CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
Post time 11-12-2015 01:10 PM | Show all posts
Asyikla dok lepak sini
Sudahnya hanging by death jugak cerita aku yang tengah dok karang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2015 01:14 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 11-12-2015 01:10 PM
Asyikla dok lepak sini
Sudahnya hanging by death jugak cerita aku yang tengah dok karang ni :sweat3 ...

jangan kak! walaupun jantung aku tak cukup kuat nak baca citer ko memalam tapi aku sanggup tunggu pagi esok nak bace...hapdet tau!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 01:20 PM | Show all posts
haniryan replied at 11-12-2015 09:00 AM
bila baca kisah KK, saya pulak terasa macam kena p berubat..... ada beberapa persamaan ciri2 ganggua ...

@haniryan, kalau ada rasa something wrong gi la berubat...ye. perawat kat msia ni ramai. tak semestinya kat DS je. otai dalam ni pun ramai tapi aku xtau nak suggest. huhu.


pasal duit tu aku no komen... cemana pun perawat ni manusia juga yang ada cemacam ragam. kalau ko kerap ke sana lagi cemacam citer ko lihat dan dengar. bagi aku, ambik mana yang patut je la. yang lain xyah campur.


btw, dorg masih free dan aku masih dapat ke sana walaupun poket kering ujung2 bulan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 01:23 PM | Show all posts
budakbaik10 replied at 11-12-2015 09:36 AM
sama lah...saya pon rasa mcm haniryan ckp tu..
baca kisah kelipkertas rasa mcm nak pi berubat jga ...

kalau mak ayah ko okey, ajak la diorang sekali. aku pun sebenarnya lagi risaukan ayah yang dah tua tu... kengkadang best pulak aku tengok orang datang buat treatment satu family dari atuk sampai cucu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 01:31 PM | Show all posts
purple_leo replied at 11-12-2015 10:08 AM
salam tt....

Best bace cite awk ni...sbb sye pon mengalami bende yang sama..tapi saya pernah ber ...

waalaikumsalam purple_leo

misteri sungguh tetiba button enter tak berfungsi cam lapotop aku semalam. padahal aku kat opis nih...

alhamdulillah la ko dah lega. aku pun pelik adekah benda ni memang takleh sembuh? sebab ramai member yang aku jumpa pun camtu. Last2 surrender.
cam kanser plak perangai dia kan, atau kanser yang ikut perangai dia? huhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 01:39 PM | Show all posts
pashminamerah replied at 11-12-2015 10:55 AM
TT..

Pash doakan sgt TT kuat hadapi semua nih..

Tima kasih pash

Aku tau ramai forumer dalam ni baik2 dan caring2. Tapi ko jangan risau ye... apa yang aku citer dalam ni sume dah berlalu. Kalau aku tengah seserabut tu, memang takleh nak nulis gini pun...

Tengkiu sis!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2015 01:43 PM | Show all posts
chicmushroomkd replied at 11-12-2015 12:38 PM
aku sama2 rasa frust bila perawat cakap ko emosi lebih..
huhu....
macam orang declare kita ...

huhu... gitu la cik C. tima kasih atas empati ko.

tapi senarnya cite tu tak abis lagi... dah nak rushing gi keje sambil khatamkan citer antu @Clover_Hill ... japgi aku sambung apa jadi seterusnya ngan aku n ustazah Amy
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 02:10 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 11-12-2015 01:31 PM
waalaikumsalam purple_leo

misteri sungguh tetiba button enter tak berfungsi cam lapotop aku sem ...

tu la...klu nk betol2 sembuh ambil masa bertahun...xkn la aku nk hidup secare x brape normal bertahun2 kn...x boleh fokus kerje segala...so aku pk biar je la...klu die kaco lawan la sendiri...aku slalu ingat pesan org yg ubat aku...die kate tubuh ni milik Allah tapi kepunyaan aku...bende tu menumpang so kne ingat kite lebih kuat dari die..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2015 03:01 PM | Show all posts
Rasa bsemangat bila baca sharing pengalaman dari TT dan pesanan sahabat pembaca yang lain.Actually beberapa minggu lepas aku agak down skit bila diberitahu ada gangguan saka dan dah 2 tahun dihantar 2 sihir yang berbeza oleh 2 orang yang berbeza.

