CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 23-10-2014 12:00 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 23-10-2014 11:55 AM
jommmm kita serang amariyaaaa

aku rasa nak join je Qi tu masuk ke Amariya..

Qi, awat hang tak mau ajak aku? nape tunjuk kat Amir jek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 12:18 PM | Show all posts
Ipo posted on 23-10-2014 12:00 PM
aku rasa nak join je Qi tu masuk ke Amariya..

Qi, awat hang tak mau ajak aku? nape tunjuk  ...

gi la ajak fuad.. bleh gak menggumbirakan hati die yg gundah gulana itewww..
soh die ngorat syakilla.. takpon teja ke
jangan berebut arania ngan Qi sudehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 12:23 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 23-10-2014 03:50 AM
“So?” Soal Qusyairi apabila Amir selesai menonton video itu.

“Kau nak suruh aku komen apa? Bia ...

“Okay. Kan aku dah cerita, aku
mimpikan Amariya. Awek cun nama
Arania, Syakilla. Megatron boleh
bercakap…”


aku rasa... Qi..qi..saiko kot..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 12:26 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 23-10-2014 12:18 PM
gi la ajak fuad.. bleh gak menggumbirakan hati die yg gundah gulana itewww..
soh die ngorat syaki ...

habih aku nak ngorat sapa?

tetiba menggatal tak hengat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 12:27 PM | Show all posts
pen_biru posted on 21-10-2014 10:16 PM
Waa...q wat xperimen apa nicki?
Dia da jumpa cara dtg n blk ea?

Ha... pandai. Gitulah lebih kurang....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 12:28 PM | Show all posts
wipers81 posted on 23-10-2014 11:20 AM
Hahahaha. Leh bayang macam mana muka cmf_conan tengah merah.
Nicki_Meow, cepatlah!

tengah perah idea
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2014 12:28 PM | Show all posts
Ipo posted on 23-10-2014 11:49 AM
wah..Qi dah ajak Amir sekali la tu nanti masuk ke Amariya..

*Amir pandang skrin..dia klik pa ...

Takleh ajak Amir. Nanti Amir overshadow Qi lak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 12:31 PM | Show all posts
Ipo posted on 23-10-2014 12:00 PM
aku rasa nak join je Qi tu masuk ke Amariya..

Qi, awat hang tak mau ajak aku? nape tunjuk  ...

Tiba-tiba aku dapat idea....

Takpe. Takpe... nanti Ipo boleh masuk sekali dalam Amariya...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2014 12:32 PM | Show all posts
Esmiria posted on 23-10-2014 12:23 PM
“Okay. Kan aku dah cerita, aku
mimpikan Amariya. Awek cun nama
Arania, Syakilla. Megatron boleh ...

Mungkin....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 12:33 PM | Show all posts
Ipo posted on 23-10-2014 12:26 PM
habih aku nak ngorat sapa?

tetiba menggatal tak hengat

gi la ngorat dariz
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 12:39 PM | Show all posts
amik popcorn baru.. cepat sambung

mana si comel tron??
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 12:42 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 23-10-2014 12:39 PM
amik popcorn baru.. cepat sambung

mana si comel tron??


dah kejung tunggu citer abih
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 01:51 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 23-10-2014 12:42 PM
dah kejung tunggu citer abih

oh noooo.. kenapa tron menjadi biru
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 03:57 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 23-10-2014 11:50 AM
“So?” Soal Qusyairi apabila Amir selesai menonton video itu.

“Kau nak suruh aku komen apa? Bia ...

perhh...  da makin suspen ceta ni...

Nicki cepat sikit update.. x sabaq nk baca lg nih...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 11:04 PM | Show all posts
mizuki20 posted on 23-10-2014 03:57 PM
perhh...  da makin suspen ceta ni...

Nicki cepat sikit update.. x sabaq nk baca lg nih...

