|
Ilmu dan Penyakit Mistik , method, rawatan dan cara pencegahan nya
[Copy link]
|
|
wali ade 3
wali Allah
wali setan
wali band
madmualij Post at 26-5-2012 00:00
lagi satu wali nikah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 381# InspekterZ
emmmmmm wali matul urus?
en.mad punya pasal.semua org dah melalut |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 380# madmualij
wali band ... hahahahaha ... lawak2 hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
aaa sory2 sila teruskan
maafin gueee |
|
|
|
|
|
|
|
Pesan Syeikh Abdul Qadir Al Jaelani
Guru dan teladan kita Syaikh Abdul Qadir Al-Jilli berkata,” seorang Syaikh tidak dapat dikatakan mencapai puncak kerohanian kecuali apabila 12 karakter berikut ini telah mendarah daging dalam dirinya yaitu :
Dua karakter dari Allah yaitu dia menjadi seorang yang Sattar (menutup aib) dan Ghaffar (Maha pemaaf).
Dua karakter dari Rasulullah SAW yaitu penyayang dan lembut
Dua karakter dari Abu Bakar yaitu jujur dan dapat dipercayai.
Dua karakter dari Umar yaitu amar ma’ruf nahi munkar.
Dua karakter dari Utsman yaitu dermawan dan bangun (tahajjud) pada waktu orang lain sedang tidur.
Dua karakter dari Ali yaitu aalim (cerdas/intelek) dan pemberani. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by go_go at 26-5-2012 02:09
pernah tak dengar nama syeikh al-qirawni khadam al-fatihah....my perawat suruh saya baca al-fatihah sedekah pada syeikh tu...after habis baca telan air liur....dan sedekah al-fatihah pada pihak-pihak lain seperti nabi allah hidir, guru-ulamak, muslimin -muslimat, ibu bapa....ikut turutan kesemuanya ada 7 pihak...sedekah pada syeikh al qirawni tu dalam senarai no dua...dan selepas baca untuk al-fatihah untuk ketujuh-tujuh pihak mesti telan air liur....saya tanya ustazah dia tak pernah dengar amalan ini...dan perawat yg bagi amalan ini saya not sure dia ni perawat islam /kaedah islam...method rawatan mengurut badan pesakit tiada lapik dengan alas kain sentuh kulit, guna kemenyan, mandi limau lepas tu dia tengok berapa biji limau tenggelam dan berapa biji limau timbul..., pagar rumah guna kemenyan , guna ibu kunyit lah, etc etc.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 386# go_go
khadam surah al-fatihah? sedekahkan al-fatihah kepada khadam al-fatihah? first time dengar.
nanti kita tunggu pendapat drpd yg pakar. tak berani nak komen sbb xde ilmu pasal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.
Reply 386# go_go
Al Fatihah tak pernah ada khadam. Ada kisahnya Al Fatihah ini minta diturunkan oleh Muhammad SAW. Kerana didalamnya terkandung rahsia seluruh AlQuran. Kerana itu juga ia dinamakan ibu segala surah.
Menghadiahkan Al Fatihah boleh. Jangan disedekahkan.
Menghadiahkan kepada para nabi dan wali boleh tetapi bukan alasan sebagai pengantara dengan Allah.
Begitu juga hal menghadiahkan kepada Rasulullh SAW dibolehkan tetapi tiada maksud taksub kepada beliau. Taksub hanya untuk Allah.
Sama juga hal menghadiah Al Fatihah kepada para malaikat. Tidak salah. Ia jadi salah apabila niat meminta kepada makhluk.
Fahami tujuan beramal. Fahamkan ilmu yang hendak dijazamkan. Ia hanya mencantikkan jalan ke alam abadi.
