Edited by tuna_sandwic at 16-11-2016 08:19 PM
Dah siap aku nye review.. @dauswq .....
Rating Keseluruhan Drama: 8.5 + 9.5 + 9.5 + 3.5 + 2 = (8.25 /10)
1. Cerita (8.5/10)
Penat melayan genre yang berat seperti saeguk dan thriller? Jom kita hayati kisah ringan ini. Semua cliché yang anda mahukan ada di dalam drama ini.
Pada mulanya tuna tidak yakin untuk menonton cerita ini kerana jalan cerita yang simple giler serta para pelakonnya bukanlah tuna minat sangat. Boleh tak kalau tuna katakan Seo In guk bukanlah jejaka idaman di dalam drama tontonan tuna? Hahahahahaha… I just don’t like him without any reason.
Yoon Sang Hyun punya pasal la tuna tengok citer ni. I’ve been loving him since Secret Garden dan penampilannya di dalam pelbagai drama lain tidak pernah gagal menarik perhatian tuna.
Sebuah drama ringan, ringkas, all the cliches you want. Kisah cinta orang kaya dan orang miskin, jejaka tampan dengan gadis kampung, gadis kampung digilai ramai jejaka hebat/kaya, hilang ingatan, gedik, love at first sight, semuanya lengkap.
Kang Ji Sung (Louie) cucu orang kaya yang manja hilang ingatan akibat kemalangan yang dirancang tapi berlaku tanpa dirancang. Fuhhhh… macamana tu? Saksikan sendiri dari awal hingga akhir. Jangan miss tau!
Setelah dirompak dan kehilangan wang sewaktu tiba pertama kali di Seoul, Bok Shil ditemukan dengan Mr Cha yang membeli ginsengnya serta menjaga Louie yang hilang ingatan.
Nasib Bok Shil bertuah kerana berjaya mendapat pekerjaan sebagai cleaner di syarikat Mr Cha sehingga akhirnya Bok Shil dilantik sebagai pekerja di department Mr Cha. Cliché kan? Tapi… ahhh.. abaikan saja dulu.
Istimewanya pelbagai plot menarik untuk mengelakkan Louie daripada dijumpai oleh nenek Louie telah digagalkan oleh isteri Mr Baek. Sebenarnya, kemalangan Louie adalah angkara Mr Baek yang sengal dan sering gagal di dalam pelaksanaannya.
Louie seolah-olah ada 9 nyawa gitu. Cliché lagi? Ahahahaha. Usah khuatir kerana anda pasti akan terpikat dengan Mr Baek dan isterinya.
Jo In Sung dengan ibunya pula bertindak sebagai penjaga Bok Shil dan Louie yang pada mulanya ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan Bok Shil. Namun akhirnya merekalah yang banyak membantu kelancaran kehidupan Bok Shil dan Louie.
Drama ini diakhiri dengan pertemuan semula Bok Shil dan adiknya Bok Nam yang disangka mati di dalam kemalangan yang melibatkan Louie. And they live happily ever after. Simple sangatttt.
Untuk menghiburkan hati yang lara, pasti drama ini dapat mengubat jiwa anda. Jangan lepaskan drama ini!
2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)
Banyak watak untuk drama ini. Termasuklah watak-watak tambahan yang membantu menceriakan suasana. Di antara watak yang menjadi daya tarikan:
1. nenek Louie (tagline My Precious pasti membuat anda terbayangkan Smigeol.. dah la ada rupa Smigeol), 2. pembantu peribadi Louie iaitu Mr Kim (perangai robotnya memang nampak sangat robot), 3. pembantu nenek Louie (kusangkakan beliau ini jahat sebab berpakat dgn Mr Baek.. meskipun watak biasa tapi ada sesuatu yang menarik), 4. isteri Mr Baek (anda pasti tak tahan tengok memek muka dan suara bodoh bodoh alang beliau… cute), 5. Ma Ri anak Mr Baek (gadis cantik ini buat tuna tak lepas mata memandang… watak yg simple tapi suka tengok dia), 6. In Sung dan ibunya (kedua watak sengal yang banyak buat hal tapi memberi impak besar…) 7. nenek pencuri yang gagah perkasa (I have full respect for this nenek if she really does all the action) 8. Abam polis… hensem nye jejaka ini. Ditampilkan seperti model. Watak yang biasa tetapi teknik lakonan serta directing yang bagus berjaya menghasilkan aura pada watak ini.
