CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
Post time 30-12-2015 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
peachRose replied at 30-12-2015 07:52 AM
KM233 kalau tak silap aku..
sbb aku mcm hafal tempat tu sejak kejadian tu
dan byk kes exsiden be ...

Tu lah peach. Driver bas tu saje nak takut2kan aku tau. Dan2 pas dia beritahu ada penunggu tunggu lah, ada penjaga lah kat area highway tu, terus aku pun set tempat tu gitchuu.

Dahlah dulu selalu balik awal pagi dari KL kul 4 am sebab nak sampai opis sebelum pukul 8, nasib takde kena apa2.

Tapi pernah aku balik awal pagi, tengah sodap2 memecut 160 ( hekhek) tiba2 terlanggor satu benda kat tgh jalan. Gedebuk gak bunyinya. Masa tu kat area Senawang ke Pedas. Aku cuak gak, pe benda aku langgor. Takkan kucing sampai kereta naik atas benda tu. Aku dah tak berhenti dah, pecut je. Sampai JB, terus spot check. Habis cover rim aku haaaa. Tapi Nasib kereta aku tak lost control.

Sampai laaaaaa ni aku duk pikior menatang apa jadah kat lane 2 tu duk aku langgor. Mysterioussss sungguh .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 11:38 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 9-12-2015 03:36 PM
felda mana ni kt gua musang..sllu kelek mache lalu kot guo muse ni..

mache kt mane weh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2015 02:28 PM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 30-12-2015 12:31 AM
Kalau masih ingat, kejadian 10.10.2010 kat Highway Plus Arah Selatan : Pedas Linggi ke Simpang Ampat ...

Slalu jln lurus tapi tetiba terbabas, ada beberapa kemungkinan.

Pertama, si dreba dh nak abeh 'bateri'.

Kedua, Nak ngelak memende di depan. Tak kira laa binatang ke or dreba kenderaan depan tetiba tukar laluan

Ketiga, stereng tetiba terheret ke tepi, dengan sendirinya walau mata dreba cerah benderang baru lepas pekena neskepe tarik satu tin!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 30-12-2015 02:28 PM
Slalu jln lurus tapi tetiba terbabas, ada beberapa kemungkinan.

Pertama, si dreba dh nak abeh ' ...

Okay kak. Yang no 3 tu rare nak jadi. Kalau jadi tuu, mau nangis saya kat tgh jalannnnn. Huuuuuu haruuuu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2015 09:59 PM | Show all posts
Thanks @peachRose @noddyFARHANA sharing cerita kat sini..korang memang terbaikkk!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2015 10:01 PM | Show all posts
Bila sebut pasal highway, baru teringat yang adik lelaki aku yang dok johor penah share pengalaman dia drive sengsorang kat PLUS area Pagoh.
Baru jugak kejadian ni berlaku..bulan 10 aritu.

Sesuai dengan kerjaya sebagai businessman, travel ke utara, selatan, timur dan barat bukan sesuatu yang asing pada adik aku.
Tak kira masa. Kena time elok, dia drive siang.
Kena time tak berapa cun, memalam lah dia drive.
Tengok pukul berapa urusan dia selesai.
Kalau pukul 12 malam, pukul 12 malam lah.
Kalau pukul 3 pagi, 3 pagi lah.Aku yang mendengar pun dah rasa nak demam. Kalau sendiri yang hadap, mau terus masuk lahad agaknya aku nih.

Bulan 10 haritu, dia nak balik Johor dari rumah aku di Seremban.
Itupun dia transit jerk kat seremban dari Kedah.
Ikut hati dia, nak direct jerk dari Kedah ke Johor tu. Tapi sebab kena ditalkin oleh kakak dia, terus tukar plan.
So dia singgah umah aku dulu.

Ingatkan dia nak one night stay lah, rupanya malam tu jugak dia nak balik johor.
Ada meeting penting pukul 8 pagi esok, katanya.
Takleh nak sekat lagi lah aku kalau dah itu kata dia.

Lepas makan malam, dalam pukul 9 malam lebih dia gerak dari seremban. Susah jugak ati aku bila tau adik nak balik memalam. Walau semban-johor takdela jauh mana ikut highway, drive memalam ni cukup buat aku resah.
Sementelah dia sorang. Kalau ada bini dia, lain skit rasa. Ada gak peneman borak ngelak bosan dan mengantuk.