-Seringkas yang mampu untuk tatapan umum.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 381# InspekterZ
wali nong sari |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 386# go_go
betul tu
tapi kan khadam AYAT ni, banyak betullllllll tauuuuuu
banyak sangat, tak terbilang
mungkin sheikh tu salah sorang
tapi mu cuba yg ni
mu bacakan n sedekahkan pada dirimu sendiri
pada sekalian dirimu
dan kepada yg rapat n sayang padamu
dan tengok perkembangannya...................
kasi kat aku ok gak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 390# orangbesi
betul ada ke khadam ayat ni? malaikat ke jin?
apa fungsi dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 388# InspekterZ
sesuai sekali, hadiah fatihah bukan sedekah
satu lagi dalam adab berguru segala yang berasa sangsi dan muskil sebenarnya boleh ditanyakan , jadi tanya la habis habis sebelum ambil apa apa amalan.
rasanya banyak rumah yang bincangkan pasal khadam ... pasal jin. ... tak bosan ke? atau mmg ini yang puak puak pemuja jin ni nak?
saya katakan pemuja ialah makhluk yang paranoid dengan jin , khadam dan lain2 hatinya goyang bagai lalang , sedang syahadah disebut setiap hari , hati masih tetap kata jin hebat ... maka bagusnya puak2 ni sembahlah jin tu.
maaflah agak over sikit heheheeh ... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariapersanta at 26-5-2012 20:29
saya malas nak ribut2 kat rumah orang jadi saya ribut kat rumah sendiri,
saya cukup tak faham bila ada orang kata jangan belajar silat , kerana silat berkhadam .
satu soalan la,
Ulama Melayu dahulu sebagai contoh Tok Selehor .... jika semua silat berkhadam, ber Jin maka semua Ulama Melayu lama tu ada berkhadam dan susah mati , dan wariskan khadam kat anak cucu....
tak percaya check ....
dibawah ini ada satu artikel yang saya copy mengenai silat dan Ulama ...rasa rasanya yang disebut dalam tu semua sesat dan berjin belaka kut walllahu alam
kredit to http://ulama-nusantara.blogspot.com/2009_06_01_archive.html
Peranan ulama dalam silat
Posted
Koleksi artikel ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
MAT Kilau seorang pahlawan agung yang berjuang menentang penjajahan Inggeris.
BARANGKALI perbicaraan yang menyentuh secara langsung tentang persilatan adalah masih sangat langka. Keterlibatan penulis dalam membicarakan perkara persilatan ini juga amat sedikit berbanding penulisan-penulisan selainnya.
Oleh itu, kelemahan-kelemahan dalam perbicaraan ini rasanya sangat banyak, apatah lagi dunia persilatan hanyalah penulis kenali sewaktu masih kanak-kanak dan ditinggalkan begitu lama, sejak tahun 1960-an.
Jenis-jenis silat memang banyak penulis ketahui, namun penulis bukanlah seorang pelajar mengenai bidang itu secara tekun tetapi hanyalah sebagai pemerhati saja. Di antara silat-silat yang penulis ketahui ialah Silat Pengian, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Buton Kalidupa, Silat Bugis Bone, Silat Sinding, Silat Pukul Tujuh, Silat Minangkabau, Silat Cekak, Silat Gayung, Silat Gayung Patani, Silat Abjad dan Al-Mu'azat.
Peranan ulama dalam silat hanya dapat penulis tonjolkan kepada pemikiran Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan keterlibatan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam jihad fi sabilillah.
Kedua-dua ulama besar yang sangat terkenal itu dipercayai menggunakan 'senjata' qalam untuk mengajar umat Melayu dna juga senjata pedang unutk perjuangan di medan jihad fi sabilillah demi mempertahankan kesucian Islam dan watan daripada penjajah.
Jika kita anggap ilmu silat adalah untuk mempertahankan diri peribadi, jihad pula adalah mempertahankan Islam dan tanah air.
Jadi kedua-dua ulama kita itu adalah lebih agung, kerana banyak jenis silat yang dikuasainya. Yang dimaksudkan di sini ialah:
*silat menggunakan qalam/pena,
*silat kalam/lidah,
*silat menggunakan siasah/politik, dan lain-lain termasuklah
*silat ketangkasan di medan juang yang sebahagiannya dijadikan sebagai satu cadang seni atau budaya.
Pelajaran silat dalam Kerajaan Pontianak
Tidaklah janggal pada kesempatan ini penulis mulakan petikan mengenai silat yang termaktub dalam sebuah manuskrip "Syair Kerajaan Pontianak".
Kerajaan Pontianak (Indonesia) memang bukan dalam Malaysia, tetapi adalah sebuah kerajaan Melayu yang didirikan oleh Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang direstui dan dirasmikan oleh pahlawan Melayu-Bugis, Raja Haji bin Upu Daeng Celak.