Sorry, terbusy plak tadi. Niatnya nak sambung lepas lunch...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 11:05 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 23-10-2014 12:42 PM
dah kejung tunggu citer abih

Mak aih. Siap ada ekor bersambung kat kepala.

Ini mesti Megatron tersesat kat dunia Avatar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2014 11:21 PM | Show all posts
“Sleepwalking.” Amir berkata setelah menonton video itu buat kali kedua. “Itu yang aku boleh komen, buat masa ni.” Amir pandang Qusyairi. Riak wajahnya agak serius menandakan dia tidak bergurau.

Qusyairi tidak menyahut. Bagai ada dua suara yang bertingkah dalam fikirannya. Satu suara mengiyakan kata-kata Amir manakala satu suara lagi membangkang. Suara yang membangkang itu mengatakan, dia benar-benar berada di Amariya. Namun, jika dinilai dari rakaman video, sememangnya dia berjalan dalam tidur, sesuatu yang tidak pernah dialaminya sehingga saat ini.

“Nah.” Amir menghulurkan pula telefon pintar miliknya pada Qusyairi. Hidup di dalam dunia yang semakin canggih dengan teknologi, maklumat kini hanya dihujung jari. Informasi tentang Bejalan Ketika Tidur sudah di ‘google’ siap-siap.

“Selalunya orang yang sleepwalking ni, dia tak sedar. Sometimes, siap boleh buat rutin harian macam biasa. Even worse, ada yang siap drive kereta lagi.” Amir menyambung kata apabila Qusyairi terus mendiamkan diri, menyambut huluran telefon itu. Informasi tentang Berjalan Dalam Tidur dari keratan akhbar talian Mstar itu dibaca tekun.

Berjalan Semasa Tidur Bukan Masalah Terpencil
Diterbitkan: Isnin 6 Ogos, 2012


KUALA LUMPUR: Berjalan semasa tidur, walaupun bukan sejenis gangguan yang mengancam nyawa, namun memberi risiko kepada individu berkenaan, dan orang lain.

Ini berlaku kepada pelancong warga Denmark yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan tiga terbunuh dekat Nilai, Negeri Sembilan. Dalam kemalangan pada Julai 2010 di km 277.5 laluan ke utara Lebuh raya Utara-Selatan itu, keretaKenneth Jakobsen berlanggar dengan sebuah kereta lain, menyebabkan kematian tiga lelaki di dalamnya.

Dua laporan kesihatan menyelamatkan Jakobsen, 29, setelah didapati beliau mempunyai penyakit berjalan semasa tidur atau 'sleepwalking' sehingga menyebabkannya hilang ingatan ketika melakukan perbuatan itu.

Walaupun beliau boleh menarik nafas lega terhadap keputusan itu, namun kejadian itu memberi ingatan akan bahaya yang dihadapi orang lain dan mereka yang menghadapi gangguan tidur berjalan ini.

Lebih-lebih lagi tidur berjalan ini bukan gangguan yang terpencil tetapi biasa dihidapi golongan kanak-kanak dan awal remaja.

Mereka bukan sahaja boleh berjalan semasa tidur, tetapi juga boleh melakukan perbuatan seperti membuang air di dalam tandas, memandu kereta, bercakap, membuka pintu almari atau lebih bahaya lagi boleh mencederakan orang lain dan membunuh tanpa menyedarinya.

KANAK-KANAK DAN AWAL REMAJA
Menurut Pakar Perunding Psikiatri Hospital Pantai, Dr Daniel Zainal Abdul Rahman, penyakit berjalan semasa tidur ini biasanya berlaku pada kanak-kanak dan awal remaja yang berumur lingkungan 3 hingga 14 tahun. " Kebiasaannya penyakit itu hilang dengan sendirinya ketika pesakit berusia lewat remaja," katanya.

Beliau berkata kanak-kanak dan awal remaja lebih mudah mendapat masalah ini berbanding orang dewasa disebabkan kitaran tidur mereka yang masih belum matang seperti orang dewasa.