Pukul 12 dia mesej aku cakap dah selamat sampai umah kat JB.
Aku okelaa lega adik dah selamat sampai walau aku rasa macam cepat sangat lerr pulak dia sampai. 9++ tolak dari semban, pukul 12 dah sampai JB. Kalau ikutkan +++ tu tak sampai 3 jam lah dia drive, dah sampai ke destinasi.

Tak kisahlah..pokoknya dia tiba dengan jayanya.

Bila dia datang balik rumah aku awal bulan ni aritu, aku tanyalah awaitnya yang buleh sampai awal JB tu..macam tak cukup 3 jam jerk. Selalu busuk-busuk pun cecah jugak 3 jam kalau dari Semban ni.
So dia pun cerita…

“ Orang sampai Pagoh pukul 11 lebih. Masa tengah syiok berlumba…” tiba-tiba ayat dia mati kat situ. Tau kenapa? Sebab aku lepuk kepala dia.

“Ooooooo..patutla cepat sampai…berlumbeeeeeeeee! Berlumba dengan keta ape..?”

“ Hahaha..Beemie laa..alaa kak..sajelah dah jumpa geng..kita test drive lah. Bule gak buat ilang ngantuk..” tersengeh-sengeh dia bercerita sambil usap-usap kepala yang kene ketuk.

“Tapi, kak..masa orang tengah 180 tuh..dari depan tetiba nampak benda putih melayang..zasssssssss sekilas.” Muka dia kembali serius.

“Lepas tuh..?”

“Orang buat tak dulik jah…terus kejar beemie depan tuh. Ehhh tetiba..zasssssss sekali lagi Nampak benda tu terbang dari arah kiri plak! Terus slow down kan keta..haha..”

Dua kali mendealah tu melintas kereta dia. Mujur tak terbabas keta tu, aku kata. Selalu yang jadik accident tu sebab terperanjat tengok makhlok tu lah. Plus tengah laju, memang no sorry for you lah nak kontrol-kontrol! Aku meneruskan bebelan.

“Syukurlaa dia tak follow sampai rumah. Kalau idak..lagi panjang cerita…”
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2015 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
noddyFARHANA replied at 30-12-2015 12:31 AM
Kalau masih ingat, kejadian 10.10.2010 kat Highway Plus Arah Selatan : Pedas Linggi ke Simpang Ampat ...

kalo tak silap ade poremer saksi kejadian nih gak dia dlm bas waktu tu kalo bkn eksiden ni maybe eksiden yg lain tp rasanya yg tragedi oktober nih lah kot.
rasanya dia ade bukak thread kt bod nih pasal ni sbb dia ade kena gangguan.. badi barangkali.iols pun dah igt2 lupa.
sian sgt kt dia, hope skrg dah sembuh sbb aritu dia mcm teruk gaklah tak lena tido segala..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 30-12-2015 10:01 PM
Bila sebut pasal highway, baru teringat yang adik lelaki aku yang dok johor penah share pengalaman d ...

Fuhhhh. Dah lah malam ni saya nak balik Johor kakkk. Adui dui duiiiiii.

Ngeri dengar cerita ni. Cet!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 31-12-2015 09:29 AM
kalo tak silap ade poremer saksi kejadian nih gak dia dlm bas waktu tu kalo bkn eksiden ni maybe e ...

Oh yeke? Tulah. Maunya tak Suchi. Masa kita lalu tu pun bersepah darah kat tepi jalan tu. Memang tak tengok apa dah. Sebab pikior kita nak balik jauh lagi.

Dari pukul 7 ptg sampi kul 10.30 mlm baru kereta boleh jalan. Perghhh.

Mungkin terkena badi orang2 tu gak lahhh kot. Mudah2an dia dah baik lah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila kak clover cerita pasai adik dia kena sakat dengan si zasss tu kat Pagoh. Teringat kat member sorang ni.

Dia duk JB tapi parents kat Muor. So weekend selalu balik Muor lah. Pada malam kejadian dia nak balik dengan family dia ke Muor, shuben dia tak larat drive. So dia pun drive kereta malam tu. Sepanjang malam tu, shuben and anak2 dia tidoq. Dia je lah yang terjaga sambil melayan perasaan. Waktu ni dah pukul 11.30mlm