Raja Haji pula adalah seorang pahlawan Melayu agung sesudah Hang Tuah, kerana hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu pernah dikunjunginya. Akhir riwayat Raja Haji gugur sebagai syahid fi sabilillah di Teluk Ketapang, Melaka.
Syair Kerajaan Pontianak ditulis beberapa tahun setelah berdirinya Kerajaan Melayu-Islam Pontianak, dalam petikan tersebut juga jelas mencerminkan minat dan kesungguhan Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri terhadap seni dan budaya silat. Untuk lebih jelas dan merupakan dokumen sejarah persilatan Melayu, Bab Silat dalam Syair Kerajaan Pontianak penulis sebutkan beberapa petikan awal darinya, iaitu:
Setelah sudah berperi-peri,
baginda berangkat lalu berdiri
Panggilkan Mat Raiyat suruh ke mari,
serta dengan Wan Bakari.
Wan Ahmad, Wan Bakar datanglah sudah,
kepada baginda tunduk menyembah
Dengan segeranya baginda bertitah,
Adalah sedikit hendak diperintah.
Baginda tersenyum seraya berkata,
Jikalau suka rasanya cita
Tuan-tuan yang muda ajarkan kita,
diajarkan silat bermain senjata.
Tuan ajarkan padan-padan,
boleh dilihat usulnya badan
Bagaimana di dalam contoh teladan,
yang mana patut main di medan.
*Tulisan Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani mengenai jihad dalam Islam
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah ulama besar dunia Melayu yang terlibat langsung bersama-sama Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani dalam medan jihad melawan pencerobohan Siam di bumi Patani Darus Salam.
Tulisan-tulisan beliau mengenai hukum jihad telah penulis perkenalkan dalam penulisan-penulisan sebelum ini, di mana jelas menggambarkan bahawa Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah seorang ulama pejuang Islam sebenar dan sejati serta bertanggungjawab terhadap ummah dan watan Melayu daripada segala macam bentuk penjajahan kuffar.
Sebagai tambahan, di sini penulis petik pula pandangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tentang jihad yang beliau tulis dalam kitab Bughyat at-Thullab.
Transliterasi selengkapnya ialah: "Dan setengah daripadanya, perang sabil bagi kuffar, yakni wajib bagi Imam itu pergi perang kepada negeri mereka itu, maka iaitu fardu kifayah dengan ijmak. Atau Naib Imam pergi dengan tentera kerana perang bagi mereka itu.
"Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia, dan ditaruhkan senjatanya, dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu. Maka hendaklah diperbuat akan salah suatu daripada keduanya maka gugurlah fardu kifayahnya. Ini jika tiada mereka itu datang kepada negeri kita.
"Maka jika datang ia kepada negeri Islam maka jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ... " (Bughyat at-Thullab, jilid 1, hlm. 95).
Ulasan dan pandangan, daripada kalimatnya "Maka jika datang ia kepada negeri Islam ... " dapat kita bandingkan peristiwa penjajahan bangsa Barat-Belanda dan Inggeris di dunia Melayu pada zaman Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dengan peristiwa Amerika, pengganas terbesar dunia, yang telah menjajah Afghanistan dan Iraq.
Sebagaimana telah disebutkan bahawa Belanda dan Inggeris telah menjajah dunia Melayu, perlu pula dinyatakan di sini bahawa Patani juga tidak terlepas daripada dijajah, bukan oleh bangsa Barat tetapi oleh Siam. Semua penjajah yang tersebut adalah bukan agama Islam kerana mereka telah menjajah negeri Islam.
Oleh itu, menurut Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani pada sambungan kalimat di atas bahawa "jadilah fardu ain atas tiap-tiap seorang daripada negeri yang ia masuk itu, hingga perempuan dan sahaya orang ..." berperang atau jihad terhadap mereka. Bangsa-bangsa yang telah menjajah dunia Melayu, adalah bukan beragama Islam.
Oleh itu fenomena yang berlaku sekarang, tuduhan umat Islam sebagai pengganas adalah tidak berasas sama sekali, kerana tidak terdapat dalam sejarah bahawa bangsa-bangsa yang beragama Islam datang menjadi penjajah di dunia Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya bangsa-bangsa penjajah itulah yang layak dilabelkan sebagai pengganas atau terrorist atau penzalim. Gelaran tersebut terdapat dua golongan yang sedang bermusuhan, yang pertama ialah pengganas yang sedang berkuasa (pemerintah) dan yang kedua ialah pengganas yang tidak berkuasa (rakyat).