Kebiasaannya, satu kitaran tidur yang lengkap dengan pergerakan mata pantas atau Rapid Eye Movement (REM) dan bukan REM, mengambil masa selama kira-kira 90 hingga 100 minit dan setiap malam seseorang itu melalui beberapa pusingan tidur REM dan bukan REM.
Setiap pusingan itu dibahagikan kepada lima fasa dan tidur berjalan dikatakan berlaku semasa nyenyak di dalam tidur bukan REM (fasa tiga atau empat) di awal malam.

Dr Daniel Zainal menarik perhatian bahawa seseorang itu kebiasaannya melalui kitaran tidur hingga peringkat empat dan lima secara puratanya. Namun apa yang berlaku pada kanak-kanak dan awal remaja, putaran tidur mereka hanya sampai ke peringkat empat.
Tambahan pula, putaran peringkat tiga dan empat kanak-kanak dan awal remaja itu tidak sama dengan dewasa.

"Terdapat perkara-perkara sensitif yang berlaku pada fasa tiga dan empat yang menyebabkan kecenderungan untuk berlaku sleepwalking. Sebab itu pada peringkat akhir remaja, kebanyakan 80 hingga 90 peratus penyakit tidur berjalan yang dihadapi hilang sebab putaran fasa tidur mereka telah matang," katanya.

TINGKAH LAKU SEMASA TIDUR BERJALAN
Dr Daniel berkata mereka yang mengalami masalah tidur berjalan, kebiasaannya tidak akan mencederakan dirinya sendiri. Selain sukar untuk bangun, mereka juga tidak memberi tindak balas ketika bercakap dengannya.
"Ketika ia berlaku, mata pesakit akan terbuka dan kelihatan berkaca-kaca namun tidak ada memori ketika itu yang menyebabkan mereka tidak ingat apa yang berlaku.

"Kalau dia bercakap pun, butiran perkataan yang keluar itu perlahan dan sukar difahami. Senang kata, istilahnya, bercakap merepek," katanya.
Kebiasaannya, mereka akan duduk di atas katil dan kemudian berjalan serta melakukan perbuatan yang berulang-ulang. Ketika itu jangan dikejutkan mereka, sebaliknya perlahan-lahan tunjukkan mereka supaya kembali tidur.
"enderita juga tidak melaluinya setiap malam, sebaliknya berlaku secara berkala, mungkin seminggu sekali, atau sebulan sekali," katanya.

FAKTOR DI SEBALIK TIDUR BERJALAN

Selain daripada faktor genetik yang menyebabkan kecenderungan seseorang itu berjalan semasa tidur, ia banyak disebabkan masalah psikologi seperti tekanan perasaan yang terbawa-bawa di dalam tidur.

Ini boleh juga berlaku pada kanak-kanak yang pernah mengalami penderaan seksual terutama daripada ahli keluarga terdekat yang memberi tekanan emosi kepada mangsa, katanya.

Selain itu 'post traumatic stress disorder' yang melibatkan trauma luar biasa berikutan tragedi yang menimpa seperti peperangan, gempa bumi, taufan , kehilangan orang yang tersayang dan sebagainya turut menyebabkan seseorang itu terbangun malam, termimpi-mimpi dan mengingau serta berjalan semasa tidur.

"Tekanan serta keadaan-keadaan itu menyebabkan mereka tidak mampu untuk tidur dengan sempurna dan menyebabkan mereka mudah mendapatnya.

"Sekiranya jadual tidur yang tidak teratur seperti kanak-kanak berumur 2-3 tahun yang susah hendak tidur, mereka juga mendapat kecenderungan itu begitu juga orang dewasa yang berhadapan dengan situasi sama," katanya.
Menurut Dr Daniel, kanak-kanak yang mempunyai sawan, demam dan denyutan jantung yang tidak teratur juga sering berdepan dengan masalah tidur berjalan.

