|
KAU JANGAN MENANGIS SEBAB AKU TAK SUKA! (KEPALA BATU KEPALA ANGIN) (U)
[Copy link]
|
|
Malam. Baru saja habis makan malam, telefon Azah berdering. Melihat nombor yang terpapar di skrin telefon, membuatkan Azah tersenyum. Nombor telefon mak! Segera Azah berlari masuk ke biliknya.
“Assalamualaikum…” suara Mak Nab di hujung talian jelas kedengaran. Azah mengukir senyum.
“Waalaikumsalam…mak sihat?” terus sahaja dia bertanya keadaan maknya.
“Sihat…Dah makan?”
“Baruuuu…lepas! Mak dah makan?” soal Azah kembali.
“Dah…” suara Mak Nab terhenti sejenak. Pasti ada perkara penting yang hendak diberitahu oleh Mak Nab jika dia menelefon Azah. Selalunya, jika tidak ada hal penting, jarang Mak Nab hendak menelefon Azah.
“Zah…” panggil Mak Nab.
“Kenapa mak?” bagai dapat membaca isi hati ibunya, terus Azah bertanya.
“Hmm…kak long kamu balik ni. Ada kat rumah sekarang..” ujar Mak Nab perlahan.
“Balik dengan abang Man?” soal Azah.
“Tak…dia balik dengan Elly je….” gugup kedengaran suara Mak Nab. Azah diam memasang telinga.
“Abang Man kamu hantar dia balik petang tadi, lepas tu terus dia balik semula ke KL waktu tu jugak….” kata Mak Nab. Azah diam. Dahinya berkerut.
“Kalau kamu lapang, baliklah hujung minggu ni. Mak tengok kak long kamu sakit teruklah Azah. Batuk teruk. Badan dia pun…tinggal tulang je…Kamu balik ye Azah…tolong tengokkan kak Long kamu tu..” pinta Mak Nab dengan suara yang lirih. Azah yang mendengar, berasa sangat sayu.
“Kalau kak long sakit…kenapa abang Man boleh tinggalkan dia kat kampong macam tu je…kenapa abang Man tak bawak kak long ke hospital?” bentak Azah perlahan, tidak puas hati dengan abang iparnya. Kurang ajar punya jantan!!!
“Hmmhh…mak tahulah Azah. Dia kata, dia sibuk, banyak kerja. Jadi dia hantar kak long kamu ke sini je..” ujar Mak Nab. Azah menarik nafas panjang. Marah. Dia merenung jam di dinding. Marahnya pada abang iparnya, hanya Tuhan yang tahu saat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Azah menyerahkan borang cutinya kepada Harris. Harris membaca satu persatu butiran yang tercatat di dalam borang itu.
“Kenapa nak balik kampong?” soal Harris yang masih enggan menandatangani borang cuti Azah. Azah memeluk tubuh sambil menarik nafas resah.
“Ada hal sikit…” balas Azah pendek.
“Kalau ada apa-apa hal, call aku…mana tahu, kalau ada apa-apa yang aku boleh tolong…” kata Harris sambil menandatangani borang cuti Azah. Azah angguk sahaja. Harris menghulurkan borang cuti kepada Azah kembali.
Wajah gadis itu keruh saja. Terus Azah mengambil borang dan beredar tanpa mengucapkan terima kasih kepadanya seperti selalu. Melihat Azah yang hilang dari pandangan matanya, Harris termangu sejenak. Pen diketap di bibirnya yang nipis.
Mmm….kena ada plan B ni….pantas Harris mendail satu nombor. Nombor temannya yang merupakan pekerja di Jabatan Sumber Manusia.
“Ramli…this is Harris…kau boleh tolong aku tak?” pinta Harris kepada temannya dari hujung talian telefon. Bibir Harris mengukir senyum. |
|
|
|
|
|
|
|
Belum pun hari Sabtu, Azah sudah pulang ke kampong. Jam 12 tengahari Jumaat, Azah sudah sampai ke kampungnya. Sempatlah dia makan tengahari bersama keluarganya. Elly, anak saudaranya bukan main gembira lagi melihat kepulangannya.
“Mummy sakit...asyik tidur je…” itu jawapan Elly bila Azah bertanyakan tentang ibunya. Azah masuk ke bilik kak longnya yang terbuka. Amirah kelihatan terbaring lemah di katil.
