CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
Post time 14-2-2015 06:33 PM | Show all posts
ah sudah arisha ngn ku nan... nicki meraug x sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2015 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 14-2-2015 06:33 PM
ah sudah arisha ngn ku nan... nicki meraug x sudah

Rasa2 Ku Nan mau lps arisha tak bila dpt tau tunang terpaksa die tu ialah arisha..bukan nay??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2015 07:33 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 15-2-2015 01:19 AM

ARISHA menuruni anak tangga berhati-hati. Terpaksa juga dia menurut kehendak perempuan tua itu aka nenek. Perempuan separuh abad itu begitu kuat memaut lengannya dan bersama menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Agak ramai tetamu yang sudah menunggu di situ, siap dengan barang hantaran. Banyak kali dia menelan liur. Ah..kes gila apa pulak ni? Tiba-tiba dia diculik dan dipaksa bertunang dengan entah lelaki mana!
"Dato, kenalkan, ni cucu saya, Nayla Cempaka bakal tunang anak Dato'.." Sharifah Qasidah mula kenalkan cucunya kepada tetamu dari rombongan lelaki yang sudah sedia menunggu di ruang tamu.

Arisha semakin menggelabah. Dato'??  Dia sudah resah gelisah. Perempuan yang dikatakan neneknya itu sibuk pula kenalkan pada tetamu yang lain sebelum mereka mengambil tempat di satu sudut di ruang tamu itu.  Arisha terpaksa menurut saja rentak majlis itu. Baginya itu sekadar pertunangan. Belum ada apa-apa ikatan yang sah. Jadi, bila-bila masa dia boleh putuskan semua itu. Tidak mahu membuat kecoh di majlis yang sudah diatur kemas, siap dengan hiasan dan kenduri. Matanya liar memerhati yang mana satu jejaka yang ingin ditunangkan dengan dirinya. Alangkah baiknya jika jejaka itu adalah Nik Mohamad aka Nicki. Namun, tidak mungkin kerana apa yang dia tahu, Nicki bukan anak seorang Dato'.

Perbincangan antara kedua belah pihak sudah bermula. Arisha hanya diam dari tadi. Dia yang masih kebingungan cuba untuk bersikap selamba. Jelas nama Nayla yang disebut-sebut dalam majlis itu. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa dia ingin menjerit sekuat hati yang dia bukan Nayla! Namun itu semua hanya dalam hati kecilnya dan kini dia tersepit dan terjerat. Apa yang difikir tadi untuk menghentikan majlis itu nampaknya tidak menjadi kenyataan.

"Hmm...cantik, manis orangnya." Ujar salah seorang tetamu yang hadir, matanya tidak lepas dari memandang ke arah Arisha yang masih terkulat-kulat di sebelah Sharifah Qasidah.

"Nay..hulur tangan tu. Nak sarung cincin.." Sharifah Qasidah cuit lengan Arisha yang kelihatan mengelamun.

"Ha..er...apa..nek?" Arisha tersedar. Dia pandang nenek dan tetamu yang lain dan akhirnya jatuh pada seorang perempuan di depannya yang sudah sedia untuk menyarung cincin ke jari manisnya.

Tanpa hiraukan Arisha, Sharifah Qasidah terus saja tarik tangan Arisha dan sua jemari Arisha untuk disarung cincin oleh wakil dari pihak lelaki. Kini sebentuk cincin bermata berlian sudah tersarung indah di jari manis Arisha. Terpaksa juga Arisha mencium tangan perempuan itu.

"Alhamdulillah...selamat semuanya. InsyaAllah, bulan depan majlis nikah akan berlangsung." Sharifah Qasidah tersenyum lebar. Dia cium dahi Arisha. Syukur kerana kali ini gadis itu tidak membantah.

Arisha masih diam. Dia masih bingung dan keliru. Cincin di jarinya dibelek seketika. Memang cantik tapi sayang, cincin itu sepatutnya berada di jari manis gadis lain, bukan dirinya!


SEMENTARA ITU, di apartment Nayla, Nayla tersenyum puas. Rasanya mungkin majlis itu sudah bermula dan Arisha sudah selamat bertunang dengan lelaki pilihan nenek, lelaki yang dia sendiri tidak tahu siapa apatah lagi nama.

