CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 23-7-2012 08:52 AM | Show all posts
Assalamualaikum....morning n selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan istiqomah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2012 09:58 AM | Show all posts
waiting for new chaps...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2012 11:31 AM | Show all posts
Masih menunggu n3 baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 10:14 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 23-7-2012 08:52 AM
Assalamualaikum....morning n selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan istiqomah....

Salam Raff...

Selamat berpuasa untuk Raff dan family juga....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 10:16 AM | Show all posts
Salam semua..

Sambung lagi episode untuk hari ini.

Agak pening dengan 'anjakan paradigma' forum cari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 10:19 AM | Show all posts
Episode 23

Fandi memandang lagi jam di dinding. Sesekali mengeluh.

Perempuan kalau bersiap, memang lambat agaknya...

Sudah hampir setengah jam dia menunggu di ruang tamu. Fandi menggelengkan kepala. Ikutkan hati, mahu saja dia naik ke atas dan mengetuk pintu bilik Fifi.

“Awak” Fandi menoleh. Akhirnya, turun juga orang yang di tunggu.

“Awak” Fifi memanggil lagi apabila melihat Fandi merenunungnya agak lama.

“Awak. Kenapa? Baju ni tak okay eh?” Fifi bersuara lagi, sambil membelek-belek baju yang di pakai. Fandi menggaru keningnya.

“Awak…tak cantik ke baju ni?”

“Cantik. Okay. Tapi…tak ada baju yang lain ke?” Fifi mengerutkan kening.

Kata cantik, okay. Tapi suruh pakai baju lain pulak….

“Baju ni aje yang ada. Baju lain semua tak muat” Fifi menjawab. Fandi memandang lagi Fifi yang memakai baju gaun separas lutut. Tapi, mungkin sebab perutnya sudah membesar, baju itu kelihatan semakin singkat.

‘‘Awak pergi tukar baju lainlah’’ Fandi berkata lagi.

‘‘Awak, baju saya semua dah tak muat. Ini aje yang tinggal’’

‘‘Takkan tak ada yang lain?’’

‘‘Baju kurung muatlah’’

‘‘Pergi tukar’’

‘‘Baju kurung?’’

‘‘Iya’’

‘‘Ala..taknaklah pakai baju kurung, lecehlah’’ Fifi mula muncung.

‘‘Pergilah tukar. Nanti kita pergi beli baju lain’’ Fandi memujuk. Fifi mendiamkan diri.

‘‘Tukar eh?’’

‘‘Okaylah...okaylah...’’ Fandi tersenyum memandang Fifi yang mula melangkah perlahan-lahan.

Lima minit kemudian, Fifi turun ke bawah menuju ke arah Fandi. Fandi tersengih lagi memandang Fifi yang masih muncung.

‘‘Dah lah. Tak usah muncung-muncung. Jom’’ Fifi mengangguk, menunggu Fandi mengangkat sangkar kucing. Nicki hanya mendiamkan diri. Bagai ketakutan berada di dalam sangkar.

‘‘Awak…’’ Fifi yang berdiri di sebelah Fandi menoleh.

‘‘Kalau awak pakai tudung lagi comel’’ Tanpa menunggu balasan dari Fifi, Fandi terus menuju ke arah keretanya. Fifi terdiam.

‘‘Cepatlah…’’ Fandi menguatkan suara apabila Fifi masih tercegat di hadapan pintu. Fifi berjalan ke arah Fandi lalu masuk ke dalam kereta.

********************************************************

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2012 10:24 AM | Show all posts
Last edited by Nicki_Meow on 25-7-2012 07:59 AM \n\n

Hi Elaine’’ Fifi menyapa apabila melangkah masuk. Tidak ramai pelanggan yang berada di Pet Epicure pada hari Ahad. Cuma kelihatan beberapa orang sedang membelek-belek barangan yang berada di kedai haiwan peliharaan ini.

‘‘Hello Fifi. How are you, long time no see’’ Elaine, pekerja di situ menyambut dengan ramah. Tapi dia agak terkejut melihat perut Fifi yang sudah membesar.