“Kak Long…” sapa Azah sebaik duduk di sisi katil.Amirah kelihatan sangat cengkung. Tubuhnya yang dulu sememangnya kurus, kali ini cuma tinggal rangka. Mukanya pucat lesi. Hampir menitis airmata Azah melihat Amirah, kak longnya sedemikian.
“Sakit apa ni? Tiba-tiba dah jadi macam ni?” soal Azah separuh berbisik sambil mengusap jemari Amirah. Amirah diam, cuba bersuara dalam kepayahan. Elly pula, baring di sisi ibunya yang lemah.
“Tak tahulah…doctor cakap…suspected paru-paru berair…” balas Amirah perlahan. Suaranya tenggelam timbul. Hampir tidak dengar di telinga Azah.
“Paru-paru berair? Dah lama?” soal Azah gusar. Amirah cuma menggeleng lemah. Kemudian matanya terpejam. Tubuhnya begitu lemah. Azah mengusap tubuh kakaknya perlahan, kemudian hanya merenung Amirah yang diam memejamkan matanya. Mahu tidur barangkali.
Nafas ditarik dalam-dalam. Melihat Elly yang memeluk leher Amirah, membuatkan hati Azah menjadi semakin pilu. Fahamkah anak kecil itu akan keadaan ibunya sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
Tidur Azah yang begitu nyenyak, terganggu bila Mak Nab mengejutkannya tiba-tiba. Azah, Mak Nab, Elly dan Amirah tidur bersama-sama di dalam bilik Amirah.
“Bangun Zah…tolong mak..” kejut Mak Nab. Azah menggosokkan matanya. Liat sungguh mahu bangun.
“Nape mak?” soal Azah dalam separuh sedar. Mak Nab juga kelihatan tidak terurus dengan rambutnya yang kusut masai di tengah-tengah malam begitu.
“Kak long kamu nak buang air kecil. Tolong mak papah dia ke bilik air…”kata Mak Nab dalam samar-samar lampu tidur. Azah menyanggul rambutnya, kemudian mendapatkan Amirah. Tubuh Amirah begitu lemah. Ringan sahaja bila Azah memapahnya.
“Kita ke hospital sajalah along…macam makin teruk ni…” kata Azah sewaktu memapah Amirah ke bilik air. Amirah menggeleng lemah. Matanya sekejap buka, sekejap pejam. Sebaik sahaja Amirah didudukkan di mangkuk tandas, tiba-tiba tubuhnya terus rebah.
Tubuh layu itu terus jatuh ke lantai. Mak Nab dan Azah kelam kabut mengangkat tubuh Amirah.
“Mak pergi kejut abah sekarang! Kita hantar kak long ke hospital sekarang!!” teriak Azah panik. Mak Nab angguk lantas berlari laju menuju ke bilik sebelah. Elly yang baru terjaga mendengar suara riuh Azah dan Mak Nab, terpisat-pisat bangun menggosok matanya memandang Azah yang sedang memangku Amirah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pukul 5 pagi di Hospital Ampuan Afzan, Kuantan, agak sunyi dengan dengkuran penghuninya. Azah merenung Elly yang nyenyak tidur di pangkuan Mak Nab. Pak Abu mundar mandir di lorong hospital berhampiran bilik rawatan Amirah.
Sebaik tiba di hospital itu pukul 3 pagi tadi, Amirah terus dikejarkan ke unit kecemasan. Memandangkan doctor yang bertugas terhad, hampir setengah jam mereka terpaksa menunggu untuk doctor melihat keadaan Amirah. Sejurus selepas 45 minit, doctor tiba dan Amirah di masukkan ke unit rawatan rapi.
Bunyi pintu yang dikuak dari dalam membuatkan Azah dan Pak Abu terus mendapatkan doctor di muka pintu.
“Macammana?” soal Azah gusar.
“Boleh kita masuk ke bilik saya…” pelawa doctor tersebut kepada Azah dan Pak Abu yang berdiri di hadapannya. Azah dan Pak Abu sama-sama mengangguk lalu mengekori doctor masuk ke biliknya. Mak Nab masih di luar besama Aaliyah, menidurkan Elly yang kepenatan.
Azah dan Pak Abu dipelawa duduk di kerusi berhadapan doctor itu. Di sebelah dinding kaca bilik doctor itu, Amirah sedang ditempatkan. Mereka bertiga sama-sama memandang Amirah dari dinding kaca.
