CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 27-12-2012 10:17 AM | Show all posts
norza79 posted on 27-12-2012 12:33 AM
ke nanti aliff tu tipu shaz, x de rombongan peminangan.. wah..

hohoho.... sume dh dapat agak jalan citer nampaknyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2012 10:19 AM | Show all posts
Aliff menekan nombor-nombor yang terdapat pada telefonnya. Telefon bimbit disuakan pada telinga dan menanti orang yang dipanggil menjawab panggilannya. Dia menelefon sekali lagi nombor yang sama apabila Shazrina tidak mengangkat panggilannya.

“merajuk lagi la ni.” Gumam Aliff sambil menanti panggilan kali kedua yang dibuat terjawab. Dia menelefon sekali lagi setelah panggilan yang kedua mendapat nasib yang sama seperti panggilan pertama. Setelah berapa detik menunggu akhirnya panggilan yang dibuat di jawab Shazrina.

“Assalamualaikum......”sapa Aliff tenang.. menanti Shazrina menjawab salamnya. Setelah hampir 3 hari perang dingin berlangsung dalam hubungan mereka, akhirnya Aliff mengalah. Nak harapkan Shazrina mengalah memang tak lah. Ego tinggi melangit minah sorang ni.

“waalaikummusalam...”salam dijawab dengan dingin.

“merajuk lagi ke?” soal Aliff lembut.. penuh kasih sayang.

“mana ada merajuk...” balas Shazrina sepatah. Sebenarnya Shazrina baru berura-ura mahu menelefon Aliff setelah hampir 3 hari melancarkan perang dingin. Rasa rindu yang menggebu didalam jiwanya memaksa dia untuk menghentikan rajuk. Lagipon perbalahan yang berlangsung antaranya dan Aliff bukanlah besar mana pon. Mereka hanya bergaduh tentang perkara kecil. Mungkin hari itu mereka sama-sama penat menyebabkan mudah sahaja darah mendidih. Jadi tidak sepatutnya perkara remeh temeh begitu dipanjangkan.

“kalau tak merajuk kenapa susah sangat nak angkat phone... mesej saya pon tak dua tiga hari ni.” Duga Aliff. Nada suaranya masih lagi tenang dan lembut. Sampai ke dasar hati Shazrina.

“saya solat tadi... itu yang tak sempat nak angkat phone... awak dah solat belum?”

“dah...soalan akhir saya awak tak jawab pon lagi.” Aliff sedikit menggesa. Shazrina mengeluh kecil.

“awak pon tak ada contact saya dua tiga hari ni tak pe pulak...” ungkit Shazrina. Suasana sunyi sepi antara mereka. Masing-masing masih cuba berkeras. Shazrina mengeluh lagi. Dia sayangkan hubungannya dan Aliff. Dia tak nak kerana perkara kecil hubungan mereka menjadi hambar.

“saya mintak maaf.” Serentak Shazrina dan Aliff berkata. Masing-masing terpaku kerana tidak menyangka akan meluahkan kata-kata yang sama. Macam berjanji pulak. Akhirnya mereka sama-sama tergelak. Lucu pula rasanya.

“kelakarlah kita ni........ perkara kecik pon nak gaduh lama-lama.” Luah Shazrina dengan riak senang. Terus moodnya menjadi baik setelah menuturkan kata-kata maaf dan mendapat ucapan maaf dari Aliff.

“awak la yang mula dulu.... merajuk sampai 3 hari sebab hantaran.” Usik Aliff pula.

“saya je yang merajuk? Awak tu tak ke?” giat Shazrina... mereka berdua ketawa lagi setelah sesi mengusik antara satu sama lain. Suasana menjadi bisu tiba-tiba. Kehilangan idea untuk berbual barangkali.

“hmm Aliff..............” panggil Shazrina memecah kebisuan yang melanda. Aliff dihujung talian memasang telinga untuk mendengar bicara Shazrina yang seterusnya.

“pasal topic yang kita gaduh hari tu saya betul-betul minta maaf... saya patut hormat pendapat awak... pasal hantaran dari belah awak itu adalah hak awak untuk membuat keputusan. Saya tak boleh paksa awak ikut rentak saya..  awak buat cara awak saya buat cara saya...okey?” terang Shazrina. Aliff tersenyum kecil. Ikhlas senyumannya datang dari hati yang berbunga mendengar budi bicara Shazrina.

