CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 15-3-2013 08:44 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 15-3-2013 08:34 AM
Kalau gitu....suruh aje Lady jodohkan Jiha dengan Doktor si Dona tu.... tetibaaaa
...

Huhu...ok gak tuh...entah sapa2 jek kan...pueh hati semua...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 09:29 AM | Show all posts
mingkinkah rahul org yang sama ngan eddie ??  watak eddie lom ada wujud lagi kan dalam cite ini atau saya terlepas pandang ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 10:05 AM | Show all posts
Jiha dgn pakcik Bala deiiii....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 10:07 AM | Show all posts
Bilik Dona.

“Dona... Kau tak nak cuba ke rawatan Kimo tu?” Aku masih cuba memujuk Dona untuk menjalani rawatan kimoterapi.

“Kau tahu tak bubur durian kau hari tu Rahul yang makan?” Lekas-lekas Dona menukar topik bualan.

“Dia kata sedap. Dia makan macam orang yang melepaskan rindu kepada durian.” Membundar luas kedua biji mataku.

“Eh, dia pun suka durian?” Soal aku. Ingatkan Dona saja yang hantu durian.

“Suka! Macam aku juga.”

“Jadi kau tak makanlah pulut durian yang aku buat hari tu? Sampai hati kau. Penat aje aku buat. Kau tinggalkan atas kerusi kat restoran. Susah payah aku hantar tau!” Aku buat-buat merajuk.

“Sorry! Aku tengah marah masa tu.” Dona peluk aku untuk memujuk hati aku.

“Tapi dia ada simpan sikit untuk aku. Dia siap suapkan aku lagi.” Cerita Dona dengan penuh keceriaan.

“Really?”

“Yup! Mula-mula tu aku memanglah jual mahal kau. Tapi aku kesian pulak sebab Rahul susah-payah datang ke bilik aku bawakan aku pulut durian. Aku ingat dia dah makan bagi habis.” Dona tertawa lagi. Ceria sungguh bunyi suara Dona. Sedikit sebanyak aku tumpang gembira.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 10:11 AM | Show all posts
Seminggu yang lalu...

TOK! TOK! TOK! "Come in!" Dona melaung apabila pintu biliknya diketuk berkali-kali. Terbantut niatnya hendak berbaring.

"Have some. She made it for you, Dona." Sangkanya amma yang datang tapi Rahul rupanya. Di tangannya membawa semangkuk bubur durian. Bubur pemberian Jiha tidak dihabiskan Rahul.

"I said I had it already." Dona masih mahu menunjukkan keegoan. Walaupun teringin sekali dijamahnya bubur durian itu, namun semuanya dipendam kerana sakit hatinya masih berbaki.

Rahul melabuhkan duduk di sisi. Bubur durian disudu lalu disuakan ke mulut Dona. Sedikit terkejut melihatkan sikap Rahul. Tiba-tiba begitu mengambil berat dan penyayang sekali.

"Rasalah Dona. Nanti menyesal." Rahul cuba melawak bagi menceriakan hati adiknya itu. Dona mahu melalui hari-hari terakhirnya dengan keseronokan. Tulisan Jiha diemail masih tersemat di ingatannya.

"Aiyoo! I bukan budak kecil lagi tau!" Dona memarahi Rahul sambil tertawa. Namun mulutnya dingangakan juga. Seronok juga makan disuap abang. Pasti momen ini akan menjadi kenangan buat Rahul apabila dia sudah tiada lagi nanti...

**********
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 10:14 AM | Show all posts
“Dona.... aku nak kau jalani rawatan tu.” Aku timbulkan semula topik rawatan kimo.

“Kan aku dah beritahu kau keputusan aku?”

“Tapi doktor dah cakap kau sebenarnya dah tak boleh meneruskan kerja kaunseling kau tu... Dengan adanya anak murid yang suka memberi masalah tu, akan menambahkan stress kau, Dona. Aku risaukan kau.” Aku terus berusaha memujuk dengan mengungkit kata-kata Dr Zain yang kami temui beberapa hari sebelum Rahul pulang ke Malaysia.

"Aku ok.... Aku boleh handle..." Dona tertawa kecil. Masih lagi dia mahu tertawa dalam soal yang serius ini.

“Dona... Kan Fahmi dah beritahu, berubat itu merupakan syariat? Malah Rasululullah SAW pun menyuruh umatnya berikhtiar bukan sekadar berserah kepada takdir.” Tuturku beberapa saat kemudian.