"Nicki..maafkan aku. Aku terpaksa buat macam ni.." Nayla menghela nafas sebentar. Dia tahu Nicki sayangkan Arisha tetapi dia lebih berhak ke atas Arisha dan Arisha lebih berhak menikmati kehidupan baik bersama nenek dan lelaki yang kini sudah bergelar tunang. Bahagia Arisha adalah penting baginya.

Kunci dicapai dari atas meja. Mulai saat ini, dia akan menjadi 'Arisha' yang baru. Kereta dipecut meninggalkan kawasan apartment itu. Dia perlu jumpa Hanna.


KETIKA INI, di makmal ABC, Aylanins bersama pegawai polis yang lain sedang sibuk menggeledah setiap ruang di makmal itu. Waran geledah sudah dikeluarkan sebelum ini. Sesekali Aylanins melihat skrin telefon. Entah kenapa hari ini perasaannya bercampur baur. Hari ini, Conan akan bertunang dengan gadis pilihan ayahnya. Bila teringat semua itu, sebak mula menerjah. Mata mula berkaca. Cepat-cepat diseka air matanya dari jatuh. Dalam menjalankan tugas, tidak seharusnya dia campur adukkan dengan perasaan seperti itu.

"Puan! Puan perlu tengok ni!" laung salah seorang pegawai polis yang turut menggeledah makmal itu.

Aylanins terus melangkah ke tempat yang dimaksudkan itu. Terkejut melihat dalam bilik itu penuh dengan haiwan pelbagai jenis untuk bahan kajian. Dia mengarahkan pegawainya mengambil gambar dan mengangkut semua haiwan itu keluar dari makmal itu. Beberapa pekerja makmal ditahan untuk siasatan. Semua fail dan laporan kajian juga turut dirampas. Hampir satu jam menggeledah, mereka pulang semula ke balai.




TIBA di balai, Aylanins segera melaporkan kepada Detektif Ana Dahlia tentang penemuan itu. Mereka berbincang seketika sebelum Aylanins kembali ke biliknya semula. Sampai di bilik, Aylanins menyandarkan tubuhnya di kerusi. Lega..satu tugas sudah selesai. Lusa, dia akan menyoal lagi Ryan yang masih ditahan di lokap.


"Hmm...siapa pula yang hantar sms ni?" Aylanins seluk poket seluar dan telefon bimbitnya dikeluarkan.


Tergamam dia melihat foto-foto menarik di majlis pertunangan itu. Satu demi satu foto itu dilihat. Jadi..selama ini Nayla yang menjadi pilihan ayah Conan?? Terdiam dia di situ. Terasa dirinya benar-benar terpinggir dek kerana status yang tidak setaraf. Ya...dia tahu Nayla juga anak orang berada dan tinggal di sebuah banglo mewah. Itulah hasil siasatannya selama ini, selama dia mengekori gadis itu yang turut terlibat dengan kes Kurt dulu dan juga nota kaki. Selayaknyalah ayah Conan memilih Nayla. Memang Nayla layak ditunangkan dengan Conan. Sekali lagi matanya berkaca.


Aylanins bingkas bangun. Dia mula beredar dari balai polis. Hatinya benar-benar sebak, kecewa dan segala rasa berselirat. Kalau teruskan kerja pun, tidak mungkin dia dapat menumpukan perhatian. Kereta dipandu tanpa hala tujuan.

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ana dahlia versi dah beranak ke ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2015 08:41 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 14-2-2015 08:07 PM
Ana dahlia versi dah beranak ke ni?

dah selamat beranak...ya ya je..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian nicki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2015 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 14-2-2015 09:17 PM
kesian nicki

Nnt nicki plak kena paksa tunang ngan ayla :sweat:
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 14-2-2015 09:26 PM
Nnt nicki plak kena paksa tunang ngan ayla :sweat:

mcm tu nayla x dpt nicki lah kan awal dia mmg minat ngn nicki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2015 10:01 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 14-2-2015 09:26 PM
Nnt nicki plak kena paksa tunang ngan ayla :sweat:

amboih..awat asyik paksa je ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2015 10:02 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 14-2-2015 09:38 PM
mcm tu nayla x dpt nicki lah kan awal dia mmg minat ngn nicki

ya..Nayla tu awalnya memang suka mamat Kpop tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2015 10:09 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 14-2-2015 11:35 PM