Marah pun tak guna, sebab benda da berlaku , yang penting kena ikhlas terima apa yang Allah beri kat aku ni, sambil ikhtiar untuk pulihkan gangguan ini. Semoga Allah permudahkan kita semua untuk menghadapi semua ini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
"Aku tau ramai forumer dalam ni baik2 dan caring2"

Hehehehe.....ai pon seorang jejaka yg caring tau. Tapi tak kurus kering ye....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 04:40 PM | Show all posts
bila baca kisah kk ni, teringat kisah @syumaimah..

syu pun lama menyepi.. jarang2 bercerita..

tp jalan cerita syu dengan kk best.. saya pun syak kk kene gangguan jin asyik.. tp xtaulaa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 08:59 PM | Show all posts
tt, doa aku semoga ko kuat, dan terus kuat supaya satu hari nanti ko dapat jalani hidup macam org biasa inshaAllah.

penat aku merempit sampai habis 16 pages. ko nak anggap thread ni journal harian ko pun boleh, sebab thread ko.

jarang aku lepak MPS, thread ko yg 2nd aku bookmark lepas thread si JC tu (author lain dalam bod ni).
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kk di baringkan juga akhirnya huaa huaa huaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 04:31 AM | Show all posts
purple_leo replied at 11-12-2015 02:10 PM
tu la...klu nk betol2 sembuh ambil masa bertahun...xkn la aku nk hidup secare x brape normal berta ...

betul tu @purple _leo.... dalam masa rawatan tu bukan badan je sakit. mental emosi sume flat. kalau sambil2 tu nak buat keje lain memang terabur la.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 04:35 AM | Show all posts
aramcna replied at 11-12-2015 03:01 PM
Rasa bsemangat bila baca sharing pengalaman dari TT dan pesanan sahabat pembaca yang lain.Actually b ...

kalau camtu @aramcna, ko lagi kuat dari aku. sekurang2nya aku takde kene sihir. stay strong ye. kene tunjuk kat dia yang ko berani. cuba rawat diri sniri ngan amalan2 dan sambil tu minta bantuan perawat untuk backup dari luar...

fighting!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 04:40 AM | Show all posts
bunga_lestari replied at 11-12-2015 04:40 PM
bila baca kisah kk ni, teringat kisah @syumaimah..

syu pun lama menyepi.. jarang2 bercerita..

xtau la cik bunga, aku ni kene jin asyik ke apa. dah lebih dari asyik kot...dah mabuk kepayang

masa treatment tu pun aku banyak study citer syumaimah kene kaco ngan hantu hutan tu. dia citer pasal sembeli jin, aku pun gi mintak perawat sembelih jin aku. hehehe....

pastu yang dalam ni mengamuk tak cakap la....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2015 04:43 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 12-12-2015 05:47 AM
doubleA replied at 11-12-2015 08:59 PM
tt, doa aku semoga ko kuat, dan terus kuat supaya satu hari nanti ko dapat jalani hidup macam org bi ...

amin... tima kasih doubleA

slamat singgah ke teratak buruk aku. pepenat merempit tu nah
tekde la aku nak buat jurnal harian... nak abis dah citer ni. aku sanggup berwiken kat umah sewa semata2 nak abehkan tulis.   kalau balik umah mak kang sian dia tengok aku terperuk je depan laptop tak layan dia borak....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 04:47 AM | Show all posts
alestorm replied at 12-12-2015 12:46 AM
Kk di baringkan juga akhirnya huaa huaa huaaaaaaa

Ih geram pulak ngan ko ni @alestorm... nah amekaw  
hehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 05:46 AM | Show all posts
Seterusnya ngan ustazah Amy...

Dia biarkan aku bersandar kat tepi tu. Dia panggil satu family ni masuk berubat. Dalam family ni ada sorang OKU. Tangan abang ni takleh lurus sebab otot dia mengecut camne tah xtau nak explain.

Aku perati je la satu keluarga tu berubat. Bleh gak lupakan kejap apa yang baru jadi tadi.

