CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: huszua

Masalah Memilih Insurans Peribadi

[Copy link]
Post time 9-8-2014 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul Ke org yg keje cabin crew, pilot n offshore ..agent insurance takkan offer?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2014 10:55 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 9-8-2014 08:29 PM
Betul Ke org yg keje cabin crew, pilot n offshore ..agent insurance takkan offer?...

Tak semua syarikat insurans cover especially kalu dibuat melalui telefon (telemarketer). Kiranya ader syarikat insurans @ takaful cover cabin crew cth steward n stewardess tapi status risiko pekerjaan sederhana tinggi, kalu pilot pun ader yg insurans cover tak kisah airlines, transport , bawak helicopter, student pilot n risiko pekerjaan tinggi dan kalu offshore yg x cover diver, bahagian drilling, berkaitan dgn pipelines.

Makin tinggi status risiko pekerjaan akn tinggilah insurans premium.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh OK.. Sb family mg byk keje diawan biru..jrg amek personal insurance..hrpkan company insurance jah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 06:18 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 10-8-2014 02:09 PM
Oh OK.. Sb family mg byk keje diawan biru..jrg amek personal insurance..hrpkan company insurance jah

Elok ambik. Walaupun company cover pun mesti ader limitation. Sebagai back up plan maner tau boleh pakai diwaktu kecemasan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 03:34 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 9-8-2014 08:29 PM
Betul Ke org yg keje cabin crew, pilot n offshore ..agent insurance takkan offer?...

SALAH ... itu lah kategori antara paling utama kita offer ... ramai client saya terdiri dari kategori yg anda mention tu.

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 04:13 PM | Show all posts
kalau ejen insurans sangat biadab, kat mane boleh kite report?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2014 09:20 AM | Show all posts
dah berbulan dalam dilemma nak pilih insurans mana satu. prudential or bsn.
proposal yang dapat prudential untuk medical + life untuk my mom age 54 almost kena bayar rm500 monthly.
mintak agent recalculate pun still arounf that figure. tu baru sorang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 12:04 PM | Show all posts

TAKAFUL – Peralatan Kewangan yang Sering Disalah Faham.. betul ker...? kalu nak baca boleh baca kat link nie..http://akupenjualinsurans.blogsp ... -pasal-takaful.html  nak tepek sini panjang citer nyer. Tapi eloklah korang bacer. Dari blur jadi celek mata nie hah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 06:32 PM | Show all posts
shazm85 posted on 12-9-2014 09:20 AM
dah berbulan dalam dilemma nak pilih insurans mana satu. prudential or bsn.
proposal yang dapat pr ...

U bleh beli standalone medical card. Murah sikit
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 08:01 PM | Show all posts
hidup lagi ke thread ni??

Saya nak ambil  insurance...

umur saya 48 tahun pada 3.11.2014
tak ada penyakit kritikal

saya nak yang medical card yg coverage tinggi .. (may be dalam 2 juta  lifetime)
kalau combine denganlife insurance dgn nilai tinggi lagi bagus (kalau rm500k???)
cover 36 (atau lebih) penyakit kritikal
bilik seorang

siapa boleh cerita?
kat sini jer .. jangan Pm lagi ..


satu lagi
untuk anak yang pernaha da kanser .. tapi dah sembuh sepenuhnya ... boleh ambilinsurace utkdia tak

how about utk suami yang ada kencing manis (sahaja)


sebenarnya saya ada insurance dari kompeni saya kerja 9dalam 100k setahun taksilap)
ada juga insuran keluarga bernilai rm60k setahun (share 1 keluarga)
ada life insurance dengan etiqa

siapa nak beri pandangan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tiram at 26-1-2015 08:06 AM
sayawifenikmie replied at 23-1-2015 08:01 PM
hidup lagi ke thread ni??

Saya nak ambil  insurance...


Pandangan iol maheii nya lah bayarannya nnt kalo coverage yg uol sebut tu......kalo iol, agak sayang ke duit tu tapi to each her own kannn ......