“Eh, you sudah kahwin? Patutlah sudah lama tak datang sini. Wah, sudah mengandung pun’’ Elaine berkata lagi sambil tersenyum ke arah Fandi. Fandi membalas senyuman Elaine, lalu meletakkan sangkar kucing di atas meja. Fifi mula menundukkan wajah, tidak tahu apa yang perlu di jawab kepada Elaine. Secara tiba-tiba, hatinya terasa sedih.

“Hello Nicki…’’ Elaine berkata apabila membuka sangkar kucing. Nicki pula hanya membatukan diri, agak ketakutan melihat orang asing.

"Sudah lama tak datang, Nicki sudah tak kenal sama I" Fifi kembali tersenyum mendengar kata-kata Elaine.

“Okaylah Elaine. Normal routinelah, as usual. I’ll take Nicki later’’ Fifi mengusap-ngusap kepala Nicki perlahan. Nicki pula membuat muka kasihan. Tidak mahu di tinggalkan di situ.

“Okay Fifi, see you later’’ Elaine tersenyum ke arah Fifi dan kemudian Fandi yang sejak tadi mendiamkan diri. Kemudian, mereka melangkah keluar.

“Tinggalkan Nicki dekat sini je?’’ Fandi bertanya. Kasihan pula melihat Nicki yang ketakutan tadi.

‘‘Haah. Lama lagi nak siap. Nak mandi, nak potong kuku, nak inject lagi”

‘‘Oh’’ Fandi terangguk-angguk. Tidak pula dia tahu yang banyak pula perkara yang perlu di lakukan untuk menjaga kucing.

‘‘Kita nak pergi mana ni?’’ Fandi bertanya lagi.

“Kita pergi KLCC’’ Fifi menjawab sambil tersenyum.

‘‘KLCC? Nak buat apa?’’

‘‘Saja. Lagipun tadi awak kata nak temankan saya beli baju kan? Jom’’ Fifi tersenyum lagi.

“Iyalah. Jomlah’’ Akhirnya Fandi menjawab setelah berkira-kira. Mereka kembali menuju ke arah kereta.

************************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 10:30 AM | Show all posts
nak lagiiiiiiiiiiiiiiiii....laparrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2012 10:35 AM | Show all posts
Ok je fifi ni sebenaqnya... slowly dia berubah jadik isteri solehah. Betul tak nicki?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 10:36 AM | Show all posts
rafflesia76 posted on 24-7-2012 10:30 AM
nak lagiiiiiiiiiiiiiiiii....laparrrrrrrrrrrrrr

Haissshhhh.... puasa!









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 10:37 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 24-7-2012 10:35 AM
Ok je fifi ni sebenaqnya... slowly dia berubah jadik isteri solehah. Betul tak nicki?

Fifi bukanlah ketegaq mana pun... Cuma tension sebab 'tersasar' lalu 'ter' mengandung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 10:38 AM | Show all posts
Last edited by Nicki_Meow on 25-7-2012 08:01 AM \n\n

“Nina!’’ Fifi memanggil dengan kuat. Nina yang sedang sibuk dengan 'tab' nya mengangkat muka.

“Fifi” Mereka berpelukan, seperti sudah lama tidak berjumpa.

“Baju kurung?” Nina bertanya, Fifi di pandang atas bawah.

“Ini aje yang muat’’ Fifi menjawab.

Mata Nina terpandang pula Fandi, segera pelukan di lepaskan. Tangan Fifi di tarik, mereka melangkah beberapa tapak, membelakangkan Fandi.

“Aku ingat kau datang sorang. Kenapa kau tak cakap hubby kau ikut sekali?’’ Suara Nina seperti berbisik.

“Kalau dia tak ikut, aku tak boleh keluar. Papa mana kasi aku keluar sorang-sorang’’ Fifi juga berkata perlahan.

“Tapi, hubby kau garang. Aku takutlah’’ Nina berkata lagi. Masih terbayang-bayang lagi pandangan tajam Fandi bila dia membawa Fifi pulang dulu.

“Eh, tak lah. Dia okay’’ Fifi menjawab lagi. Kedua-dua mereka menoleh ke belakang, ke arah Fandi, yang sedang memandang ke arah mereka sambil mengangkat kening. Mereka menoleh semula ke depan.