Tetiba ustazah pandang aku sambil tepuk2 tangan abang tu. Tangan dia tersentap2. ''Awak tengok ya... kalau ada gangguan dia macam ni. Gangguan ni takleh dibuat2... Kita boleh tengok macam mana kalau ada gangguan ke tidak.''

Aku senyum jer. Aku rasa tangan abang tu tersentap2 sebab ustazah tepuk otot lengan dia yang menegang tu. Entah la. Layan je. Dalam hati aku rasa cam kene titik ngan besi cair. Pedih!

Pungpang pungpang, rawatan family tu pun setel. Ustazah hadap aku balik. Tapi bila dia duk dekat jer aku jadi pening. Camne pun aku ambik peluang tu terangkan masalah aku walaupun suara tak bape nak kuar. Paksa gak bercakap sebab aku tak puas ati dia kata aku buat2. Semua aku citer. Benda yang tak pernah citer kat ust pun aku gtau dia.

Pastu la ustazah kata dia dah lapan bulan tak datang merawat. Tetiba pagi tu tergerak nak datang... rupanya nak tolong aku. Dia saje jer cakap aku buat2 supaya aku stand up lawan benda tu. Yalah sangat.... aku paling pantang orang yang menolong orang lain dengan cara menyakitkan dia. Bila perawat kata aku buat2, aku rasa dia hina kesusahan aku selama ni.... daripada aku fight po*n addiction sampai la sekarang. Rasa cam.... ih tak gunanya aku datang mintak tolong ko. Kot xnak tolong jangan la hina aku.

Dalam quran pun cakap kalau kita bersedekah kat pengemis, jangan kutuk dia pulak pastu... batal pahala sedekah!

Ustazah nak baca kat aku. Aku takmo sebab dah tak larat. Tenaga yang tinggal cuma untuk aku kekal sedar dan bersandar je. Lebih dari tu takde.

Tapi ustazah baca jugak sambil cucuk dada aku. 'Dia' dah start cakar2 karpet. Ugut nak tumbuk dan pecahkan spek ustazah. Hi...takut aku kalau buta ustazah ni kang. Aku tahan tangan rapat2 kat badan jangan sampai 'dia' bebetul tumbuk ustazah. Dah takde apa bleh buat, 'dia' hantuk kepala aku kat dinding pulak.
Sakit dol.....

Dah bape kali hantuk baru aku dapat kekuatan nak jerkah diri sniri ''Jangan hantuk kepala!!!''

Tapi pastu aku dah takleh tahan nak tumbuk ustazah. Terlepas sebiji penumbuk, tapi aku usaha gak bagi tersasar tepi muka. Dah camtu ustazah pun stop. Kasi 'dia' cool down.

Ustazah baca kat air, nak kasi aku minum. 'Dia' mula merepek tak nak, taknak.. Yang aku pulak dah haus gila dari tadi bernafas ngan mulut. 'Dia' jadi berlawan ngan aku kejap nak, kejap taknak... Tapi mestilah tekak aku yang menang. Aku teguk jugak air tu sikit. Sikit, jadi la. Ustazah keluar biar aku rehat.

Lepas minum tu tetiba aku rasa darah naik ke muka. Tetiba rasa segar dan fikiran jadi jelas. Aku minum lagi. Geleguk geleguk aku teguk air doa tu. Wah. Miracle!

Bila ustazah masuk, terkejut dia tengok air dah luak banyak. ''Haa...bagus. Minum lagi. Muka awak pun dah merah. Tadi pucat.''

Ow, yeke. ''Tak tau, tetiba rasa segar je,'' aku senyum kat ustazah. Terus cabut tudung, betulkan rambut apa semua. Ustazah tanya berapa umur aku. Bila cakap 29 ustazah terkejut sebab ingatkan aku budak lagi. Ha...baru dia tau. Kejadah la orang dewasa bekerja cam aku ni nak datang DS buat2 gila... kot nak ngorat ust pun, aku masih waras nak fikir jalan lain selain buat2 gila.

Aku pun mintak nak baca ngan ustazah jer pastu. Walaupun memula tu sakit ati tapi aku rasa serasi ngan ustazah ni. Sebelum ni bukan tak pernah cuba baca ngan ustazah... tapi aku rasa xserasi. Pastu aku mintak ustazah temankan keluar sebab aku dah malu nak hadap ust2 tu sumer. Sebelum balik tu aku ambik semula parang ngan baju kebal ayah diorang sorok dalam2. agaknya takut aku ambik masa mengamuk tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 06:46 AM | Show all posts
Bilik gelap.

