Peminat Minta Abby Abadi Sabar [size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 1:01 PM [size=0.75em]Abby Abadi dan suaminya, Farhan.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Ramai peminat mendoakan agar rumah tangga pelakon Abby Abadi dan suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang ketika ini dipercayai sedang bergolak agar kembali pulih.
Kebanyakan mereka mengharapkan agar pelakon Gerak Khas itu tabah menghadapi ujian rumah tangga mereka dengan tenang.
“Sabar banyak-banyak. Kenang kembali saat manis dan pahit bersama. Saya suka tengok akak dan husband. Pedulikan apa yang orang lain cakap.
“Doa kami orang yang sayangkan akak sentiasa untuk akak,” luah peminat yang menggunakan nama sue_maris menersi akaun Instagram milik pelakon itu.
Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik, menguruskan nikah sehinggalah rumah tangga mereka menghadapi ujian.
“Doakanlah yang terbaik untuk yang terakhir kali,” Luah Abby.
[size=0.75em]Status Abby di Instagram miliknya
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.
Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak.
Dalam pada itu ada juga peminat yang menegur sikap Abby kerana meletakkan status berkias kerana perbuatannya itu tidak semestinya disukai orang.
Peminat yang mengelarkan dirinya jehanalfy menerusi Instagram pelakon itu menasihati Abby agar tidak berbuat demikian dan menjadikan Allah sebagai tempat mengadu dan bukannya menulis status di laman sosial.
“Ni belum apa-apa lagi dah kecoh. You kena ingat bukan semua orang suka you. Nanti orang gelakkan you balik,” luahnya.
Walaubagaimanapun kebanyakkan peminat meminta agar Abby bersabar dan mereka sedih mendengar perkhabaran buruk itu.
Dalam pada itu usaha mStar Online menghubungi Abby tidak berjaya apabila individu yang mengangkat telefon mendakwa dia bukanlah Abby walupun nombor berkenaan adalah milik pelakon itu.
“Maaf… ni bukan Abby, ni Dino” katanya.
|