“Betul ke dia okay?’’ Nina masih berbisik.

‘‘Betul’’ Fifi mengiyakan.

“Ehem…mengumpat saya ke?’’ Fifi dan Nina menoleh ke belakang, Fandi sudah berada betul-betul di belakang mereka.

“Eh…tak tak..” Mereka tersengih-sengih. Fandi menggelengkan kepala.

‘‘Kata nak shopping. Jomlah’’

‘‘Shopping! Jom...!!!” Fifi dan Nina menjawab serentak lalu ketawa. Fandi menggelengkan kepala lagi.

Macam budak-budak!

********************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 10:47 AM | Show all posts
Fandi hanya mengikut Fifi dan Nina ke sana ke mari, menjadi ‘bodyguard’ tak bertauliah. Sesekali bertukar peranan menjadi ‘fashion consultant’ apabila mereka bertanya pendapat tentang baju yang hendak di beli. Fandi melayankan sahaja ‘budak-budak’ itu. Walhal, dia bukanlah pandai sangat dengan fesyen kaum wanita. Mana yang dirasakan elok di matanya, dia mengatakan ‘ya’ dan ‘tidak’ jika tidak. Tapi, Fandi merasa agak resah kerana terasa seperti langkah mereka di ekori. Beberapa kali dia tertoleh-toleh ke belakang ataupun memandang sekeliling, mencari-cari sekiranya dia mengenali sesiapa tetapi tidak dapat pula di pastikan.

“Awak’’ Fifi memanggil.

‘‘Iya?’’

‘‘Kenapa? Awak tengok apa?’’ Fifi bertanya. Tapi Fandi hanya mengangkat bahu.

‘‘Kitorang lapar. Jom pergi lunch’’ Nina mengajak.

‘‘Nak makan kat mana?’’ Fandi bertanya.

‘‘Our favourite hang out is Dome...’’ Nina menjawab lagi.

‘‘Dome? Makan dekat foodcourt ajelah’’ Kening Fandi berkerut.

“Ala, tak nak. Dah lama kitorang tak pergi sana” Fifi menolak, memandang Fandi.

"Please..."

“Jomlah. Saya belanja” Fifi berkata lagi apabila melihat Fandi mendiamkan diri.

“Jom” Secara spontan, Fifi memegang jari Fandi supaya mengikutnya. Fandi terkaku beberapa saat sebelum mengikuti langkah Fifi dan Nina. Pegangan tangan Fifi tidak di lepaskan.

********************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 10:57 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 24-7-2012 10:36 AM
Haissshhhh.... puasa!

lapaq nak baca novel ja tuuu! Sila2 tambah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 11:00 AM | Show all posts
Setelah selesai mengambil pesanan, Fandi masih merasakan ada mata yang mengekori mereka. Fandi tercari-cari di sekeliling.

Tak boleh jadi ni! Fandi mula bangun.

“Awak nak pergi mana?’’ Fifi bertanya.

‘‘Awak tunggu sini’’ Fandi berlalu meninggalkan Fifi dan Nina tanpa menjawab soalan. Fifi hanya memandang sehingga Fandi hilang dari pandangan.

"Amboi. Tengok tak berkelip, takut laki hilang ke?'' Nina memerli sambil tersengih. Fifi hanya memuncungkan bibir.

‘‘Okay jugak hubby kau kan? Aku ingat garang…’’ Nina berkata lagi.

‘‘Kan aku kata, dia okay. Tak garanglah...” Fifi menjawab. Nina tersengih lagi memandang Fifi.

“Kau tersengih-sengih ni kenapa?’’

‘‘Kau dah fall in love dengan dia eh?’’

‘‘Fall in love?’’ Fifi mengerutkan kening. Dia tidak pernah memikirkan perkara itu selama berkahwin dengan Fandi.

“Iyalah. Aku tengok dia caring sangat dengan kau’’ Nina berkata lagi.

‘‘Taklah. Dia macam...abang aku je...’’ Nina membuat muka terkejut.

‘‘Abang? Abang ke ‘abang’?’’

‘‘Abanglah. Macam Bang Long, macam Bang Ngah” Fifi menjawab, merujuk kepada abang-abangnya, Aidil dan Adzim.