"Fahmi juga kata, al-Quran boleh mengubati penyakit. Jadi aku nak berubat dengan al-Quran." Dona meningkah hujah aku.

"Dona, Dona... Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau.” Akhirnya aku melepaskan keluhan atas kedegilan Dona.

“Jiha... Aku sebenarnya tak kisah kalau penyakit barah aku ni tak boleh diubati. Yang pentingnya jiwa aku tenang. Aku nak kau bacakan ayat-ayat al-Quran pada aku, boleh?”

"Tapi aku tak bawa Quran."

"Yang online kan banyak?" Aku tersengih mendengar kata-kata Dona. Tak terlintas pula soal ini.

"Ok.. Tapi aku tak bawa lappy."

"Macamlah aku tak ada." Aku tersengih lagi. Tiba-tiba saja aku jadi minah blur dan tak boleh berfikir. Semuanya gara-gara Rahul. Tindakannya mengheret tangan aku, renungan matanya yang penuh syak wasangka.... Berlegar-legar di mindaku.

"Abang aku kata kau cantik!" Teringat pula aku kata-kata Dona suatu ketika dulu. Ah! Tak mampu aku menterjemahkan sikap Rahul terhadap aku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-3-2013 10:18 AM | Show all posts
“Kau tengok ni...” Tutur Dona kepadaku setelah laptopnya dibuka.

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. - An-Nahl ayat 69."

Terkejut aku apabila Dona menunjukkan aku pos dari Mujahid sebaik usai dia membacakan apa yang tertera pada skrin laptopnya. Sejak bila Dona pandai melayari Forum Bicara Kita?

“Aku pun nak makan madu lah.” Tutur Dona lagi. Aku pandang semula wajah Dona yang tampak ceria dan bersungguh-sungguh untuk mencuba madu sebagai ubat penyembuh penyakit.

Dan Kami (Allah) turunkan daripada al-Qur'an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, dan (al-Qur'an itu) tidaklah menambahkan kepada orang yang zalim selain kerugian.  

Dona membacakan satu lagi ayat yang membuktikan bahawa al-Quran itu adalah satu syifa. Mataku cuma terkejip-kejip melihat ayat yang tertera di skrin. Tiada bicara yang terluahkan olehku melihatkan kesungguhan dan keyakinan Dona terhadap al-Quran. Apa yang lebih membuatkan aku terkedu ialah siapa yang memperkenalkan Dona kepada Forum Bicara Kita?

“Dan apabila aku sakit, Dia (Allah) yang menyembuhkan daku.” Dona menuding jari kepada satu lagi tulisan Mujahid.

“Ayat Quran ni sendiri kata Allah akan menyembuhkan aku. Aku makan madu, aku nak dengar kau bacakan ayat-ayat Quran untuk aku... itu merupakan ikhtiar dari aku, kan?” Tutur Dona lagi.

Aku menggeleng. Nafasku sudah berkali-kali aku hela panjang. Mati akal aku. Nak menerangkan kepada Dona, aku sendiri tak berupaya. Bukan bidang pengetahuan aku. Akhirnya aku diam sahaja dan menuruti kehendak Dona.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 10:32 AM | Show all posts
sambung bag langsai 1 bab...


Dona kemudiannya mengeluarkan satu buku kecil dari laci mejanya. “Tadaaaa!”

Aku belek buku yang diserahkan oleh Dona kepada aku itu. Terjemahan al-Quran! “Mana kau dapat ni?” Aku kehairanan.

“Fahmi yang hadiahkan kepada aku.” Beritahu Dona. Aku terdiam. Bila Fahmi berjumpa dengan Dona?

“Kau mesti hairankan?” Tanya Dona. Dona kemudiannya melemparkan senyuman.

“Fahmi datang ke sekolah aku...”

“Bila?” Dahiku berkerut.

“Dua minggu sebelum pertemuan kita di Sogo... hari yang aku merajuk tu.” Dona membuang sengih. Aku pula menelan liur. Kemudian kami sama-sama terbungkam. Hampir lima saat kami terdiam.

