|
ISTRIMITHALI posted on 10-11-2014 02:06 AM
'Perlu ke aku nak panggil dia?, takpa lah, demi kebahagiaan anakku', ngomel Datin Kamaliah. Datin Ka ...
seperti drama yang
terpaksa menerima lelaki yang tidak
dikenali dalam hidup.<<kenpa Iolls terasa part ni? Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 17-11-2014 03:55 AM
"Haniiii!!, maafkan makcik!!", jerit Mak Munah dengan suara yang sangat kerisauan.
"Kenapa ni Mak ...
Sebenarnya, ada cara bila laki pegang. Takyah ronta2. Itulah, kna pandai martial arts
.AKU BENCI ROGOL! |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 19-11-2014 06:34 AM
Hani membuka matanya berat. Samar-samar dia melihat dirinya seperti berada di bilik hospital. Terlih ...
Adam patut dibunuh! GRRRRR! |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 24-11-2014 02:12 AM
"Alhamdulillah, Kak Ngah dah boleh keluar", ucap Puan Mariam. Dia tidak sabar lagi untuk balik dan m ...
Bilalah Afiq nk nikh dgn hani.cpt2 lah. |
|
|
|
|
|
|
|
fatimz posted on 24-11-2014 03:23 AM
TENGOK TU NAK MINTAK TOLONG TAPI MASIH BERDENDAM...MINTAK LAH CARA BAIK...
Geram nampak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 24-11-2014 09:50 AM
Tibanya Hani di rumah, Puan Mariam terus menyuruh Hani ke bilik untuk berehat. Tentu Hani penat sepa ...
Ada beza..hmmm
cepatlah hapdet! |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 28-11-2014 11:09 PM
Ceh..ayat!
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
~~ BAB 35 ~~
Botol yang sepatutnya berisi air itu sudah kering. Afiq mengambil botol itu dan terus menuju ke mesin cooler yang disediakan hospital di sebelah biliknya. Perit pula tekaknya pada ketika itu. Afiq terus menghulur botol air dan
pap!
botolnya berlaga dengan satu lagi botol yang sedang dihulur.
"Eeerr, Linda", Afiq mengeluarkan suara.
Linda hanya tersenyum melihat Afiq sedang terkejut oleh hal itu. Tentu dia menganggap siapalah yang berani mengusiknya. Gayanya seperti makhluk halus yang sedang mengacaunya. 'Cute jugak mamat ni', fikir Linda.
"Maaf ye, tak pa lah kalau awak nak dulu", Afiq mendepakan tapak tangan untuk memberi laluan kepada Linda. Linda terus menadah air itu untuk simpanannya dan terus berlalu apabila air dalam botolnya sudah penuh. Sempat juga dia berterima kasih sebelum berlalu.
~~~
Sedang asyik Afiq membelek majalah kereta yang berada di dalam bilik hospital itu, terdengar suara budak yang sangat dikenalinya. Ditolehnya ke luar pintu biliknya, terlihat Qina sedang berlari lari anak menuju ke arahnya. Hatinya berbunga-bunga apabila di belakang Qina adalah buah hatinya, Hani jalan beriringan bersama Maya.
"Uncleee", Qina melulu ke arah Afiq dan Afiq terus mengangkat Qina duduk bersamanya di atas katil. Qina bersila berhadapan Afiq sambil tersenyum manis.
"Qina sihat?", tanya Afiq.
"Sihat sangat, tapi uncle yang tak sihat lagi"
"Dah sihat. Nanti uncle keluar, kita pergi KLCC ye?", ajak Afiq.
"Yeayy!!", Qina menjerit gembira.
Afiq bahagia melihat Qina. Dia menggosok gosok kepala Qina sambil memandang Hani yang baru sahaja sampai bersama Maya. Hani hanya senyum melihat gelagat anaknya itu yang gembira setiap kali bertemu Afiq.
"Boss, bila boleh keluar ni?", Maya terus bertanya.
"Tak tau lah. Petang ni doktor bagi result. Saya rasa dah boleh keluar", Afiq menjawab sambil memandang Hani. Terasa rindu pula untuk menatap wajah Hani ketika itu. Seperti terlalu lama dia tidak bersua muka dengan Hani.
"Oh, bagus la tu boss. Banyak dokumen yang tak ber sign dan perlukan approve dari boss kat pejabat tu" kata Maya.
"Laa, kenapa tak pass ke Azrul atau Dato' Halim terus?", Afiq provok.
"Semuanya sangat sibuk sejak boss tak masuk kerja. Dato' Halim sendiri minta tunggu boss", tutur Maya.
"Oooo..", kata Afiq tanda mengerti.
Tidak lama kemudian, Puan Rahimah menyapa dari pintu bilik sambil membawa sandwich kegemaran Afiq. Disamping sedap dimakan, makanan itu berkhasiat untuk pesakit seperti Afiq.
"Fiq, macam mana? sihat?", tegur Puan Rahimah dari belakang memaksa Hani dan Maya menoleh ke belakang, lalu mereka menghulur salam kepada Puan Rahimah. Tidak lama kemudian, Dato' Halim menapak ke bilik itu dan terus menuju ke arah Afiq.
"Tadi, ayah dengar doktor mungkin akan bagi pulang petang ni", kata Dato' Halim.