Kereta diberhentikan di bawah pokok sebaik tiba di kawasan tasik Taman Jaya. Aylanins pejam mata rapat. Mengalir air mata ke pipi. Air mata yang cuba ditahan dari tadi, akhirnya tumpah juga. Perlahan jarinya menyapu titis jernih yang meleleh di pipi. Aylanins menapak keluar dari perut kereta. Dia berjalan ke arah sebatang pokok lalu punggung dilabuhkan di atas rumput, berteduh di bawah pokok itu. Pandangan matanya dilepaskan ke tengah tasik. Sebak semakin menekan di jiwa. Terasa sarat dengan perasaan duka. Tika ini, apa yang berlaku dan kenangan bersama Conan terbayang satu persatu, sehinggalah kepada foto-foto yang diterima tadi.

Puas melayan perasaan Aylanins mula bangun dari situ. Sebaik dia memusingkan badannya, tersenyum seorang lelaki di belakangnya ketika ini. Senyuman itu dibalas. Perlahan Aylanins melangkah ke arah lelaki yang masih tersenyum padanya tadi.

"Muz..kau buat apa kat sini?" Aylanins menegur mesra. Dia cuba bersikap biasa.

"Tanya aku..kau tu? Buat apa kat tasik tengahari buta macam ni?" Muzafar sengih.

"Saja ambil angin..kau dari mana?" Soalan lain pula Aylanins tanya.

"Aku jumpa kawan tadi, lepak kat gerai sana tu. Nampak kau kat sini.."

Aylanins angguk-angguk. Dia senyum hambar.

"Hmm..kalau dah muka monyok macam ni, ada masalah la ni. Meh! Aku belanja makan tengahari. Sedap punya!" Muzafar mengajak Aylanins ke sebuah restoran di pusat beli belah di sebelah tasik itu.

Aylanins hanya mengikut saja. Lagipun, dari pagi tadi dia tidak jamah apa-apa. Mereka berdua hanya berjalan kaki ke sana. Muzafar mula masuk ke restoran Sri Melaka yang terletak di tingkat dua. Makanan ala cina ditempah. Lima belas minit menunggu, makanan yang dipesan mula sampai ke meja.  Aylanins yang sememangnya tidak pernah kontrol ayu, mula  terliur melihat lauk pauk atas meja yang sudah terhidang. Lauk siakap kukus halia, sayur pak chow tiram, taufu lembut masak halia dan yang paling menaikkan seleranya, sup asparagus bersama cendawan tiram.

"Kenapa tengok je? Makanlah." Pelawa Muzafar, senyum melihat gadis itu tidak berkelip memandang lauk pauk itu.

"Err...kau belanja kan?" Aylanins mula mengukir senyum.

"Ya..aku belanja. Cepat makan. Biar hilang rasa kecewa kau tu.." Muzafar mula menyua pinggan nasi kepada Aylanins.

Aylanins terdiam seketika. Bagaimana Muzafar tahu yang dia sedang kecewa? Hati retak seribu?? Ah...apa-apa pun, hidangan di depan mata itu yang lebih penting sekarang ini.

Muzafar geleng sambil tersenyum. Aylanins tidak pernah berubah. Namun dia suka dengan sikap gadis itu yang tidak hipokrit. Tidak kontrol ayu depan lelaki. Aylanins adalah Aylanins. Bukan gadis yang selalu dia kenal, gedik dan sentiasa kawal ayu.

Usai menjamu selera, Muzafar mengajak Aylanins bersiar-siar sekitar pusat beli belah itu. Kebetulan hari itu adalah hari Ahad, banyak jualan gerai diadakan di situ. Bermacam-macam barang dijual termasuk barangan antik. Penat merayap, mereka berehat pula di cafe di muka pintu Amcorp Mall itu. Menikmati pula minuman panas di cafe itu.