Seo In Guk as Kang Ji Sung/Louie (Best Actor) Siapa sangka jejaka tampan ini boleh membawakan watak bodoh alang si Louie yang hilang ingatan. Selalu tengok dia dalam drama berat dan tak berminat langsung nak tengok. Tetapi dalam drama ini, dia beraksi manja, cute macam penguin, dengan mainan mata, gerak bibir, gaya jalan terkedang kedang. Arghhhh… siapa tidak rasa rawan melihat kenaifan Louie yang pandai memujuk. Kalau tuna jadi Bok Shil atau Mr Cha pun pasti kalah dengan pujuk rayunya meskipun banyak tingkah lakunya bukan saja bisa membuat jantung gugur malah muflis beratus kali. Cuma pada beberapa episod akhir, wataknya agak kurang menangkap.
Nam Ji Hyun as Go Bok Shil
Rasanya tuna tak pernah lagi menonton gadis ini berlakon di dalam mana-mana drama. Penampilan pertama sebagai gadis dari hutan sememangnya menarik perhatian tuna. Sesuai sangat sebagai gadis kampung. Senyuman beliau memang menarik. No wonder Louie jatuh cinta. Sebab saya pun jatuh cinta dengan senyuman beliau. Terserlah kesabaran melayan kerenah Louie, kenaifan sebagai gadis kampung yang berhijrah ke bandar, kejujuran dan kebaikan budi pekerti beliau.
Yoon Sang Hyun as Mr Cha
Watak yang dibawakan kali ini tiada sebarang kelainan yang istimewa. YSH nampaknya masih suka menerima watak yang biasa biasa saja. Berbeza dalam drama Gap Dong yang menonjolkan skil lakonan beliau yang versatil. Untuk drama ini, beliau masih diperingkat OK dan hampir sempurna. Tuna terbayang beliau di dalam Ms Temper & Nam Jung Gi. Hampir sama cara pembawakannya. Namun tuna tetap menyukai beliau dari dulu.
Pencalonan: · · Seo In Guk as Kang Ji Sung/Louie –Pencalonan Best Actor
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (9.5/10)
Genre romantic comedy kali ini ternyata berjaya. Meskipun drama ini biasa biasa saja tetapi director berjaya mengekalkan momentum untuk tuna teruskan menonton dengan aksi over-acting si Louie, In Sung dan emaknya, bini Mr Baek, nenek Louie dan hampir ke semua pelakon tambahan di dalam drama ini.
Skripnya juga agak bagus dan disusun dengan baik bersesuaian dengan jalan cerita. Very simple yet entertaining.
Apa yang memberikan kelainan ialah icon icon cute (maaf le tak reti namanya) yang sering diletak di atas para pelakon selain bunyi latar yang kelakar untuk setiap scene memang buat kita tak kering gusi.
Garapan bromance antara Louie dengan In Sung serta Louie dengan Mr Cha sangat memberi kesan sehingga ia menenggelamkan kisah cinta Louie dan Bok Shil.
Rasanya tak perlu buat kisah cinta Louie dan Bok Shil kerana terasa sedikit awkward berbanding plot friendship antara mereka semua yang lebih kuat.
Namun scene first kiss antara Louie dan Bok Shil di depan kedai buku sangat menarik. Rasanya director memang fokus betul kat part ni. Tak dinafikan, angle dan sentuhan tangan Louie (tiada aksi pelukan) sangat indah untuk ditonton berulang kali.
Aksi-aksi lawak Mr Baek buat jahat tak menjadi adalah paling daebakkk di dalam drama ini. Hahahahaha… kesian kat penjahat nak buat jahat tapi takut, gagal serta digagalkan memanjang.
Abam polis meskipun watak tempelan tapi diberikan kekuatan sebagai daya penarik kepada bini Mr Baek yang terpesona memandang abam polis. Good job director kerana memberikan perhatian tambahan meskipun tidak banyak.
Thumbs up untuk writer dan director yang memberikan kelainan kepada hasil kerja drama ini. Lain dari yg lain di sebalik setiap cliches yang selalunya buat tuna rasa too much.
4. Skor muzik (3.5/5)
Background muzik yang biasa saja dan sesuai dengan jalan cerita. Namun tiada yang menyengat. Muzik intro nya menarik dan rancak. Pasti terbayang Louie sekiranya mendengar lagu ini.
1. MONSTA X - Tiger Moth(부나비) – Pencalonan Lagu Popular
2. Produce 101 - Pick Me (Shopping King Louie/Shopaholic Louis OST) 쇼핑왕 루이 – lagu ni buat terbayang-bayang handbag panggil Louie suruh bawa balik
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)
Drama ini mungkin akan ditonton semula setiap kali rindu dengan gelagat terkedek kedek si Louie.
|