“saya pon minta maaf Shaz... tapi saya tak terniat pon nak perlekehkan cara awak nak uruskan barang hantaran tu.. saya tak kisah kalo awak nak tanya pendapat saya tentang barang hantaran yang bakal jadi milik saya. awak ada reason awak untuk buat semua.. jadi kita ikut idea masing-masinglah yer... awak cara awak.. saya cara saya. Sampai 12 disember ni kita bertunang jugak.”

“yup betul tu...” sokong Shazrina.

“jadi awak takkan buangkan hantaran yang saya bagi kalo tak kena dengan taste awak?”sakat Aliff lagi.

“ish awak ni.......... ingat saya suka membazir ke? Takkan lah saya nak buang barang yang orang saya sayang bagi. kalo tak lalu nak pakai buat kenangan pon jadilah...” tambah Shazrina dengan gelak perlahan.

“lega saya dengar kalau macam tu....” sambung Aliff. Mereka meneruskan perbualan sebelum masing-masing meminta diri untuk ke alam mimpi.

Last edited by misssakura on 27-12-2012 10:25 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 10:26 AM | Show all posts
Shazrina menilik beberapa novel yang tersusun elok di atas rak di dalam kedai buku Popular. Aliff entah kemana hilangnya. Katanya tadi mahu melihat majalah. Sedang Shazrina kusyuk membaca sinopsis sebuah novel yang dipegang, ada seseorang jejaka menegurnya.

“assalamualaikum..........”salam diberi dari kiri Shazrina. Mula-mula Shazrina buat tidak tahu kerana mungkin salam diberikan dituju kepada orang lain namun apabila jejaka itu berdehem kuat buat mood Shazrina untuk membaca sinopsis novel yang berada dalam genggamannya mula merosot. Terus matanya menjeling kearah jejeka disebelahnya.

“laaaa cikgu Aqil rupanya.” Tegur Shazrina apabila imej Aqil terlayar pada matanya.Terus posisinya diubah supaya mengadap Aqil. Patutlah macam pernah dengar suara ni.. Aqil rupanya. Hati Shazrina berbisik sendiri. wajah Aqil yang tersenyum manis dipandang.

“salam tak jawab lagi tu....” giat Aqil. Shazrina termalu sendiri.

“waalaikummusalam........cikgu buat apa kat sini?” Shazrina lebih senang menggelar Aqil cikgu memandangkan lelaki itu lebih tua hampir 8 tahun darinya. Rasa tidak elok pula memanggil nama sahaja dan masakan dia mahu memanggil jejaka ini ‘abang Aqil’. Pasti gamat sekolahnya dengan usikan mahu pun gossip yang tidak betul.

“cari bahan bantu mengajar... Shaz pulak buat apa kat sini?” soalan berganti soalan.

“saja jalan-jalan cuci mata........ sorang je ke? Ke datang dengan girlfriend..” usik Shazrina. Matanya melilau-lilau mencari peneman guru muda didepannya. Untung-untung kalau terserempak dengan kekasih cikgu Aqil bolehlah dijadikan modal untuk dia bergosip dengan Mimi diwaktu senggang.

“sorang je la Shaz... mana ada orang nak jadi girlfriend saya.. Shaz pon tak sudi.”Aqil membalas ala-ala pasrah. Tersenyum nakal melihat wajah segan Shazrina.

“hish ada ke cakap macam tu... mana ada.” Shazrina menjawab tegas. Kurang senang dan malu apabila Aqil bergurau sebegitu dengannya.

“jadi Shaz sudilah jadi kekasih saya yer?” duga Aqil lagi... Shazrina mula cemas dan rimas.. Apa pulak Aqil merepek ni. Biasanya dia tak berani nak bergurau macam ni. Aqilkan jejaka pemalu.

“Shaz...sapa ni?” celah Aliff dengan riak wajah sedikit kelat. Bukan dia tidak mendengar perbualan Shazrina dan Aqil seketika tadi. Api cemburu mula membakar didalam jiwa. Matanya sempat mengerling kearah Shazrina sebelum sedikit mencerlung kearah Aqil. Memberi isyarat jangan ganggu girlfriend orang! Aqil menelan liur melihat reaksi jejaka didepannya. Boleh diagak lelaki ini adalah kekasih Shazrina.

“eh Aliff... ni cikgu Aqil. Cikgu sekolah saya.. cikgu ini Aliff... kawan saya.”jelas Shazrina sambil memperkenalkan Aliff kepada Aqil. Darah Aliff sedikit tersiarap apabila Shazrina hanya mengenalkan dirinya sebagai kawan. Dia mula rasa tergugat dengan kehadiran Aqil. Guru muda yang boleh tahan rupanya seolah-olah ada hati pada Shazrina. Dia tidak bodoh dalam menilai hati lelaki didepannya ini.