Perjuangan jihad yang pernah dilakukan oleh ulama kita seperti Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan lain-lain tidak dapat disamakan dengan kedua-dua golongan pengganas yang tersebut di atas, kerana jihad Islam adalah cukup jelas berdasarkan perintah daripada Allah dan para Rasul-Nya. Siapa saja yang berjihad menurut perintah Allah dan Rasul-Nya adalah benar, tidak terdapat keraguan di dalamnya.
Oleh itu, wajib dipertahankan kebenaran dan kesuciannya daripada pentafsiran-pentafsiran yang tidak betul disusun demikian rapi oleh pihak-pihak tertentu yang telah merasa lazat makanan dan minuman segar tetapi beracun yang mereka peroleh dari musuh-musuh Islam.
Mengenai membuat persiapan sebagai benteng pertahanan dapat kita ketahui dari kalimat beliau, "Atau diperbaiki akan kota yang antaranya dan antara negeri mereka itu, serta diteguhkan dia ...".
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyentuh pula tentang persiapan persenjataan dengan sambungan kalimatnya "dan ditaruhkan senjatanya" maksudnya bahawa dalam benteng pertahanan perlulah ada tersimpan persenjataan yang cukup dan siap digunakan apabila diperlukan.
Patriotik bangsa adalah sangat diperlukan, yang beliau gambarkan pada sambungan kalimatnya "dan orang yang menunggu padanya sekira-kira memadai melawan akan mereka itu". Kalimat ini dapat dihubungkaitkan dengan "ilmu silat" kerana orang Melayu yang sanggup melawan musuh pada zaman itu perlu mempunyai ketangkasan.
Ketangkasan dalam bentuk fizik adalah mempelajari ilmu silat. Dan tidak dapat dinafikan diperlukan "kekuatan dalaman" atau "mental" atau "rohani". Baik Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani mahu pun Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga pernah mengijazahkan wirid-wirid pertahanan diri untuk menghadapi musuh dalam peperangan.
Wirid pertahanan diri Sheikh Abdus Shamad Al-Falimbani
Untuk memantapkan keyakinan diri menghadapi jihad, dalam karyanya berjudul Mulhik fi Bayanil Fawa'id an-Nafi'ah fil Jihadi fi Sabilillah atau judul terjemahan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani sendiri iaitu "Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah Di Dalam Perang Sabilillah", beliau membahagi dalam risalah tersebut kepada empat bahagian, iaitu:
lFaedah Yang Pertama Pada Menyatakan Ayat Quran Yang Jadi 'Azimat Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah, Dan Peliharaan Yang Menegahkan Daripada Kejahatan Orang Kafir.
lFaedah Yang Kedua Pada Menyatakan Doa Yang Manfaat Di Dalam Perang Sabilillah Dan Lainnya.
lFaedah Yang Ketiga Pada Menyatakan Doa Yang Membinasakan Bagi Segala Seteru, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Seteru.
lFaedah Yang Keempat Pada Menyatakan Doa Membinasakan Seteru, Dan Segala Kafir, Dan Bagi Sejahtera Daripada Kejahatan Mereka Itu.
Salah satu amalan Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani pernah diterima oleh pahlawan Mat Kilau. Mengenai ini termaktub dalam Kitab Mat Kilau, cetakan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 1970, hlm. 23, iaitu "Ini doa diambil daripada Sheikh Abdus Shamad Palembang, siapa yang mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang, atau panah, atau segala rupa kejahatan dari seteru ... "Yang disebut dalam Kitab Mat Kilau itu memang termaktub dalam karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut yang beliau tempatkan pada Faedah Yang Kedua.
Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani telah menterjemahkan wirid untuk perang itu daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu. Dalam empat buah karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga membicarakan wirid yang sama, di antaranya dalam kitab Mun-yat al-Mushalli. Selengkapnya lihat Mun-yat al-Mushalli yang telah penulis transliterasi (lihat terbitan Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/2003 M hlm. 96-98).