Pada orang dewasa pula, ia sering terjadi berikutan pengambilan ubat-ubat yang merangsang seperti ubat tidur dan dadah seperti syabu.

"Secara amnya, penyakit ini sering terjadi pada mereka yang berhadapan dengan konflik dan tekanan jiwa terutama yang sudah lama dan tidak diselesaikan.

"Semuanya ini perlu dirawat dan kebiasaannya selepas mendapat rawatan, dalam tempoh dua minggu mereka akan pulih sekiranya tidak menghadapi masalah lain.

"Namun ada juga kes tertentu terutama membabitkan tekanan yang mana ia berterusan sehingga dewasa. Ini memerlukan pemantauan rapi," katanya.

CARA ATASI MASALAH TIDUR BERJALAN
Mengenai diagnosisnya, Dr Daniel berkata kebiasaannya doktor akan mengenal pasti faktor yang menyebabkan berlaku masalah bagi memudahkan merujuk pada pakar tertentu. Sebagai contoh, sekiranya berpunca daripada denyutan jantung yang tidak teratur, beliau akan menasihatkan pesakit merujuk kepada pakar jantung.

Namun sekiranya membabitkan tekanan perasaan, trauma yang dahsyat atau masalah tidur yang tidak teratur, beberapa langkah perlu diambil untuk menangani tekanan.

"Keadaan hipnosis akan dilakukan bagi mencungkil masalah-masalah yang dihadapi serta mengajar teknik untuk bertenang bagi mengurangkan keresahan mereka selain diberi ubat-ubatan seperti pil penenang," katanya.

Teknik-teknik menenangkan jiwa yang boleh dilakukan antaranya ialah meditasi, yoga atau zikir bagi orang beragama Islam. Selain itu, untuk membantu penderita tidur berjalan ini, aspek keselamatan harus dititik beratkan di dalam bilik atau di dalam rumah bagi mengelakkan kecederaan.

"Walaupun mereka tidak akan mencederakan dirinya, namun dibimbangi barang-barang di dalam rumah yang tidak selamat boleh mencederakan mereka seperti benda tajam dan yang mudah pecah seperti kaca yang perlu dijauhi," katanya.

Langkah lain dengan memasang pintu keselamatan di luar bilik mereka atau di tangga serta menambah kunci keselamatan pada pintu bagi mengelakkan seseorang yang tidur berjalan ini keluar dari rumah. -BERNAMA

-----------------------------
Okay, buat pengakuan. Memang malas nak karang ayat lalu di copy paste saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 12:16 AM | Show all posts
Usai membaca, Qusyairi meletakkan telefon pintar milik Amir di atas meja. Tiada suara yang keluar dari mulutnya. Hanya hembusan nafas perlahan dengan wajah beriak runsing dan penuh tanda tanya.

“Semua ciri-ciri yang ada dalam video ni,membuktikan yang kau cuma mengalami Sleepwalking. But then again, aku bukan pakar. So, aku tak layak nak bagi komen from medical point of view.” Amir memecah sunyi. Qusyairi angguk.

“Kau stress sangat ke, Qi?” Amir tunjuk prihatin.

“Stress?” Qusyairi menyoal kembali.

“Kau kan busy dengan projek Tresna Bank tu. Manalah tau, pasal tu kau jadi stress. Terus dapat mimpi entah apa-apa…”

“Oh..itu. Tak kot. Pressure tu ada. Tapi, tak adalah aku stress teruk sangat.” Balas Qusyairi. Amir memandang Qusyairi, mencari kepastian. Qusyairi senyum sumbing, kurang senang melihat Amir merenungnya macam nak telan. Segera, gelas berisi teh tarik yang sudah tinggal separuh dicapai lalu dihirup beberapa teguk.