“ooo...ni mesti boyfriend Shazkan.... inilah yang cikgu Mimi sebut hari tu kot.” Aqil membuat serkap jarang. Berpura-pura ceria untuk mengusir aura negative yang dibawa Aliff.

“pandai-pandai je cikgu ni..” balas Shazrina pendek. Tidak mengakui mahu pon menolak gossip yang diperkatakan Aqil.

“hmm Shaz.. Aliff. Saya minta diri dululah... ada hal lagi nak kena settle.” Aqil meminta diri dengan sopan. Aliff dan Shazrina sekadar mengangguk membenarkan guru muda itu berlalu pergi meninggalkan mereka.

Last edited by misssakura on 27-12-2012 10:32 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 10:34 AM | Show all posts
Aliff menghempas pintu kereta miliknya kasar. Berdentum bunyinya. Jelas riak tegang terpancar pada wajahnya. Shazrina mengerut dahinya apabila melihat Aliff yang berubah mood secara tiba-tiba. Seingatnya, sepanjang mereka keluar window shopping tadi semuanya elok sahaja. Aliff boleh sahaja senyum dan buat lawak dengannya. Tetapi kenapa tiba-tiba jer nak mengamuk ni.

“awak  ni kenapa?” tegur Shazrina dengan lembut. Dihalakan pandangan kearah Aliff yang sudah memulakan permanduan. Wajah Aliff masih tegang seperti awalnya. Langsung tidak ada jawapan yang diterima. Bisu! Itulah situasi mereka kini. Shazrina termenung sejenak. Membuat refleksi dalam diri. Mencari kesalahan yang dibuat sehingga menyebabkan Aliff begitu marah. Rasa macam tak ada apa-apa kesalahan yang dibuat.

“Aliff.........kenapa ni?” sapa Shazrina lagi. tak betah rasanya melihat Aliff diam membisu dengan raut wajah yang mencuka. Besar sangat ke kesalahan aku tu?? Aliff seperti sebelum ini tidak mengendahkan pertanyaan Shazrina. Membiarkan gadis itu terus dipalu rasa bersalah dan ingin tahu. Shazrina mengeluh kasar. Tidak faham dengan perangai pelik Aliff.

“kalo saya ada buat salah cakap... jangan diam macam ni jer. Tak selesai pon masalah kalo macam ni.” Tinggi suara Shazrina diselang selikan sedikit getaran dalam butir bicaranya. Ada rasa sebak mula melingkari ulu hatinya apabila Aliff melayannya dengan dingin. Air hangat yang bertakung dalam kolam matanya cuba ditahan dari gugur menyapa pipi. Aliff mengerling wajah keruh Shazrina disebelah. Sedikit rasa bersalah membuatkan Shazrina sedih namun masih belum berjaya membendung rasa marah dan geram yang merantai hatinya.

“kenapa awak kenalkan saya sebagai kawan je kat cikgu Aqil tadi? Kenapa? Takut jatuh popularity ke?” ungkit Aliff yang akhirnya membuka mulut. Cukup sinis tuduhan yang diberi. Hatinya cukup cemburu mengingatkan Aqil, teman sekerja Shazrina. Hatinya makin mendidih apabila Shazrina mengenalkan dirinya sekadar rakan. Bukan seorang yang istimewa. Shazrina tersentap dengan tuduhan melulu dari Aliff. Kecil hatinya dengan bicara kasar Aliff.

“apa awak merepek ni? Habis tu saya nak kenalkan awak sebagai apa?”

“ooo jadi hubungan kita sekarang ni kawan je la? Not more than that?” tingkah Aliff pula. Kadang kala matanya menjeling kearah Shazrina memandangkan dirinya masih sibuk memandu.

“Aliff.....kita ni baru taraf kekasih.. tak ada hubungan istimewa pon lagi. Lain la awak ni tunang atau suami saya. Boleh jugak saya nak kenalkan yang awak ni sebagai tunang atau suami. Bagi saya memalukan kalo nak perkenalkan seseorang hanya sebagai kekasih.. macam budak-budak. Lagi pon, cikgu Aqil tu hanya kawan sekerja bukan kawan rapat saya. Tak perlu kot saya nak terangkan dia lebih-lebih tentang kita. Entah-entah dia pon tak nak tahu apa status saya dengan awak. Saya yakin cikgu Aqil tu faham yang awak kekasih saya. Mana ada istilah kawan antara lelaki dan perempuan yang boleh keluar berdua.. melainkan kawan yang istimewa seperti kita sekarang!” Panjang lebar Shazrina menjelaskan situasinya. Harapnya Aliff faham kenapa dia bertindak begitu. Dia yakin perkara seperti ini tidak perlu diterangkan dengan jelas. Cukuplah berkias pasti cikgu Aqil sudah memahaminya.