"Ayla..kalau aku tanya sikit, kau jangan marah.." Muzafar mulakan mukadimah. Dari tadi dia ingin bertanya tapi ditahan saja.

"Kalau kena dengan soalannya, buat apa aku nak marah. Apa dia?" Aylanins pandang Muzafar sambil meneguk nikmat capuccino ais.

"Aku tahu..kau kecewa. Boleh aku tahu kenapa?" Muzafar cuba berhemah, mana tahu gadis di depannya ini akan melenting tidak tentu pasal.

"Benda kecik je. Biasalah..hidup ni kan macam roda, kadang happy, kadang sedih..kadang seronok.." Aylanins melarikan matanya ke arah lain, dari tadi lelaki itu asyik merenungnya. Kalaulah Hani tahu Muzafar keluar dengannya ketika ini...

"Kau kecewa dengan Conan kan?" Akhirnya Muzafar terpaksa menyebut nama Conan.

Aylanins diam. Capuccino ais diteguk lagi. Tiada kata-kata dilontarkan untuk soalan Muzafar tadi. Untuk apa dia berbicara hal itu, Conan sudah selamat bertunang dengan Nayla. Apa yang perlu dia fikirkan sekarang ini adalah masa depan dia dan ibunya.

"Maafkan aku..kalau pertanyaan aku tadi buat kau makin kecewa. Aku pun pernah lalui semua tu. Bertahun aku tunggu Hani dan aku rasa dia terima aku pun kerana kehendak ibunya. Bukan dari hatinya yang ikhlas." Nafas dihela perlahan. Muzafar meneguk perlahan Ice Macchiato Caramel.

Aylanins diam. Dulu dia pernah ada rasa sayang pada Muzafar tetapi waktu itu dia sendiri keliru dengan hatinya sendiri. Sayang seorang sahabat atau sayang yang bagaimana? Tidak mahu menyusahkan hati, dia bersikap biasa saja setiap kali berjumpa Muzafar dan kini masing-masing sudah mempunyai teman istimewa, dia yang pertama merasa kecewa.

"Cinta ni...permulaannya menang senang..indah..tapi pengakhirannya sangat sukar diduga..sama ada berakhir dengan suka atau duka.."

Muzafar dijeling sekilas. Kata-kata itulah yang pernah didengar sewaktu di kampus dulu. Aylanins segera habiskan Capuccino ais dan dia mula mengajak Muzafar ke tasik semula. Petang nanti dia ada tugas yang perlu dibereskan. Mereka berdua sekali lagi beriringan menuju ke tempat letak kereta di tasik itu.

"Ayla..sebenarnya aku nak minta tolong kau sekali lagi. Aku tahu kau sibuk tapi aku bimbang pasal Hani. Sekarang ni, Alif dan Amir syak yang Hani adalah mawar hitam. Rupanya selama ni Amir menyiasat pasal Hani dan dia tahu kisah silam Hani." Muzafar luahkan apa yang berlaku.

"Kenapa Amir syak Hani yang lakukan semua tu?" Aylanins berkerut kening.

"Kau kan tahu..aku pernah cerita kat kau dulu. Joe, Rizal dan Benjamin sudahpun meninggal kerana dibunuh mawar hitam. Sekarang ni tinggal Fendi dan Malik saja lagi yang didendami Hani." Muzafar berterus terang, dia terpaksa ceritakan semuanya. Walaupun dia sedar, Aylanins juga seorang anggota polis yang bila-bila masa boleh jadikan Hani sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan oleh mawar hitam itu.

"Jadi kau nak aku jejak Fendi dan Malik pula?" Aylanins pandang Muzafar yang sudah tunduk.

"Ya..aku tak nak pembunuhan itu berlaku lagi. Cukuplah apa yang berlaku pada Joe, Rizal dan Ben." Satu helaan nafas berat dilepaskan.

"Apa yang berlaku sebenarnya?" Aylanins cuba mengorek rahsia.

Muzafar diam. Dia juga serba salah sebenarnya, beritahu semua itu kepada Aylanins. Semua itu juga melibatkan dirinya sendiri. Malu jika gadis itu tahu kisah silamnya dulu. "Nantilah aku cerita..sekarang ni, aku nak tahu kat mana Fendi dan Malik tinggal."