“Kau percaya alam ghaib? Dunia dalam dimensi yang berbeza?” Qusyairi menembak soalan. Kening Amir terangkat namun soalan Qusyairi tak dijawab.

“Well, we are not alone in this world, right? Walaupun tak nampak, tak boleh dinafikan, alam ghaib itu wujud.” Sambung Qusyairi.

“Maksud kau, Amariya tu dunia jin? Bunian? Alien?”

Qusyairi diam.

“Entahlah Qi. Aku pun tak tahu, . Macam yang aku cakap tadi, aku bukan pakar. Itu cuma teori berdasarkan informasi yang pernah aku baca. Ada beberapa faktor penyebab benda ni jadi kat kau. Mungkin kau stress melampau. Mungkin kau berkhayal. Tapi, teori Supernatural? Otak aku tak mampu nak fikir sampai ke situ.”

“Jadi kau, tak percaya cerita aku ni?” Qusyairi menduga.

“Aku tak alami apa yang kau alami. So, I reserve my comment.” Amir menjawab sejujurnya. Mendengar jawapan Amir, Qusyairi melepaskan nafas berat.

“Apa yang jadi kat aku sebenarnya ni, Mir?” Perlahan, Qusyairi bertanyakan soalan itu. Buntu. Amir geleng dan mengangkat bahu. Sungguh, dia tiada jawapan untuk soalan itu.

***
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut cakap ipo. Soh Qi heret amir ke amariya. Esok bila bangun boleh sama2 melopong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 12:52 AM | Show all posts
Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Semua penghuni rumah dua tingkat ini sudahpun melelapkan mata. Kecuali Qusyairi. Puas dia bergolek ke kiri, ke kanan. Matanya masih tak mahu tutup.

“Rileklah Qi. Aku rasa, baik kau jangan fikir sangat pasal ni.”

Nasihat Amir juga masih terngiang-ngiang di telinga. Dia cuba untuk menurut nasihat Amir. Tidak mahu memikirkan misteri yang berlaku namun payah. Puas juga dia cuba untuk tidak memikirkan Amariya tetapi gagal.

“Aduh, kenapa dengan aku ni?” Qusyairi merengus. Mengalah dengan keadaan itu, Qusyairi bangkit dari katil, terus menuju ke meja tulisnya. Komputer riba yang tergeletak kaku dihidupkan. Kerusi ditarik lalu dia duduk menghadap skrin.

Hampir sepuluh minit dia menunggu namun, pautan itu tidak muncul-muncul. Perasaannya menjadi resah. Sungguh, dia tidak tahu mengapa dia jadi penasaran begini. Walaupun perkara yang berlaku kepadanya dianggap pelik dan misteri namun, dalam masa yang sama, Qusyairi merasakan bahawa dia mula tertarik dengan dunia Amariya.

Dengan gadis itu…

Entah kenapa, wajah gadis itu bagai menari-nari di depan matanya saat ini. Faktor utama yang membuatkan dia sukar sekali membuang Amariya dari kotak fikirannya.

Penat menanti, Qusyairi akhirnya membuka pautan You Tube. Lagu dari kumpulan Wings dipilih sebagai peneman hiburan.

Kemudian, Qusyairi mencapai sekeping kertas A4 dan sebatang pensil. Hajatnya, mahu melukis potret wajah seseorang. Tiba-tiba, Qusyairi tersengih sendiri. Selama ini dia memang tidak gemar dan tidak pandai melukis. Kadang-kadang, lukis gambar kucing pun boleh disalah anggap gambar kambing…

Tapi, kala ini wajah itu menjelma di minda. Saat ini, dia mahu melakar wajah itu agar ianya bukan sekadar bayangan. Dia mahu berada dekat dengan gadis itu. Dia tidak peduli bagaimana hasilnya nanti.

Jarinya mula menari atas kertas seolah-olah si gadis memang benar-benar berada depan mata…




Last edited by Nicki_Meow on 24-10-2014 01:05 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.116403 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list