“Peliklah kau ni. Kahwin tapi anggap macam abang. Macam mana tu?’’

‘‘Dia yang cakap macam tu’’ Nina mengangkat kening.

‘‘La…kenapa?" Fifi mengangkat bahu.

“Kau still teringatkan Shah lagi?’’ Nina menduga. Fifi terdiam lagi. Nina menggelengkan kepala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 11:12 AM | Show all posts
Last edited by Nicki_Meow on 25-7-2012 08:05 AM \n\n

“Well well well….looks who’s here!” Mereka menoleh ke arah kanan, lalu mengeluh.

“Hi Raina...Hi Dira” Fifi menjawab dingin lalu memutarkan biji mata. Raina tersenyum sinis memandang Fifi. Dira di sebelahnya turut berbuat begitu.

“So, the rumours are true. The hottest girl in college quit study, sebab… mengandung anak luar nikah” Raina bersuara sinis. Fifi menggetap bibir. Nina pula memandang Raina tajam.

“Tak sangka, perempuan macam you ni, murah sangat. Lepas beranak you nak buat apa ? Buang baby you dalam semak?’’ Raina menyindir lagi.

“Kurang ajar” Fifi hendak bangun tapi Nina menahan dengan memegang pergelangan tangan Fifi.

“Jangan layan Fifi. Perempuan ni memang mulut longkang” Nina berkata, juga geram melihat tingkah laku Raina.

“Hello…., walaupun I mulut longkang, I tak mengandung luar nikah macam kawan you ni’ Jarinya di tundingkan ke arah Fifi. Orang di sekeliling mula memandang ke arah mereka. Fifi mula terasa ingin menangis. Kalau dulu dia pasti akan melawan tetapi kali ini, entah mengapa dia tidak mampu membalas kata-kata Raina.

“Hi sweetheart” Secara tiba-tiba, seseorang datang ke arah Fifi, mencium pipinya lalu duduk di sebelah.

“Sorry, I’m late. Jumpa kawan tadi’’ Fifi terdiam, makin tergamam bila tangannya di raih secara tiba-tiba. Nina juga tergamam sama.

“Who is this? Another friends of yours?’’ Fifi mengangguk perlahan.

“Hi, I’m Fandi. Sofea’s husband. You are?” Raina terdiam. Memandang ke arah Dira lalu kembali memandang lelaki yang duduk di sebelah Fifi.

“Sombongnya kawan you ni, sayang. Have a seat. Why don’t you join us for lunch?’’

“Yeah Raina. Join us for lunch. We can ‘talk’ a lot” Nina menjawab agak berani, memandang Raina dan Dira sambil tersenyum sinis.

“It's okay” Raina dan Dira terus berlalu tanpa berkata apa-apa lagi. Nina tersenyum sinis, lalu menoleh ke arah Fifi dan Fandi.

“Wow… not bad eh?’ Nina berkata sambil tersenyum-senyum. Fifi pula merasakan mukanya panas secara tiba-tiba.

*******************************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2012 11:15 AM | Show all posts
“Awak”

“Iya”

“Kenapa awak diam je?’’ Fandi yang sedang memandu bertanya. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Fifi hanya mendiamkan diri.

“Kalau saya ada buat salah, sorry ya” Fandi berkata lagi.

“Err… no…nothing. Tak ada apa-apa” Fifi menjawab. Mereka terdiam lagi. Fifí memerhatikan Fandi yang sedang fokus memandu.

“Awak” Fandi menoleh ke arah Fifi sambil tersenyum.

“Thanks pasal tadi’’ Fifi berkata lalu tunduk. Entah kenapa, dia terasa malu memandang Fandi.

“No problem, sweetheart” Fandi menjawab sambil ketawa. Fifi juga tersenyum

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 11:17 AM | Show all posts
pegh!!! fandi da cakap omputih derrr...kelaaaaassss
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 11:25 AM | Show all posts
wahhh fandi amek kesempatan dlm kesempitan yeee...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2012 11:51 AM | Show all posts
wahhh!ada sambungan


selamat berpuasa semua.hope tak terlambat beri ucapan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.071688 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list