Setahu iol kalo history pernah ada kanser clause nya nnt kalau sakit berkaitan kanser tak cover, ada exschoolmate iol yg tkde history kanser, bila diagnosed ada kanser stage 2 pon insurance tak cover , alasan company tu kena stage 3 & 4 baru dia cover.....kawan iol malas nak pegi gomen sudah nya pegi alternative sbb dia igt baru stage 2 , tak teruk , tapi kawan iol tak faham konsep kanser ni kekdah nya.......baru2 ni dia meninggal so iol bengang betul dgn insurance company tu .....idak le iol nak menidakkan takdir tapi gerrrammmmmm

Kalo ada history kencing manis pon sama , tak cover anything di sebabkan kencing manis tu.......

Perlu diingat, kanser & kencing manis ada complication, kena make it clear dgn agen dulu....harap2 dapatlah agent yg jujur , jgn nak mengharap uol sign saja......
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:09 PM | Show all posts
Edited by mbk at 26-1-2015 06:33 PM
sayawifenikmie replied at 23-1-2015 08:01 PM
hidup lagi ke thread ni??

Saya nak ambil  insurance...

Thread nie idup lagi...

umur saya 48 tahun pada 3.11.2014
tak ada penyakit kritikal

saya nak yang medical card yg coverage tinggi .. (may be dalam 2 juta  lifetime)
kalau combine denganlife insurance dgn nilai tinggi lagi bagus (kalau rm500k???)
cover 36 (atau lebih) penyakit kritikal
bilik seorang

siapa boleh cerita?


Nak coverage tinggi ada. Nak yang medikal kad ker? Kalau nak yang medikal kad saya proposed Health enrich premier. Manfaat dier:-



ciri2 istimewa:-
1. Preferred Hospital
ape tu Preferred Hospital... Preferred Hospital tu maksudnye hospital tertentu yang PruBSN cover RM1000 sehari untuk Room and Board ye selama 365hari setahun ( Kellas tak? hihi )


List preffered hospital
1. prince court medical centre
2.Gleaneagles Hospital, KL
3.sunway medical centre
4.Kota Bharu Medical Centre
5.Gleaneagles Penang
6.KPJ Johor specialist hospital


2. Day Surgery

Sama ada reimbursement atau dapatkan direct GL dari Pihak Takaful


3.Komplikasi kehamilan. Cover untuk 8 komplikasi kehamilan
1) Pembekuan Intravaskular
    Disseminated Intravascular Coagulation
  
2) Kehamilan Ektopik
    Ectopic Pregnancy
    ( Yang ni kawan2 aku selalu terkene... kehamilan luar rahim)

3) Hydatidiform Mole
    Hydatidiform Mole
    (Kehamilan Anggur / Molar)

4) Pendarahan Postpartum Memerlukan Histerektomi
    Postpartum Hemorrhage Requiring Hysterectomy
   (Pendarahan Teruk Selepas Bersalin Yang Memerlukan Pembuangan Rahim)

5) Eklampsia
    Eclampsia
    (Boleh menjadi sawan atau konvulsi dan boleh melarat menjadi koma / meragut nyawa)

6) Embolisme Cecair Amniotik
    Amniotic Fluid Embolism
    (Air Ketuban atau juga dipercayai tisu bayi terperangkap Di Dalam Salur Darah... )

7) Embolisme Pulmonari Semasa Mengandung
    Pulmonary Embolism of Pregnancy
    (Darah Beku Tersumbat Di Dalam Saluran Darah Di Paru-Paru)

8) Toksemia Semasa Mengandung
    Toxaemia of Pregnancy
    (Tekanan Darah Tinggi Serta Kehadiran Protein Di Dalam Urine Semasa Mengandung)



4. Second medical opinion
Kalau tak puas ati dengan first opinion, boleh dapatkan pandangan kedua sama ada dari local atau overseas dr. Tapi yg opinion dr nie yg pi overseas document sahaja.