Walau bagaimanapun, tidak terdapat terjemahan wirid itu oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani seperti yang dilakukan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani. Perlu juga penulis sentuh di sini bahawa dalam terjemahan wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani tersebut ada hubungkait dengan persilatan. Bahawa ilmu silat yang pernah penulis pelajari adalah melalui tiga jalan, iaitu:
*Belajar secara fizik di gelanggang.
*Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.
*Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.
Pada Faedah Yang Keempat wirid Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani terdapat satu doa yang sama dengan yang diamalkan dalam Silat Al-Mu'azat. Walaupun dalam Silat Al-Mu'azat tidak mempelajari gerak fizik, tetapi apabila mengamalkan wirid, maka gerak fizik akan datang dengan sendirinya.
Silat Al-Mu'azat pernah dikembangkan di Johor oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad dalam tahun 1970-an. Wirid yang diamalkan oleh Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, yang sama dengan amalan dalam Silat Al-Mu'azat itu, lebih lengkap ditulis oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitab Ward az-Zawahir (lihat hlm. 189).
Kesimpulan dan penutup
Dari semua yang telah dibicarakan di atas penulis berpendapat bahawa:
lSeni dan budaya persilatan diajarkan dalam dua bentuk, iaitu dalam gerak fizik dan kerohanian.
lIlmu persilatan yang menggunakan wirid, hizib, doa, dan yang sejenis dengannya adalah berasal dari ajaran Islam yang benar. Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.
lUlama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.
lUlama-ulama Nusantara yang melakukan jihad fi sabilillah demi untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan negeri-negeri Melayu dari dijajah oleh bangsa yang bukan Islam adalah wajib diteruskan secara bersambung dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.
Sekianlah yang dapat disampaikan pada ruangan kali ini, mudah-mudah kita dapat menghidupkan seni dan budaya yang dibenarkan syarak dan mengetepikan apa saja seni dan budaya yang bertentangan dengan syarak.
Mudah-mudahan hanya pemikiran ulama yang betul saja yang menjadi ikutan dan pemikiran yang tiada betul walau dari siapa pun datangnya supaya dihindari oleh-Nya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 394# ariapersanta
emmmm selepas membaca artikel yg ditepek tu, miss rasa miss tau apa yg dipertikaikan oleh sesetengah pihak. ni ikut kefahaman miss yg berilmu cetek ni tau.
*Belajar secara fizik di gelanggang.
*Belajar wirid-wirid yang boleh mendatang gerak dengan sendirinya.
*Mengabungkan pelajaran fizik dan wirid.
Sebaliknya tidak dapat dinafikan terdapat juga yang menggunakan mantera, jampi, serapah, dan yang sejenis dengannya. Mengenai ini sukar dijejaki sumber-sumber asal hingga ke atasnya. Oleh itu, ada yang boleh diamal dan digunakan. Sebaliknya ada pula yang mengandungi unsur khurafat yang menjerumuskan ke arah syirik yang bertentangan dengan akidah Islam.
tapi mungkin ada yg terlepas pandang atau tak tau pasal ni:
Ulama-ulama Nusantara yang terlibat dalam jihad fi sabilillah mempunyai asas ilmu menggunakan senjata. Mereka memiliki ilmu ketahanan diri yang bersambung dari satu guru ke satu guru hingga sampai kepada pahlawan-pahlawan Islam terdahulu bahkan sumber amalan ada yang berasal dari Rasulullah SAW sendiri.
ni apa yg miss faham berdasarkan artikel tadi. maaflah kalau miss ter salah faham |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis jenis Ilmu Hitam , Method dan cara pencegahan nya.
Reply 394# ariapersanta
tidak melayu hilang didunia
Ayahanda dalam persilatan ini adalah seorang yang warak dan tekun ibadah. Kelembutannya dalam berbicara menarik hati banyak orang hingga sultan pada zamannya menyukai beliau.
Dalam bertempur, beliau ternyata hebat dan tenang. Mengalahkan Taming Sari pahlawan jawa adalah satu cabaran bagi beliau kerana taming sari adalah pahlawan jawa yang hebat pada zaman Hang Tuah.
Hang Tuah pandai menggabungkan antara silat dan kerohanian. Beliau disanjung oleh Hang Jebat bukan kerana pandai bersilat tetapi ilmu ruhani dan tekun beramal.