“Kes Amirah ni…complicated sikit…Dia…memang ada suspected paru-paru berair. Tapi…dalam masa yang sama, kita juga suspect dia ada TB…” kata doctor itu perlahan. Azah dan Pak Abu terdiam, sama-sama berpandangan.
“Saya tak boleh nak buat apa-apa lagi…keadaan dia, dah kronik. Sepatutnya, dia buat pemeriksaan dari dulu lagi…Saya rasa, kalau dia buat pemeriksaan awal, mungkin kita boleh ada lebih masa..” ujar doctor itu perlahan sambil merenung Amirah yang berselimut biru di bilik sebelah.
Azah telan air liur pekat. Dia memandang Amirah sayu.
“Saya..sebenarnya, tak faham. Macammana dia boleh jadi kronik macam ni….” tutur Azah perlahan. Pak Abu diam, merenung Amirah.
“Penyakit ni…nampak macam tak ada apa-apa di peringkat permulaan. Kalau dia buat rawatan awal, mungkin kita boleh buat sesuatu. Apa yang saya boleh buat sekarang adalah, menyedut darah beku dan lebihan cecair yang ada dalam paru-paru dia. Kalau tak, dia tak boleh bernafas…” terang doctor itu lagi.
Azah bungkam. Tunduk sejenak.
“Kalau boleh, panggil saudara-saudara terdekat dia dan juga suaminya. Dia mungkin tak punya banyak masa…Buat waktu ini, itu saja yang kami mampu buat…” ujar doctor itu perlahan.
Azah dan Pak Abu berpandangan. Masing-masing kelu. Pak Abu mengangguk pasrah. Azah pula tertunduk bisu. |
|
|
|
|
|
|
|
“Elly nak mummy…nak mummy…” tangisan si kecil ini masih berlarutan. Puas sudah Mak Nab memujuk agar Elly duduk diam, tapi Elly masih berdegil. Susu yang selalu diminumnya pun, langsung tidak mahu diminumnya.
“Elly…mummy sakit…mummy tak boleh dukung Elly…” pujuk Mak Nab. Azah yang buntu, memegang kepalanya. Saat itu, bukan hal Elly atau Amirah yang difikirkannya. Tapi hal abang iparnya yang tak berguna itu!
Sejak semalam, Azah sudah menelefon abang iparnya memberitahu tentang keadaan kak longnya. Namun, abang iparnya berkata, akan datang esok pagi. Tapi, sekarang jam sudah menunjukkan jam 12 tengahari. Tapi, batang hidung lelaki itu masih belum kelihatan! Padahal, dari Kuala Lumpur ke Kuantan tu, bukanlah lama sangat!
Lalu, Azah menelefon lagi. Bengangnya Azah tak terkira bila dengan selamba abang iparnya memberitahu, dia akan datang bersama keluarganya petang nanti, selepas waktu kerja! Isteri sudah nazak begini, dia masih berfikir soal kerja??? Azah geleng. Dia sudah hilang sabar.
“Elly nak mummy….” budak kecil itu masih menangis. Mak Nab memeluk erat Elly. Azah menoleh, memandang Elly. Pak Abu datang menghulurkan tangannya kepada Elly.
“Jom ikut atuk, nak tak? Atuk bawak pergi kedai…Kita boleh beli belon…beli mainan…” pujuk Pak Abu. Barulah tangisan Elly reda. Si kecil itu terus sahaja didukung oleh Pak Abu. Azah dan Mak Nab merenung sahaja langkah Pak Abu dan Elly yang menghilang di balik lif.
Keluhan kecil kedengaran dari suara Mak Nab. Dia menyandarkan badannya ke bangku. Azah memeluk bahu Mak Nab yang keletihan.
“Abang Man kamu datang?” soal Mak Nab perlahan.
“Tak datang pun tak apa mak…” balas Azah geram. Mak Nab menggeleng, sambil mengeluh.
“Dari dulu lagi, mak dah suruh dia pergi check doctor…tapi tak tahulah dia pergi ke tidak…” keluh Mak Nab. Aaliyah berjalan menghampirir mereka berdua sambil menjinjing bungkusan nasi.
“Aina jadi balik?” soal Mak Nab bila Aaliyah melabuhkan punggungnya di kerusi berhampiran mereka.
“Dia naik bas pukul 11.30 tengahari tadi. Nanti pukul 3 dia minta tolong kak Ngah ambil dia kat bus station,” ujar Aaliyah yang baru berusia 17 tahun. Azah angguk faham. Dia meraup wajahnya. Hatinya masih bengang dengan abang iparnya.