“oh yea?? Atau awak buat macam tu supaya secret admire awak kat sekolah tu tak merana.. awak pon tak hilang peminat.. bukan macam tu ke tujuan awak?” sela Aliff pedas. Makin terasa pedih menyusuk jantung kata-kata yang dihadiahkan buat Shazrina. Mutiara hangat yang tadi ditahan mula melimpah ke pipi Shazrina. Sampai hati Aliff membuat telahan yang sebegitu kepadanya. Apa Aliff tak kenal perangainya macam mana?

“Aliff......” teriak Shazrina tidak percaya dengan semburan kata-kata dari mulut Aliff. Wajah tegang milik Aliff dipandang lama.

“Cikgu Aqil tu kawan sekerja saya... senior saya kat sekolah.. apa yang awak mengarut ni.. jangan nak merapu sangat laa.. kalo ye pon awak cemburu tengok-tengok la sikit situasinya. Cikgu tu kawan sekerja saya je.. tak lebih pon. nombor telefon dia pon saya tak ada tahu tak!!” sambung Shazrina dengan nada yang lebih tinggi. Cuba meyakinkan Aliff yang kelihatan ragu-ragu dengan kesetiaannya. Air mata yang meleleh di kesat kasar.

“ooo kalo setakat kawan sekerja boleh ke gurau-gurau pasal perasaan... siap ajak jadi kekasih lagi.. awak jangan ingat saya tak dengar apa yang korang sembang tadi.. lagi pon cikgu Aqil tu masih bujangkan..” tembak Aliff lagi.. rasa hangat dan membara masih lagi menebal disanubari. Terbayang-bayang kemesraan Aqil dan Shazrina. Bukan dia tidak mendengar persoalan Aqil yang menginginkan Shazrina menjadi kekasihnya. Apa maksud soalan macam tu? Nampak sangat Aqil tu berminat dengan Shazrina dan Shazrina pula boleh pulak kenalkan dia sebagai kawan sahaja. Sekurang-kurangnya kalo Shazrina kenalkan dia sebagai bakal tunang, pasti Aqil akan faham dan tidak akan mengacau lagi hak orang. Itu lah yang seeloknya.

“dia gurau je la... takkan benda macam tu awak nak ambil serius.”

“saya lelaki Shaz... saya tahu dia gurau atau tidak.. dan mungkin dia bergurau tetapi pada masa yang sama dia turut hantar perasaan dia kepada awak secara indirect... takkan tu pon awak tak nampak? Or sengaja buat-buat tak nampak.. yela banggakan ada ramai peminat.. macam tu? Sela Aliff sinis. Shazrina merengus kasar. Mula bosan dengan pertengkaran antaranya dan Aliff.. tak ada isi penting pon sebenarnya dalam pergaduhan mereka kini.

“suka hati awak la nak cakap apa pon... kalo saya terangkan pon bukan awak nak dengar.. ikut la sangat perasaan cemburu awak tu.. dah turunkan saya kat sini jer.. saya balik sendiri jer.” arah Shazrina yang malas memanjangkan pergaduhan antara dia dan Aliff. Karang makin banyak pula isu yang timbul. Meleret-leret!

“awak datang dengan saya balik pon dengan saya...” Aliff membalas keras dan terus menyambung permanduannya. Langsung tidak diendahkan permintaan Shazrina padanya sangat kebudak-budakkan. Shazrina mencebik bibirnya. Eleh bukan aku tak pernah balik sendiri selama ni lepas gaduh dengan kau! Bebel hati Shazrina namun tidak terluah. Pandangannya kini dihalakan keluar tingkap. Malas dia nak memandang mahupun menjeling kearah Aliff. Buat jiwanya makin sedih dan sakit!