“Jiha... Aku marahkan kau sebab aku kecewa sangat bila  aku dapat tahu Fahmi mengetahui tentang penyakit aku. Aku ingatkan Fahmi cintakan aku bila dia ambil berat tentang aku tapi ternyata dia cuma bersimpati dengan aku. Sekarang aku sedar dia lakukan semua ini atas dasar persahabatan. Aku juga sedar, cinta tak boleh dipaksa. Lagi pun... kalau aku kahwin dengan Fahmi, kemudian aku mati, tentu akan merana Fahmi.” Dona tenang meluahkan perasaannya. Kupandang lagi wajah Dona dengan perasaan yang sayu. Kasihannya Dona!

“Tapi aku cukup happy menerima layanan dari Fahmi. Tiap-tiap hari dia call aku. Merasalah juga aku bercinta dengan Fahmi walau pun cuma dua minggu.” Dona tertawa kecil. Tak berkesip mataku memandang Dona. Tiada sebarang kata-kata yang dapat aku luahkan. Patutlah selama dua minggu aku menjauhkan diri dari Dona, Fahmi mahu pun Dona langsung tak menghubungi aku. Rupa-rupanya mereka berhubungan berdua. Errr... cemburukah aku?

“Dah! Cepat bacakan aku al-Quran ni..” Dona menepuk pahaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2013 10:33 AM | Show all posts
Aku ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Walau pun cuma terjemahan al-Quran tapi aku lebih selesa berwudhuk kerana apa yang akan aku bacakan bukan sembarangan buku. Ia adalah kalam suci dari Ilahi.

Ya Allah... Today I woke up. I am alive. I am healthy. Alhamdulillah.

Lama mataku terpaku pada tulisan yang tertulis atas kad manila yang dijadikan penanda buku oleh Dona. Berdasarkan tulisan, aku tahu itu tulisan Dona. Penanda buku itu terselit dalam buku terjemahan al-Quran yang dihadiahkan oleh Fahmi kepada Dona.

Kemudian aku membaca kalam suci itu seperti yang dipinta Dona. Mula-mula aku dahulukan dengan bacaan pembuka kitab iaitu surah Al-Fatihah. Habis setiap ayat aku baca, aku terjemahkan maksudnya dalam bahasa Melayu seperti yang tertulis pada buku terjemahan itu.

“Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.”

“See? Ayat ni pun suruh aku meminta pertolongan dari Allah.” Dona memintas pembacaanku sebaik sahaja aku membacakan terjemahan ayat ke lima dari surah al-Fatihah yang aku bacakan.

“Memang sepatutnya kita sebagai hamba meminta pertolongan dari Khaliq.” Aku membenarkan kata-kata Dona. Aku tak mahu bersoal-jawab dengannya lagi kerana aku tahu Dona akan tetap dengan keputusannya.

**********

Done.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 10:57 AM | Show all posts
mesti rahul terdengar jiha baca al quran tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 02:28 PM | Show all posts
Rasa2 sesuai tak ini watak dona...mulut tebal tp seksi you...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 02:35 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-3-2013 02:28 PM
Rasa2 sesuai tak ini watak dona...mulut tebal tp seksi you...

Perggghh.... meleleh ayaq lioq!

Ruginya Fahmi tak mauuu...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 02:36 PM | Show all posts
wardah75 posted on 15-3-2013 10:57 AM
mesti rahul terdengar jiha baca al quran tu

Rahul akan dengar tp bukan sekarang. Masa kat sepital. Soon!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 03:05 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-3-2013 02:35 PM
Perggghh.... meleleh ayaq lioq!

Ruginya Fahmi tak mauuu...

Rugikn...syg jek dona cantik mati gituk jek...

dah bayg bibir dona tebal...huhu...tulah dia nyer...tetiba rasa syg lak dona pergi...err...dona bg idup ler lady...kawin ngan Fahmi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 03:28 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-3-2013 03:05 PM
Rugikn...syg jek dona cantik mati gituk jek...

dah bayg bibir dona tebal...huhu...tulah dia nye ...

errr.... jenuh ler kalau lady nak ubah manuskrip. Lady dah siap plot sampai epi 51 tau!

kalau Dona sakit buah pinggang, boleh ler fahmi derma satu. Kalau sakit barah hati, pun Fahmi bleh derma sescubit. Sakit barah otak.... camno ye? Perlu ke Fahmi derma otak dia?

lady sambung utk santapan hujung minggu...

------

BAB 23

“Allahuakbaaar!” Aku terjerit dua harkat apabila melihat Rahul berada di belakangku sebaik sahaja aku berpusing.