“Makanlah dulu…nanti kamu pulak yang pengsan. Nak pergi jemput Aina di stesen bas lagi….makan cepat…” Mak Nab menghulurkan bungkusan nasi kepada Azah. Azah menyambut lemah. Selemah jiwanya saat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fizziany at 25-4-2012 22:26
Hembusan nafas terakhir NurAmirah disaksikan oleh ahli keluarganya yang menemani pemergian Amirah senja itu. Sebaik mata Amirah ditutup rapat oleh doctor, Elly menangis bukan kepalang. Makin pilu hati sesiapa yang melihat. Makin kuat pula si kecil itu memeluk erat leher ibunya yang sudah kaku.
Pilunya hati, usah dikira. Pak Abu dan Mak Nab sedaya upaya memujuk Elly yang menangis tak henti-henti. Si kecil itu bagai dapat memahami bahawa dia sudah kehilangan ibunya saat itu. Sedang jururawat mengemaskan peralatan, Azah yang tidak dapat menahan sebak, berundur ke muka pintu wad. Dia hanya mampu melihat suasana sedih dan hiba itu.
Nafasnya turut serta mahu melayang. Bunyi tangisan Elly makin meruntun hati dan perasaan. Mak Nab mencium ubun-ubun kepala Amirah sambil diikuti oleh Aina dan Aaliyah. Azah terdiam lesu. Derap bunyi tapak kaki yang bising menghampiri pintu wad itu membuatkan Azah menoleh ke belakang.
Abang Man, abang iparnya sedang berdiri tegak bersama ibu bapanya di muka pintu wad. Pandangan matanya berlaga dengan mata Azah yang berada di muka pintu. Tajam pandangan Azah.
“Minta maaflah…kami lambat sampai…macammana keadaan dia?” ibu mertua Amirah terus masuk lantas menghulur salam kepada Mak Nab. Bapa mertua Amirah turut bersalaman dengan Pak Abu.
“Saya nak cakap dengan abang Man sekejap,” baru saja Man hendak melangkah masuk menghampiri katil, Azah pantas menegahnya. Mata mereka berlaga tajam.
“Abang nak tengok keadaan kak long dulu…” tegas Man acuh tak acuh. Pantas Azah menahan.
“Kak long dah meninggal dah pun…ada hal yang saya nak cakap sikit…” kata-kata Azah membuatkan Man berpandangan dengan ibu bapanya. Wajah masing-masing jelas tegang. Nyata terkejut dengan berita itu. Melihat wajah Azah yang tegang, Man akur.
Azah dan Man beredar keluar menuju hujung sudut. Azah memandang Man dengan wajah bengang. Dia memeluk tubuhnya seerat mungkin.
“Dah berapa lama kak long sakit? Kenapa tak bagitahu kami?” soal Azah tegas. Man nampak kaget namun cuba tidak mahu kalah di hadapan Azah.
“Abang tak pernah tahu pun dia sakit macam ni…Dia yang tiba-tiba marah abang sibuk nak balik kampong 2 hari lepas…jadi, abang hantarlah,” Man bersuara keras.
“Abang tahu tak, kak long sakit dah lama? Kenapa tak bawak dia ke hospital?” soal Azah lagi.
“Memang abang ada bawak dia ke hospital…tapi abang ingat dia sakit biasa-biasa je. Orang lain pun sakit paru-paru berair jugak, tapi takdelah sampai teruk macam ni…” bebel Man. Makin membara kemarahan Azah.
“Jadi, abang memang dah tahu kak long sakit? Tapi abang lepas tanggungjawab abang macam tu je kan? Biar kak long tak terurus. Dia sepatutnya mendapatkan rawatan tiap-tiap bulan abang tau. Tapi, menurut doctor, dia tak pernah buat rawatan susulan. Sebab tu, keadaan dia jadi teruk macam ni! Suami jenis apa abang ni!!! Dahlah datang hantar kak long balik pun macam hantar kucing kurap je. Datang rumah mak, buang kak long kat situ, lepas tu, terus blah…naik ke rumah mak pun tak…” Azah sudah tidak dapat menahan sabar. Isi hatinya dihamburkan saat itu.
Dia memang sudah lama menunggu saat itu untuk mengutuk sikap kurang ajar abang iparnya itu.