Dia follow kereta waja depan dia sebab senang ada geng. Tengah elok2 bawak je, tetiba kereta waja ni duk ke kiri ke kanan. Haih member dah pelik. Dr td elok jah bawak, ni tetiba sangat kau teehuyung hayang dah kenapa. Mcm mabuk ketum pun ado dah
Rupanya ada benda putih baring kat tgh jalan. Member tu nampak terus elak ke kiri ke kanan macam waja tu. Dia dah mengucap2 dah. Aduhhh apa ke benda lah kat jalan tu, sambil dingomel2 nya. dah nak sampai je simpang ke Yong Peng, dia nampak plak benda putih baikkkknya duduk kat atas signboard tol tu. Bertambah meremang2 member tu. Terus mengucap , berzikir bagai sambil kejut laki dia. Sampai je tol booth tu, muka member ni dah pucat je. Budak tol tu senyum je sambil cakap 'akak baru lepas kena kacau ke kak? Musim dia ni kak' perghhhhh, sabau je lah. Dan2 lepas je bayo, terus dia suh laki dia yg bawak. Terpisat2 laki dia kena kejut. esoknya terus member tu demam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2015 11:40 AM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 31-12-2015 10:44 AM
Fuhhhh. Dah lah malam ni saya nak balik Johor kakkk. Adui dui duiiiiii.

Ngeri dengar cerita ni ...

Errrr..balik sorang kah..?Hee hee heeeeeee...jangaannnnnnnnn pandangggggggggggg depan.
pandang bawah jerk..hahahaa...

Inshaa allah takde ape la dik..mulakan perjalanan dgn doa..dalam perjalanan pun doa..
and standby cd ngaji barang seketul dua..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2015 11:43 AM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 31-12-2015 11:04 AM
Bila kak clover cerita pasai adik dia kena sakat dengan si zasss tu kat Pagoh. Teringat kat member s ...

Pagoh-yong peng-simpang ampat-pedas linggi ; target areas yang selalu berlaku accident..
akak kalau lalu area2 sini memang alert lebih sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 12:32 PM | Show all posts
best..best..best... smbung lg smbung lg...smbung lg.... pnceritaan yg baik..mudah fham n imagine.......pnglaman ngn bnda tu ada tp bkn kt atas jalanraya...alhamdulillah takat ni me xpnh kena kt mna2 jalan...me pn oghe klate jgk..hb org KL...skrg ni dh jarang lalu Gua Musang tu sbb salu blik naik flight je..bln 10 aritu je br lalu blik tp ikut highway br yg trus smpai pdang tengku....cuma nk share cter sdara me yg pnah kna msa blik dr perlis...nnti la bla rajin...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 31-12-2015 11:40 AM
Errrr..balik sorang kah..?Hee hee heeeeeee...jangaannnnnnnnn pandangggggggggggg depan.
pandang ...

Hehehe taklah. Balik beramei2 dengan shuben and anak2 ha. Inshaa Allah kak. Amin2 yra.

Risau gak sebenarnya.

Tapi dah biasa sangat lalu tuu. Hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2015 12:38 PM | Show all posts
nuerulcayang replied at 31-12-2015 12:32 PM
best..best..best... smbung lg smbung lg...smbung lg....  pnceritaan yg baik..mudah f ...

Meh akak serapahkan kasik rajin...mambraaa mambruuuu mambreeee buah terung atas perigi...fuhhhhhhhh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2015 12:41 PM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 31-12-2015 12:32 PM
Hehehe taklah. Balik beramei2 dengan shuben and anak2 ha. Inshaa Allah kak. Amin2 yra.

Risau g ...

Reramai ok la skit..takdela kesunyian sangat..lagi2 tngh malam
Tapi co pilot haruslah dibuntangkan jua mata itu agar tidaklah driber rasa hanyut2 sama..

baidewei..noddy dari mana nak ke mana..? kl-jb? ke....perlis-jb?
jgn lupe check laporan trafik sblm memulakan perjalanan ye..selalu plus kalau cuti lama skit ni jem ya hamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2015 12:53 PM | Show all posts
Masih berkisarkan hal di jalan raya.
Dan juga subject matter orang yang sama, iaitu adik lelaki aku yang dok JB tuh.
Tarikh berlaku: 17 Oktober 2015 (berdasarkan perbualan aku dengan dia dalam wassap)
Lokasi area rompin-mersing.

First time aku lalu jalan rompin mersing ni masa nak balik seremban dari Mersing lepas bercuti kat johor aritu.
Malas nak patah balik ikut kota tinggi-kluang sebab lebih jauh walaupun jalan highway.
Dah namanya highway, tol wajib ada.