Last edited by misssakura on 27-12-2012 10:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 10:35 AM | Show all posts
pandai pulak nak cemburu aliff ni....yg dok berkepit ngan farah buleh plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 10:46 AM | Show all posts
redsentra posted on 27-12-2012 10:35 AM
pandai pulak nak cemburu aliff ni....yg dok berkepit ngan farah buleh plak

itu la pasal... shaz pon x penah kepoh aliff berkepit dengan farah... tapi bila shaz buat bkn main lagi nak marah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2012 10:50 AM | Show all posts
misssakura posted on 27-12-2012 10:46 AM
itu la pasal... shaz pon x penah kepoh aliff berkepit dengan farah... tapi bila shaz buat bkn main ...

suka bila aqil mengorat shaz depan aliff, padan muka aliff
so bila nak sambung lg, dah x sabar dgn taktik si aliff
x sedar diri kata nak balas dendam tp cemburu x hengat si aliff nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 10:55 AM | Show all posts
Aliff melempar badannya keatas katil empuk yang terdapat didalam biliknya. Matanya terpacak pada siling. Belakang tangan kanannya pula melekap pada dahi..memikirkan kembali pergaduhan besar antara dia dan Shazrina sebentar tadi.

‘apa nak jadi dengan aku ni... aku tak serious dengan dia pon.. aku just nak main-main je pon dengan dia tu... kenapa mesti nak cemburu sangat..’ bebel hati Aliff memikirkan dirinya yang sudah terlajak dalam misinya sendiri. Sepatutnya dia tidak merasa apa-apa apabila melihat kemesraan antara Shazrina dan Aqil. Tapi sekarang lain pula jadinya.

‘si Shaz ni pon satu... dah ada boyfriend bajet macam single lagi... nasib baik aku tak serius, kalo serius mau makan hati je la..’

‘okey..okey...baik aku lupakan je perkara tadi. Aku tak cemburu pon tadi.. itu sebenarnya reaksi normal bagi seorang kekasih apabila melihat kekasihnya dengan lelaki lain.. ye.. ini normal. Walaupun aku berlakon je jadi boyfriend dia tetapi hukum bercinta tetap sama.. perasaan cemburu mesti kena dengan tempatnya...kalo tak mesti Shaz lagi pelik kalo aku relek je macam tak ada apa-apa berlaku bila ada lelaki lain try tackle dia. ’ Aliff memujuk hatinya sendiri. Cuba menipu diri walaupun dia tahu apa yang menguasai perasaannya kini. Dia bingkas bangun dari baringannya sambil mengangguk—angguk kepala sebagai tanda segala perbuatannya tadi adalah betul. Sejajar dengan statusnya sebagai kekasih Shazrina.

‘okey...sebagai bukti aku tak ada apa-apa rasa marah or cemburu tengok diorang tadi aku patut call Shaz dan berbaik semula dengan dia. Aku bukan suka pon kat dia, so tak ada sebab nak marah lama-lama kerana perkara remeh temeh ni.” Bisik hatinya lagi demi menguatkan fakta yang dia tidak pernah cemburu terhadap Shazrina dan Aqil. Terus dicapai handsetnya untuk menelefon Shazrina. Namun belum sempat dia mahu menelefon bakal tunangnya, satu panggil diterima.

‘Farah’...seru Aliff lembut. Ditekan punat hijau bagi menjawab panggilan dari teman rapatnya.

“hello assalamualaikum...” ucap Aliff mesra. Terdengar sahutan Farah yang menjawab salam yang diutarakan.

“kenapa call?” Aliff terus masuk ke topic utama. Mungkin ada hal penting yang menyebabkan Farah menelefonnya.

“saya nak jumpa awak... free tak petang ni?” balas Farah dengan nada yang tenang.

“hmm...okey je. Kat mana?” Aliff bersetuju tanpa berfikir panjang. Seingatnya dia tiada apa-apa hal penting untuk dilakukan petang ini. Apa salahnya dia meluangkan masa dengan sahabatnya ini.

“hmm tak kisah la.. tapi awak ambil saya kat butik ek..” minta Farah.

“okey..”   

“tu je.. Assalamualaikum.” Farah meminta diri. Aliff menjawab salam yang diberi.Terus terlupa niatnya untuk berbaik semula dengan Shazrina.