“Kau, kalau tak tahu hujung pangkal cerita, tak payah nak masuk campur hal rumahtangga aku. Aku ni suami dia. Aku tahu apa aku buat pada dia..” Man membentak keras, lalu terus berlalu meninggalkan Azah. Pantas Azah mengejar.
“Abang ingat Azah tak tahu semua cerita abang? Memang kak long tak pernah bercerita, tapi tengok sikap abang, tengok keadaan kak long pun, kami dah tahu abang memang layan kak long macam sampah selama ni kan? Entah-entah, masa kak long sakit kat rumah abang, sikit pun abang tak ambil peduli. Sebab tu kak long mati! Abang yang bunuh kak long, abang tahu tak! Abang tahu tak!!!” tanpa malu, Azah menjerkah Man yang sedang masuk ke wad.
Man terdiam. Menahan marah di dada. Langkahnya mati di pintu wad. Namun, dia tidak ada kekuatan untuk membalas kata-kata Azah kerana semua yang Azah telah katakan, adalah benar belaka.
Mendengar jerkahan Azah, Pak Abu, bapa Man dan Mak Nab keluar dari wad memandang mereka berdua. Nafas Azah turun naik. Kalaulah bukan kerana Man adalah suami kepada kakaknya, mahu saja dia menahan lelaki itu dari berjumpa dengan arwah kakaknya.
Namun, Azah tahu, dalam keadaan sekarang, Man adalah orang yang lebih berhak ke atas mayat arwah. Haknya melebihi hak Pak Abu dan Mak Nab ke atas Amirah. Man adalah suami Amirah! Itu kenyataannya. Pak Abu datang lalu memeluk bahu Azah.
“Sudah Azah. Mari kita masuk…” Pak Abu memujuk perlahan. Wajahnya tegang. Azah tahu, Pak Abu juga marahkan Man. Tapi, siapa mereka untuk mengenepikan hak Man sebagai seorang suami. Azah menarik nafas geram. Cuba dihimpunkan seluruh kesabaran yang ada di dalam dirinya untuk berhadapan dengan situasi itu.
“Angah nak gi toilet jap…” enggan memandang wajah Man yang telah masuk ke dalam wad, Azah melangkah laju menuju ke tandas. Pak Abu menghela nafas lemah. Mak Nab yang memandangnya, mengukir senyum pahit. Pak Abu hilang bicara. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian AZAH...byk betul tanggung jawab yg dia kena pikul... |
|
|
|
|
|
|
|
Fizziany,
Cerita Fizzy mengingatkan auntie kpd saat2 terakhir auntie bersama arwah abah.... Lain situasi tapi serupa dlm sesetengah aspek... Hospital, sakit, tangisan, hembusan nafas terakhir.... Am deeply touched..... |
|
|
|
|
|
|
|
best tp sedih, sambungla lagi............. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 389# auntieagony
auntie.. arwah abah saya pun menghembuskan nafas terakhir di hospital tuanku afzan.... sebelah dengan wab TB.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnye.... |
|
|
|
|
|
|
|
terharu...beginilah nasib perempuan......
diambil dgn senyuman dan pulangkan dgn tangisan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply auntieagony
auntie.. arwah abah saya pun menghembuskan nafas terakhir di hospital t ...
syanamir Post at 26-4-2012 08:59
Salam.
Alfatihah kpd kedua arwah abah..... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa...sedih la plak cite nyeee.....
nak lg naaakkk lagiiii |
|
|
|
|
|
|
|
pukul 4 pagi tadi.....org yg mengajar aku mengaji Qur'an masa kecik...yg juga bapa saudara aku....meninggal...
sakit tua...
tolong sedekahkan al-fatihah untuk dia...orgnya sgt baik...byk tolong org sepanjang hidup dia...byk amal jariah yg dia dah buat....satu kampung tu...ada masalah apa pun, dia yg tolong settlekan, padahal dia bukan ketua kampung pun....dia jugalah imam masjid kampung...tapi tak pernah mendaftar pun dgn majlis agama...
semua tu dia buat secara sukarela...tanpa ada bayaran sesen pun...org hutang dgn dia pun....bila nak bayar balik, dia tak nak ambik duit...tapi yg herannya, aku rasa tak ada org pun yg menipu dia bab duit....
aku panggil dia pak nyang...Al-Fatihah buat arwah pak Nyang... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 396# fizziany
AlFatihah utk Pak Nyang....
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.... Ameen.... |
|
|
|
|
|
|
|
i likeee |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnye.....tergenang2 air mataku...hukhuk |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|