CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
Post time 11-5-2012 07:52 PM | Show all posts
X mo bg LEA sedih...x mo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2012 01:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 30-5-2012 08:43

Part 2 - Episode 49

Di dalam sebuah cinta, terdapat bahasa,
Yang mengalun indah, mengisi jiwa
Merindukan kisah, kita berdua,
Yang tak pernah bisa, akan terlupa

Bila rindu ini, masih milikmu,
Ku hadirkan sebuah, tanya untukmu
Harus berapa lama, aku menunggumu,
Aku menunggumu

Di dalam masa indah, saat bersamamu
Yang tak pernah bisa, akan terlupa
Pandangan matanya, menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta, aku bertanya

Bila rindu ini, masih milikmu,
Ku hadirkan sebuah, tanya untukmu
Harus berapa lama, aku menunggumu,
Aku menunggumu




Lea membuang pandang ke luar tingkap. Kali ini dia ke Bukit Permai sendirian, tanpa Faiz. Sengaja dia datang ke sini melihat pemandangan indah Kuala Lumpur.

Ya Allah, Kalau dia jodoh ku, kembalikan dia…

Gear di tarik dari P ke D. Stering di belokkan ke kiri, lalu keretanya itu mula meninggalkan tempat itu.

**********************************************************************

Honda City yang bergerak menuruni Bukit Permai itu berselisih dengan Skyline GTR yang mengarah naik. Tapi kedua-dua pemandu itu tidak perasan antara satu sama lain, mungkin kerana kedua-duanya sedang melayan perasaan…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2012 01:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 14-5-2012 14:04

Part 2 - Episode 50

TOK! TOK!

Faiz yang sedang mengelamun, mengangkat muka.

“Nescafe tarik, Encik Faiz” Nadia masuk lalu meletakkan mug berisi Nescafe tarik di atas meja majikannya.

“Thanks Nadia” Nadia tersenyum.

“Kenapa Encik Faiz tengok saya macam tu?” Faiz tersenyum.

“Ceria awak sekarang ya? Itu hari saya tengok awak macam ada masalah…”

“Saya keluar dulu” Nadia berkata, tidak menjawab soalan. Senyuman manis di hadiahkan kepada Faiz lalu dia melangkah keluar.


*********************************************************************

“Sayang…”

“Ya?”

“I rindukan you. Lama dah you tak datang sini”

“Ni, I dah datang…”

Dia tersenyum.

“I love you”

“I love you too”

Lelaki itu sudah kembali. Hidupnya yang kelam kembali ceria, seolah-olah baru mendapat cahaya.

“Sayang… janji dengan I”

“Janji apa?”

“Janji dengan I yang you takkan tinggalkan I lagi”

“Janji”

“Betul?”

“Betul, janji”

Dia tersenyum lagi, memeluk lelaki itu erat, seperti tidak mahu di lepaskan lagi

“Kalau you tinggalkan I lagi, I bunuh perempuan tu!”
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 07:37 AM | Show all posts
apsl sket je...
next!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 12:04 PM | Show all posts
Nk lagiii...x cukup
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2012 04:40 PM | Show all posts
Kejam betul mak Datin tu.............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2012 09:30 AM | Show all posts
keje nadia ni ..

ntahnya mcm dh habis lelaki kt dunia ni..smpi sgup bnuh diri..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 12:17 PM | Show all posts
Sian LEA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2012 01:50 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 51

Fikiran Faiz melayang kepada gadis bernama Adalea. Tidak di sangka, hati gadis itu cukup keras kali ini. Tidak tahu lagi bagaimana hendak di pujuk. Setiap panggilan, setiap sms nya tidak di balas. Berjumpa, jauh sekali. Sudah hampir dua bulan mereka berkeadaan begini. Kadang-kadang dia terfikir, apakah Adalea sudah melupakannya? Ataupun sengaja melupakannya?

Antara Adalea dan Emalin.. sudah tentu dia akan memilih Adalea. Gadis pertama bertakhta di hatinya. Cinta pandang pertamanya. Tidak akan mampu dia membuka hatinya kepada yang lain.

Tapi, dia sudah pun berjanji dengan Datin Sarah untuk menjaga Emalin. Memungkiri janjinya pada Datin Sarah seperti menyakiti hati mama…

Dia mengeluh.

“Faiz” Datuk Halim duduk di sebelah anak bongsunya. Dari tadi dia memerhatikan Faiz yang duduk termenung.

“Abah” Faiz berkata sepatah. Tidak pula dia perasan yang Datuk Halim sudah duduk di sebelah.

“Main gitar ke, termenung?” Faiz hanya tersenyum hambar.