5. Organ transplant
Nie pihak takaful cover yg penerima sahaja. Penderma organ kita tak cover.


Annual limit medikal kad nie RM200,000 dan lifetime .. heheh RM4 juta (ok x?) - terlebih pulakssss


dengan usia yang 48 tahun, sumbangan bulanan boleh mencecah RM400-RM1000 sebulan. (Kalau nak attached dengan health enrich premier boleh cecah RM980sebulan.)


Cadangan quotation untuk sis. Saya exclude accident dan penyakit kritikal




nanti saya sambung part 2. Untuk pengecualian dan tempoh bertenang.... nak balik umah dah nie...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 10:53 AM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 23-1-2015 08:01 PM
hidup lagi ke thread ni??

Saya nak ambil  insurance...

ok sambungan...


a. pengecualian..
PruBSN Takaful tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan  secara langsung  atau tidak  langsung, keseluruhannya  atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:


1.  Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.


2.  Penyakit spesifik  yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan.
a.   Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular
b.   Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari c.  Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
d.   Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
e.   Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem Pembiakan f.   Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut


3.  Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal  yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.


4.  Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.


5.  Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana Kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan yang timbul  dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.


6.  Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat  Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya,  AIDS (Sindrom  Kurang Daya Tahan Penyakit)  atau ARC (Kompleks  Berkaitan  AIDS) dan penyakit  berkaitan  HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit  yang memerlukan  kuarantin oleh undang-undang.


7.  Apa-apa rawatan  atau pembedahan dijalankan  untuk  keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.


8.  Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan  kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif  mekanikal  atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.


9. Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan  apa-apa rawatan  pencegahan, ubat  atau  pemeriksaan  pencegahan yang  dijalankan  oleh seorang Pakar Perubatan, dan rawatan-rawatan  khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.


10. Bunuh diri,  percubaan membunuh  diri  atau kecederaan diri  sendiri  yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.


11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.


12. Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.


13. Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.


14. Siasatan dan rawatan  gangguan tidur  dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.


15. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana- mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.


16. Psikotik,  gangguan  mental  atau  saraf  dan  keadaan  yang  disebabkan  oleh  penyakit  nyanyuk
(termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).


17. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek  kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.


18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.


19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.


20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.


21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.


22. Caj-caj  yang tidak  Berpatutan  dan Biasa Diamalkan,  atau apa-apa  pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau caj-caj  yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat Tempoh.


Pengecualian dan had adalah tidak hanya terhad kepada yang tertera di atas dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.



b. Tempoh bertenang
jika puan sudah dapat medikal kad, adakah ia terus cover puan? Jawapan nya TIDAK. Puan perlu menunggu tempoh bertenang seperti digambar bawah.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 11:05 AM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 23-1-2015 08:01 PM
hidup lagi ke thread ni??

Saya nak ambil  insurance...

Ok.. saya nak menjawab soalan pulak

satu lagi, untuk anak yang pernah ada kanser .. tapi dah sembuh sepenuhnya ... boleh ambil insurace utk dia tak?
Boleh ambik takaful/insurans utk anak. Kebiasaanyan pihak Takaful/insurans akan lihat beberapa keadaan untuk approved polisi:-
1. Normally pihak Takaful akan ambil atau approved polisi selepas 2-5 tahun anak yg survive dari kanser.
2. Akan tetapi selepas 2-5 tahun pun pihak Takaful/insurans masih akan rujuk pada medikal report dari Dr. yg merawat anak. Berdasarkan medikal record Dr. , pihak takaful boleh menaikkan premium (loading) due to risk, exclude penyakit yg sedia ada, accept atau reject.

how about utk suami yang ada kencing manis (sahaja)
Maafkan saya. Once dah ada kencing manis, susah pihak Takaful/insurans nak accept. Ini kerna sudah high risk dan kemungkinan utk dapat sakit lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 01:08 PM | Show all posts
harap saya menjawab soklan puan @sayawifenikmie
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 04:16 PM | Show all posts
Dah dekat 3 tahun bayar PruBSN, setakat ni utk diri sendiri tak pernah guna lagi medikal card yang diberi, tapi wife haritu ada pakai, tapi banyak plak halangan dia.