Sepanjang-panjang jalan memang hutan kiri dan kanan.
Dan tiba satu tempat tu aku tak ingat nama dia, sengkaluang, mengkaluang ape ntah..di bahu-bahu jalan kita boleh nampak seakan kubu-kubu perang.
Aku tak sure itu betul-betul kubu perang atau apa, tapi bentuknya seakan kubu.
Ini memalam kalau suluh memang mampu meremangkan roma.
Dengan seketul besar warna putih kelam tersergam elok tepi jalan, cukup menyeramkan.
Tapi sebab aku lalu waktu siang, takdela rasa apa.

Lain ceritanya dengan adik aku..kerana waktu dia lalu situ hari sudahpun malam.....

Rupanya dia juga kali pertama jugak lalu situ.
Yang boleh tahu dia tak penah lalu bila dia mesej aku tanya route mana paling shortest dari terengganu ke johor.
Bayangkan pukul 5 petang 17 Oktober time dia mesej aku, dia masih lagi di terengganu?
Aku ni biasala..belum apa-apa dah gubra laju-laju.
Berpetang-petang masih di terengganu, nak balik pula ke johor..sah-sah akan bermalam-malaman pula dalam kereta!

So lepas tanya tok batin, dia suggestkan lalu LPT2 masuk Kuantan-Pekan-Rompin-Mersing-JB.
Berbanding route ikut PLUS yang cecah 700km lebih, ataupun ikut Muadzam-Segamat-Yong Peng, route Rompin Mersing ni lagi dekat, lebih kurang 542km.

Still..jauhhhhhh weh. Lebih kurang seremban-klate jugak!

Aku tak sure pukul berapa adik aku gerak dari terengganu.
Tapi around 5-6 jugaklah sebab dia sampai rompin jam dah pukul 10 malam lebih.

Tiba satu tempat, tetiba anak dia, yiyin bersuara..

"Papa..sape tu atas bumbung..?? Itam jerkkkk, pa.."

Terkedu laki bini tu bila anak yang berumur 4 tahun tu tetiba menegur sebegitu.

Aku tanyala.."bumbung ape..?" Tetiba jugak otak ku slow berfungsi.

"Bumbung keta laa, kak..takkan bumbung rumah pulakkk.."- katanya adik aku.


Macam mana anak buah aku boleh nampak, no scientific explanation for this.
Tapi dia ni macam gifted, boleh nampak sesuatu. Sama macam sepupu dia, anak adik perempuan aku.
Nanti ada masa aku story part ni pulak. (bookmarked dulu in case terlupa)

Yang bagusnya, yiyin bule buat steady jah. Dan boleh menyambung tidur selepas dipujuk papa dan mamanya dan terus lena hingga sampai ke rumah mereka....
maybe dia dah terbiasa..or..maybe..hanya dia saja yang tahu reasonnya..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 31-12-2015 12:41 PM
Reramai ok la skit..takdela kesunyian sangat..lagi2 tngh malam
Tapi co pilot haruslah dibuntangka ...

Hahahah puassss saya buntangkan mata saya kak. Mana feel nak tido dalam kereta. Dengan perut besauuu ni ha. Hahahahaha


Dari KL kak. Kalau dari Perlis, saya pun tak lalu nak balik straight. Mau terberanak saya kat tgh jalan kak. Hahahahaha

Rasanya orang balik kampung lagi ke eh sebab dah nak bukak sekolah ni. Hikhim harap2 clear lah mcm shampoo clear cristiano ronaldo tuuu. Hikhik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2015 01:07 PM | Show all posts
noddyFARHANA replied at 31-12-2015 01:01 PM
Hahahah puassss saya buntangkan mata saya kak. Mana feel nak tido dalam kereta. Dengan perut besau ...

bagus-bagus..itulah sepatutnya yg kita lakukan sbg co-pilot ni..
walau hakikatnya kalau kita yang drive dn si suami jadik co-pilot, baru masuk gear 3 dia dah sampai ke marikh...gitu... (laki akak lerr gitu..laki orng tak kot..huhu)

Owhhh tengah expecting ye..tahniah..jaga kandungan bebaik..

Kl-jb..inshaa allah tak sejauh mana..tapi akak walau dari seremban pun sempatla rasa cemuihh nak sampai jb tu..rasa heeee jauhnyaa jauhnyaa jauhnya!

Akak harap muga semua orng berfikiran spt noddy-sekolah dh nak bukak..nak balik kg lagi ke..
barulah lapang plus tu..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2015 01:35 PM | Show all posts
haha in sha allah mnggu dpan yer...arini halfday pulak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.237945 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list