“Sorry!” Aku memohon maaf kerana tanpa sengaja telah menumpahkan air ke baju Rahul. Air putih dalam gelas yang aku baru tuang tadi terluak separuh gelas. Aku benar-benar tak nampak dan tak tahu dia berada di situ. Semasa ke dapur tadi, aku pasti tiada sesiapa pun di dapur. Malah dapur gelap gelita sebelum aku masuk tadi. Dan setahu aku Rahul tiada di rumah. Menurut Dona Rahul keluar menemui rakannya selepas makan malam tadi. Namun dalam hatiku, aku memadankan saja dia. Nasib baik bukan air panas. Itulah... siapa suruh memeranjatkan aku macam tu. Kan dah basah?

“Ini kes tangkap basah.” Kata Rahul. Aku pandang wajahnya yang sedang tersengih-sengih.  Pandai buat lawak juga rupanya lelaki ini. Malah bahasa Melayu yang dituturkannya sefasih Dona. Namun tiada riak senyum yang aku ukirkan. Aku kemudiannya mengatur langkah.

“Miss Jiha! Can we talk for a while?” Suara Rahul mematikan langkahku. Aku menoleh ke arahnya semula.

“Saya rasa ini bukan masa dan tempat yang sesuai. Saya tak mahu nanti auntie Anu syak sesuatu kalau dia nampak kita.”

"Auntie dah tidur."  Rahul tetap mahu berbual dengan aku. Aku terpaksa akur.

“Ok...” Aku pandang Rahul sekilas. Lelaki itu masih tak berganjak dari sisiku. Aku bergerak selangkah untuk menjarakkan diriku darinya.

"Apa hubungan awak dengan Dona?"

Wajah lelaki yang bertanya itu aku renung mendalam. Aku tak faham dengan ungkapan yang dinyatakannya. Mata lelaki itu pula masih merenungku dengan penuh persoalan. Dia seperti menaruh syak terhadap aku. Seolah-olah kehadiran aku dalam keluarganya mempunyai motif tertentu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 03:38 PM | Show all posts
"Sahabat." Aku menjawab ringkas.

"Bukan kekasih?" Soalnya lagi. Namun soalannya kali ini mampu membuat mulut aku ternganga. Semakin dalam aku merenungnya. Tak cukup Kak Syirah pernah menuduh aku begitu, sekarang Rahul pula?

"Apa awak cakap ni?" Aku mula meninggikan suara. Lelaki itu tersengih pula. Bertambah geram aku terhadapnya.

"I saw you two hugging and kissing." Tuturnya kemudian. Aku pantas menghambur tawa. Bodohnya! Nama saja lelaki urban. Amerika lah sangat!

"Saya ingat awak nak bertanyakan tentang status penyakit Dona." Aku menyindirnya setelah tawaku reda. Lelaki itu tersengih lagi.

"Yang itu pun saya nak tahu juga. Cuma... saya agak hairan kenapa awak terlalu mengambil berat tentang Dona sedangkan awak tak sebangsa dan seagama dengan kami."

"Awak tinggal lama di Amerika hanya belajar tentang perkauman? Saya ingatkan orang di sana maju dalam segala segi." Aku menyindirnya sinis. Rahul tertawa kecil. Tentu tawa kelat akibat termalu disindir.

"Ok... I'm sorry. Let's talk about Dona. Saya nak tahu tentang status penyakit Dona.” Pinta Rahul kemudiannya.

Aku sebenarnya sudah hilang mood untuk berbicara dengannya kerana dia telah menuduh  aku yang bukan-bukan. Aku mahu beredar tetapi lelaki itu menghalang aku di depan pula. Dia berdiri kira-kira setapak sahaja dari aku. Aku rasa sungguh tak selesa. Perkara ini mungkin biasa baginya. Dia kan lelaki urban?

“Menurut doktor, penyakit Dona berada di tahap ketiga. Doktor menyarankan Dona melakukan rawatan kimo. Harapan Dona 50 50... cuma yang menjadi masalahnya Dona berkeras tak mahu jalani rawatan tu.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2013 03:42 PM | Show all posts
“Kenapa awak tak beritahu saya awal-awal?” Rahul memarahi aku pula. Ewah.. ewah! Tadi menuduh, sekarang mengungkit pula.

“Eh, saya dah email kat awak ye.... Tapi awak yang tak percaya apa saya cakap. Ada awak balas email saya?”