"Ok..aku boleh tolong kau. Oh ya..minggu depan aku nak berehat panjang. Aku nak ke resort di Terengganu. Mungkin aku akan siasat selepas tu. Lagipun sekarang ni aku sibuk dengan kes Ryan.." Ujar Aylanins.

Muzafar diam. Dia tahu kes Ryan itulah yang membuatnya bertikam lidah dengan Amir, Alif dan juga Ipo dan Conan pada hari itu. Dia tahu apa yang cuba disembunyikan oleh Amir dan Alif. "err..boleh aku tahu resort mana?"

Aylanins hanya senyum. Dia tidak jawab pertanyaan Muzafar. Dia minta diri. Enjin kereta dihidupkan dan terus saja dia memandu keluar dari kawasan tasik itu.

Muzafar turut sama melangkah masuk ke dalam perut keretanya dan turut beredar dari situ.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2015 11:09 PM | Show all posts
"Cinta ni...permulaannya menang senang..indah..tapi pengakhirannya sangat sukar dijaga..sama ada berakhir dengan suka atau duka.."


dijaga???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2015 11:34 PM | Show all posts

hahaha...nak taip diduga la...

sat edit sat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2015 01:21 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 15-2-2015 10:26 AM

CONAN sudah gelisah di rumahnya. Dia sengaja tidak hadir semasa majlis pertunangan yang tidak pernah dia inginkan itu. Malah dengan siapa dia bertunang pun, dia tidak ambil tahu. Apa yang lebih penting sekarang ini adalah Aylanins. Gadis itu perlu dipujuk. Tidak semudah itu untuknya melepaskan Aylanins pergi. Jika terpaksa dia memilih sekalipun, dia lebih rela melepaskan kekayaan dari warisan harta ayahnya dan memilih Aylanins. Rambutnya dicengkam kuat. Rasanya sudah berpuluh kali dia menghubungi Aylanins tapi langsung gadis itu tidak menjawab. Sms, WhatsApp semuanya tiada balasan dari Aylanins.

"Weh..kau ni kenapa? Macam ayam berak kapur je?" Nicki melabuhkan punggung sebelah Conan yang sudah kusut rambutnya.

Conan mendongak. "Cepatnya kau habis kerja?"

"Hari ni aku ada kerja luar. Jadi..aku balik awal la." Sengih Nicki bila teringat hari ini dia menemani Cik Julia bertemu klien di Putrajaya dan selepas itu bos mudanya belanja makan di Alamanda sebelum bertolak balik. "Eh..macam mana kes kau? Maksud aku..majlis tunang tu?"

Conan tidak menjawab. Otaknya sudah berserabut sekarang ini.

"Rasanya...semalam kan?" Nicki tanya lagi.

"Ya...malaslah aku nak cakap hal tu." Conan merengus.

"Jadi...kau tak kenal siapa tunang kau tu?"Nicki sekali lagi bertanya.

Conan hanya mengangguk.

"Aylanins macam mana?" Kali ini Nicki terasa yang Conan benar-benar dalam dilema. Raut wajah lelaki itu seperti tidak keruan.

"Entahlah..aku nak nikah dengan Ayla. Aku sayang dia Nicki. Apa pun, aku tetap nak nikah dengan Ayla." Conan berkata perlahan sambil meraup muka.

"Habis tunang kau?"

"Aku tak pernah ada tunang."

Nicki jeling Conan yang sudah kebuntuan lagaknya. Kalau dia jadi Conan pun, akan buntu biul juga. "Err..ni sampul apa?"

"Kalau kau nak kenal sangat, tulah pilihan ayah aku.." Conan bingkas bangun. Sempat dia beritahu Nicki sebelum menapak ke bilik.


Nicki sandar di sofa. Kasihan pada Conan yang dipaksa oleh ayahnya untuk terima pilihan orang tuanya. Terasa macam zaman dulu-dulu pula. Pernikahan yang diatur. Dia pun tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk membantu Conan dalam hal ini. Conan anak orang kaya, keturunan Tengku dan semestinya ayah Conan inginkan jodoh yang sama taraf dan keturunan juga. Itu yang diberitahu Conan dulu masa lelaki itu meluahkan perasaan padanya tentang hal itu. Nampaknya bakal isteri Conan adalah keturunan Syed dan Sharifah.