"Yeke? Alhamdulillah", Puan Rahimah mengucap syukur.
'Aduh, dah boleh keluar ke?, aku nak lama sikit duduk sini', ngomel Afiq dalam hati. Bukan apa, dia dapat melihat Hani lebih mengambil berat tentang dirinya selama dia di hospital. Setiap hari, Hani akan melawatnya. Jika tidak sempat untuk mengambil Qina, Hani akan melawat bersama Maya.
Tiba-tiba pula dia teringatkan gadis yang dilanggarnya sebelum ini.
"Ibu, macam mana dengan Linda?" Afiq terus bertanya kerana serba salah dengan gadis itu. Tidak tahu mengapa Hani diselubungi rasa tidak selesa kerana nama perempuan lain dan nampak seperti Afiq terlalu mengambil berat mengenai gadis bernama Linda itu.
"Doktor tak benarkan dia keluar lagi sebab belum sihat sepenuhnya. Takpa lah, nanti kita melawat dia ya?", jelas Puan Rahimah. Dia tahu anaknya tentu risau dengan keadaan gadis itu, mana tak nya, dia lah penyebab gadis itu terlantar di katil hospital. Jika tidak, tentu gadis itu sedang bersuka ria dengan teman-teman.
"Oh, nanti kita lawat dia ya ibu", cadang Afiq.
"Baiklah", Puan Rahimah mengangguk sambil mengiyakan.
~~~
Masing-masing pulang setelah waktu melawat habis. Rutin harian pesakit di situ adalah menunggu segerombolan doktor pelatih serta seorang doktor yang ditugaskan untuk menganalisa keadaan pesakit selain menanti makanan yang disediakan hospital. Rutin yang sangat membosankan buat Afiq.
"Doktor, bila saya boleh balik?", tanya Afiq sejurus doktor sampai ke biliknya. Namun segerombolan doktor pelatih hanya menunggu di luar.
"Memang saya nak discharge kan awak petang ni. Jangan risau ya", jelas doktor.
"Terima kasih doktor", Afiq membalas.
"Awak kena ikut arahan untuk makan ubat, jadi awak akan cepat baik ya", jelas doktor.
"Baik, doktor" Afiq hanya mengikut arahan.
Di tag nama yang disangkut di leher doktor itu tertera nama Adilah. Cantik nama itu, begitu juga orangnya. Sebelum ini Afiq bercita cita untuk menjadi doktor kerana baginya pekerjaan itu cukup gah dari tanggungjawabnya. Menyelamatkan nyawa orang lain dan memberi harapan kepada setiap keluarga pesakit merupakan tanggungjawab yang bukan mudah sebagai seorang doktor. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia nya tidak membenarkan Afiq untuk melanjutkan pelajaran ke bidang itu. Disebabkan itulah, dia mengambil bidang pengurusan. Lama kelamaan dia semakin suka dengan pekerjaannya sekarang apatah lagi buah hatinya berada di pejabatnya.
Afiq terus membuat panggilan kepada ibunya untuk bersedia mengambilnya di hospital. Tidak sabar rasanya untuk bekerja semula. Selepas mendengar penerangan daripada Maya tadi, Afiq seperti mahu terus bekerja, bosan berada di hospital. Tangannya sudah biasa dengan kesibukan menyemak dokumen. Rasa kekok dan buntu apabila tidak berbuat apa-apa pekerjaan.
Last edited by ISTRIMITHALI on 5-12-2014 07:54 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 29-11-2014 01:36 AM
Ada beza..hmmm
cepatlah hapdet!
hehe.. tq sbb sudi baca..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 2-12-2014 02:11 AM
hehe
kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 2-12-2014 02:14 AM
Sambung .....
hihihih... dh sambong... hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 5-12-2014 07:50 AM
~~ BAB 35 ~~
Botol yang sepatutnya berisi air itu sudah kering. Afiq mengambil botol itu dan teru ...
sikitnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 6-12-2014 12:12 AM
sikitnya..
hehehe.. sorry.. x mampu nak karang panjang2.. bukan penulis yg baik...huhu..
mcm Es.. |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 8-12-2014 03:36 AM
hehehe.. sorry.. x mampu nak karang panjang2.. bukan penulis yg baik...huhu..
mcm Es..
idea takde ke kak?
Err..sya penulis amatur..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
sikitnya sambungan...tambah lah lagi tt |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 8-12-2014 03:55 AM
idea takde ke kak?
Err..sya penulis amatur..hihi
Idea xde tu satu..
n jugak kerja.. biase ler klau kje tgu call masuk ni.. hehee..
karang sket call masok, karang sket call masok..hihihi...
|
|
|
|
|
|
|
|
fatimz posted on 8-12-2014 05:12 AM
sikitnya sambungan...tambah lah lagi tt
hehehee.. ok.. coming soon eh..
xleh janji.. tp akn try scepat mungkin..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 8-12-2014 07:40 AM
Idea xde tu satu..
n jugak kerja.. biase ler klau kje tgu call masuk ni.. hehee..
karang sket ca ...
kna rangka plot dlm nota tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 8-12-2014 07:42 AM
kna rangka plot dlm nota tuuu
hehehe... insya Allah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|