“Bila hati rungsing, jangan suka termenung macam ni. Mengadulah pada Allah, InsyaAllah, kamu dapat ketenangan” Faiz tersengih sumbing, menganggukan kepala, termalu sendiri.  

“Aunty Sarah…” Datuk Halim tidak meneruskan kata-kata. Sengaja mahu melihat reaksi Faiz.

“Kenapa?”

“Dia datang jumpa abah kat ofis tadi. Dia minta sangat supaya kamu dengan Emalin berkahwin segera. Dia takut kalau-kalau Emalin cuba bunuh diri lagi”

Faiz mengeluh lagi.

Bersungguh nampaknya Datin Sarah kali ini. Sudah hampir sebulan dia di asak dengan soalan yang sama. Bila dia tidak memberikan sebarang jawapan, Datin Sarah akan mengungkit pula bahawa mamanya sudah berjanji yang dia dan Emalin akan di jodohkan.  

“Jadi?” Faiz mengangkat kening.

“I don’t have the answer”

Suasana senyap. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut Datuk Halim mahupun Faiz.

“Abah nak tanya satu soalan…”

‘‘Yes?’’

‘‘Why did you still care for Emalin? Sampai kamu sanggup tangguhkan untuk bertunang dengan Adalea…’’ Faiz tidak menjawab.

“Kamu takut, kalau apa-apa jadi pada Emalin, kamu rasa bersalah?”

“I’ve promised Aunty Sarah…” Datuk Halim tersenyum.

“Is not at all about Emalin, isn’t it?” Faiz diam.

“Yang sebenarnya, kamu rasa bersalah dengan arwah mama, betul tak?”

‘‘Kamu takut, kalau kamu mungkir janji pada Aunty Sarah, kamu kecewakan mama kamu? Betul?” Faiz masih diam.

“Kamu tak patut rasa macam tu. Yes, Emalin is your mother’s choice. But, if your mother is still alive, I’m sure, she will support you for whatever decision you’ll make” Faiz menarik nafas.

“Lagipun, kamu tak pernah berjanji nak kahwin dengan Emalin kan?”

“Mama did” Datuk Halim menarik nafas.

Mereka terdiam.

“Kamu tahu macam mana abah boleh kahwin dengan mama?” Tiba-tiba Datuk Halim bertanya.

“Tau...masa abah dengan mama study kat State”  Datuk Halim mengangguk.

“Kami kahwin di US masa tahun terakhir kami belajar. Atuk kamu langsung tak setuju. Tapi, abah degil, kami tetap juga berkahwin. Bila balik ke Malaysia, abah bawa mama jumpa atuk dengan nenek kamu. Tapi kesian mama kamu, atuk kamu langsung tak dapat terima dia.”

“Kenapa atuk tak nak terima mama?”

“Sebab atuk kamu dah ada pilihan lain untuk abah masa tu” Faiz mengerutkan kening. Tak pernah pula arwah mama cerita pasal ni.

“Jenuh juga kami nak memujuk atuk kamu. Hatinya keras”

“Tapi sekeras mana pun hati orang tua, akhirnya lembut juga. Bila Faris lahir, barulah keadaan jadi lebih baik. Agaknya, sebab cucu pertama” Faiz tersenyum. Dia sudah sedia maklum, Alongnya memang cucu kesayangan atuk.

“Kenapa tiba-tiba abah cerita pasal ni?”

“Entah, tiba-tiba pula teringat mama kamu” Datuk Halim tersenyum.

“Masa abah terima akad nikah, abah dah berjanji. Seteruk mana pun masalah, sekuat mana pun dugaannya nanti, abah akan jaga mama sebaik mungkin. Your mother is my first love”

“Kalau abah sayang pada mama, kenapa abah kahwin dengan mak?” Terkeluar soalan itu dari mulut Faiz. Datuk Halim menarik nafas.

“I need a companion” Faiz mengangkat kening.

“Abah sayang arwah mama kamu. Terlalu sayang. Tapi, kahwin dengan Rohani, tak bermakna abah lupakan mama kamu. Terkenang mama kamu, tak bermakna abah tak sayangkan Rohani” Faiz diam.