Sejak balik dari DS tengahari tadi aku tidooooo je. Bangun solat asar, pastu melingkar lagi atas katil. Rasa malas nak buat apape, walaupun bukak lampu.

Jasad dan jiwa aku dedua melepek. Sakit badan. Sakit hati. Perasaan aku hancur cam serbuk. Rasa sangat2 la nak menangis tapi xtau kenapa tak boleh. Agaknya sebab aku dah terbiasa menelan sebak sejak semua ni bermula.

Harap sangat ada someone peluk aku masa tu. Sesapa je la. Yang penting bukan saka. Huhu.

Tapi takde sape.

Hari dah lewat petang. Nak tido kang gila pulak. So golek je atas katil. Dalam gelap senja.

Tetiba pintu bilik aku terbukak perlahan2. ''Aciiiikkk....'' Ada suara comel tegur. Aku toleh.

''Eh, Yad? Iyad! Rindunya acik.......'' Aku terjun dari katil dan terus peluk Yad yang tersengih kat pintu bilik. Angah pun senyum berdiri kat belakang Yad sambil dukung Isra', adik Yad. Tah bilanya diorang ni datang... agaknya masa aku membuta tadi kot.

Alhamdulillah......waktu aku sangat memerlukan ni Allah hantar angah dan Yad untuk teman aku. Sambil peluk Yad, aku citer kat angah apa yang berlaku kat DS tadi. Angah pun kesal. Dah la kitorang adik-beradik memang tak diajar baring2 depan laki, walaupun ayah. Tetiba perawat buat camtu plak dengan takde sorang pun pempuan dalam bilik tu. Angah kata pasni kalau nak gi berubat ajak la dia. Jangan pegi sorang2 lagi... Tapi dah cemana nak ajak angah? Aku takmo la kelek Yad dan Isra' sekali gi tempat camtu... ngan orang meraung melolong sana-sini. Kang trauma pulak anak2 buah aku.

Malamnya aku tak lena tidur. Awal2 pagi dah jaga. Bukak mata terus teringat apa yang berlaku semalam. Lepas tahajud aku termenuuuuuuuunnngggggg atas sejadah. Macam video peristiwa tu flashback dalam minda.

Ya Allah, sebenarnya Kau redha ke tidak aku pergi berubat ni? Betul ke tak jalan yang aku pilih ni? Kenapa jadi camni? Aku buat salah ke sebab mintak tolong perawat? Atau... ni hukuman ke sebab aku banyak buat benda tak senonoh dulu? Ya Allah, sebab aku ni kotor ke, maka aku terhina camni?...

Dada makin berat. Aku capai quran. Rasa macam nak baca surah Maryam.

Pastu baru aku sedar yang Sayyidah Maryam kena camni jugak. Sayyidah Aisyah kena camni jugak. Maruah dicalar. Tapi bukan bermakna diorang pempuan jalang. Sorang mak nabi. Sorang isteri Nabi. Akhirnya Allah sucikan diorang dan kekal jadi sebutan dalam al-Quran sampai kiamat.

Dugaan aku ni jauhla keciknya daripada apa yang diorang rasa. Aku dah fikir bukan2 kat tuhan. Astaghfirullahal'aziiiiiim......

Baru la air mata keluar berjurai2. Pertama kali la aku nangis sejak berapa bulan gi berubat. Waktu tu, aku cuma mintak Allah pegang hati aku, jadikan aku selalu baik sangka kat Dia. Sebab waktu camni, yang paling susah ialah nak bersangka baik ngan Allah. Jangan kata nak sabar, redha ke apa....

Esoknya gi opis. Takleh nak kerja pun sebenarnya. Sampai2 opis aku nangis lagi kat surau. Duk kat meja terbayang2 lagi apa yang berlaku. Tak pernah la aku trauma camni. Petang aku ambik EL. Gi lepak tido kat masjid sampai isyak baru balik rumah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.123640 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list