Guru beliau Sang Adi Putra sentiasa mengingatkan Hang Tuah agar menjaga ibadah. Lalu beliau menambah agar Hang Tuah pergi menuntut ilmu ruhani dari abang seguru beliau iaitu Sang Pertala Dewa.
Hingga hari ini Hang Tuah dikatakan masih hidup. Beliau dikatakan rijal ghaib. Beliau juga seorang ahli sufi.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting penat para Wali dan Ulama terdahulu Islam kan silat .... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariapersanta at 28-5-2012 13:00
ni pengalaman la juga nak cerita pengalaman saya malas nanti terjankit penyakit riak dan ujub.
tetapi memandangkan pokok pangkal nya ialah pengalaman maka saya kata saya telah terlibat dengan silat semenjak berusia 9 tahun.
Dan apa yang saya perolehi ialah kecintaan kepada Allah semakin menebal, kalau dahulu saya tidak pernah menagis apabila berzikir sekarang hati saya mudah tersentuh oleh kalimah memuji Allah.
Persoalan Khadam pernah saya mewakil kan seseorang yang menyatakan kami bersilat menggunakan khadam untuk untuk menagkap khadam tersebut.
Kisah nya berlaku begini
seorang yang pakar menangkap khadam dan jin itu berdiri dihadapan seorang ahli yang sedang bersilat dengan menggunakan ibu gayong (yang merupakan asas pelajaran kami)
pesilat terus bersilat dan penagkap jin berpeluh2 ... akhirnya mengaku didalam badan pesilat itu tiada jin,
hal ini dibuktikan lagi di sebuah pondok yang terkenal di Pattani dan juga sebuah pesantren besar di Medan (sumatera)
Ibu Gayong yang kami pelajari ialah
Gerak Roh yang dilakon kan oleh jasad dan diperkuat dengan zikir . sepuak kat a ia gerak ilham , sepuak kata ia gerak naluri . tapi itu semua dalam kelompok2 kelompok lain.
Pengalaman saya sekali lagi saya nyatakan kerana amalan yang terdapat dalam ilmu silat yang saya belajar saya menjadi lebih kasih dan sayang kepada Allah dan bersyukur diatas pemberian Nya , kerana Dia Maha Besar , Maha Agung saya hanyalah hamba yang hina lagi daif.
Jika semua itu saya perolehi kerana KHADAM dari silat yang saya pelajari maka saya rehdo kerana Khadam itu membawa kecintaan saya kepada Allah.
Hakikatnya dengan silat saya belajar kenal diri siapa diri disisi Allah,
Masalah syirik pula tidak berlaku kerana tidak pernah dihati ada niat mempersekutukan Allah , maksud belajar pula ialah sebagai persediaan bila perlu mempertahankan diri, maruah keluarga, kehormatan agama Islam dan lain lain.
Sebagaimana makan Panadol untuk hilangkan sakit kepala , Almarhum guru tauhid saya ada berpesan
"Syirik itu setebal kulit bawang , iktikad perlu putus ..."
Jadi bagi saya tetap mereka yang paranoid dengan Khadam dan Jin sebenarnya memuja dan memuji kehebatan makhluk itu dan syirik secara tidak sedar ...
Wallahu Alam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 398# ariapersanta
Jadi bagi saya tetap mereka yang paranoid dengan Khadam dan Jin sebenarnya memuja dan memuji kehebatan makhluk itu dan syirik secara tidak sedar ...
en.aria, saya setuju dgn statement yg nie...!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Pendamping atau dampingan
Satu isu yang sangat sinonim dengan ilmu persilatan , perbidanan tradiso ...
ariapersanta Post at 18-4-2012 14:25
Assalam.. saya nk tanya selalunya bidan2 ni yg sesat la..diaorang pakai pendamping apa? dan ilmu apa yg ada pada
seseorang tu yg membuat seorang lelaki tergila2 kan dia.. dan lelaki itu seperti tunduk ketika bersama dgn perempuan itu..
dan sanggup lupa pada anak isteri.. adakah mungkin bidan ini menurunkan ilmu penunduk itu pd keturunannya..
dan bagaimana utk menawarkan 'panahan syaitan' perempuan itu..agar lelaki itu kembali ingat kpd anak isterinya..
dan adakah bidan juga ada penanggal? |
|
|
|
|
|
|
| |
|