‘‘My point is, kita yang hidup ni kenalah teruskan hidup. Mama kamu dah meninggal, Faiz.  Walaupun mama pernah berjanji dengan Aunty Sarah, tak bermakna kamu pun kena ikut. Kalau kamu tak ikut cakap mama, tak bermakna kamu tak sayangkan dia”

“Masa kamu hilang dulu, Emalin yang rajin temankan mama kamu. Dialah tempat mama kamu curahkan perasaan. Abah faham kenapa arwah mama kamu sukakan Emalin. Tambah-tambah lagi, Emalin tu anak Aunty Sarah, your mother’s best friend”

“Tapi, abah takkan paksa kamu untuk pilih sesiapa pun sebagai isteri. Itu hak kamu. Kalau Adalea yang kamu pilih, Adalealah menantu kami”

“Tapi, macam mana dengan dengan Uncle Emran… Aunty Sarah…they are your best friend. Don’t you think they will have hard feelings?”  

“Uncle Emran is such a cool guy. Dia akan terima dengan hati yang terbuka. Aunty Sarah… well… mungkin setahun dua jugalah dia tak bercakap dengan kita nanti…” Faiz tersenyum.

“What if, Emalin cuba bunuh diri lagi?”

“I don’t have the answer to that question. But whatever it is, she has to face the fact…”

Mereka terdiam lagi.

“What should I do now?”

“Decision is in your hand, young man” Datuk Halim tersenyum.

Masing-masing menarik nafas.

“Abah masuk dulu” Datuk Halim mula bangun.

“Abah”

“Thanks” Bahu Faiz di tepuk perlahan, lalu Datuk Halim masuk ke dalam rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 02:21 PM | Show all posts
Tq best sambung lagi.........
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 05:44 PM | Show all posts
Nak FAIZ ngan LEA..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 08:05 AM | Show all posts
Salam... sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 08:07 AM | Show all posts
Part 2 - Episode 52

Terdengar paluan kompang, menandakan pengantin lelaki sudah sampai, berarak ke rumah pengantin perempuan. Lea membelek dan membetulkan baju pengantin, memastikan semuanya terletak elok. Dia mengangkat kepala, rombongan pengantin semakin dekat. Lea menghadiahkan senyuman buat pengantin lelaki. Matanya terarah pula kepada pengapit pengantin lelaki di sebelah.

Handsomenya mamat ni pakai baju melayu…

Dia tersenyum lagi.

Eh….!

“Yam, apasal kau tak cakap yang Faiz jadi pengapit Dani?” Lea berkata sambil mengetap bibir.

“Kau tak tanya” Mariam menjawab, juga mengetap bibir.

“Kau saja je kan…” Lea ingin memarahi Mariam tapi tentulah tak boleh. Mariam akan bersanding sebentar lagi.

Rentak jantungnya mula tergendala…

“Ad, yang kau tutup muka sendiri kenapa?”

“Sorry” Kipas pengantin di halakan kembali ke hadapan muka Mariam.

Rombongan pengantin lelaki semakin hampir. Bermakna pengapit lelaki juga semakin dekat. Lea menjadi semakin serba tak kena.

Faiz merenungnya... Senyuman manis terhias di bibir.

Semakin dekat…

Lea semakin berdebar.

“Kau kenapa ni? Tak tentu arah ni?” Dapat Mariam rasakan yang tangan Lea menggigil.

Semakin hampir...

Jantung Lea hampir terkeluar dari tempatnya.

Dani akhirnya berdiri di hadapan Mariam. Mariam menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya. Setelah itu, pasangan mempelai berjalan beriringan menuju ke pelamin.

Faiz pula merenung Lea. Lea terasa ingin lari. Tapi sekarang, hendak berjalan pun terasa berat.   

Kedua mempelai sudah sampai di pelamin. Mereka duduk. Majlis menepung tawar di mulakan.

Lea menarik nafas.

Satu, dua, tiga…

Lea menoleh ke arah kanan, Faiz sedang tersenyum kepadanya. Lea kembali tunduk, memandang ke arah lain.

*****************************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 08:21 AM | Show all posts
sian pengantin dpt pengapit yg tgh perang

next
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 08:27 AM | Show all posts
Sian LEA...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 09:14 AM | Show all posts
Reply 392# Nicki_Meow

Salam.

Geram tul auntie kat Faiz tu....

Lea silambam jer si Faiz tu, mana tau kan, boleh betulkan sikit cara pemikiran Faiz tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2012 09:14 AM | Show all posts
Faiz dh blh buat pilihan ke????
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 09:30 AM | Show all posts
Reply 396# auntieagony


    hahaha.auntie silambam jangan tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2012 09:32 AM | Show all posts
Reply 396# auntieagony

Auntie... hero tak semestinya perfect... gituh...

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2012 09:33 AM | Show all posts
Reply  auntieagony


    hahaha.auntie silambam jangan tak
freddianza Post at 15-5-2012 09:30


Jom kita silambam Faiz berjemaah....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.102486 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list