1st. kene admit kt HUKM,  PruBSN xcover HUKM, so, masa nak amek medical record untuk claim daily allowance, kene bayar another RM 400 dekat HUKM, padahal claim xsampai 1k pun, so pasrah. Bukan suka2 pilih HUKM, terpaksa sebab masa tu belum smpi 120 hari tarikh matang, tapi dh lebih 100 hari.  wife kene SLE, bila check dekat penyakit critical, rasa mcm jumpa word tu, maksudnya dia cover as penyakit critical, bila cakap dgn agent, dia kata bukan plak. masa tu dh frust, byr bulan2, baru nk bawak ke private dah xboleh.

2. Wife baru lepas gugur, gugur disebabkan penyakit SLE ni, so, doktor suruh warded, and doctor pn cakap dia warded utk monitor SLE, bukan sebab gugur, tapi agent cakap xboleh claim, sbb still berkaitan dgn gugur, doctor pn dh tekankan dgn agent, dia warded sbb SLE, nak monitor supaya SLE boleh go down lepas gugur. Tapi still agent mcm blur, dia pn mcm xde usaha nk bantu. So frust sekali lagi, xboleh claim apa2 pun, kene bayar sendir dlm 1-2k utk cover semua perubatan.

3. Saya haritu pergi private sbb saya sakit belakang, saya ingat nk guna medikal kad pru-bsn ni, tapi 1st kene byr Rm300 minimum, sbb co-takaful, and then, dia xcover saya sbb saya xkene warded. So very frustrated. Nasib baik company pnya medikal insurance ada, so satu sen pn xpyh bayar, dari jumpa specialist, buat MRI, ubat, buat fisiologi,  semua guna company medical kad. Medikal kad pru-bsn saya tu buat decoration aje. Call agent dia cakap apa2 kene warded jgk. xwarded xboleh claim, klu warded, semua dia byr. Problemnya, dr saya cakap saya xperlu warded, and then cost semua tu dlm RM 1.8K.  dalam co-insurance, kene byr minimum 300-1000, kalau dh bill saya 1.8k, maknaya saya kene byr 300 lah mcmtu, extra 1.5k tu bukan pru-bsn cover pn sbb xwarded. nasib baik ada company pnya medikal card.

Kadang2 rasa nk stop sbb saya menyesal byr bulan2, tapi bila nk guna xboleh itulah inilah, mcm2 hal, tapi smpi skrg ni saya teruskan jgk sbb saya dh byr dkt berapa ribu sejak awal dulu, klu stop bukan saya dpt balik duit saya semula, saya anggap bila saya dh mati, adalah duit insurance tu utk waris saya. tu yg saya teruskan walau terpaksa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 02:44 PM | Show all posts
Salam,

Saya nk share pasal pengalaman sy pakai takaful etiqa. alhamdulillah, so far sy sngt berpuas hati dengan service dari pihak etiqa sendiri dan agent saya.

saya baru buat pembedahan tonsil and it cost almost 10k and using medical card etiqa, saya just spend rm3 utk admin charges. bil - bil lain smuanya dicover oleh takaful. the best part is, saya baru je start amek takaful ni tak sampai 7 bulan.

kalo nak no agent saye, boleh pm.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
meah_kelabu replied at 29-1-2015 02:44 PM
Salam,

Saya nk share pasal pengalaman sy pakai takaful etiqa. alhamdulillah, so far sy sngt berpu ...

Sorry saya nak tanya soalan tak berapa cerdik sbb saya ni tkde insurans (mmg takkan beli kot sbb now dah level malas cari duit , nak bayo dgn haper???hehehe)

Admin fees tu saudari bayar pakai duit sendiri ke , atau 3k upfront kat hospital, pastu nnt takaful etiqa akan bayar semula pada saudari, macam tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan 3k, rm3 je pn.yg tu mmg hospital charges even datang utk outpatient pn..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
@meah_kelabu ampun kan hamba......hamba tersalah baca nampak macam ada huruf  k  kat ujung rm3 tadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.283025 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list