"Haih..apa ada pada nama?" Nicki geleng.


Terbayang pula wajah gadis tersayang, Arisha. Arisha, gadis yatim piatu dan dibesarkan di rumah anak yatim sejak berusia lima tahun. Mujurlah gadis itu hanya biasa-biasa saja. Buatnya Arisha juga adalah keturunan Tengku atau Sharifah, mahu terduduk dia jika peminangannya ditolak mentah-mentah. Dia pun hanya membawa keturunan 'Nik' saja. Tiada yang istimewa, itupun keturunan dari datuk yang berasal dari Kelantan.


"Hmm..rindu pulak.." Nicki capai telefon bimbitnya dan mula menghubungi Arisha. Agak lama dia menunggu panggilannya dijawab. Dua tiga kali mencuba, barulah panggilannya dijawab. Sepuluh minit bersembang, talian diputuskan.


Nicki termenung seketika. Terasa pelik dengan suara Arisha di hujung talian tadi. Selalunya, gadis itu dulu yang memberi salam tapi tadi terus saja dia menjawab dengan perkataan 'Hello'. Tidak mahu menaruh syak apa-apa, Nicki hanya menganggap itu mungkin gurauan dari Arisha saja. Kepalanya disandar di sofa. Penat seharian bersama Cik Julia melayan klien yang karenahnya benar-benar memeningkan kepala. Terasa lega bila dapat berehat begitu. Telefon bimbitnya berdering lagi. Nombor yang tidak dikenali muncul di skrin telefon bimbitnya.


"Siapa pulak ni?" Berkerut dahi Nicki melihat nombor asing itu. Panggilan itu dijawab juga.


"Arisha?? Err..."Nicki hanya mendengar kata-kata Arisha di hujung talian. Tidak sampai sepuluh minit, talian putus.


Nicki masih lagi keliru. Rasanya baru tadi dia bercakap dengan Arisha dan gadis itu menolak ajakannya untuk keluar bersama tapi tadi, suara Arisha seperti ada masalah besar. Jelas dia mendengar suara Arisha yang cemas. Gadis itu ingin berjumpanya esok di gerai makcik Siti Sombong. Matanya menala pula pada sampul di atas meja. Nicki senyum. Dia capai sampul itu dan mula melihat isi dalam sampul itu. Siapa agaknya pilihan ayah Conan. Sudah tentu gadis itu cantik bak bidadari. Foto dalam sampul itu ditarik perlahan. Membuntang Nicki melihat gerangan gadis yang menjadi pilihan ayah Conan. Satu demi satu foto pertunangan itu ditatap. Nicki sandar lemah di sofa. Dia meraup muka.






MALAM ITU Nicki tidak boleh melelapkan mata. Apa yang dilihat dalam sampul surat tadi itulah yang mengganggu fikirannya ketika ini. Puas baring, dia bingkas bangun. Angin sejuk dan bertiup lembut menerpa masuk ke dalam biliknya dari arah jendela yang terbuka. Sungguh fikirannya tidak tenang sekarang ini. Dia perlu dapatkan kepastian dari Conan. Adakah gadis itu benar-benar Arisha.


Nicki menapak keluar dari biliknya dan dia melangkah ke bilik Conan. Teragak-agak dia mengetuk pintu bilik Conan. Masih berfikir apa yang harus ditanya pada Conan tentang hal pertunangan itu kerana dia tahu, Conan tak akan melayan sebarang pertanyaan tentang majlis pertunangan itu. Agak lama Nicki berdiri  di depan pintu bilik Conan yang tertutup rapat. Belum sempat pintu diketuk, pintu itu sudah dikuak.


"Laa..kau buat apa kat sini?" Conan sengih.


"Aku ada hal penting nak tanya kau.." Nicki mula serius.


"Hal apa?" Conan melangkah turun ke ruang dapur. Dari tadi tekaknya terasa haus.