“Macam mana saya nak percaya... Saya tak kenal awak. Tiba-tiba saja awak beritahu saya Dona mengalami sakit kronik.”

“Kan saya dah tunjuk bukti dari hospital?” Aku cuba membela diri.

“That's right... tapi susah saya nak percaya kalau saya tak bertanyakan kepada Dona sendiri.”

“Itu permintaan Dona. Saya terpaksa hormati permintaan dia.”

“Dalam soal hidup atau mati pun awak nak berahsia?”

“Saya dah janji pada Dona. Awak faham tak? Ini pun saya dah mungkir janji sebab beritahu awak.”

“Kalau begitu apa salahnya awak beritahu seisi keluarga?” Rahul masih mahu menyalahkan aku.

“Tak boleh!!” Sekali lagi aku terjerit dua harkat.

“But why?”

“Sebab... Bila Dona dapat tahu saya mungkir janji untuk merahsiakan perkara ni dari Fahmi dia terus marahkan saya.”

“Fahmi?” Kulihat Rahul macam terperanjat besar apabila nama Fahmi didengarinya.

“Kawan kami... Saya, Dona dan Fahmi... Kami BFF.” Aku menjelaskan. Aku tak mahu Rahul menaruh syak wasangkanya. Kalau dia tahu Dona sukakan Fahmi, lagi haru!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 03:44 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 15-3-2013 03:28 PM
errr.... jenuh ler kalau lady nak ubah manuskrip. Lady dah siap plot sampai epi 51 tau!

kalau  ...

....napa awal2 lady x garap jek dona sakit buah pinggang @ bengkak hati...baru ler nampk sweetnya Fahmi ngan Dona...

So, tak dpt nak ubah apa2 ler nih...redho dlm pakse ku terima...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 03:44 PM | Show all posts
“Jadi Dona merajuk dengan awak lah ni?” Aku mengangguk sebagai tanda membenarkan tekaannya.

"Jadi betullah awak berdua ada affair? Bila Dona dapat tahu Fahmi sukakan awak, dia merajuk?" Tuduhan Rahul benar-benar melampau. Aku malas mahu melayannya lagi, lantas langkah kuatur.

“Atau... Dona suka kan Fahmi?”

Soalan dari Rahul membuatkan langkahku terhenti. Fuhh... Lelaki ini cekap sungguh mengagak. Mataku terkejip-kejip. Namun kali ini tak berani aku mengiakan tekaannya. Kemudian aku mengatur langkah kembali. Tak cukup dengan sejarah lama Rahul, nanti pakcik Bala mengamuk lagi kalau dapat tahu Dona sukakan Fahmi. Aku tak mahu menimbulkan sebarang kekecohan sementelah keadaan kesihatan Dona pun tak mengizinkan. Nanti Dona akan lebih rungsing dan tertekan.

“Where are you going, lady? I'm not done with you yet.” Terperanjat aku apabila tanganku diraihnya. Suka hatinya saja nak memegang tangan aku. Aku memberhentikan langkahku dan segera berpaling kembali ke arahnya. Tanganku aku rentap kasar sambil mataku menjelingnya tajam. Kali ini dia tidak menahan seperti siang tadi.

“Suka hati aje awak nak pegang tangan saya.” Aku memarahinya. Ini sudah kali kedua. Tak boleh jadi. Kalau tak ditegur, nanti dia buat lagi.

“Sorry!" Rahul mengangkat tangannya.

"Apa lagi yang awak nak tahu? Kalau selain dari soal penyakit Dona, sorry... Saya tak ada masa nak layan soalan-soalan mengarut awak." Aku mesti bertegas.

"Ok... kita bincang mengenai penyakit Dona." Rahul mula beralah dengan ketegasan aku.

"Kenapa awak tak pujuk Dona menjalani rawatan?"

“Saya dah pujuk. Sebagai BFF, saya cuba lakukan yang terbaik untuk Dona. Dan awak... sebagai abang, patut buat apa ye?” Aku pertikaikan pula peranan Rahul dalam sinis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 03:47 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-3-2013 03:44 PM
....napa awal2 lady x garap jek dona sakit buah pinggang @ bengkak hati...baru ler nampk sweetn ...

Tak pe...  Kita tengoklah nanti mampukah Dona menggapai syurga atau syurganya terbakar?




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065085 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list