Last edited by misssakura on 27-12-2012 11:04 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2012 11:03 AM | Show all posts
see....si alif ni nak pi menggedik dgn farah plak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 11:08 AM | Show all posts
fatehana posted on 27-12-2012 10:50 AM
suka bila aqil mengorat shaz depan aliff, padan muka aliff
so bila nak sambung lg, dah x sabar dg ...

dh ini je yg termampu hari ni........ Aliff tu sebenarnya suke je kt Shaz tp ego x nak mengaku... sanjung sngt dendam dia tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 11:10 AM | Show all posts
redsentra posted on 27-12-2012 11:03 AM
see....si alif ni nak pi menggedik dgn farah plak....

x menyempat2 kan... farah tu pon satu hal. dh tau org x nk dia nak jugak terhegeh2
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 11:10 AM | Show all posts
redsentra posted on 27-12-2012 11:03 AM
see....si alif ni nak pi menggedik dgn farah plak....

klu ikut firasat ana
cam lama je lg nak abis
sbb aliff baik dgn shaz coz dia nak balas dendam
hati dan perasaan mmg kat shaz ciuma dibutakan dgn rasa dendam dan amarah akibat "perbuatan" shaz yg memalukan dia dgn mak dia (nie semua hasil dr perbuatan jahat si farah yg blom aliff ketahui)
so sekrg mmg aliff cam beriya2 nak bertunang dgn shaz walhal mak dia sendiri x taw dan rasanya pertunangan tue cam xde sbb tujuan dia hanya nak balas dendam (hehehe camner speku ana sakura ok ke )
sbb tue kita nampak si aliff nie cam cemburu secara sepontan bila shaz dgn aqil
dan dalam masa yg sama si farah gediks tue dtg terus dia cam terawat ler luka di hatinya
nampaknya sakura akan buat cinta bersegi2 dan berliku2
dalam hal nie mmg shaz dah berubah dan dia mangsa keadaan serta aqil jugak yg termsk dlm sama
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 11:13 AM | Show all posts
misssakura posted on 27-12-2012 11:08 AM
dh ini je yg termampu hari ni........ Aliff tu sebenarnya suke je kt Shaz tp ego x nak mengaku...  ...

tuelah dia terlalu ikut amarah dia
dalam sedar dia mmg terlalu sygkan shaz
rasa cinta masih berbekas
namun amarah dan dendam menguasai diri dia

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 11:32 AM | Show all posts
Huhu...penulis lg emo dr pembacanya...ahaks...amik feel...

Tulah bila dendam menguasai perasaan...serba serbi tak kena...sudhnya tak menjadilah majlis bertunang bagai...konon nak balas dendam tp masih simpan perasaan sayang...camna tu...Sian Shaz, dia yg x tau apa2 blur saja ngan perangai alif...adakala turun naik tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 12:19 PM | Show all posts
sambungan lagi TT...

kalu si aliff ni tak muncul masa bertunang tu..
boleh la cikgu aqil masuk line...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2012 12:52 PM | Show all posts
fatehana posted on 27-12-2012 11:10 AM
klu ikut firasat ana
cam lama je lg nak abis
sbb aliff baik dgn shaz coz dia nak balas dendam

wah momod kne kasi k.ana kredit nih... 90 percent btol speku dia... tp sayangnya sakura blom lagi terfikir idea cm ne nk wat cinta bersegi2.. masih mencari idea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2012 12:57 PM | Show all posts
sellie003 posted on 27-12-2012 11:32 AM
Huhu...penulis lg emo dr pembacanya...ahaks...amik feel...

Tulah bila dendam menguasai perasaan.. ...

hehe... seperti biasa penulis sentiasa emo... kadang2 mse type citer pon dengan mimik2 muke sekali keluar.  belum lagi ditambah dengan bunyi menekan enter. kalo pembaca x leh feel jugak memang sedih la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 01:18 PM | Show all posts
misssakura posted on 27-12-2012 12:57 PM
hehe... seperti biasa penulis sentiasa emo... kadang2 mse type citer pon dengan mimik2 muke sekali ...

Hamboi betul2 feel tuh...ahaks...mmg terkesan citer miss...

Agak2 sudhnya aqil ngan farah ke miss?...dendam dah terlerai...pershbtn kembali bertaut?....

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 01:54 PM | Show all posts
misssakura posted on 27-12-2012 12:52 PM
wah momod kne kasi k.ana kredit nih... 90 percent btol speku dia... tp sayangnya sakura blom lagi  ...

apa kata.. aliff xdtg waktu pertunangan.. cikgu aqil jd penyelamat..
aliff pulak kuciwa, tunang plak ngan farah..
pastu dpt tau kisah sebenar.. nak jadi citer.. mak aliff tu kakak mak shaz yg dah lama ilang..
dprg berdua adik beradik susuan.. tabley kawen! adehh merapus da aku
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 02:18 PM | Show all posts
Jom ramai2 kasi idea kat TT...

makin menarik cerita ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.128998 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list