Nicki mengekor Conan ke ruang dapur. Dia hanya melihat Conan menuang air kosong dari peti sejuk. "Nan...betul ke kau tak kenal siapa tunang kau?"


Conan yang sedang meneguk air kosong itu mula menoleh ke arah Nicki. "Aku malas nak sembang hal tu. Hal lain, aku layan." Air kosong dalam mug dibawa ke ruang tamu pula. Remote control tv dicapai lalu channel Astro HBO dibuka. Kebetulan ada cerita menarik, kisah pembunuhan dan seram.


Nicki duduk di sebelah Conan. Sampul tadi masih ada di atas meja. Nicki capai perlahan dan hulur kepada Conan.


"Apa ni?" Conan buat tak tahu.


"Laa..foto tunang kau la. Aku nak kau tengok." Nicki desak juga Conan.


"Letak je la kat situ. Karanglah aku tengok. Cerita kat tv lagi best ni.." Tidak berkelip Conan melihat cerita yang dipaparkan di kaca tv.  Sengaja dia tidak mahu usik apalagi melihat gambar gadis itu.


Nicki mengetap bibir. Dia terus capai remote control dan tv ditutup.


"Weh! Kau apa hal ni? Lain macam pulak malam ni? Kau ni meroyan ke apa?" Conan rampas semula remote control tv dari tangan Nicki.


"Ni!! Tengok ni!!" Nicki sudah geram, foto dalam sampul itu ditarik keluar dan dicampak atas meja sofa depan Conan.


Conan terdiam. Foto majlis pertunangan yang diberi oleh ayah semalam sudah berterabur atas meja. Dia capai salah satu foto itu. Diamati wajah gadis yang memakai gaun ungu muda, cantik dengan rambut ikal mayang melepasi bahu sedang disarungkan cincin ke jari manis oleh Mak Su Ku Na. Itu adik bongsu ayah yang tinggal tidak jauh dari banglo mewah milik ayah.


"Nayla atau Arisha??" Nicki menahan getar di hati. Terasa dia pula yang melenting. Jika Arisha, bermakna punah harapannya selama ini.


Conan masih lagi menatap foto-foto itu. Dia masih tidak percaya. Lemah dia bersandar di sofa. Sungguh dia tidak tahu siapa pilihan ayahnya. Dulu, ayah pernah hulur sampul yang mengandungi gambar gadis itu namun dia tidak langsung  melihat. Lama dia meraup muka.


"Aku..aku tak sangka.." Nicki bersuara lemah.


Kriiikkkkkk...Urrggghh...Kriikkkk!


Tersentak Nicki dan Conan. Bunyi cakaran dan dengusan silih berganti. Mereka saling berpandangan.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 06:43 AM | Show all posts
Hura-hara bebenor baca cerita ni. Tetiba lak masuk bab kawen paksa....

Entah kenapa terasa yang Nicki dengan Arisha tu memang takdak kimia. Elok ler tak jadi. Boleh si Nicki tu bawak diri le tempat lain, Amariya contohnya...

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-2-2015 06:43 AM
Hura-hara bebenor baca cerita ni. Tetiba lak masuk bab kawen paksa....

Entah kenapa tera ...

Nayla masih ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke sampai bab 20 jer ....  mcm panjang jer lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha replied at 15-2-2015 08:21 AM
Betul ke sampai bab 20 jer ....  mcm panjang jer lagi

Xlah. Kan die kata bab15 yg akhir
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2015 10:28 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-2-2015 06:43 AM
Hura-hara bebenor baca cerita ni. Tetiba lak masuk bab kawen paksa....

Entah kenapa tera ...

citer aku memang huru hara
harap korang fahamlah jalan cerita yang penuh berliku kekdahnya

err...teringin gak nak buat Conan dan Nicki tu tercampak ke dunia Amariya...tapi...kalau gitu kekdahnya..tak dak ler akhir bab 20

ni pun dah ke laut nan dalam dah ni..nak habiskan..entah2 bukan bab 20..bab 100 gamaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2015 10:29 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 15-2-2015 08:21 AM
Betul ke sampai bab 20 jer ....  mcm panjang jer lagi


nak tamatkan dah terpanjang pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.062997 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list