersediaannya sebelum ke acara itu.
Program tersebut juga memaparkan di sebalik tabir Grammy termasuk aktiviti di belakang pentas, parti dan banyak lagi.
Popparazzi: Siti At The Grammy di Channel [V] (saluran 72 Astro) ke udara pada 22 Februari dan 26 Februari pada 6 petang.
Sesiapa yang terlepas menonton acara tersebut pada minggu lepasmasih berpeluang berbuat demikian dengan menukarkan saluran anda keChannel [V] pada pukul 6 petang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 05:22 AM | Show all posts
CAK: Siti tak bosan

BIARPUN berkali-kali juga diasak dengan pertanyaanmengenai kehamilannya, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin tidak pernahmenganggap ia membosankan. Boleh dikatakan setiap kali bertemu dimajlis mana-mana, pasti soalan itu menjadi antara yang ditanya.


Pun begitu, Siti yang sudah masak dengan kehendakmedia tempatan memahami benar situasi itu, tambahan pula selepasberkahwin Ogos tahun lalu.

Bukan CAK dan rakan media saja cubamenyelidiki perkembangan diva muda itu, malah isu kehamilannya turutmenjadi topik perbincangan masyarakat umum. Sehingga ada pihak yangmendakwa Siti pernah keguguran ketika bercuti di Bali, Indonesia tidaklama dulu.

Bagaimanapun Siti seperti biasa tenang apabila ditanya mengenai perasaannya.

揘akkata bosan, tidak juga kerana orang akan sentiasa tanya, walaupun puassaya menjelaskan keadaan. Hal ini timbul mungkin mereka melihat badanSiti sedikit berisi, lalu mereka membuat spekulasi yang Siti mengandung.

揃uatmasa ini, terus terang Siti katakan belum lagi melekat. Badan Siti naikdua kilogram sebab makan banyak, lebih-lebih lagi kalau bercuti ditempat sejuk,
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 03:25 PM | Show all posts
Siti抯 Grammy adventure

                       
Catch Siti Nurhaliza on Siti at the Grammy抯on Channel [V].
FOLLOW pop icon Datuk Siti Nurhaliza on her recent trip to Los Angeles for the 49th Annual Grammy Awards earlier this month.   
The singer was the first Malaysian to be given the honour of walking up the red carpet at the Staples Centre in Los Angeles.
Channel [V] was there alongside the Malaysian songbird to give you thelow down on what went on during the star-studded bash.  
揑t was very exciting and thrilling in so many ways. I was nervous,anxious and really looked forward to walking on the red carpet,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.142466 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list